( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Misteri Potret Monalisa

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. untuk entri kali ini saya akan kongsikan entri mengenai subjek misteri. agak lama tidak berkongsikan entri mengenai misteri. untuk kali ini saya ingin kongsikan entri mengenai misteri disebalik potret lukisan yang paling terkenal didunia iaitu Potret Monalisa

Semua sedia maklum bahawa Leonardo Da Vinci merupakan orang yang telah melukis dan menghasilkan potret Monalisa . Potret ini telah dihasilkan pada selembar kayu cemara dan hasil daripada kajian usia lukisan ini menjangkau 500 tahuin dan dipercayai telah dihasilkan pada tahun 1505. Kini lukisan asli Monalisa dipamerkan di Muzium Louvre, Paris dan menjadi karya dunia yang sangat legendaris! Mengapa karya ini sangat dikagumi baik penggemar lukisan mahupun masyarakat  diseantero dunia?

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu hanya siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

 Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.


Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.


Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya, program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam suasana bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya. Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi misteri  menerusi potret berkenaan adalah bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa adalah identiti  wanita itu sebenarnya.Siapa Monalisa yang sebenarnya ?

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa .

.Beberapa sumber juga mengatakan Monalisa disebut juga sebagai “La Gioconda” berdasar nama modelnya, yang dikatakan sebagai  isteri Francesco del Giocondo, seorang pedagang dari Florence, yang dalam bahasa Itali , La Gioconda bererti wanita yang gembira.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabelle of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.


monalisa

Dr. Lillian Schwartz dari laboratorium Bell mengandaikan bahawa Leonardo da Vinci telah melukis dirinya sendiri, Beliau menguatkan teorinya dengan menganalisa struktur wajah Leonardo dan seseorang yang sangat terkenal dalam lukisannya,  menggabungkan kedua wajah Leonardo dan Monalisa. Dan hasilnya sangat sempurna, mirip sekali dengan andaian dan penilaian Schwartz. dan dibawah ini merupakan gambaran wajah potret Monalisa dan wajah Leornado da Vinci yang telah digabungkan.



Menurut catatan dalam buku “The da vinci code”,  pula perkataan Monalisa itu sendiri sebenarnya hasil gabungan 2 perkataan  diambil dari perkataan Mesir Purba Amon & L’isa. Amon  adalah dewa kesuburan lelaki bangsa Mesir, ISIS, yang  dalam tulisan piktogram kunonya pernah disebut L’ISA ,adalah pasangan AMON, dewi kesuburan Mesir. Jadi Monalisa bukan perempuan ataupun lelaki. Kerana ia adalah gabungan keduanya.


Fakta Mengenai  Potret Mona Lisa

Lukisan ini menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah Giocanda.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana  anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di Zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.


Sumber diolah disunting  ke Bahasa Melayu dari : library.thinkquest


Nota tambahan dari saya ( penulis blog redzuan-ridz )Zaman Renaissance berasal dari perkataan Rumawi yang bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada zaman dimana masyarakat Barat telah keluar dari kepompong zaman gelap ( Dark Ages) . Zaman di mana masyarakat mula menghargai ilmu pengetahuan, wujud semangat inkuiri, dan humanisme. Pelopor kepada zaman ini antaranya Francesso Petrach ( Bapa  Humanisme ) , Niccollo Machiavelli ( penulis buku tersohor The Prince)
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

6 ulasan:

  1. ada kaitan ngan mona fendi x? huhu

    ad yg kata monalisa tu x lawa pun, ada yg kta monalisa tu lelaki.. mcm2 kata-kata yg tak ada sumber asas ni... nice entry dude

    luangkan sedikit masa http://eleventx.blogspot.com/2011/07/demonstrasi.html

    BalasPadam
  2. mona fendi x sma gn mona lisa..huhuhu

    BalasPadam
  3. Aku rsa monalisa ni x cantik mana pun kalo ikut geometry wajahnya.. Dahinya jelek, bibirnya tersangat nipis, alis dahi dia pun x nampak, x mnunjukkan ciri2 wajah wanita yg di idamkan.kalo senyuman dia un biasa aje. Mungkin magic gabungan dua wajah, itu shj kelebihan Vinci dlm gmbr ni.

    BalasPadam
  4. Monalisa 2 sebenarnya dia tgal kt blakang rmah aku je..klau nk kenal,jemput la datang bramai2..hik22..

    BalasPadam
  5. Ye latu monalisa mana satu

    BalasPadam
  6. bujur tuh , , monalisa cuma ada stu aja bkan dua
    tpi sich yg trpenting .....
    scapa itu monalisa , , akhir x ... dach terungkap

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian