iklan baris

Mulakan Butik Online Muslimah Anda Sekarang Modal Rendah

2 ulasan:



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua .. saya ingin mewarwarkan berita baik buat anda semua yang masih lagi mencari peluang untuk membuka perniagaan butik online sendiri dengan pakej yang sangat berpatutan dan murah . Program Usahawan Busana Muslimah telah memperkenalkan Pakej Perniagaan lengkap ‘Butik Muslimah Online’ bagi anda yang ingin melangkah ke dunia keusahawanan secara online serta meminati dunia fashion Busana Muslimah.

Dengan Pakej ini anda akan memiliki Butik Muslimah Online dengan ‘Brand’ anda sendiri lengkap di sediakan dengan pelbagi produk-produk menarik untuk di jual serta penghantaran produk di uruskan 100% oleh kami.

Pakej yang hebat ini benar-benar akan membantu anda meraih keuntungan maksimum pada risiko yang minima untuk anda

.diantara website butik online yang menyertai program kami :

http://jmo.my 
http://syafiqahismailboutique.com

http://pesonamuslimah.net
http://khalishaboutique.com
http://muslimahdesign.com



Pada kebiasaannya untuk memiliki website e-commerce lengkap dengan sistem shopping cart  canggih sahaja modal bermula sekitar RM1600-RM2200.Namun dengan pakej ditawarkan oleh PUBM anda akan  memperolehi all in one pakej yang sangat berbaloi , iaitu



1)website e-commerce dengan sistem  shopping cart canggih anda punya
2)facebook pages kami setupkan untuk anda
3)produk disediakan : anda tidak perlu menanggung stok beku dan memikirkan apa barang perlu dijual  
4)sesi latihan disediakan : mengenai pengurusan website dan juga pemasaran  di training center kami) ,
5)kupon fb ads bernilai RM150  diberikan percuma untuk anda memulakan promosi
6)keuntungan yang tinggi 33% untuk setiap produk .



Website E-Dagang Butik Muslimah Anda.

Kami akan membina Butik Online anda menggunakan sistem ‘Shopping Cart’ canggih bagi memudahkan anda membuat jualan serta menerima bayaran secara online melalui Kad Kredit, Kad Debit, Pay Pal dan juga pindahan bank. segala-galanya kami buat untuk anda



Facebook Pages Kami Setup

Facebook Business Page akan di sediakan bagi setiap butik online bagi membantu pemasaran produk serta website. Kami akan menyediakan design ‘Cover Photo’ yang cukup menarik untuk page anda bagi memberikan imej profesional untuk butik anda. Page anda juga di lengkapi dengan sistem semakan stok secara online bagi memudahkan pelanggan anda membuat pilihan produk yang ingin di beli.



Produk

Pelbagai produk kami terdiri daraipada Jubah, Blouse & Kemeja muslimah di sediakan untuk di jual di Butik Online anda. Kami juga komited menyediakan koleksi-koleksi terbaru setiap bulan serta akan mempelbagaikan lagi produk pada masa akan datang.



Sesi Latihan

Kesemua Pelanggan Pakej Butik Muslimah Online layak menghadiri 2 sesi latihan Percuma! Latihan ini di harapkan dapat memberi lebih panduan dan kefahaman kaedah untuk BERJAYA dalam menjalankan perniagaan Butik Muslimah Online masing-masing.



FB ads bernilai RM150 untuk pengiklanan di fb

Anda akan di beri panduan Pemasaran serta Pengiklanan bagi menjayakan Butik Online Anda serta Kami Berikan Kupon Bernilai RM 150++ Percuma untuk Anda Mulakan Pengiklanan di Facebook Sejurus Butik Anda Di Siapkan.





Keuntungan yang tinggi 33%

keuntungan bagi setiap produk yang kami sediakan, kami memberikan kadar keuntungan yang tinggi iaitu kira-kira 33% dari harga jualan yang telah di tetapkan. Tiada belian borong stok di perlukan membuka ruang keuntungan maksima pada risiko yang minima untuk anda.



Dropship

Selain menjual produk-produk terus kepada pelanggan, setiap butik di berikan panduan untuk melantik ejen-ejen dropship bagi memasarkan produk-produk dari butik masing-masing. Sesiapa yang berminat menjadi ejen anda boleh mendaftar di butik online anda. Dengan menjalankan program ini pemilik butik akan mendapat keuntungan dari kuantiti jualan yang besar serta mengurangkan bebanan perbelanjaan promosi.




bagaimana untuk bermula :


pertama sila sms nama anda dan email anda kepada saya  019-3447359 ( en. redzuan ). atau  cik nurul ( 0179656087)
 sy akan call anda kembali dan menerangkan details program ini dan advantagenya .. jika anda ingin berjumpa , boleh set appointment ..

kedua sila lakukan pendaftaran di web pubm.net ..

setelah melakukan pembayaran  ke akaun easy technology resources . sila sms maklumkan kepada saya tentang pembayaran yang telah anda lakukan ..

website akan disiapkan dalam tempoh seminggu .. 

Al-Kindi : Ahli Falsafah , Ahli Falak Tersohor

Tiada ulasan:


Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi atau juga dikenali sebagai Al-Kindi dilahirkan di Kufa iaitu sebuah pusat pengajian dunia pada zaman itu. Bapanya adalah gabenor Kufa. Al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berhijrah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan memperoleh kedudukan yang berkuasa pada abad Kelima dan Keenam, tetapi mereka telah kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam.

Pendidikan Al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Beliau sangat terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik dan beliau pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil. Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Sepanjang hayat beliau,beliau telah dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling agung, tapi akhirnya namanya ditelengami oleh nama nama hebat seperti Al-Farabi dan Ibn Sina. Al-Kindi adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun beliau hanya dirujuk sebagai "Ahli Falsafah Arab".

Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristote dan Plato. Walaubagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan menyebarkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Islam. Kebanyakan karya yang diterjemahkan dan dijadikan rujukan oleh cendikiawan merupakan falsafah dan hasil Al-Kindi.Kesimpulannya, jika tidak kerana karya beliau, hasil ahli falsafah seperti Al Farabi, Ibn Sina, dan Al Ghazali mungkin tidak tercapai.



PENDAHULUAN

Beliau dikenali di Eropah dengan gelaran Al-Kindi.Beliau adalah seorang Gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194M.Pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau.Al-Kindi telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.

Walaupun Al-Kindi seorang pengamal perubatan,beliau juga telah memberi sumbangan besar dalam bidang farmasi.Salah satu sumbangan yang terpenting dalam bidang ini ialah karya beliau yangditerjemahkan dalam bahasa Latin berjudul De Medicinarum Compositarum Grabidus dus Investigandis Libellus.Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat.

“Ingkarilah hawa nafsu anda dan patuhilah siapa saja,yang jelas anda tidak bakal mampu membebaskan diri dari paksaannya sepanjang anda belum mencegah diri dari berbagai hal yang menjadi kesenangan anda”(ms 139,pancaran pemikiran)petikan dari kata-kata Al-Kindi yang menjadikan panduan dalam kehidupannya.Beliau merupakan muslim pertama yang menekankan falsafah dan berminat mengenai muzik.
Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-Kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.Al-Kindi sangat menyukai muzik dan olahraga.Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan dari karyanya tercatit akhlaknya.

Dalam perjalanan hidupnya ,beliau selalu berusaha mencapai kesempurnaan jiwanya serta mencipta sesuatu gambaran ”madinah al-fazhilah” yang sangat didambakan kewujudannya di mana manusia dapat hidup sejahtera dengan pelbagai sifat utama.


KELAHIRAN DAN BIOGRAFI AL-KINDI

Nama beliau ialah Abu Yusuf Ya’qub ibn Ishaq al-Kindi.Beliau telah dilahirkan pada abad ke 9 bersamaan 194 M di Kufah,Iraq.Ketika umur beliau 72,beliau telah meninggal dunia di Baghdad,Iraq..Bapa beliau merupakan seorang gabenor di Kufa. Beliau dikenali di Eropah dengan gelaran Al-Kindi.Pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau.Al-Kindi telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.

Al-Kindi juga tekun mendalami pelbagai ilmu yang diterjemahkannya dari bahasa yunani. Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor peradaban dan ilmu pengetahuan.Buku–buku yang ditulisnya tidak kurang dari 256 judul yang merangkumi falsafah,muzik ,astronomi,dan ilmu kimia.Melalui buku-buku yang di dokumenkan itulah mengajar umat Islam pada zamannya mengenai nada dan bahagian-bahagian muzik sebelum orang Eropah mengetahui mengenai ilmu muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-Kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.Al-Kindi sangat menyukai muzik dan olahraga.Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan dari karyanya tercatit akhlaknya.


Kebanyakkan hasil karya Al-Kindi telah hilang dan dipercayai dimusnahkan bersama bersama kota Baghdad akibat serangan Mongol Atiyeh(1996M) telah menyenaraikan karya-karya Al-Kindi dalam bidang perubatan.Salah satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa latin berjudul The book of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah.


SUMBANGAN AL-KINDI

Al-kindi juga merupakan seorang sejarawan Islam yang terulung yang menghasilkan falsafah melalui pemikiran di zaman yunani.Hasil karnyanya mempengaruhi pemikiran pembangunan di Eropah pada abad ke-13. Beliau merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah perkataan yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato dan Aristotle kepada system yang baru.

Seorang sejarawan dari Itali Gerolamo Cardano( 1501-1575) telah memartabatkan Al-Kindi sebagai seorang pemikir yang terulung pada usia yang muda kerana beliau telah menulis lebih dari 260 buah buku merangkumi bidang geomatik iaitu sebanyak 32 buah buku,perubatan dan sejarah masing-masing sebanyak 22 buah buku,hal yang berkaitan logik berjumlah 9 buah buku dan bidang fizik iaitu 12 buah.

Walaupun kebanyakan karya-karya beliau telah hilang,tetapi beberapa buah bukunya telah diselamatkan oleh Gerard of Cremona yang telah diterjemahkan dalam bahasa latin.Cuma beberapa karyanya telah dijumpai dalam tulisan arab.Malangnya sebanyak 24 karyanya telah hilang di perpustakaan Turki.Teori Aristotle, ringkasan Plato dan beberapa lagi karya asing telah diubahsuai oleh Al-Kindi.


SUMBANGAN DALAM BIDANG ASTRONOMI

Dalam bidang astronomi dan astrologi,Al- Kindi telah merujuk kepada pandangan Ptelomy mengenai system solar merangkumi perlbagai planet iaitu Marikh,zuhal,mustary,matahari,bulan dan lain-lain.Beliau mengatakan bahawa segala pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah.Beliau mempercayainya kerana beliau boleh membuktikan bahawa perbezaan cuaca kerana susunan planet-planet dan matahari yang telah ditetapkan pada paksi atau orbit planet-planet tersebut.

Al-Kindi mengatakan bahawa proses tersebut adalah disebabkan struktur bentuk planet memberi kesan terhadap kejadian dunia.Salah satu karyanya yang telah diterjemah melalui karya Aristotle iaitu beliau mengakui pergerakan planet adalah disebabkan geselan dari beberapa kawasan yang menghasilkan beberapa elemen bumi iaitu api,air,dan tanah.Elemen tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan di dunia.


SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN

Sebagai seorang doktor, Al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Lebih dari 30 buah buku yang dikarang oleh Al-Kindi dalam bidang perubatan yang diperoleh dari idea Galen dan kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan beberapa orang Islam pada masa itu.
Karya yang paling penting beliau dalam bidang ini ialah mengenai aplikasi matematik dan kuantiti ubat-ubat dalam bidang farmasi.Sebagai contoh,beliau menghasilkan skala matematik untuk menyukat kuantiti dan kekuatan ubat atau dadah dalam sistem badan.Ia memudahkan doctor mengenal pasti penyakit dan menentukan ketahanan badan manusia.

Dalam karyanya yang berjudul Aqrabadhin(formula perubatan),Al-Kindi banyak menghasilkan banyak kandungan atau dos ubat-ubatan termasuk dadah yang diformulasikan dari haiwan dan sumber mineral.
Kitab Kimiya al Itr iaitu buku mengenai pengasilan minyak wangi melalui bahan-bahan kimia juga merupakan karya beliau yang menceritakan mengenai kandungan dan keperluan dadah(alcohol) dalam perubatan dan penghasilan bahan-bahan kimia.


SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG KIMIA

Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia.beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum.Al-Kindi menyangkal alkimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain.Beliau telah menghasilkan larutan alkohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan asli alkohol dari tapisan air anggur(wain).

Al-Kindi telah menghasilkan pelbagai minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai “BAPA” dalam industri minyak wangi.Beliau telah memperoleh hasil dari kajiannya mengenai minyak wangi melalui penyelidikan yang mengabungkan pelbagai tumbuhan dan pelbagai bahan untuk mengasilkan sesuatu produk.

Beliau mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan.Dalam karyanya beliau telah menulis bahan-bahan untuk menghasilkan minyak wangi ialah minyak asli,pati wangi,dan air untuk mengantikan alkohol.Kapur barus juga telah dihasilkan oleh beliau yang juga merupakan penghasilan yang terawal di dunia.


SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG MATEMATIK

Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab.

Al-Kindi telah menghasilkan pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik termasuk arithmetik, geometri,garisan dan darab dengan angka,mengukur masa dan jarak,dan lain-lain.Beliau telah menulis empat jilid Ketab fi Isti’mal al-‘adad al-hindi yang diserap melalui sistem pengiraan di India di tengah timur dan barat.Manakala dalam bidang geometri,beliau menghasilkan teori garisan selari dan menyatakan geomerti boleh menghasilkan dua garis iaitu garisan yang tiada akhirnya dan mengikut garisan yang logik.


KESIMPULAN

Al-Kindi merupakan seorang sejarawan yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang.Beliau telah memartabatkan syiar Islam dan menaikkan taraf Islam dalam pelbagai bidang walaupun banyak bidang telah dikuasai oleh Sejarawan barat yang banyak menyalin karya-karya Orang Islam pada dasarnya.

Namun begitu,salah satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan telah jatuh di tangan orang lain. Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

Oleh itu,sebagai generasi sekarang seharusnya kita memanfaatkan hasil karya yang ditulis oleh Al-Kindi sebagai rujukan untuk memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang.Seharunya kita sedar bahawa sejarawan Islam banyak memberi sumbangan bagi memajukan agama itu sendiri dan semua karya orang Islam telah diperoleh dari maha pencipta yang diwahyukan kepada umat Islam itu sendiri.


RUJUKAN :

seyyes hossein nasr,Science and civilization in Islam,dewan pustaka fajar,page 43
Ismail saad,Pengenalan tamadun islam dalam ilmu perubatan,dewan bahasa dan pustaka kuala lumpur,page36
Jundi,Dr,anwar,Pancaran pemikiran Islam,cetakan pertama,fajar
Brittania ensiklopedia,jilid2,

Kisah Salman Al Farisi r.a , Huzaifah Al Yamani r.a , Jabir bin Abdullah r.a

Tiada ulasan:


kisah salman al-farisi



Ada kisah yang menakjub berkaitan ketiga-tiga sahabat r.a ini. Mereka berjuang bersama-sama di Perang Khandak /Ahzab.

Salman Al Farisi r.a yang mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w agar membina parit sekitar Kota Madinah. Hampir kesemua umat Islam ketika itu bekerja sama bergotong royong membina parit.

Jabir bin Abdullah r.a kemudian melihat Nabi s.a.w keletihan lalu menjemput Nabi s.a.w makan di rumahnya (Jabir bin Abdullah r.a). Pada mulanya Jabir r.a ingin menjemput juga beberapa orang sahabat r.a yang lain tetapi Rasulullah s.a.w menjemput kesemua orang Islam pergi ke rumah Jabir bin Abdullah r.a.

Melihat kehadiran orang Islam yang ramai ke rumahnya membuatkan Jabir bin Abdullah r.a. serta isterinya berasa risau makanan tidak cukup. Rasulullah s.a.w berpesan beberapa perkara kepada Jabir bin Abdullah r.a yang mesti dituruti antaranya periuk tidak boleh dibawa turun dari dapur.

Di sinilah mukjizat Rasulullah s.a.w mencukupkan makanan yang sedikit sehingga kesemua orang Islam yang pergi ke rumah Jabir bin Abdullah r.a. dapat makan dengan kenyang. Bahkan makanan di dalam periuk masih berbaki dengan banyak.

Manakala Huzaifah Al Yamani r.a pula diarahkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pengintip dan menyelinap ke kubu musuh. Beliau sempat mendengar dan melihat Ketua Musuh iaitu Abu Sufyan b Harb kerisauan dan gelisah. Ketika itu khemah musuh sudah mula ditiup angin kencang lalu membuatkan Abu Sufyan b. Harb mengarahkan tentera pakatan berundur. Mujur Rasulullah s.a.w mengarahkan sebelum itu agar Huzaifah r.a tidak melakukan apa-apa, jika tidak Huzaifah r.a berkemampuan memanah Abu Sufyan.

Salman Al-Farisi r.a meninggal dunia sekitar tahun 32Hijrah atau 35Hijrah dan dikebumikan di Kota Madain.Waktu itu beliau memegang jawatan Gabenor Madain.

Huzaifah r.a pula terbunuh sebelum berlakunya Perang Jamal di zaman Khalifah Ali bin Abu Talib r.a. Beliau juga adalah salah seorang gabenor di Madain.

Manakala Jabir bin Abdullah r.a dianugerahkan usia yang panjang. Beliau hidup sehingga zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan iaitu salah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Beliau sempat bertemu dengan Ciut Rasulullah s.a.w iaitu Muhammad Al-Baqir b. Ali Zainul Abidin b. Hussain r.a. Waktu itu Jabir bin Abdullah r.a berusia 94tahun dan matanya telah buta. Beliau sudah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w akan pertemuannya dengan Ciut Rasulullah s.a.w

“Jabir bin Abdullah r.a memberitahu, “Suatu hari aku sedang duduk bersama Rasulullah, sedangkan Husain r.a berada di ribaannya. Beliau s.a.w berkata padaku, ‘Hai Jabir, putraku ini kelak mempunyai seorang anak yang bernama Ali. Dan pada Hari Kiamat, seseorang akan memanggilnya ‘Sayyidul Abidin’. Kemudian melalui Ali, seorang anak yang bernama Muhammad Al-Baqir—yang memiliki keluasan ilmu—akan lahir. Bila engkau berjumpa dengannya, sampaikan salamku kepadanya.”

Rasulullah s.a.w juga memberitahu kepada Jabir b. Abdullah r.a usianya tidak panjang selepas pertemuan bersejarah itu. Beliau diracun oleh Hajjaj bin Yusof . Jabir bin Abdullah dikebumikan berhampiran makam Huzaifah Al Yamani r.a di tepi Sungai Tigris.

Pada tahun sekitar 1932, berlaku banjir besar yang menyebabkan makam Jabir bin Abdullah r.a dan Huzaifah Al Yamani r.a dibanjiri dengan air sungai Tigris. Huzaifah Al Yamani r.a kemudian datang di dalam mimpi pemerintah Iraq ketika itu tetapi tidak diendahkan lalu beliau r.a hadir pula di dalam mimpi Mufti Besar Iraq.

Berikutan itu, Pemerintah Iraq dan Mufti Besar Iraq segera mengarahkan proses pengalian semula makam kedua sahabat r.a. Semasa dikeluarkan dari makam jasad kedua sahabat r.a ini masih utuh tidak terjejas biarpun sudah lebih seribu tahun dikebumikan di situ.

Jasad Jabir bin Abdullah r.a dan Huzaifah Al Yamani r.a kemudiannya dikebumikan berhampiran sahabat mereka yang turut berbakti di Perang Khandak iaitu Salman Al-Farisi r.a .

Semoga Allah berikan kebaikan kepada ketiga-tiga sahabat r.a. ini dan memberi kesempatan untuk kita semua mengucapkan salam kepada mereka bertiga. In shaa Allah . Aamiin.

Pengertian Mazhab dan Fahaman 4 Mazhab

Tiada ulasan:





Mazhab ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.

Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie. Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.




Ahli Sunnah wal Jamaah

Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah.

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.

Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.

Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.

Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.

Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional


Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Mazhab Hanbali

Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.

Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”

Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.