iklan baris

Misteri Siapa Monalisa Akhirnya Terbongkar

29 ulasan:

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya kongsikan dengan anda  mengenai pembongkaran identiti siapa monalisa yang sebenarnya. sebelum ini saya pernah kongsikan dengan anda entri mengenai , misteri yang terkait dengan potret paling terkenal didunia Potret Monalisa . Bagi yang belum membaca entri saya sebelum ini mengenai misteri potret monalisa  sila KLIK SINI .

 Berbalik pada topik,  misteri siapa sebenarnya wanita dalam potret monalisa telah sekian lama menjadi subjek perdebatan antara pengkaji. Pelbagai teori, hujah dikemukakan mengenai siapakah wanita didalam potret monalisa ini. dan seperti entri saya mengenai Monalisa sebelumnya terdapat beberapa wanita yang dikatakan adalah Monalisa yang dilukiskan oleh Leornado Da Vinci. 

Antara yang ddikaitkan sebagai Mona Lisa;  ialah Lisa Ghererdini ,  Isabelle of Aragon ( Ratu dari kerajaan Aragon), Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.





 
Namun setelah berabad lamanya , akhirnya identiti sebenar wanita dalam potret monalisa telah dipecahkan dan hujah dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli sejarah seni Itali iaitu Carla Glori lebih menyakinkan berdasarkan bukti kajian dan penemuan yang menyakinkan .Beliau telah membongkar siapa Mona Lisa, gadis dalam potret tersohor karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci .
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu. dan misteri paling besar mengenai Mona lisa adalah identiti sebenar siapa gadis yang di lukis oleh Leornado Da Vinci dalam potret tersebut.
Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang potret Mona Lisa.  tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.


sumber : diolah dan diedit oleh penulis  blog redzuan-ridz ke bahasa  Melayu dari kaukus.us

Rahsia Besar di Sebalik Tarikh 1 Mei

6 ulasan:
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca dan pengunjung blog redzuan-ridz. firstly terima kasih kepada anda semua yang sudi kerap melawati blog ini sambil membaca kupasan entri-entri yang bermanfaat dan membuka minda kita bersama. untuk entri kali ini saya ingin kongsikan rahsia di sebalik tarikh 1 Mei. Walaupun tarikh 1 Mei  telah berlalu. saya pasti ramai antara kita menyangka bahawa 1 Mei itu hanya tarikh bagi cuti hari pekerja atau hari buruh di seluruh dunia. Namun sebenarnya disebalik dari tarikh hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei terdapat beberapa rahsia dan peristiwa besar yang terjadi pada tarikh tersebut dan saya yakin ramai antara kita sendiri mungkin tidak menyedarinya dan bakal terkejut dengan pendedahan peristiwa disebalik 1 Mei.


Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati




Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu lluminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati ?
Sedikit info  mengenai illuminati ,Perkataan iluminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli iluminati

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.


Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia




Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara

Peristiwa  3 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller


Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorangGrand Master Lodge.
Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.


Peristiwa  4 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta
Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.
Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi.

Peristiwa  5 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio
Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,
“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”-Michael Eisner, May 1, 1989
Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. yang ini anda boleh tengok siri the arrival..saya lupa iri keberapa..Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.


Peristiwa  6 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust
Pada tahun  (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari tersebut sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan. ( bulan yahudi)
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.


Peristiwa 7 : Pengumuman Kematian Osama Bin Laden

jika anda masih ingat lagi, berita paling mengejutkan dan menggemparkan masyarakat dunia adalah berita mengenai kematian Osama bin Laden yang telah diumumkan sendiri oleh Barrack Obama. Namun paling mengejutkan saya sendiri adalah, apabila saya membelek kembali entri terdahulu untuk update tambahan info mengenai entri biografi  Osama. tarikh kematian Osama sebenarnya jatuh pada 1 Mei . Namun 2 persoalan yang bermain dibenak fikiran saya sendiri , Adakah kematian Osama bin Laden  pada 1 Mei merupakan 1 lagi catatan konsprasi jahat dari yahudi laknatullah untuk new world orders ? yang keduanya mungkinkah telah tiba masanya bagi Iluminati dan agen-agen laknatullah mematikan watak Osama Laden yang sebenarnya Osama langsung tidak wujud dan hanya sekadar satu karakter yang dicipta sebagai memenuhi perancangan jahat dalam menghancurkan islam ?

Namun apa yang menarik disini , sememangnya Osama bukanlah satu watak yang dicipta oleh Amerika dan sekutu yahudi laknatullah kerana Osama sememangnya wujud. dan anda boleh membaca entri saya terdahulu mengenai biografi Osama dan kupasan saya berdasarkan rujukan 3 buah buku dengan bukti-bukti dengan KLIK SINI. Maka disini yang mencetuskan satu persoalan utama adalah , mengapakah dengan secara tiba-tiba Amerika mengumumkan kematian Osama dan tarikhnya pula jatuh pada 1 Mei dan jika kita kaitkan dan melihat lebih secara analitikal jelas  segala penubuhan gerakan, peristiwa dan konspirasi dari dajjal,  berlaku pada 1 Mei . kemungkinan kematian Osama ini pada hemat saya satu dari agenda konspirasi yahudi laknatullah.


updated  tambahan info :  Dalam kepercayaan pagan, 1 Mei adalah hari matahari dan bintang, atau dipanggil sebagai Sirius. 1 Mei juga diyakini sebagai hari paling suci di dunia sihir Barat. Dalam kepercayaan Yahudi, 1 Mei adalah hari libur suci yang kedua. Pada 1 Mei diyakini banyak sekali kejadian dan peristiwa yang diperintahkan dan direncanakan oleh Illuminati dalam pelbagai kejadian besar di dunia

Kesimpulannya :
Pandangan peribadi dan rumusan saya.  semua hari yang diciptakan Allah SWT adalah baik, tetapi apa yang  saya kongsikan di sini ialah kemungkinan adanya usaha-usaha secara halus yang dirancang agen-agen laknatullah  untuk membawa seluruh manusia termasuk umat islam untuk memperingati tarihk tersebut, sebagai satu hari yang dapat bersenang- senang dan tertunggu-tunggu hari ini.  dan persoalan yang bermain difikiran saya kenapakah tarikh 1 Mei banyak peristiwa yang terkait dengan agenda jahat para laknatullah yang ingin menjahanamkan islam dipilih ? Adakah ianya satu kebetulan atau adakah ada 1 konspirasi dari pihak-pihak laknatullah ini sehingga tarikh 1 Mei ini begitu istimewa sekali ? anda ada sebarang pandangan dan jawapan untuk persoalan saya. kongsikanlah di ruangan komen dibawah.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

9 ulasan:
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Sebulan, Harian dan Doa Berbuka Puasa

ramadhan

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan perkongsian untuk kali ini. sedar tak sedar kurang dari seminggu lagi bulan yang penuh dengan rahmat , bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan pengampunan , bulan rahmat  akan tiba dan  sangat dinantikan oleh seluruh umat islam di pelusuk dunia iaitu bulan ramadhan . Apabila menjelangnya bulan ramadhan pasti ramai antara kita mencari lafaz niat puasa ramadhan. untuk itu saya kongsikan dengan anda lafaz niat bulan puasa ramadhan untuk sebulan puasa , sehari puasa dan doa berbuka puasa bersama dalam rumi dan terjemahannya sekali untuk panduan kita bersama .


Niat Puasa Bulan Ramadhan


Lafaz niat puasa sebulan puasa  :

niat puasa sebulan ramadhan


nawaitu sauma shahri ramadhana kullihi lillahi taala .

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala



Lafaz niat puasa harian



nawaitu saumaghadin an ada-i fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala


sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala




Doa Berbuka Puasa



Allah humma lakasumtuu  wabika amantu wa'ala rizqika aftortu birahmatika yaa arhamar rohimin


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman  dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



tambahan info dari penulis ( penulis blog redzuan-ridz )   :

 
Waktu berniat puasa



Waktu berniat bermula daripada terbenamnya matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka. ini untuk niat puasa harian


Untuk niat puasa sebulan perlulah membaca niat puasa tersebut sebelum puasa yang pertama yakni dibaca selepas maghrib  hinggalah sebelum masuknya waktu subuh. niat puasa sebulan ini hanya perlu dibaca sekali sahaja. dan jika anda tidak membaca atau terlupa membaca niat puasa harian puasa anda tetap sah kerana anda telah berniat puasa untuk sebulan.


Semoga bulan puasa tahun ini yang bakal kita lalui lebih baik dari yang sebelumnya. sesungguhnya bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. mudah-mudahan kita tidak mensia-siakan ketibaan bulan ramadhan al-mubarak kali ini. Marilah kita tingkatkan bersama amal ibadat kita. mudah-mudahan segala dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini akan diampuni allah s.w.t dengan amal ibadat yang kita lakukan dibulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Mudah-mudahan amin  Kongsikanlah link entri ini 

Mustafa Kemal Ataturk : Pemimpin Islam Yang Dilaknati Allah

100 ulasan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. saya mulakan entri kali ini. entri kali ini saya ingin kongsikan kisah benar mengenai seorang pemimpin islam yang  dilaknati Allah s.w.t diatas pembaharuan dan juga pemodenan yang dilakukannya yang jelas ingin menjahanamkan dan melenyapkan islam. Siapa tidak kenal dengan Mustafa Kamal Ataturk . Beliau ini telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki dan namanya terkenal diseluruh dunia baik di dunia islam mahupun barat. Beliau ini telah mencetuskan gerakan turki Muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi kekhalifahan Uthmaniyah pada 1923.  Namun kenaikannya bukan menyatukan umat islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut agen laknatullah dalam menghancurkan islam.





Sejarah dan Latar Belakang Kemal Atartuk


Mustafa Kemal Ataturk  diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik  Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan kerajaan dinasti Uthmaniyyah.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular. 

Ketika Mustafa Kemal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis. 

Disini bermulanya usaha Kemal Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat islam diseluruh dunia ketika itu dimana telah  digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan  si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk




Khalifah dinasti Utmaniyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini..

Di antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem kekhalifahan Islamiah ialah :

 a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:

 Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki .Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah yang telah wujud sejak dari zaman khulafa ar-rasyidin lagi dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian. dan akhirnya daulah islamiah yang tegak berdiri akhirnya runtuh.


b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.

 c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau pernah menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahannya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.

d) Azan ditukarkan ke dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kemal Atartuk berkuasa di Turki, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.


f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mengharamkan pemakaian tudung. tetapi beliau mengalakkan wanita islam mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus, serban dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang barat.


g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negera-negera barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan menggunakan cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

lihat sahaja gambar diatas uniform yang dipakai laknatullah ini terdapat logo lambang salib


lain-lain pembaharuan atau dosa  yang dilakukan Kamal Atartuk

* Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
* Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat
* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan kementerian Perundangan Syariah.
* Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
* Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
* Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
* Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
* Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah , banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Demikianlah jika tidak keterlaluan saya katakan  adalah dosa-dosa yang dilakukan oleh Ataturk. Perubahan yang dilakukan Ataturk jelas bersifat sekular dimana seolah-olah ingin melenyapkan sinar Islam di bumi Turki sewaktu beliau berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan  yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.




Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Allah itu maha adil, di saat kematian Kemal Atartuk, Allah telah datangkan beberapa azab  penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. antaranya didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, merasa panas sepanjang masa dan tidak pernah merasa sejuk bahkan sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

inilah makam Mustafa Kemal Ataturk yang hanya dikebumikan dicelah timbunan batu marmar kerana jasadnya tidak diterima bumi Allah

Inilah rentetan kisah sebenar Mustafa Kamal Attartuk yang membelakangi Islam dan Allah dan dalam masa yang sama ingin menjahanamkan islam !! tetapi Allah s.w.t itu maha berkuasa dan maha adil diatas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh Kemal Ataturk si laknatullah yang memusuhi dan ingin melenyapkan sinar islam dari muka bumi ini.  Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

nota tambahan dari saya :

H.S. Armstrong, antara salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:


Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluaga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

p/s : untuk rujukan bacaan anda boleh baca buku Tamadun Islam tulisan mahyudin haji yahya dan dalam buku TITAS ( Tamadun Islam Tamadun Asia)  ada menyentuh mengenai pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atartuk dan juga mengenai gerakan turki muda.

dan untuk further reading  saya syorkan anda baca buku ini ==>  'Kamal Ataturk : ideologi dan kesannya ke atas rakyat Turki ' .  ada 1 copied di library UM.

Misteri Peta Piri Ries

4 ulasan:

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua  pembaca  blog redzuan-ridz. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai  subjek misteri. apa yang ingin saya kongsikan adalah mengenai sebuah peta kuno yang terkenal di seluruh dunia. mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Peta Piri Ries. Peta kuno ini menjadi subjek perdebatan antara para pengkaji dan sejarawan di seluruh dunia



 
Peta kuno yang unik  ini tersimpan rapi di sebuah istana di Istanbul, Turki. Peta kuno yang diperbuat dari bahan kulit rusa itu telah ditemui pada awal abad ke-18. Peta kuno ini telah  dicipta oleh seorang Jeneral Turki yang bernama Piri ibn Haji Mehmed atau Piri Reis.

Sekilas pandang,ianya mungkin selembar peta biasa dan tidak mempunyai bezanya dengan peta-peta lain yang wujud ,namu jika diperhatikan dengan teliti peta ini menggambarkan secara tepat pantai barat Afrika, pantai timur Amerika Selatan dan pantai utara Antartika, yang paling membingungkan sejarawan adalah bagaimana Piri Reis dapat memetakan secara tepat daerah Antartika yang sebelum ini belum pernah ditemui.

Sejarah mencatatkan Antartika ditemui hanya pada tahun 1820-an. Sekitar tahun 1950-an,seorang Kartografi ( teknik membuat peta,) Kapten Arlington H. Mallery ( bekas tentera laut US) membuat kajian terhadap peta kuno tersebut dan mendapati Queen Maud Land yang terdapat di peta kuno itu adalah Antartika dan berpenghuni, Sedangkan sekarang tempat ini telah  diselaputi salji tebal dan tiada hidupan langsung.

Sejarawan berpendapat , Piri Reis menggambarkan secara tepat berdasarkan peta-peta tua yang berasal dari tahun ke empat sebelum masihi atau mungkin lebih lama lagi. Piri Reis dianggap sebagai seorang penyelidik peta yang cukup berbakat. Biarpun beliau bukan seorang pelayar unggul seperti Columbus tapi beliau mampu membuat satu peta dari fakta terkumpul berdasarkan peta-peta dan nota-nota pelayar sebelumnya, kebanyakan dari peta-peta kajian Piri mustahil untuk didapati sekarang.

Piri Reis menjadi bertambah misteri apabila ada yang berpendapat peta ini sebenarnya adalah gambar pandangan udara dari angkasa lepas yang sangat terperinci.
Jika dibandingkan dengan gambar yang diambil dari pesawat Apollo 8, peta kuno Piri Reis ini bagaikan salinan penduanya terutama sekali gambar perubahan garis besar pada benua Amerika dan Afrika.

Di dalam peta kuno itu juga dilukis secara teliti bentuk muka bumi yang sangat rumit seperti gunung-ganang , kutub utara dan selatan dan sebagainya. Tidak mungkin teknologi dahulu kala yang dianggap kuno boleh memberi gambaran yang terperinci mengenai peta dunia terutama sekali gambaran dari angkasa lepas.


Dibawah ini merupakan beberapa catatan yang terdapat pada peta Piri Reis


Catatan 1

Beberapa pulau kecil yang terdapat di peta Piri Reis dinamakan Undizi Vergine (Eleven virgins)

Catatan 2

Pulau Antilia yang dijelaskan oleh Piri di dalam petanya adalah sebuah pulau berhantu dan di huni oleh burung Kakak Tua.

Catatan 3

Piri juga menceritakan alkisah perjalanan Columbus. Serta penemuan Banjaran Andes, sungai Amazon serta penghuninya seperti binatang Llama.

Catatan 4

Terdapat satu bahagian menjelaskan bagaimana peta ini dilukis dari rujukan dokumen-dokumen dan peta-peta yang terdahulu. Piri mengatakan rujukannya datang dari carta-carta, nota-nota, peta-peta lama (macam Mappae mundi/ peta dunia dari zaman pertengahan yang dikenali orang arab sebagai Jafriye).


Namun persoalan yang tetap menjadi misteri sekian lama adalah bagaimanakah peta ini dapat dicipta dengan sangat tepat bentuk muka bumi dan jika dibandingkan dengan peta kini tiada sebarang kecacatan dan kekurangan bagi kawasan yang dilukiskan ?

dan satu lagi bagaimanakah sebuah peta dapat dilukis dengan sebegitu tepat dengan keluasan kawasan yang sangat besar meliputi dari benua Afrika sehingga ke Benua Antartika ?

Misteri Tiang Besi Kuno

3 ulasan:

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya akan kongsikan lagi mengenai entri misteri yang masih belum terungkai. entri kali ini mengenai sebuah tiang besi kuno yang wujud beribu tahun lampau dan sehingga kini masih utuh binaan besi ini.

inilah tiang besi kuno yang menjadi misteri buat para arkeologis


Tiang besi kuno berdiri megah di New Delhi, India yang dijangka berusia lebih kurang 1600 tahun. terletak di pusat Masjid Quwwat Ul-Islam pada kawasan bersejarah Mehrauli, New Delhi.
Besi yang kukuh ini berukuran panjang 23 kaki 8 inci serta berdiameter 12,5 inci pada bagian atas dan 16,4 inci pada bahagian bawahnya. Perkara yang membingungkan para pakar pengkaji sejarah adalah mereka tidak dapat memastikan usia sebenar tiang kuno tersebut begitu juga di kalangan masyarakat India sendiri yang masih belum mendapat jawapan tentang misteri kewujudan tiang kuno itu.


Catatan pada tiang besi kuno.

Pada tahun 1897, seorang pakar sejarah Inggeris, Vincent A. Smith telah mengkaji tiang besi ini, dan hasilnya Vincent memberitahu terdapat dua catatan pada tiang tersebut. Pada bahagian atas tiang tersebut tercatat kemenangan Raja Chandra II ( Dinasti Gupta) namun pada bahagian bawah tiang tersebut terdapat satu lagi catatan mengenai Raja Anang Pal II ( Dinasti Chauhan) yang memerintah India utara pada akhir abad ke-11. Hal ini menambah kemusykilan para pengkaji kerana kedua-dua peristiwa itu berlaku pada satu tempoh yang berlainan dan apa motif catatan peristiwa tersebut tercatat pada tiang itu masih menjadi misteri, adakah ia sebagai satu monumen bersejarah?. Jika ya, kenapa tiada tarikh wujudnya tiang kuno tersebut.

Selain itu seorang arkeologi tempatan, Dr. Munish Chandra berpendapat bahawa tiang besi tersebut adalah peninggalan Bima dari keluarga dewa (mitologi Mahabharata). Ada yang menyokong pendapat Dr. Munish berdasarkan bangunan-bangunan misteri yang terdapat di seluruh dunia yang dikatakan di cipta oleh makhluk asing atau dewa-dewa.




Satu fenomena menarik tentang tiang besi kuno tersebut adalah ia mampu tahan karat walaupun telah wujud sekian lama. Sir Alexander Cunningham, Arkeologi Inggeris membuat kajian serta analisis kimia dan beliau terkejut terhadap penemuannya. Sir Alexander Cunningham mengesahkan tiang besi tersebut telah dibuat dari bahan besi yang berjisim 99.9 peratus dan di anggap ‘murni’, teknologi metalurgi moden belum ada yang sanggup menghasilkan karya besi dengan kadar setinggi itu.

Dibawah ini merupakan  inskripsi yang terkandung pada tiang kuno tersebut yang telah diterjemahkan ke bahasa inggeris :



Dalam peradaban kuno hanya Bangsa Dacian (Albania, Romania) yang mampu mengolah besi dengan kadar tersebut. Tetapi masih tiada fakta yang mengatakan tiang besi kuno tersebut berasal dari Bangsa Dacian. Para pengkaji masih tidak berputus asa dan cuba merungkai misteri kewujudan tiang besi kuno itu. dan tiang kuno ini tetap menjadi misteri sehingga kini siapa yang membinanya dan bagaimana tiang kuno ini langsung tidak berkarat walaupun setelah 1600 tahun kewujudan tiang kuno ini.

Misteri Kapal Flying Dutchman Kapal Paling Berhantu Di Dunia

14 ulasan:
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Sebelum ini saya pernah berkongsikan entri mengenai Misteri Kapal Flor De La Mar dimana kapal yang penuh dengan warisan khazanah tidak ternilai dari Kesultanan Melayu Melaka telah tenggelam di dasar lautan dan sehingga kini belum ditemui lagi . untuk entri kali ini saya tertarik untuk kongsikan dengan anda mengenai misteri mengenai sebuah kapal. mungkin anda pernah mendengar nama Kapal Flying Dutchman .


 Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut. dan yang sebenarnya kapal ini bukanlah sbuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.








The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora.Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya.Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka.


Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan.Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya

Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika .Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.

Malahan  untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan agustus 1942.

Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus , waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.



dibawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :

1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman

1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.

1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.

1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.

1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.

1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.

1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan. dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman .


p/s : klik disebelah untuk baca ==> MISTERI KAPAL FLOR DE LA MAR

Misteri Potret Dorian

11 ulasan:

Misteri Potret Dorian Gray

Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan  anda mengenai misteri sebuah potret. Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah mengenai potret Mona lisa. tetapi sebuah potret yang tidak kurang dengan kisah misterinya yang tersendiri. dan saya yakin majoriti antara kita  pasti tidak pernah mendengar mengenai kisah misteri mengenai Potret Dorian . Potret Dorian ini adalah potret seorang lelaki yang bernama  Dorian Gray




Dorian Gray merupakan lelaki Inggeris yang terkaya di London sewaktu zaman Vicoria. Seperti lelaki lain, dia amat gemar akan seni serta wanita-wanita cantik. Dorian bukan sahaja kaya malah beliau juga kacak, matanya berwarna biru cerah dan rambutnya pula perang keemasan. Wajahnya yang tampan itu menyebabkan ramai wanita yang tergila-gilakannya.
           
Seorang pelukis potret terkenal, Basil Hallward ingin melukis wajah Dorian Gray, tetapi Dorian Gray telah menolaknya pada mulanya, Setelah puas dipujuk, barulah Dorian bersetuju, tapi sebaik saja melihat potret Dorian siap, Dorian cuba memusnahkannya kerana lukisan itu terlalu indah sehinggakan Dorian tidak dapat menerima kenyataan. Menurutnya dia akan tua dan hodoh manakala potretnya akan terus muda dan tampan.


Basil cuba menghalang niat Dorian itu dan Dorian membuat keputusan menggantungkan potretnya di dalam perpustakaan di rumahnya. Beberapa hari kemudian, terjadi beberapa kejadian ganjil. Kelakuan Dorian mula berubah. Dia memutuskan pertunangannya dengan, Syabil Vane, seorang pelakon. Akibat terlalu kecewa tunangnya itu membunuh diri dengan meminum racun.Sewaktu Dorian melihat potretnya, satu kejadian aneh telah berlaku. Dia ternampak kedut-kedut halus di sekeliling mulut pada potretnya. Lalu Dorian mengalihkan potretnya ke sebuah bilik di tingkat atas supaya tiada sesiapa yang dapat melihat potretnya yang semakin hari semakin hodoh dan menyeramkan.

 Tahun demi tahun telah berlalu kebanyakan warga London terperanjat dan tertanya-tanya wajah Dorian masih tampan dan tidak sedikit pun berubah. Satu hari Basil telah berkunjung ke rumah Dorian dengan tujuan untuk melihat potret yang telah di lukisnya, tetapi Dorian tidak membenarkan Basil melihat potretnya. Tanpa pengetahuan Dorian, Basil berjaya melihat Potret tersebut. Dia begitu terperanjat apabila melihat di dalam potret itu ialah wajah seorang lelaki tua.
           

Tiba-tiba Dorian masuk ke bilik itu lalu menikam Basil akibat terlalu marah dan tidak di jangka tangan pada potret itu terdapat warna merah seperti darah. Selepas kejadian itu  Dorian jatuh cinta dengan seorang gadis jelita yang baik hati, Dorian bertekad untuk kembali ke pangkal jalan. Pada satu ketika Dorian merenung potret wajahnya. Apa yang dilihatnya adalah wajah yang bengis sementara warna darah di tangan lebih merah daripada biasa. Melihat keadaan itu Dorian menikam potret itu bertubi-tubi dengan pisau yang sama digunakan sewaktu membunuh Basil.


Pembantu rumahnya mula mencari setelah beberapa hari Dorian tidak muncul, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, seorang lelaki tua dan hodoh di temui mati dengan pisau tertusuk di dada. Setelah di siasat lelaki berkenaan di kenali sebagai Dorian kerana cincin yang di pakai oleh mayat tersebut. Berhampiran dengan mayat tersebut terdapat sebuah potret dengan wajah Dorian yang masih muda, kacak dan tersenyum riang.

p/s : . sejauh mana kebenaran kisah ini. wallahualam...

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Purba

5 ulasan:

 Kehebatan Teknologi Zaman Purba


Salam sejahtera. dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz. untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai subjek sejarah. tetapi entri kali ini akan  membawa  anda mengenai teknologi zaman purba yang sebenarnya telah melangkaui zaman yakni menyamai teknologi zaman sekarang. dan jika tidak keterlaluan ada teknologi yang dibangunkan oleh masyarakat zaman purba jauh lebih hebat dan moden dari zaman sekarang

Ramai dari kita yang mambayangkan, manusia zaman kuno yang hidup ribuan atau jutaan tahun yang lalu adalah manusia zaman batu, tidak berpakaian dan tidak berteknologi. Jangan terperanjat, bahawa penemuan arkeologi oleh ahli-ahli sejarah adalah sebaliknya, iaitu teknologi mereka sanggatlah tinggi dan luar biasa dan boleh dikatakan setaraf dengan teknologi kita sekarang.

Bahkan ada yang menyatakan ianya lagi futuristik berbanding zaman sekarang. Mungkinkah disebabkan oleh faktor tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi? Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu di mana manusia sudah berteknologi, maka barulah manusia meneroka kembali rahsia-rahsia sains.

Beberapa contoh penemuan ajaib yang boleh dianggap mengejutkan dunia sains hari ini ialah, antaranya pada tahun 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm. Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu!

Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Maka penemuan itu membuktikan bateri cipta lebih awal lagi. Sepatutnya, Count Alessandro Volta tidak boleh diktiraf sebagi orang yang pertama mencipta bateri.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Jangan terperangat hasil dari Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt!!!

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq ; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.




berikut merupakan gambar bateri baghdad yang dihasilkan 2200 tahun dahulu
ketika ini merupakan zaman tamadun Mesopotamia jika dihitung dari usia bateri dan usia kewujudan tamadun yang saya sebutkan

Antara penemuan lain yang dianggap luar biasa ialah, Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai 'kalkulator' atau mesin pengira yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Tahukah anda, bahawa raktor nuklear juga telah wujud sejak zaman kuno lagi? Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini. Maka manusia terpaksa menkaji untuk mendapatkan rahsia sains mereka. Ini bermakan teori atom , yang diasas kan oleh albert Ensatain telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi. Persoalan timbul sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Teknolgi jantung tiruan pula, manusia kuno juga adalah orang yang awal mencipta dan menggunakan jantung tiruan. Tahukah anda, di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Manakala teknologi robot pula sebenarnya telah dipolopor sejak zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut. Antara ciptaan Ma Daifeng juga adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Dari segi teknologi kenderaan pula, manusia kuno tidak kurang hebatnya dimana ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Jangan terperanjat bahawa gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui!!!

Jadi, apakah yang boleh kita boleh belajar dari penemuan teknologi kuno ini? Antaranya ialah keupayaan manusia zaman kuno, jika dikaji dan diterokai ilmunya memungkinkan manusia boleh mencanggihkan lagi teknologi masa kini. Disamping itu, manusia zaman sekarang terutama Amereka Syarikat dan Eropah, jangan terlalu angkuh kerana berjaya mencipta bermacam-macam terkologi yang berkemungkinan telah diketahui atau digunakan sejak zaman kuno lagi!!! Mungkinkah manusia dulu telah menggunakan komputer? Mungkin juga, Atau adakah teknologi- teknologi tersebuat hasil ciptaan manusia atau UFO atau bangsa-bangsa dari luar galaksi ?

sumber : diolah dan disunting ke bahasa Melayu dari forum kaukus.us dan website history channel

Kesimpulannya , apa yang boleh saya ( penulis blog redzuan-ridz) rumuskan  dari  penemuan kehebatan teknologi masyarakat zaman purba. sesungguhnya masyarakat zaman purba dahulu sesungguhnya telah mempunyai satu asas pengetahuan yang sangat tinggi dalam bidang penciptaan dan keupayaan dalam bidang teknologi.dan satu lagi jika tahap teknologi masyarakat zaman purba sehebat ini pasti mereka ada menghasilkan karya dan rekod-rekod bertulis mengenai penciptaan sains dan teknologi zaman mereka. dan ini sekaligus dapat merungkaikan misteri kehebatan teknologi masyarakat zaman purba yang sebelum ini majoriti kita menggangap mereka hidup nomad, hanya bercawat, primitif , dan tidak memiliki tahap keilmuan yang tinggi. . dan penemuan ini jelas membuktikan bahawa masyarakat zaman purba bukanlah bangsa primitif seperti yang digembar-gemburkan dalam silibus subjek sejarah di malaysia. Fakta sejarah yang dikemukakan dalam sukatan dalam subjek sejarah sesungguhnya mempunyai kelompangan dari segi fakta yang sebenarnya dan perlu di tambah dengan fakta yang lebih tepat terutama kehidupan zaman pra-sejarah.


p/s : gambar lain akan diupdate kemudian di entri yang akan datang ikuti sambungan entri berikutnya. banyak lagi penemuan-penemuan teknologi yang luar biasa yang melangkaui tahap fikir kita mengenai masyarakat purba dahulu yang akan saya kongsikan sekian . moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. kongsikan di facebook anda dengan share entri ini jika ianya menarik.

Misteri Potret Monalisa

9 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. untuk entri kali ini saya akan kongsikan entri mengenai subjek misteri. agak lama tidak berkongsikan entri mengenai misteri. untuk kali ini saya ingin kongsikan entri mengenai misteri disebalik potret lukisan yang paling terkenal didunia iaitu Potret Monalisa

Semua sedia maklum bahawa Leonardo Da Vinci merupakan orang yang telah melukis dan menghasilkan potret Monalisa . Potret ini telah dihasilkan pada selembar kayu cemara dan hasil daripada kajian usia lukisan ini menjangkau 500 tahuin dan dipercayai telah dihasilkan pada tahun 1505. Kini lukisan asli Monalisa dipamerkan di Muzium Louvre, Paris dan menjadi karya dunia yang sangat legendaris! Mengapa karya ini sangat dikagumi baik penggemar lukisan mahupun masyarakat  diseantero dunia?

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu hanya siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

 Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.


Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.


Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya, program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam suasana bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya. Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi misteri  menerusi potret berkenaan adalah bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa adalah identiti  wanita itu sebenarnya.Siapa Monalisa yang sebenarnya ?

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa .

.Beberapa sumber juga mengatakan Monalisa disebut juga sebagai “La Gioconda” berdasar nama modelnya, yang dikatakan sebagai  isteri Francesco del Giocondo, seorang pedagang dari Florence, yang dalam bahasa Itali , La Gioconda bererti wanita yang gembira.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabelle of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.


monalisa

Dr. Lillian Schwartz dari laboratorium Bell mengandaikan bahawa Leonardo da Vinci telah melukis dirinya sendiri, Beliau menguatkan teorinya dengan menganalisa struktur wajah Leonardo dan seseorang yang sangat terkenal dalam lukisannya,  menggabungkan kedua wajah Leonardo dan Monalisa. Dan hasilnya sangat sempurna, mirip sekali dengan andaian dan penilaian Schwartz. dan dibawah ini merupakan gambaran wajah potret Monalisa dan wajah Leornado da Vinci yang telah digabungkan.



Menurut catatan dalam buku “The da vinci code”,  pula perkataan Monalisa itu sendiri sebenarnya hasil gabungan 2 perkataan  diambil dari perkataan Mesir Purba Amon & L’isa. Amon  adalah dewa kesuburan lelaki bangsa Mesir, ISIS, yang  dalam tulisan piktogram kunonya pernah disebut L’ISA ,adalah pasangan AMON, dewi kesuburan Mesir. Jadi Monalisa bukan perempuan ataupun lelaki. Kerana ia adalah gabungan keduanya.


Fakta Mengenai  Potret Mona Lisa

Lukisan ini menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah Giocanda.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana  anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di Zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.


Sumber diolah disunting  ke Bahasa Melayu dari : library.thinkquest


Nota tambahan dari saya ( penulis blog redzuan-ridz )Zaman Renaissance berasal dari perkataan Rumawi yang bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada zaman dimana masyarakat Barat telah keluar dari kepompong zaman gelap ( Dark Ages) . Zaman di mana masyarakat mula menghargai ilmu pengetahuan, wujud semangat inkuiri, dan humanisme. Pelopor kepada zaman ini antaranya Francesso Petrach ( Bapa  Humanisme ) , Niccollo Machiavelli ( penulis buku tersohor The Prince)