iklan baris

Menyelusuri Sejarah Hagia Sofia : Dari Gereja Menjadi Masjid

10 ulasan:




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya ingin kongsikan sesuatu yang sangat menarik iaitu mengenai sebuah binaan . Ramai yang sedia maklum mengenai sebuah binaan yang tersergam indah yang dikenali sebagai Hagia Sofia yang terletak di Istanbul . Namun tahukah anda semua sebelum menjadi masjid asalnya binaan ini merupakan sebuah gereja.


Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia merupakan gereja bagi umat empayar Kristian Timur
Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine iaitu Constantine Agung. Gereja ini dari dahulu seringkali dibaikpulh akibat dilanda gempa bumi.


Walaupun bangunannya dibuat berbentuk kubah tahan gempa, tapi ianya tetap runtuh. Pada tanggal 7 Mei 558 Masehi, semasa era pemerintahan Justinianus, kubah sebelah timur Hagia Sofia runtuh akibat gempa bumi. Pada tanggal 26 Oktober 986 Masihi, pada masa pemerintahan Basil II (958-1025), sekali lagi masjid ini mengalami gempa bumi.


Hagia Sophia dari luar


Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan‘al-Fatih’ / sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.

Ketika memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.

Nama Konstantinopel akhirnya beliau ganti menjadi Islam Pol yang bermaksud Kota Islam yang ucapannya akhirnya berubah menjadi Istanbul.

Hagia Sophia dari dalam




Setelah kekhilafahan Turki Usmathniyah kalah pada Perang Dunia I , pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan kuno Aya Sofia yang hampir lima abad dijadikan masjid, diubah menjadi museum oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kemal Ataturk (Bapa Republik Sekuler Turki). Dan memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.


Sejak itu, masjid Aya Sofia dijadikan salah satu tarikan pelancongan terkenal oleh pemerintah Turki di kota Istanbul. Nilai sejarahnya dilitupi oleh gaya arkitektur Byzantium yang indah mempesona.

Inilah salah satu usaha musuh-musuh Islam untuk menghilangkan jejak kejayaan Islam. Padahal, dulu Sultan Muhammad al-Fatih hanya didukung oleh 265 orang untuk menakluki kota Byzantium / Konstantinopel / Istanbul yang menjadi pusat kerajaan Rom Timur (Byzantine).



Pemandangan Hagia Sophia di Malam Hari




 



 

Penyanyi Aishah Turut Sertai Perhimpunan Bersih.3.0

Tiada ulasan:



PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS. Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



sumber : mstar.online

Keganasan Bersih 3.0 : Reuters jangka PRU ke-13 ditangguh lagi

Tiada ulasan:





KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

“Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup,” kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.


“Mereka tak kesah,” katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

sumber : reuters

Proton Preve Sapphire | Proton Preve Special Edition (SE)

Tiada ulasan:

Proton Preve  Special Edition


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Pastinya ramai rakyat malaysia telah sedia maklum mengenai model terbaru proton iaitu proton Preve yang telah dilancarkan . Dalam masa yang sama Proton telah mengeluarkan model preve special edition yang sangat sporty dan mewah designnya baik dari segi interiornya mahupun luarannya .

.saya pasti ramai akan menyukai model preve  S.E ini. Sekali dipandang seolah olah dibayangi Honda City. Jauh pandangan saya melihat keluaran model proton sekarang tidak lagi dihantui dengan design proton yang terdahulu. Tahniah saya ucapkan kepada DRB Hicom dan Proton kerana berjaya mencipta sebuah kereta yang mampu menambat hati pembeli semula termasuk saya :).

Proton Preve Sapphire iaitu Proton Preve Special Edition (SE) telah ditayangkan pada majlis pelancaran Proton Preve. Beberapa perubahan telah dibuat daripada Proton Preve yang asal, supaya nampak lebih mewah dan sporty.

Proton Preve Sapphire dilengkapkan dengan bodykit sporty. Sportrim bersaiz 18 inci berjenama Lenso digunakan bersama brek Lotus. Bagi menyerlahkan Proton Preve Sapphire, warna gun-metal matte diguna bersama bumbung hitam berkilat. Bagaimanapun Proton Preve Sapphire ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan harga juga tidak diketahui, sama-sama kita nantikan.

Jom lihat gambar gambar yang telah saya kumpul dijadikan tatapan anda semua .

























Ciri-Ciri Spesifikasi Proton Prevé Sapphire

Bumper depan restyled
Gun metal grey colour
Bodykit
Smoked front dan rear lights
Blackened rooftop,
Bolder chrome ‘proton wings’
Two-tone leather interior
LCD screen at back of front seats
Silver coloured door handles
Chrome horizontal bar at the back
Sport rim 18 inci

Koleksi Gambar BERSIH 3.0

1 ulasan:

Dibawah ini beberapa gambar perhimpunan BERSIH 3.0 yang mula membanjiri sekitar kawasan ibu negara . gambar BERSIH 3.0  . sumber gambar diambil dari malaysiatoday malaysiakini .


Beginilah gambaran ibu kota Kuala Lumpur yang dibanjiri Lautan Kuning .. BERSIH 3.0


Keadaan di Dataran Merdeka sehari sebelum Bersih 3



















Perkembangan Semasa / Terkini BERSIH 3.0

Tiada ulasan:





Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikut adalah laporan langsung dan perkembangan terkini  BERSIH 3.0 mengenai perkembangannya mulai pagi ini yang saya petik dari malaysiakini






5.21 pm : Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20 pm : Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

5:01pm : JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm : JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

4.55pm :  Jalann TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm : Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweeter polis.

4.19pm : Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm : Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm : Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.


3:49pm : JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL. Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.

3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.

Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.


3:29 pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Sebelum itu, orang ramai berundur beberapa meter tetapi sekarang mereka bertekad untuk maju.

3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.

Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.

Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.

1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.

"Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.

1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.

Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.

Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia.

1.45pm: Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.

1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.

1.30pm Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.

Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.

Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.

1:33pm Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.

1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.


1.40pm Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.

"PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik.

Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.

1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.


1:13pm : Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000


12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "

Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.

12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas".

12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.

12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku.

11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.

Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'.

11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.

1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR"

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.

11.35am Brickfields - Peserta berpegang membentuk rantaian manusia untuk memecahkan benteng polis, dan berjaya mara tanpa banyak tentangan dari polis.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.

Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.

11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas.

11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.

Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

11.10am PASAR SENI 20 Unit Amal mengawal Ambiga yang tiba bersama anggota j'kuasa BERSIH P Subramaniam & Andrew Khoo.

11.10am PASAR SENI Pemimpin BERSIH Andrew Khoo memberitahu media, polis membesarkan kawasan yang dilarang mahkamah.

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.

10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun.

"Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak.

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.

9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."

9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.

9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.

920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk

851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.




sumber : malaysiakini

p/s : perkembangan terkini  BERSIH 3.0 akan diupdate dari semasa ke semasa .

Bumi Tidak Menerima Mayat Ariel Sharon

1 ulasan:

gambar ariel sharon terkini diambil pada 2011



Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup yang telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...


Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma.  Inilah balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati..!

Beza Air Mani, Air Mazi dan Wadi

4 ulasan:


Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci. Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

 Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah. Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.




Sumber : albakriah.wordpress.com

Kelebihan Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik

2 ulasan:


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.






Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sejarah Penyelidikan Arkeologi Di Malaysia

2 ulasan:

Sejarah Arkeologi di Malaysia





Penyelidikan arkeologi dimulakan oleh L. Wray , I.H.N. Evans dan H.D. Noone dengan bantuan dan kerjasama pakar arkeologi penjajah seperti P.V. Stein Callenfels, H.D. Collings dan M.W.F. Tweedie, dua orang pegawai arkeologi dari Muzium Raffles Singapura. G. De G. Sieveking dan isterinya, Ann Sieveking dan B.A.V. Peacock ialah pegawai-pegawai Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur yang giat menyumbang kepada penyelidikan arkeologi Negara selepas Perang Dunia Kedua dan sebelum kemerdekaan.

Sejak tahun 1960-an, Jabatan Muzium terus mengambil tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti penyelidikan arkeologi, pada peringkat awalnya dibantu oleh pakar dari university tempatan. Al-Rashid Ibrahim, Adi Haji Taha, Oswald Theseira, Kamaruddin Zakaria adalah antara Kurator Arkeologi Jabatan Muzium yang menjalankan penyelidikan arkeologi, manakala pada awal tahun 1970-an, ahli arkeologi tempatan dari university telah menyumbang secara serius kepada penyelidikan arkeologi dan pemahaman tentang tamadun awal Malaysia. Antara ahli arkeologi tersohor tersebut ialah Zuraina Majid (Universiti Sains Malaysia), Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Leong Sau Heng (Universiti Malaya).




Pada ketika itu, penyelidikan di Lembah Lenggong diterokai semula oleh Zuraina Majid yang membawa kepada lembaran baru dalam melihat ketamadunan penghuni awal Negara yakni Zaman Paleolitik. Apa yang menarik ialah penyelidik sebelum ini telah meletakkan asa kebudayaan Zaman Paleolitik pada kira-kira 35,000 tahun silam tetapi penyelidikan Zuraina Majid dan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia telah memberikan tarikh 300,000 tahun silam sebagai asas tamadun Negara malah mungkin lebih awal dari itu. Hasil penyelidikan mereka telah menghasilkan bukti tamadun yang berterusan hingga hari ini dan meletakkan tamadun Negara adalah antara yang tertua di rantau ini.

Sehubungan itu, penyelidikan arkeologi juga banyak dijalankan di beberapa pusat tamadun Negara seperti di Jenderam Hilir, Selangor, Lembah Bernam, (Perak/Selangor), dan Lembah Nenggiri, Kelantan telah menemukan bukti dan data tentang tamadun awal Malaysia khusus tentang Zaman Hoabinhian, Neolitik dan Logam. Banyak sekali bukti diperoleh bukan sahaja dari sudut artifak malah maklumat tentang kehidupan masyarakat pada ketika itu dan juga pentarikhan.




Kajian di Lembah Bujang, Kedah dan tapak persisiran pantai barat pula telah menghasilkan penemuan yang menunjukkan bahawa tamadun masyarakat Melayu pra-Islam yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan menjadi pelabuhan utama di rantau ini khusus pada Zaman Srivijaya dan membawa kepada zaman kedatangan Islam ke Malaysia.



Di Sabah dan Sarawak pula penyelidikan arkeologi mula diterokai oleh Tom dan Barbara Harrison. Mereka telah menyediakan asas pengetahuan kita tentang tamadun awal negeri-negeri tersebut. Kajian di Gua Niah telah menemukan bukti manusia terawal di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Penglibatan penyelidik tempatan seperti Zuraina Majid, Ipoi Datan, Stephen Chia, Mokhtar Saidin dan Yunus Sauman telah banyak menemukan bukti arkeologi dan tamadun masyarakat di Sabah dan Sarawak seperti perdagangan obsidian, taburan dan penggunaan tembikar warna, lukisan gua dan sebagainya. Antara kawasan utama tamadun Sabah dan Sarawak jelas terdapat di Lembah Kinabatangan, Ulu Segama, Tingkayu dan di daerah Lahad Datu.


sumber : Muzium Negara

Al-Quran Terbesar Di Dunia Dipamer di Masjid Kul-Sharif, Rusia

3 ulasan:

Masjid Qolşärif (Kul-Sharif Masjid) yang terletak di Kazan Kremlin, dikatakan, pada masa pembinaannya adalah masjid terbesar di Rusia, dan di Eropah di luar Istanbul, mempamerkan Al-Quran terbesar di dunia.


gambar masjid Kul-Sharif





Al-Quran Terbesar Di Dunia yang Dipamerkan

Al-Quran terbesar di dunia ini telah  dibuat di Itali oleh syarikat ‘Ltd Reverra’ syarikat (2011). Beratnya 800 kg, berukuran 2 mx 1.5 mx 25 cm. Al-Quran tersebut terdiri daripada 632 muka surat yang mempunyai berat 250 g setiap laman.







Bahan -Bahan Yang Digunakan Untuk Kulit Hadapan Al-Quran Terbesar Di Dunia

Kulit hadapan Al-Quran terbesar di dunia ini diperbuat dengan daun emas, perak, malachite, yasper, warna firus, topaz, emas batu, dan sebagainya. Pada bulan Mei, mereka merancang untuk memindahkan al-Quran terbesar di dunia tersebut ke bandar purba Bolgar, Tatarstan, tempat di mana Volga Bulgaria menerima Islam sebagai agama rasmi.





Perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012

1 ulasan:


Perhimpunan Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka jam 2 petang.

Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :



- Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0

- Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
- Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
- SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
- PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi



Mari kita nantikan apakah reformasi yang akan dilakukan dalam gerakkan Perhimpunan Bersih 3.0 ini.


Dan malam tadi saya sendiri telah pergi ke Markas PAS Taman Melewar Gombak , rumah saya pun tidak berapa jauh dari taman Melewar . agak lewat saya update entri ini .. sebab dalam pukul 3.30 pagi baru saya pulang dan terus tidur .. Semalam antara pemimpin  PAS besar yang memberi ceramah malam tadi termasuklah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan  Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir turut hadir.

Antara fokus ceramah sudah pastilah mengajak semua hadirin yang hadir pada malam tadi agar turun mmberi sokongan ke perhimpunan BERSIH , dan Tan Sri Sheikh Fadzir telah mendedahkan banyak penyelewengan yang dilakukan pemimpin UMNO . dan semalam diumumkan juga  nama artis yang menyertai PAS diantaranya penyanyi Aishah , dan dinyatakan Bok Lokman telah berjaya menarik 10 orang artis popular lagi menyertai PAS ..


Dan apa yang saya ketahui  kelompok besar penyokong BERSIH ini  akan mula berhimpun di hadapan stesen Minyak Shell  di Greenwood dan akan berkonvoi ke Dataran Merdeka bermula dalam pukul 12 tengah hari . dan beberapa sumber lain yang saya ketahui . seorang abang yang juga ketua pemuda KEADILAN bahagian  Gombak Setia . bagitau saya malam tadi pun dalam pukul 12 malam tadi pun sudah lebih 5000-7000 orang telah berkumpul di Dataran Merdeka dan jumlah ini semakin bertambah . dan dalam pukul 2.30 pagi tadi  ketika saya minum di restoran Thaqwa tidak berapa jauh di markas PAS . ada dalam 10 orang mahasiswa dari promahasiswa UITM , memang saya yakin akan turun ke perhimpunan BERSIH ini


dan satu yang saya agak pelik . sebelum ini , pada perhimpunan BERSIH yang lalu polis melakukan sekatan jalan raya di semua highway utama yang menuju ke Pusat Bandar Raya dan juga sekatan di laluan pusat bandar raya . tetapi kali ini tiada sekatan jalan raya di lakukan di highway . dan sudah pasti bilangan penyokong BERSIH 3  yang datang dari luar Kuala Lumpur akan lebih ramai dari  BERSIH yang terdahulu .dan apa sebenarnya strategi Kerajaan saya pun kurang pasti . dan seorang pakcik yang saya kenali rapat beliau bagitau saya pada malam tadi lebih 20 buah bas  penyokong BERSIH dari Sitiawan , Ipoh  , Taiping , dalam perjalanan menuju ke perhimpunan ini .

Gelombang kuning  kali ini saya pasti lebih hebat dari sebelumnya .. dan mari kita lihat bagaimana kesudahannnya .

.

Peramal Kiamat yang ternyata SILAP ...

Tiada ulasan:






Kita sering digembar gembur dengan ramalan kiamat. Sehingga kini ramai yang cuba membuat ramalan. Ternyata mereka SILAP !


MARTIN LUTHER

Pada 1500, mengistiharkan dunia akan digulingkan 300 tahun lagi.


CHRISTOPHER COLUMBUS

Membuat ramalan kiamat pada 1656.


EDGAR C WHISENANT

Saintis dan jurutera NASA meramal kiamat berlaku antara 11 hingga 13 september 1988.


HAROLD CAMPING

Seorang bekas personaliti radio california meramalkan 21 oktober 2011 kiamat akan berlaku.


NOSTRADAMUS

Menurut ramalannya, kiamat berlaku pada 1999.


Terbukti ramalan mereka semuanya palsu.Sebagai umat islam.kita tak harus percaya dengan ramalan2 sebegini..teruskan berpegang pada al quran..lihatlah ayat suci al quran..ada disebut mengenai kiamat..percaya pada Qada' dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah swt.. selagi tanda-tanda besar belum habis semuanya berlaku, selagi itu kiamat tidak akan terjadi ..

sesungguhnya hanya Allah taala sahaja yang maha mengetahui bila akan terjadinya kiamat . dan kita seharusnya tidak perlu berteka-teki dan mengkaji mengenai ini , tetapi persiapkan diri kita dengan amal , perbaiki segala kesilapan dan memohon keampunan dan bertaubat diatas dosa-dosa kita ..


satu peringatan daripada Rasulullah saw:

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a, Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." ( Hadis Riwayat al-Bukhari)

10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah.

1 ulasan:


1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was —



sumber : Ustaz Don 

Tips Menghilangkan Tekanan Stress

7 ulasan:






Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Untuk entri kali ini , saya tertarik ingin kongsikan satu topik menarik iaitu mengenai pengurusan stress atau dalam erti kata mudah , cara bagaimana untuk menguruskan  tekanan yang dihadapi .


Stress atau tekanan pasti akan  membelenggu diri kita , baik disebabkan beban dan masalah ditempat kerja , beban belajar, masalah keluarga , masalah kewangan , masalah percintaan dan lain lain lagi. Tekanan/Stress yang tidak diurus dengan betul dan baik pasti akan menyebabkan kesan yang sangat serius diantaranya boleh menyebabkan masalah kemurungan melampau , hilang keyakinan diri dalam meneruskan hidup , tindakan diluar kawalan seperti  cubaan membunuh diri dan banyak lagi kesan negatif serius akibat tidak mampu menangangi stress yang dihadapi .


So persoalannya bagaimana seseorang itu dapat menguruskan tekanan yang dihadapi sekaligus dapat menghilangkan tekanan yang membelenggu diri .  Dalam satu ceramah motivasi  dr Dr Fadzilah Kamsah  yang saya dengar mengenai Teknik-Teknik Menangani Stress/Tekanan . Ada beberapa pendekatan dan kaedah yang boleh diambil bg mengurus , mengawaldan seterusnya menangani  tekanan stress ini .Terdapat beberapa cara boleh dipraktik , bagi mengurus dan menghilangkan tekanan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Motivasi : Dato Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah) . antaranya


1.Solat 5 waktu jangan tinggal. Sebaik-baiknya berjemaah.

2.Ambil Wudhu’.

3.Banyakkan membaca Al-Quran. Hayati maknanya.

4.Banyakkan makan buah-buahan. (Contoh buah limau kerana banyak vitamin C).

5.Kurangkan makan daging merah. Amalkan makan daging putih.

6.Amalkan teknik urutan.

7.Mandi (sebaik-baiknya air suam, bukan air panas). Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan
yang wangi sewaktu mandi.

8.Berbincang, ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada
orang yang tak pandai simpan rahsia. Nanti anda makin stress..

9.Tengok binatang-binatang peliharaan. Contohnya tengok ikan di dalam akuarium.

10.Menangis. Ambil waktu yang sesuai, menangis. Sebaik-baiknya apabila bersolat malam (bertahajjud).

11.Kurangkan makanan yang banyak perasa tiruan.

12.Amalkan teknik ‘physical relaxation’.

13.Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.

14.Menyanyi. Tetapi awas, jangan menyanyi sampai mengganggu orang lain.

15.Dengar ceramah-ceramah agama.

16.Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.

17.Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.

18.Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.

19.Letak gambar ibu dan ayah di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet. Tengok gambar mereka bila stress.

20.Dengar muzik yang merdu, contohnya nasyid dan lain-lain.

21.Bila tension, senyum. Jangan pilih untuk marah.

22.Uzlah. Ambil masa untuk bersendirian.

23.Imbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil-kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.

24.Pakai pakaian yang sesuai warnanya, warna-warna yang ceria.

25.Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan segala kemarahan. Maafkan semua orang.


p/s : mudah2 an dengan perkongsian ini , dapatlah hendaknya kita bijak mengawal tekanan stress yang kita hadapi , agar tekanan yang kita alami itu tidak dilepaskan dengan cara yang salah sehinggakan orang lain yang  tidak bersalah menjadi mangsa  ..

Tanda-tanda Takut Kepada Allah SWT

1 ulasan:


Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :


1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
...
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:



” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “Surah Al-Hijr : 45.


sumber : Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.