iklan baris

Kisah Teladan : 7 Perkara Ganjil

26 ulasan:
Kisah Teladan : 7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."




p/s: sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


sumber rujukan : dipetik dari koleksi 1001 kisah teladan dalam islam.


klik baca yang ini juga ==>  Kisah Rasullullah S.A.W  Dengan Si Pengemis Buta

Perkara-perkara Penting Sebelum Melakukan Persetubuhan @ Berjimak

2 ulasan:


1.  Bertaubat  dan Memohon Keampunan

 
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri      dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya  memohon taubat kepada  Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.  Diharapkan pertemuan buat kali pertama,  ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan  baru yang  dapat  mengabdikan diri kepada Allah.

2.  Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya :  "Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik  tempat masuk dan tempat keluar ini.  Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah."

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut.


3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka.  Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.  Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.

Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka  daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka.  Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka.  Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4.  Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira  dan mesra.

5.      Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم  إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya :   Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.  Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan  seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.


Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa


Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan)  atau pun sedang kelaparan.

Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.



- Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.  Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

- Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,  sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki.   Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh

Di dalam riwayat Abu Daud :  “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :  “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.


Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan.  Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: "Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan  dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan."

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah;  “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“  Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya :  “Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah : “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.   (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan  ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا  طهرا وكان ربك قديرا

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.  Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut.  Ya, sebenarnya  boleh  ditambah  atau  dikurangkan    mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

- Memberi penghargaan - Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

- Bersederhana - Hubungan kelamin @ jima' yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima'. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

- Tidak menyebarkan rahsia - Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu."  (Hadith Riwayat Muslim)



Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.   Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2.   Mandi dan memakai wangi-wangian.

"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan".  (Hadith Riwayat Tirmizi)

3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).

4.   Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5.   Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6.   Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).  Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.

7.  Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.

8.   Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.

9.  Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).


Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud  “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).


B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.  Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2.   Makruh jima' di bawah matahari atau bulan mengambang.

3.   Makruh jima' selepas solat zohor hingga ke petang.

4.   Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi      buta.

5.  Makruh jima' jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.


Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara' yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama' berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.


C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.  Haram jima' ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran", oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci,  apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)


Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:  "Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid."  'Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).  (Riwayat Bukhari)


2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.  "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya."  (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)

3.  Haram jima' membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4.  Haram jima' dalam masjid / surau.

5.  Haram jima' sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6.  Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7.  Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).



Tambahan

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur. 

Dari Jabir b. Abdulah berkata,  bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata,  Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai". (Surah Al Baqarah - ayat 223)

Bersetubuh @ berjima' dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya.   Rasulullah s.a.w. bersabda:  ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".

Para sahabat bertanya:  Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab: "Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa?  Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala."  (Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima' , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu."  (Hadits Riwayat Baihaqi)

والله أعلم

Rujukan : 

1. http://www.unitagamakmb.com
2. JAKIM
 
 

Tips Mudah Mendapatkan Trafik dari Laman Forum

31 ulasan:
Tips Mudah Mendapatkan Trafik dari Laman Forum


Assalammualaikum dan salam sejahtera, orait untuk entri kali saya akan kongsikan dengan anda lagi berkaitan tips blogging. tips blogging yang akan saya highlightkan kali ni ialah cara bagaimana menjana  trafik dari laman forum.

sebenarnya most of us terutama blogger pemula (newbie) pasti tidak menyedari bahawa forum merupakan platform terbaik untuk menjana traffik yang lumayan untuk blog/website. sebelum ini saya agak aktif berforum cuma sekadar berforum. dan setelah mempunyai blog, saya telah applied beberapa tips dan  teknik untuk menarik traffik dengan mudah dan menarik traffik tanpa bersusah payah iaitu satu cara daripadanya melalui forum


sila lihat dibawah ini merupakan forum  sertai. antara thread yg sy bukak yg mencapai 1700 view  bermakna thread yg saya bukak telah dilihat sebanyak 1700 kali oleh pengunjung forum syoknyerberblogging  dan dari situ saya berhasil menjana traffik mudah kerana link blog saya juga dilihat sebanyak 1700 kali oleh pengunjung yang membaca thread ini.



perhatikan gambar dibawah merupakan pautan link yang terhasil dari forum ke blog redzuan ridz sebanyak 335 pautan link yang menghala ke blog redzuan-ridz yang telah memberi traffik lumayan kepada blog saya tanpa perlu bersusah payah mempromosikan blog saya.





lingkungan traffik sehari dari forum syoknyerberblogging saya berjaya mendapat antara kurang 70 visitor-200 visitor bergantung pada situasi. jika waktu malam dan hujung minggu traffik dari forum sahaja boleh meningkat dengan mendadak ditambah dengan status saya sebagai moderator forum, memberi advantage kepada saya untuk mendapatkan traffik extra. 


ok back to the topic bagaimana caranya nak mendapatkan traffik lumayan dari forum?
dibawah ini saya kongsikan tips2  yang sememangnya berkesan memberi traffik berganda untuk blog anda.


Pilih forum yang tepat.

Memilih forum yang tepat merupakan  satu faktor yang sangat penting sebelum anda memulakan langkah menyertai forum. Pastikan forum yang anda sertai sesuai dengan niche dan content blog anda. Jika Anda menyertai lebih dari satu forum, hendaknya Anda menumpukan  pada satu forum dahulu untuk aktif dalam forum tersebut sehingga Anda menjadi salah satu forumer terbaik. Dengan begitu, Anda akan terkenal dalam forum tersebut. Dan jika Anda telah terkenal dalam sebuah forum anda bakal mendapat traffik dari forum tersebut melalui jumper link dan signature yang ada create untuk ke blog anda. setelah itu anda boleh mula menyertai forum yang lain pula.



Pilih username yang unik dan mudah diingati .



Username Anda merupakan brand bagi sesebuah forum. Hal ini kerana username merupakan hal yang pertama kali dilihat dalam profil seorang member di sebuah forum. Sehingga Anda perlu untuk melakukan pemilihan kata yang sesuai untuk username Anda. Sebaiknya sesuaikan username Anda dengan niche blog Anda sehingga terlihat lebih profesional. gunakan username yang menarik dan mudah diingati. kerana ini merupakan 1 platform penting untuk anda dikenali oleh forumer lain. dan sekali gus bakal membuatkan para forumer dan pengunjung forum ingin mengetahui siapa anda dengan melawati blog anda.


Letakkan alamat blog Anda di signature

Ini merupakan langkah terpenting. Signature merupakan teks, link atau gambar yang akan muncul di bagian bawah setiap post anda secara auto setiap kali anda publish sesuatu thread, menjwab komen dan . Meletakkan alamat blog anda di bagian signature merupakan faktor utama untuk anda mendapatkan limpahan trafik dari sesebuah forum yang anda sertai. Hal ini kerana setiap pengunjung forum yang membaca posting anda pasti akan melihat alamat blog anda juga di akhir post. Maka dari itu, sebaiknya Anda membuat posting yang menarik dan bermanfaat sehingga traffik  akan terarah ke blog anda.


Lengkapkan Profil anda dengan baik.


Profil merupakan bahagian yang akan dilihat pengunjung jika menekan username Anda. Dan biasanya sebuah profil akan menampilkan avatar anda, biografi singkat, dan sebuah link ke blog Anda. Pada umumnya avatar digunakan untuk menampilkan potongan foto diri Anda. Anda boleh meletakkan gambar wajah anda di avatar tersebut. Namun jika anda lebih seorang yang 'low profile' , sebaiknya avatar anda diisi dengan gambar yang mewakili niche blog anda.

Manakala dibahagian biografi isikan secara ringkas dan padat, serta sesuatu yang menarik mengenai anda. Hal ini penting bagi memastikan pengunjung or forumer lain tidak bosan membaca profil anda kerana first impression itulah yang bakal membawa forumer ke blog anda dr pautan link blog anda di bhgian profile anda.


Sediakan content berkualiti

 Anda pasti tahu bahwa nyawa sebuah blog adalah content. Dan kerana content blog lah yang akan membawa trafik ke blog anda dengan sendirinya secara konsisten tanpa henti. Hal ini juga berlaku di forum online. Sebagai contoh, balaslah sebuah pertanyaan dari orang lain dengan sebuah jawaban yang jelas, padat dan bermanfaat. Jangan hanya membalas dengan kata "ya" atau "tidak". tunjukkan kematangan anda bila menjawab sesuatu thread. jika thread berkaitan pertnyaan or ssuatu permasalahan tunjukkan kematangn anda bila menjawab post tersebut. diakhir post  anda boleh meletakkan jumper link jika perlu bergantung pada situasi, jika entri anda mungkin berkaitan mengenai soalan dan permsalahan yang diajukan oleh forumer di thread yang dibukanya anda boleh buat jumper link ke entri  anda tersebut. so anda da dpt traffik pengunjung,


Bukalah thread baru


Jika seseorang membuka sebuah thread, maka orang tersebut akan melihat posting pertama. Posting pertama akan lebih banyak dibaca dibandingkan posting kedua, ketiga dan seterusnya. Maka dari situ, ianya menjadi thread starter yang menjadikan posting pertama sangatlah penting. Anda boleh memulakan sebuah thread dengan pertanyaan kerana akan membuat forumer lain melihat dan akan cuba menjawab persoalan thread anda. sekaligus bakal mempopularkan thread anda tersebut. Atau jika Anda tidak mempunyai pertanyaan, Anda juga boleh meminta pendapat para forumer lain mengenai sesuatu hal mungkin berkaitan blog or isu semasa. Hal itu akan membuat forumer lain tertarik dan participate di thread yang anda buka itu. sekaligus akan membawa traffik ke blog anda. Pastikan thread yang anda buka itu bermanfaat kepada para forumer.


Reply post sekerap yang mungkin

Hal ini sangat penting terutama forumer yang baru. kerana jika anda rajin participate terhadap thread2 yang dibuka dan thread dengan post terkini secara tidak langsung akan mempromosikan blog anda di forum online. Semakin sering anda melakukan posting, maka semakin sering anda dilihat oleh orang lain. Semakin kerap anda dilihat, maka semakin kerap alamat blog anda terpapar. dan apabila semakin kerap link blog anda terpapar, maka semakin banyaklah pengunjung yang bakal datang ke blog anda.


ok setakat ini entri kali ini. kalau ada kekurangan kepada para otai yang terbaca entri ini sila tambah apa yang perlu pr share ler apa yang patut.  sebelum terlupa saya nak mengajak anda semua menyertai forum syoknyerberblogging.  klik je di banner dibawah ini kemudian daftar.

p/s: after dis boleh korang mula aktif berforum. bukan setakat traffik tetapi pelbagai info dan ilmu yang akan kita perolehi, dari software, tips2 terkini, ilmu blogging, info2 menarik bakal anda dapat secara tidak langsung dapat jugak generate idea untuk anda buat post baru diblog anda. :) kalau entri ni menarik tngglkn komen ye  untuk sy jejak anda kembali.

Tips Pemilihan Template Blog

17 ulasan:
Tips Pemilihan Template Blog


Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua readers dan visitors blog RR. Untuk entri kali ini still lagi  tips berkaitan blogging. entri sebelum ini saya ada berkongsikan tips seo iaitu mengenai cara mencari keyword popular bagi meledakkan traffik blog yang telah saya applied sendiri untuk menarik traffik dari search engine.


orait back to the topic, tahukah anda semua, pemilihan template blog sangat penting dan sebenarnya mampu mempengaruhi bukan sahaja dari aspek tahap loading blog anda, malahan juga memberi impak pada kemunculan blog anda di enjin carian. dan kerana inilah jika kita perasan bila kita melawati blog-blog para otai. mereka hanya menggunakan template yang simple dan mesra SEO. dan kerana inilah entri-entri mereka cepat terindex, bagi para newbie yang belum faham makna terindex.  terindex meants blog entri kita akan cepat dicrawl oleh  robot search engine sekaligus akan muncul dihalaman search engine dengan masa yang singkat.


dibawah ini saya senaraikan secara ringkas dan padat  pemilihan template yang dicadangkan  bagi mereka yang masih  kurang memahami dan jelas tentang ini.


1.  Template yang terbaik yang disyorkan  adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah pantas.


2. Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post. kerana para visitors tetap akan dapat membaca entri anda. kerana para visitors yang melawat ke blog anda  terutamanya pelayar  internet bagi mendapatkan info yang mereka inginkan.


3. Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.


4. Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. selain dari putih gunakan warna yang ceria kerana hal ini akan mempengaruhi mood para pembaca untuk membaca entri di blog anda. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.jika blog anda berkaitan informasi agama, sangat tidak sesuai jika menggunakan hitam sebagai background warna template anda. maka aspek warna ini sangat penting dan perlu dititikberatkan.

5. Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png dan ini pastinya memberi kesan kepada tahap loading page blog anda.jika anda ingin memilih image background bagi untuk template blog anda terutama bg mereka yang menggunakan template yang sdia ada di blogspot, pastikan background tersebut simple dan tidak memakan masa untuk loading. cuba preview dahulu sebelum anda save image tersebut.


6. dan yang terakhir sekali, Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut. ini bagi mereka yang menggunakan hosting selain dari platform blogspot dan wordpress.


Sebelum saya terlupa bagi yang menggunakan template yang sedia ada dalam blogspot. saya sarankan anda menambah 'title metatag'  pada bahagian edit html blog anda agar blog anda akan lebih mesra  SEO. sebenarnya hasil dari penelitian saya terdapat 3 script coding title metatag yang anda boleh gunakan. dan di entri akan datang saya akan kongsikan ketiga-tiga script coding  title metatag ini, dan cara memasangnya di edit html anda.


sumber rujukan : basictips.com , forum syoknyerberblogging

Rahsia Disebalik Simbol " Peace "

Tiada ulasan:

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).


Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).






Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.


wallahualam..

7 Cara Mencari Keyword Popular dan Hot Bagi Meledakkan Traffik Blog

60 ulasan:


Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog RR, orait untuk entri kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua tips  cara mencari keyword popular.  Apa itu Keyword ?  Keyword atau kata kunci menjadi satu faktor yang sangat penting untuk mendapatkan dan  meledakkan traffik blog kita dengan dari carian melalui search engine oleh pelayar internet. Penggunaan keyword yang sering dicari oleh pelayar internet or visitor pasti mampu memberikan jumlah pengunjung yang ramai ke blog kita.

Untuk mencari keyword yang sering digunakan oleh pelayar internet, kita boleh  menggunakan software yang berbayar mahupun software yang percuma. Namun apa yang pasti mostly bloggers pasti tidak mengambil kisah dan tidak mengetahui betapa pentingnya penggunaan keyword popular bagi meledakkan traffik blog. dan dibawah ni sy sertakan  screenshot bukti  traffik  yang saya tarik dari pencarian melalui search engine oleh pelayar internet untuk 1 hari je. 

 
traffik yang diperolehi  hanya dari carian  melalui search engine oleh pelayar internet bertarikh 14hb Mac   berjumlah 510 UV tanpa berbuat apa-apa, tanpa menggunakan trik kotor,  hanya dari pemilihan keyword hot dan popular dan sedikit sentuhan SEO.  


cara mencari keyword
klik image diatas untuk paparan lebih jelas

keyword yang popular yang menarik traffik mendadak ke blog sy berdasarkan analitk dr nuffnang pada 14 Mac adalah mengenai video tsunami jepun, perkembangan terkini di jepun, isu karikatur, haiwan yang telah pupus, segitiga bermuda .

dengan pemilihan keyword yang tepat dan popular korang dapat meledakkan traffik blog dengan mudah tanpa perlu melakukan apa-apa pun, tunggu je traffik masuk melimpah ruah dari carian yang dilakukan oleh pelayar internet.


Dibawah ini saya kongsikan dengan anda semua 7 cara mencari keyword yang paling popular.


1. Google Adwords Keyword Tools

Walaupun lebih sering digunakan untuk mencari keyword yang nantinya akan berhubungan dengan Google Adword dan Google Adsense, tapi tool ini dapat juga kita manfaatkan untuk mencari keyword yang popular. Walaupun layout sudah jauh berbeza dengan versi lama, mungkin agak janggal jugak untuk mereka yang baru pertama kali menggunakannya. Dan yang paling penting, tool ini adalah perucma. Anda boleh melayari di Google Keyword Tool External.

2. Google Insights

Ini juga merupakan 1 daripada tool yang dimiliki  Google dan sememangnya percuma. Melalui Google Insight, kita boleh mencari keyword popular yang sering dicari orang dalam 7 hari terakhir, 30 hari terakhir, bahkan di tahun-tahun sebelumnya. Kita juga boleh memilih lokasi negara untuk keyword, hanya untuk kawasan Malaysia sahaja atau negara lain.  klik di sini untuk membuka Google Insights.


3. News Google

Di News Google kita boleh mendapatkan keyword popular dan hot yang latest  dicari oleh pelayar internet. Di googles news ini dirangkumkan segala topik semasa  berdasarkan topik/story yang banyak dicari atau terjadi beberapa hari terakhir. Pada waktu saya menaip  entri ini , keyword paling popular yang dicari pelayar internet antarabangsa dan malaysia adalah mengenai  tsunami di jepun, perkembangan terkini  di jepun, pergolakan politik libya   menjadi“top story” di bahagian kiri halaman news.google.com.

4. Alexa What’s Hot

ini merupakan 1 lagi tools yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan keyword, kita juga boleh mendapatkan keyword yang popular atau sering dicari orang di site ini. Jika anda ingin mengetahui keyword-keyword yang hot dari Alexa Sila ke  Alexa What’s Hot.

5. Twitter

Kalau yang ini pasti semua sudah sedia maklum. Kita boleh mendapatkan keyword yang popular dari trending topic yang ada di Twitter. rasanya tak perlu saya berikan link twitter sebab saya pasti most of us pasti mengetahui link laman sosial twitter.  antara facebook dengan twitter kalau bab hot news twitter lebih updated dan relevan penggunaannya untuk korang applied sbg 1 dari cara pemilihan keyword di entri korang.

6. Yahoo Popular News

Yahoo Popular News juga boleh juga kita manfaatkan untuk mencari keyword yang popular, misalnya dari berita/news popular di Malaysia dan dunia. well mudah je korang boleh view di bahgian sidebar  ataupun di bhgian menu tab apa yang paling popular sekarang di  yahoo malaysia news  dan world yahoo news  .

7. Google Trends

Tool ini jarang digunakan orang tapi sangat berkesan sebenarnya untuk mendapatkan bahan latest yang menarik disini. Di Google Trends kita juga oleh  mengetahui top keyword atau kata kunci yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Tidak percaya? Sila layari Google Trends.  dan ianya adalah percuma.


Inilah sebahagian dari cara mencari keyword yang saya gunakan untuk menentukan keyword yang sesuai  digunakan yang telah saya applied. saya selalu gunakan google adwords dan yahoo news. kepada para otai yang mungkin terbaca entri ni, kalau ada kekurangan or nak tambah boleh berikan pandangan kat kotak komen.entri diatas saya kongsikan just cara nak cari keyword popular dan hot. 

by the way mungkin dientri akan datang saya akan tunjukkan cara penggunaan untuk menentukan keyword popular dan trik menggunakan keyword dengan tepat agar entri blog kita boleh  tersenarai di muka depan enjin carian sekaligus meningkatkan lagi peluang kita mendapat traffik mendadak dari search engine.ni sebahagian trik seo dengan hanya aplied keyword hot untuk korang meledakkan traffik blog korang melalui carian di search engine yang dilakukakn pelayar internet:)


p/s : sebelum terlupa hadiah istimewa untuk anda semua kerana sudi membaca entri ini sehingga habis . ebook percuma 100 cara promosi tingkatkan traffik blog.

Lokasi Kota Atlantis telah ditemui setelah Tsunami di Jepun

24 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata, orait untuk entri kali ini sangat menarik untuk saya kongsikan. ketika saya membaca updated news di website reuters dan AFP, terbaca petikan berita  penemuan lokasi Kota atlantis.most of us pasti pernah mendengar  mengenai Kota Atlantis yang merupakan kota masyur yang telah lenyap dan lokasinya masih kekal misteri sehingga hari ini. Kota metropolis  ini sejak dr ratusan tahun dahulu telah menjadi 1 subjek perdebatan hangat dikalangan para pengkaji purba, para sejarawan, para arkeologist, para geologist dan pencari harta karun diseluruh dunia.



Setelah mega tsunami yang membadai timur laut Jepun dan menjadi topik hangat. kini Kota Atlantis telah kembali disebut oleh para pengkaji kerana terdapat tanda-tanda bahawa lokasi  Kota lagenda agung ini telah dijumpai. memetik dr sumber reuters . team ekspedisi pengkaji  A.U.S leds research  , telah berjaya mengenal pasti lokasi kota purba lagenda yang masyur ini. dipercayai para pengkaji A.U.S yakin kota metropolis yang telah lenyap beratus-ratus tahun dahulu ini terbenam di bawah lumpur banjir  di dasar lautan selatan Sepanyol.

team ekspedisi ini diketuai oleh  Richard Freund.  gempa dan tsunami yang membadai Jepun baru-baru kemungkinan telah memberi impak pada permukaan dasar lautan. dan ini telah memberi petunjuk baru, terdapat isyarat penemuan-penemuan  objek dan tinggalan baru yang selama ini terbenam didasar laut tanpa dapat dikesan.

mereka yakin berdasarkan image satelit yang dirakamkan oleh team ekspedisi, dipercayai, lokasi Atlantis ini berada di Utara Cadiz, iaitu terletak dikawasan selatan  Sepanyol.  terbenam didasar lautan akibat Tsunami yang melanda kawasan eropah ratusan tahun dahulu.

Untuk memecahkan misteri di manakah lokasi sebenar Atlantis ini, team ekspdisi ini telah menggunakan pelbagai kombinasi teknologi canggih. dalam penggunaan radar laut dalam, peta digital, image satelit dan teknologi bawah laut yang canggih untuk mengesan lokasi kota lagenda metropolis ini.

Namun persoalannya sekarang adakah lokasi dasar laut dalam di selatan Sepanyol yang menunjukkan tanda kewujudan peninggalan sebuah tamadun yang lenyap benar-benar merupakan sebuah lokasi Kota Lagenda Atlantis yang masyur itu  seperti yang dinyatakan oleh team ekspedisi ini? kita nantikan bersama pembongkaran misteri ini. sebab terlampau banyak sangat teori mengenai lokasi kota lagenda ini.

Namun apa yang menarik untuk saya kongsikan memetik dari pernyataan
Plato (  philosopher terkenal Yunani Kuno )  dlm catatan  dialognye "Timaues and Criteaus" beliau pernah memberi hint lokasi peradaban Atlantis. Beliau ada menyebut bahawa Atlantis  " pulau yang terletak dihadapan selat gilbratar yang menghala Pillars Hercules".
tidak


Untuk info dan details mengenai kisah Kota Lagenda Atlantis yang masyur ini. saya ada mengupas dan kongsikan info yang details mengenai kota Atlantis di  dua entri yang  terdahulu

Klik SINI UNTUK BACA ==> Misteri Kota Atlantis Part 1

sumber : reuters

Isu Karikatur di Berita Harian : Karikatur Ultraman vs Tsunami Menerima Kutukan Hebat di CNN iReport

9 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembukata kata buat pembaca blog RR. firstly thanx to all yang sudi membaca bingkisan perkongsian di blog ini :). orait as we all know, minggu ini minggu yang penuh dengan kisah dan rentetan peristiwa tsunami di jepun. but apa yang saya nak highlightkan untuk entri kali ni, sesuatu yang kini menjadi topik hangat iaitu mengenai penyiaran gambar karikatur  yang memaparkan karikatur ultraman sedang lari menyelamatkan diri dari ombak tsunami di halaman berita harian. korang tengok je gambar dibawah.


klik untuk paparan imej lebih besar



karikatur ini telah dilukis oleh Zoy dan telah disiarkan di ruangan ragam di halaman 24 Berita Minggu yang bertarikh 13 Mac) actually karikatur ini telah menjadi 1 isu apabila  karikatur ini telah di kongsikan di section  CNN iReport. Tindakan pemaparan karikatur ini oleh pihak editor BH telah didakwa sebagai 1 bentuk penghinaan terhadap Jepun dan telah menerima kutukan bertalu-talu oleh para readers yang memberi komen di CNN iReports. editor BH didakwa tidak peka dan sensitif dengan  menyiarkan karikatur disaat rakyat jepun sedang 'struggle' menghadapi krisis terbesar dinegara Matahari terbit tersebut.


di bawah ni saya sempat screenshot beberapa petikan komen di ruangan CNN iReport.
semuanya jelas komen-komen  mengutuk tindakan editor BH kerana memaparkan karikatur ini.  sangat memalukan sebab imej karikatur ni telah diangkat sebagai 1 isu dan telah tersebar di laman berita paling popular didunia iaitu CNN. after this surely akan wujud 1 stigma dan mindset yang buruk mengenai media di Malaysia.






klik imej untuk paparan  lebih besar


pandangan peribadi saya, dari satu sisi kalau dilihat, kita akan menganggap  gambar karikatur diatas is just a picture. just a jokes. tapi fikirkanlah pandangan dan first impression the others people  tidak sama. karikatur jokes yang jelas boleh mengundang isu dan kontroversi besar. terutama cuba mengaitkan dengan negara seperti Jepun yang sangat peka tentang apa jua yang dikaitkan dengan negara mereka.

dari sisi yang lain, paparan imej karikatur ini pun bersifat abstrak, boleh memberi banyak pengertian dan intepretation. so dalam situasi genting ketika Jepun dilanda krisis besar tidak wajar gambar karikatur ini disiarkan, kerana sedikit sebanyak wujud unsur sindiran tajam seolah-olah Jepun tidak mampu bertindak dan berbuat apa-apa. maklumla Jepun sebuah negara yang maju dan sangat bersedia, so dengan pemaparan gambar karikatur ini seolah-olah menunjukkan seperti rakyat Jepun bangsa yang lemah.


sebelum terlupa anda semua boleh layari laman CNN iReport yang memaparkan isu ini, luangkan masa membaca komen-komen disitu most of the comment mengecam, menghentam dan mengutuk media Malaysia


walau apa2 pun dek kerana kurang peka dan alert, nama dan imej Malaysia sdikit sebanyak telah terpalit dan buruk dimata dunia :(

p/s: anyway  Berita Harian telah pun memohon maaf dengan tindakan penyiaran karikatur ini. hopefully editor BH akan more alert , bukan sekadar more alert tetapi double check before menyiarkan sesuatu terutama yang membabitkan karikatur :)

Video Tsunami di Jepun : Video Tsunami yang Meranapkan Bandar Sendai

6 ulasan:
Video Tsunami di Jepun









 untuk melihat gambar tsunami jepun :  kemusnahan bandar Sendai di Jepun sila KLIK SINI

Gambar Tsunami Di Jepun : Gambar-Gambar Kemusnahan Tsunami Di Sendai, Jepun

18 ulasan:
Dibawah ini saya kongsikan dengan anda sejumlah Gambar Tsunami di Jepun.  Tsunami yang terjadi di Jepun berpunca  gempa bumi yang terjadi di luar persisiran timur laut pantai Sendai. untuk update dan info mengenai tsunami di jepun anda boleh baca update terkini dengan KLIK DISINI

dibawah ini beberapa keping gambar yang saya perolehi dari BBC news, yahoo news, dan NHK news. gambar-gambar dibawahmenunjukkan kemusnahan Wilayah Sendai yang menerima kesan yang paling teruk di Jepun akibat tsunami yang berukuran 7 meter kaki tinggi atau lebih kurang 23 kaki.
(sumber lain menyebut ketinggian tsunami menjangkau 10 meter ) atau 30 kaki tinggi






















Gambar Tsunami Di Jepun


p/s : gambar terkini bakal diupdate lagi. sebelum terlupa anda boleh baca update terkini dan info mengenai tsunami di Jepun . saya ada kongsikan maklumat tsunami dan update tentang situasi terkini di Jepun dari semasa ke semasa.

Tsunami di Jepun : Perkembangan Terkini Tsunami di Jepun

5 ulasan:
Perkembangan terkini Tsunami di Jepun :



>> memetik sumber yahoo news setakat ini pihak berkuasa Jepun  mengesahkan  hampir 4000 orang telah disahkan terkorban dan 7000 yang lain masih hilang dalam bencana tsunami. (update 2.30 p.m 16 Mac)


>>dianggarkan kos pembinaan semula bandar dan kawasan yang musnah ditimpa tsunami di Jepun berjumlah 10 trillion-16 trillion yen ( 125 billion-200 billion USD) .(update 2p.m waktu malaysia 16Mac )

>>keselurahan 6 reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima telah mengalami letupan hidrogen sejak jumaat lalu. 

>> 2 letupan dan 1 kebakaran baru di reaktor loji nuklear Dachii Fukushima telah berlaku dan menyebabkan kebocoran radiasi yang teruk. (15 Mac)
>>  satu daripada reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima meletup akibat tekanan hidrogen ( 14 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, laporan rasmi 763 orang menjadi korban tsunami di jepun setakat ini, 10000 orang dilaporkan telah hilang. (update 11.10 a.m waktu malaysia 13 Mac) 

>> memetik sumber AFP news , telah disahkan 574 orang menjadi korban tsunami di jepun. dan pihak berkuasa Jepun menganggarkan 1000 nyawa atau lebih mungkin terkorban. (update 12.30 a.m waktu malaysia 13 Mac)

>> memetik sumber AFP news, secara rasminya seramai 413 disahkan terkorban, 784 dipercayai hilang, 50000 tentera telah dikerahkan oleh kerajaan Tokyo untuk misi menyelamat ribuan mangsa mangsa tsunami.(update 4.20 p.m waktu malaysia 12 Mac )

>> memetik sumber  AFP dan yahoo news, secara rasminya kenyaatan dikeluarkan pihak berkuasa jepun . 236 telah terkorban 725 masih hilang, dan seramai 1028 mengalamai kecederaan ringan dan parah. (update 11.30 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber dari AFP ,Sistem penyejukan reaktor loji nuklear di Daiichi Fukusihima gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9. Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun. ( update 10 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber AFP, dan telegraph.co.uk, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter telah dikesan di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi waktu malaysia.

>> polis jepun mengesahkan telah menjumpai sejumlah 200 hingga 300 tubuh mangsa tsunami  yang terdampar disekitar Sendai, Jepun. disahkan 88 telah terkorban dan seramai 349 masih lagi hilang. ( update 10.30 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami telah melanda Hawaii, setakat ini tidak dapat dipastikan status terkini keadaan di Hawaii, amaran tsunami telah dikeluarkan di Hawaii. ( update 10.15 waktu malaysia 11 Mac)

>> jumlah korban tsunami meningkat kepada 60 orang update angka korban sehingga pukul (8.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, pihak berkuasa Jepun  menganggarkan sekurang2 nya 32 orang telah terkorban laporan tidak rasmi ( update 7.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami di Jepun  telah mengorbankan 26 orang angka tidak rasmi, memetik laporan dari berita BBC news. ( update 7.15 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> amaran tsunami telah dikeluarkan serta merta kepada seluruh negara di lautan Pasifik, Asia Tenggara agar bersedia untuk menghadapi ancaman gelombang Tsunami. dan dijangka tempias Tsunami ini akan  turut menerima tempias sehingga ke negara di Amerika Selatan .

>> 2.46 p.m waktu jepun (1.46 p.m waktu malaysia) timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi dasyat berukuran 8.9 skala ritcher. 1  gelombang tsunami telah terhasil dengan ketinggian 30 kaki ( 10 meter tinggi)  yang akhirnya telah menghentam timur laut perairan Jepun iaitu wilayah Sendai. (  11 Mac)




sedikit info mengenai gempa bumi dan tsunami yang saya petik dari BBC News,  yahoo news dan Telegraph.co.uk :

Kawasan timur laut perairan Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher pada 11 Mac 2.46 p.m waktu Jepun ( 1.46 p.m waktu malaysia). Gegaran gempa bumi bermula di luar pantai bandar pelabuhan Sendai telah menyebabkan gelinciran pelantar dasar laut. dan telah menghasilkan lambungan gelombang tsunami. Gempa bumi  yang dasyat ini telah disusuli dengan 19 gegaran gempa yang lain di Jepun selang beberapa minit kemudian disekitar Jepun dengan ada diantaranya mencatat kekuatan 6 skala ritcher.

menurut sumber  yang dikeluarkan oleh Jabatan meterologi Amerika Syarikat , gempa bumi yang terjadi di Jepun ini  yang paling dasyat pernah direkodkan di Jepun  sejak tahun 1800.  dianggarkan gempa bumi yang terjadi ini telah menghasilkan tsunami dengan ketinggian ombak berukuran lebih 23 kaki tinggi atau 7 meter tinggi. ( sumber dari Jabatan Geologi A.S menyebutkan tsunami berketinggian 10 meter tinggi.( 30 kaki )

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. pemantauan sedang giat dijalankan. ( sumber website jabatan Meteorologi Malaysia)


gambar diatas menunjukkan  pusat gempa bumi yang bermula di luar 
kawasan timur laut Jepun iaitu di perairan bandar pelabuhan Sendai. dan akhirnya 
telah mencetuskan tsunami.( kredit to yahoo.news ) 


untuk melihat gambar gambar kemusnahan bandar pelabuhan Sendai di Jepun sila KLIK SINI


dibawah ini saya sertakan video tsunami yang telah menghancurkan kawasan timur laut Jepun. bandar pelabuhan Sendai, antara bandar  yang  menerima kesan paling teruk







sumber : yahoo news, BBC news, telegraph.co.uk, AFP,  youtube,