iklan baris

Memaparkan catatan dengan label siapa osama bin laden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siapa osama bin laden. Papar semua catatan

Siapa Osama bin Laden | Latar Belakang Osama

28 ulasan:
Siapa Osama bin Laden |  Latar Belakang Osama



Assalamualaikum dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog  redzuan-ridz. Seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas , entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai latar belakang dan biografi Osama bin Laden. Saya  pasti  ramai  yang ingin mengetahui latar belakang  Osama Bin Laden dan siapa Osama bin  Laden sebenarnya.

Ramai juga yang beranggapan bahawa Osama bin Laden ini tidak wujud dan tidak lebih sebagai 1 watak yang sengaja di wujudkan Amerika dan sekutu laknatullahnya sebagai 1 agenda perancangan jahat mereka.  Sebelum  kita semua membuat andaian, Untuk perkongsian kali ini saya pasti ramai yang mencari dan ingin mengetahu siapa sebenarnya insan yang bernama Osama bin Laden ini . 


Osama Bin Laden atau nama sebenarnya Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Arab Saudi.Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadramaut (Yaman selatan), dan Ibunya Hamida Al-Attas (atau dikenali sebagai Alia Ghanem) merupakan isteri hasil perkahwinan kesepuluh  bapanya.  Ketika Bapa Osama datang ke Arab Saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Ayah Osama mula  berjaya dalam perniagaan selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk membina istana Raja Saud.

Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantung duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya Arab Saudi.

Bapa Osama meninggal dunia pada 1969 ketika Osama berumur 13 tahun, akibat nahas kapal terbang. begitu juga abang sulung Osama,  Salem bin Laden yang merupakan pewaris Ben Laden Group terkorban pada 1988 kerana nahas kapal terbang akibat daripada kegagalan enjin pesawat. 


Dari segi latar belakang agama , Osama berfahaman  Wahhabi,  Beliau  mendapat pendidikan awal di sekolah elit sekular  Al-Thager Model School .(1968-1976) Beliau mengambil jurusan Ekonomi dan Pentadbiran Awam di  Universiti King Abdul Aziz , Arab Saudi.  Beliau akhirnya telah mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981. Ada yang melaporkan bahawa Osama endapat ijazah dalam kejuruteraan awam.

Osama amat terpengaruh dengan pemikiran  pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia mara dan menawan Afghanistan, Osama terus ke Pakistan dan telah bertemu dengan pemimpin  Jemaah islami di Karachi, selepas itu Osama telah ke Penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, Beliau telah  memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke Afghanistan .

Pada tahun 1986 Osama mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syria,Mesir dan Arab Saudi. cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang saya  nyatakan diatas yang sebenarnya telah dipengaruhi oleh Amerika, kerana Osama turut dipengaruhi dan mendapat sokongan Amerika juga ketika itu dalam usaha menghapuskan pengaruh Soviet Union dari tersebar.

Peperangan pertama Osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera Russia pada 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.Dalam tahun 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke Arab saudi untuk mengumpul dan merekrut tentera dan senjata.

 Pada 1989 Osama Bin Laden telah  mendirikan kelompok organisasi  yang dinamakan Al Qaeda, yang dalam bahasa Arab bermaksud "dasar-dasar" atau kaedah-kaedah.dari sini rangkaian Al-Qaeda berkembang

Namun pada tahun 1989, Osama telah dihalang untuk campur tangan dalam urusan negara Afghanistan. Taliban mula mencurigai tindak tanduk Osama, Osama  kemudian telah berpindah ke Yaman dan disana beliau telah menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab Saudi.  Osama telah  kembali ke Arab Saudi untuk bekerja dalam perusahaan keluarganya, Bin Laden Group


Selepas itu , dari Arab Saudi beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau telah lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan beliau berbaik dengan John Garang iaitu KETUA PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN.  siapa John Garang ni tuan-tuan??? cari lah info mengenainya.

Tahun 1992 Arab Saudi telah mengisyhtihar Osama sebagai musuh negara mereka dan kerajaan Arab Saudi telah merampas harta beliau dan sehingga 1994 harta dan aset milik Osama telah dibekukan. Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi. Ini kemungkinan untuk menekan Osama yang menjadi ejen Amerika/CIA !. Selepas itu Osama telah  melakukan penentangan terhadap Arab Saudi dan menubuhkan ARC (Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan pemerintahan monarki negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak berjaya.

Selepas itu beliau telah kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.

Dalam tempoh 10 tahun, untuk pengetahuan anda semua , risikan terkenal didunia United States Central Intelligence Agency (CIA) telah  terlibat membantu menyalurkan kepakaran, bantuan logistik, dan senjata ke Afghanistan dan agen-agen mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia. ini adalah satu fakta yang tidak diketahui umum. Namun seperti biasa risikan Amerika membidas mengenai ini.

Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di Asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin. Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!

Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi Asia Barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh risikan terkenal dunia(CIA) sebelum Osama melangkahkan kaki ke Afghanistan.

berdasarkan pembacaan saya lagi , Osama  terlibat sama dalam satu operasi yang dipanggil sebagai Operation Cyclone.  Sedikit info mengenai Operation Cyclone ini, ianya merupakan kod  nama yang diwujudkan oleh CIA untuk satu program rahsia untuk merekrut ,melatih, dan menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Mujahideen di Afhganistan  ketika Perang Soviet di Afghanistan ( 1979-1989). Operasi ini merupakan operasi paling lama  dan paling mahal pernah dibiayai oleh CIA. kos penyaluran biaya mencecah 20-30 juta USD  setahun pada 1980 sebelum mencecah 680 juta USD pada 1987 !. 


Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk Osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialisis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!

Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji  konspirasi dunia.
Namun pada Ahad 11.30 pagi waktu Amerika 2 Mei  secara mengejut Amerika Syarikat mengumumkan kejayaan membunuh Osama Laden di Attabotad, Pakistan.

dan sebelum saya terlupa dibawah ini saya senaraikan 5 peperangan/petempuran yang pernah disertai Osama sendiri, anda search la untuk mencari  info mengenai perang-perang dibawah ini.Kalau saya rajin saya akan buat entri untuk setiap perang yang saya nyatakan dibawah ini.
  • War in Afghanistan
  • Soviet War (1979-1989)
  • Battle of Tora Bora
  • War in North-West Pakistan 
  • Operation Geronimo

Ini sedikit dari latar belakang Osama, dan rentetan biografinya hasil pembacaan saya.

sumber : rujukan bacaan  buku  Growing Up Bin Laden: Osama's Wife and Son Take Us Inside Their Secret World tulisan  Najwa dan Omar bin Laden

The cult of Osama : psychoanalyzing Bin Laden and his magnetism for Muslim youths tulisan  Peter Alan Olsson

rujukan diatas ini ada di library U.M . di pustaka Utama  dengan Perpustakaan Peringatan Zaa'ba UM. Mereka-mereka yang study kat U.M tu boleh anda pinjam dan baca, sangat bagus untuk mendapatkan perspektif  sebenar siapa Osama laden sebenarnya

p/s : sebelum saya akhiri entri kali ini,  1  persoalan yang ingin saya tinggalkan benarkah Osama telah mati atau pun sebenarnya Osama mungkin telah lama mati dalam petempuran dahulu atau mungkin disebabkan penyakitnya ? Kemungkinan Amerika sendiri telah lama mengetahuinya dan hanya menunggu detik yang sesuai untuk mengumumkan kematiannya ? itu yang  saya fikirkan.