iklan baris

Memaparkan catatan dengan label fakta menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta menarik. Papar semua catatan

Antara Fakta Saintis Barat Dan Fakta Al-Quran

2 ulasan:




Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.


MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

Fakta Misteri Otak Manusia

Tiada ulasan:


otak manusia


Setelah ribuan tahun dipelajari dari berbagai sudut dan tempat, beberapa fakta misteri otak manusia mulai terungkap.Terdapat beberapa fakta yang sebelum ini mungkin tidak pernah terpikir oleh manusia.Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal.

Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa.

Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia. Berikut beberapa fakta menarik  tentang otak manusia yang belum banyak diketahui :


1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.

Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal.

Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot.

Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini.



2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar.

Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut.

Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.



3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.

Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak.

Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal

Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku seorang penagih ubat tersebut.



4. Otak manusia berwarna kelabu.

Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain.

Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebagai jasad kelabu.

Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.

Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia.



5.Otak manusia merupakan otak yang paling besar.

Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia.

Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun.

Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.


p/s: kepada budak sains yang mengambil biology , mungkin boleh menambah lagi info ini .

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

2 ulasan:


1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


sumber : i luv islam

Inilah Manusia Pertama Didunia Yang Menjalani Pembedahan Plastik

7 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog RR. orait untuk entri kali ini sangat menarik untuk RR kongsikan dengan anda semua mengenai info pembedahan plastik. actually bukan mengenai sejarah pembedahan plastik or teknik pembedahan plastik yang ingin sy kongsikan. tetapi mengenai orang pertama  didunia ini yang mula-mula menjalani pembedahan plastik  di era moden ini. Tahukah anda siapakah  manusia pertama didunia  yang menjalani pembedahan plastik? setelah aku searching belum ada seorang pun blogger dari malaysia yang berkongsikan info mengenai ini.  


inilah gambar manusia pertama yang menjalani pembedahan plastik. lihat gambar dibawah



lelaki inilah  Walter Yeo, manusia pertama
yang menjalani prosedur rawatan pembedahan
plastik pertama didunia.


Gambar yang cukup mengejutkan ini adalah gambar pembedahan plastik yang pertama kali dilakukan di dunia. Usia gambar tersebut diyakini lebih dari 90 tahun lalu. dari sumber yang sahih, Walter Yeo yang merupakan seorang tentera laut adalah  orang pertama didunia telah mendapatkan rawatan pembedahan plastik pada zaman moden setelah beliau kehilangan kelopak matanya  dan mengalami kecatatan muka yang sangat teruk  akibat peperangan  Jutland ( battle of Jutland) yang disertainya semasa era Perang Dunia Pertama 

Pembedahan plastik pertama didunia ini telah dijalankan pada 1917 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar kulit iaitu Sir Harold Gillies dari New Zealand  yang telah melakukan  proses pembedahan pencantuman kulit kebahagian anggota yang lain  untuk pertama kalinya dalam sejarah pembedahan moden , di Plymouth, England. Kerana jasanya dan kejayaan proses pembedahan plastik pertama didunia, Sir Harold Gillies telah digelar sebagai 'Father Of Plastic Surgery'

Dibawah ini  saya kongsikan dengan anda 5 keping gambar  dari 8 keseluruhan gambar yang berjaya diambil sebelum dan selepas prosedur pembedahan plastik untuk membina kembali wajah Walter . 


 Inilah wajah sebenar Walter yang sangat mengerikan 
sebelum menjalani pembedahan


 gambar walter sejurus prosedur pembedahan
berjaya






inilah hasilnya wajah Walter Yeo diakhirnya setelah pembedahan plastik ini
berjaya dilaksanakan


sumber : diolah ke bahasa melayu dr vivanews, lazacode.com

p/s: dengan adanya penemuan baru dlm bidang pencantuman kulit untuk pembedahan plastik dapat memberi sinar untuk mereka yang mengalami kecacatan sekaligus dpt meneruskan kehidupan normal seperti insan lain. terima kasih kepada kemajuan yg dicapai dlm bidang perubatan dan juga sir harrod gillies :)

10 SPESIES IKAN TERCANTIK DIDUNIA

18 ulasan:

salam sejahtera dan hopefully anda semua sihat hendaknya. untuk entri kali ni RR akan kongsikan dengan anda gambar 10 ikan paling cantik dan sangat mempesonakan mata yang memandang.  mungkin anda pernah tegok filem 'finding nemo' . filem animasi  yg memaparkan watak ikan2 yang sangat 'cute'. tu di alam animasi.
kat sini saya kongsikan gmbar ikan yang sangat cantik yang memang "real " wujud di alam nyata. orait malas nak berceloteh panjang apa kata anda lihat sendiri spesis ikan yang sangat memukau mata yang memandang kat bawah ni. :)  
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V
 African Cichlids



Image and video hosting by TinyPic




Parrotfish



Image and video hosting by TinyPic



Regal Tang



Image and video hosting by TinyPic


Coral Beauty



Image and video hosting by TinyPic



6. Flame Angel



Image and video hosting by TinyPic



Koi



Image and video hosting by TinyPic


Moorish Idol



Image and video hosting by TinyPic


Lionfish



Image and video hosting by TinyPic
 
 
Discus
Image and video hosting by TinyPic


.

Mandarinfish



Image and video hosting by TinyPic


sumber : www.smashinglists.com/top-10-most-beautiful-and-colorful-fish

p/s first time tengok gambar ikan ni memang terpesona. sangat cute. teringat cerita finding nemo . anyway untk info lebih details tentang ikan-ikan ni anda boleh layari website  kat sumber yg sy sambil kat atas.

Mushaf Al-Quran Pertama di Dunia

Tiada ulasan:

Al-Quran Tertua Di Dunia


al-quran tertua didunia


Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal daripada masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman Bin Affan .

Uthman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini telah dilakukan oleh Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuan daripada abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

Mushaf Al-Quran pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak begitu utuh lagi.

Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan daripada mushaf Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

Sejarah tibanya Al-Quran daripada dinasti pemerintahan Uthman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini telah dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan mushaf Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.
Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi² umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Mufti yang juga menjaga mushaf Al-Quran tersebut mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjauhinya daripada perkara-perkara negatif yang mungkin boleh terjadi. Wallahualam




sumber : halaqah.net

PENDUDUK KAMPUNG CHINA BERKETURUNAN TENTERA EMPAYAR ROM?

2 ulasan:
Salam, harini terasa tertarik nak kongsikan anda mengenai info ni,  mengenai penduduk disebuah perkampugan di China yang mempunyai pertalian keturunan dari tentera Rom pada zaman kuno yang dulu. kat bawah ni ada gambar perbandingan penduduk kampung dengan sebuah patung ukiran panglima jeneral Crassus dari zaman Rom purba.



Hasil dari penyelidikan, pakar-pakar sejarah dan ahli antropologi percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan.

Penduduk kampung itu telah menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.

Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.

Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.

Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China.

sumber : dipetik dan diolah dr Agensi

10 ISTANA DIDUNIA INI YANG DIBINA ATAS LAMBANG CINTA

11 ulasan:
entri harini  sangat menarik untuk saya kongsikan.searching punya searching, terjumpalah 1 info yang sangat menarik kat website mat salleh yang sy google. jenuh nak translate dan taip dalam bahasa Melayu sebab nak kena susun ayat, tapi demi pembaca setia blog ni, saya kongsikan dengan anda entri ini, 10 istana yang dibina atas lambang cinta. sebenarnya ada 11 tapi satu tu mcm xberkaitan dan saya rasa  tidak layak digolongkan dalam senarai ni, so sy hanya kongsikan 10 sahaja. jom baca apa 10 istana or binaan indah yang dibina atas lambang cinta :)


1.Boldt Castle on Heart Island, New York



Istana ini dibina oleh George Boldt sebagai lambang cintanya kepada isterinya, Louise.Pada hari Valentine 1905 George Boldt memberi isterinya lima hektar tanah dan membina Istana Boldt di sebuah pulau. Setahun sebelum Boldt Castle selesai dibina, isterinya Louise ,41 tahun meninggal dunia.Kerana sedih, George Boldt menghentikan pembinaan istana itu dan tidak pernah kembali ke pulau tersebut.


2. Taj-Mahal di Agra, India

Inilah istana yang paling terkenal diseluruh dunia yang dibina  sebagai lambang cinta. Istana ini telah dibina oleh Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Setelah isterinya meninggal dunia beliau terlalu merasa kehilangan isterinya.Akhirnya Shah Jahan telah membina Taj Mahal seperti yang kita lihat pada hari ini.Inilah monumen yang paling indah dan paling megah yang didirikan manusia sebagai lambang cinta yang suci.


3. Swallow’s Nest Castle: “Castle of Love” di Krimea, Ukraine



Pada mulanya istana ini diberi nama Castle of Love dan telah dibina pada tahun 1912. Namun masih belum diketahui siapa yang membina istana ini. Tapi dari pelbagai cerita penduduk tempatan,  tapak asal istana ini adalah bekas tapak bangunan pondok kayu dan akhirnya dibina istana seperti sekarang ini. Kawasan istana ini sering menjadi tempat pasangan bercinta menghabiskan masa.


4. Dobroyd Castle di Todmorden, England

Istana ini dibina oleh John Fileden anak seorang hartawan untuk kekasihnya, Ruth Stanfied, seorang gadis tempatan. Kisahnya bermula apabila, Johnjatuh cinta pada gadis tersebut dn telah melamarnya. Namun si gadis hanya bersedia berkahwin dengan John jika John berjanji dan bersedia membina sebuah istana diatas bukit.Di dalam  bangunan ini banyak terukir simbol nama mereka Yohannes and Ruth, JFR sebagai saksi cint mereka.

5. Kellie’s Castle di Batu Gajah, Malaysia

Kellie’s Castle termasuk bangunan yang tertua di malaysia. Istana ini dibina oleh William Kellie untuk isterinya Agnes Smith. Pembinaanya
dimulakan pada tahun 1915 dengan menggabungkan tiga gaya senibina iaitu Yunani-Romawi, Moor, dan India.

6. Mystery Castle di Phoenix, Arizona


Mystery Castle adalah sebuah istana yang dibina oleh Boyce Gulley untuk isteri dan anak perempuannya. Kisahnya cukup menyedihkan. Boyce Gulley  telah menghidapi  TBC(batuk kering) dan akhirnya beliau telah keluar meninggalkan isteri dan anak perempuannya kerana tidak ingin mereka tahu rahsia penyakitnya dan melihatnya mati .Dengan duit simpanannya yang ada , beliau  telah membeli sebidang tanah dikaki gunung Beliau kemudian menghabiskan masa 16 tahun untuk membina sebuah istana untuk isteri dan anaknya dengan kudratnya sementara menunggu detik kematiannya

7. Coral Castle di Homestead, Florida

Pada awal tahun 1920-an, seorang lelaki bernama Ed Leedskalnin ditinggalkan oleh tunangannya sehari sebelum pernikahan mereka.  akhirnya untuk mengenang masa-masa indah dan cintanya kepada kekasihnya, beliau membina sebuah istana dengan menggunakan batu karang. Leedskalnin bekerja selama 28 tahun dan hanya melakukan di pada malam hari. Dia menyusun batu karang tersebut menjadi sebuah istana dan kerana itulah istana ni diberi nama Coral Castle (Istana Batu Karang).

8. Winchester Mystery House di San Jose, California

Sarah Winchester, janda raja William pemerintah Winchester, percaya bahawa hidupnya terancam dan berada dalam bahaya kerana dihantui oleh hantu dari orang-orang yang dibunuh oleh Pemerintah Winchester.Kerana perasaan takut  beliau telah membina sebuah rumah untuk melindunginya dan juga suaminya agar hidup aman dan hidup selama-lamanya tanpa gangguan roh-roh tersebut.

9. Prasat Phimai di Phimai Hin, Thailand

Legenda dari Pajitt dan Orapima bermula apabila seorang Raja ingin anaknya mencari seorang isteri.Akhirnya si pangeran yang bernama Pangeran Pajitt pergi mencari calon isterinya ke kawasan pedalaman desa selama berbulan-bulan sehingga dia terlihat seorang wanita hamil yang berjaya memikat hatinya.Kerana tidak boleh menikah dengan wanita tersebut kerana berstatus janda(adat orang thai dahulu) maka dia pun ingin bernikah dengan anak dalam kandungan perempuan itu.
Dipendekkan cerita anak tersebut lahir dan diberi nama Orapima. Ketika Orapima, berusia 16 mereka pun saling jatuh cinta tetapi ayahnya  tidak setuju dengan pernikahan mereka.Orapima dan Pajitt melarikan diri ke hutan dan didalam hutan itu, Pangeran Pajitt telah dibunuh oleh seseorang yang inginkan Orapima. Orapima telah membina sebuah tempat suci, Prasat Hin Phimai. Prasat Hin Phimai dibangun, dicat, dan dipahat pada bahagian dalamnya dengan babak kehidupannya ketika bersama dengan Pajitt.



p/s: yang no. 10 nnti sy update, tgh taip yang ke-10 internet breakdown plak,  yang no 10 ialah candi prambanan. xsempat nak saved time taip td. nak search blik lupa nak bookmark webiste mat salleh yang sy dapat info ni.  nk tnya pendapat korg no 8 tu layak ke digolongkan ?

10 Makhluk Paling Aneh Di Dunia

12 ulasan:
untuk entri kali ni, sy nk kongsikan dengan anda gambar 10 penemuan makhluk paling aneh didunia yang dijumpai lewat abad ini. Penemuan ini hasil daripada penyelidikan dan ekspedisi dari seorang penyelidik terkenal dari Jepun (Dr Takeshi Yamada). kesemua gambar yang dipaparkan dibawah ini adalah gambar asli bukan gambar menipu edit dari photoshop, gambar-gambar makhluk aneh ini diambil sendiri oleh pasukan penyelidikan Dr Takeshi  dan penemuan ini telah menggemparkan dunia. jom baca entri ini :)

Gambar Dr Takeshi Yamada


 
Vampire monkey

Monyet vampire ini telah ditemui di China. Seperti yang kita ketahui tentang vampire, maka hidup monyet vampire ini bergantung hidup dengan menghisap darah makhluk lain. Uniknya makhluk ini dalam beraktiviti banyak menggunakan tangannya, seperti mananya manusia.Keunikan lainnya, monyet ini seperti burung yang menenun sarangnya.



Blue Merman

antara makhluk aneh mengerikan adalah blue merman yang telah ditemui di Pulau Sado. Hampir mnyerupai spesies kadal atau bunglon. Makhluk ini juga berbahaya pada tangan-tangannya yang mampu mengembang. apabila binatang ini semakin membesar, binatang ini akan kelihatan seperti kodok.



Giant Carniverous Snail

Penemuan lainnya adalah siput pemakan daging terbesar di dunia ini, ditemui awal tahun 2007. Siput ini mempunyai racun yang boleh membawa maut kepada manusia yang menyentuhnya.



Two-Headed Baby

Mumia bayi berwajah dua ini kini berada di museum kedokteran di Coney Island Hospital. bayi berkepala dua ini telah diawet setelah kematian bayi ini kerana komplikasi.



Giant Sea Dragon

Dikenali juga sebagai naga laut raksasa dan telah ditemui di dasar laut Pulau Awaji. Makhluk ini dianggarkan telah pupus pada awal abad ke-20.



Prehistoric Horseshoe Crabs

Dua spesies baru kepiting ladam, dikenalpasti hidup sejak era pra sejarah iaitu sekitar 400 juta tahun lalu. Baru baru ini kepiting purba ini ditangkap oleh pasukan pengkaji dasar laut dari Universiti Higashi Osaka, Jepun. Masih ada empat spesies kepiting purba yang diindetifikasi hidup 250 juta tahun lalu.



Human-Faced Ant

Penemuan ini antara penemuan yang menggemparkan di dunia, semut berwajah manusia. Dalam mitologi India dipercayai orang bertabiat buruk akan hidup menjadi semut dihayat akan datang.Terdapat banyak semut berwajah manusia yang ditemui di India. Salah satu contohnya adalah yang dimiliki dr Takeshi Yamada hasil ekspedisi 2004. Coney Island Anthropoliogical Institute juga memiliki koleksi semut berwajah manusia ini.



St. Helena Giant Earwig

Makhluk yang berasal dari St Helena ini, telah pupus pada beberapa dekad yang lalu. Para ilmuwan dan pemerhati entomologis melakukan protes dalam beberapa tahun terakhir yang bagi mengelakkan kepupusan  spesies ini. Kajian yang diketuai Dr Takeshi Yamada pada 2005 menemukan beberapa spesies baru earwigs raksasa. Kajian ini merupakan bahagian dari program yang dilakukan di Coney Island University.



Giant Chupacabras Snail

Penemuan Dr Takeshi Yamada yang lainn meggemparkan dunia ialah keong raksasa yg ditemui dari laut dalam. Kaki haiwan ini seperti chupacabra, kerana itu makhluk ini diberi nama siput chupacabras.




Fiji Mermaid

Fiji Mermaid mempunyai ukuran panjang  6 kaki mirip seperti ikan duyung  dan telah ditemui di Shikoku, Jepun. Masyarakat tempatan  menyebut makhluk ini sebagai Ningyo Shinko. Banyak tempat keramat agama Shinto dan kuil Budha mengabadikan mermaid ini sebagai makhluk suci.

p/s: ni antara penemuan makhluk aneh lewat abad ini yang telah menggemparkan dunia yang sy sempatkan kongsikan, mungkin banyak lagi mahkluk aneh lain yang masih lagi tersembunyi yang tidak dijumpai manusia, kat hutan amazon tu byk lagi rahsia alam yang belum diteroka,
anyway jangan lupa tinggalkan komen ye supaya penulis blog ini rasa dihargai dengan entri yang disharing  :)

20 FAKTA UNIK DIDUNIA YANG PERLU ANDA TAHU

5 ulasan:
untuk entri kali ni sy nak kongsikan dengan anda semua beberapa fakta unik didunia yang  perlu anda tahu, sbnrnya byk lagi fakta-fakta unik lain didunia, so saya just pilih 20 fakta yang saya rasa menarik untuk perkongsian minda bersama. so kat bawah ni saya senaraikan 20 fakta menarik didunia, ada antaranya saya pun xtau sebelum sy cari and search tentang fakta dibawah ni. huhuhu.. so hope anda enjoy baca entri kali ni :) 



*Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

*Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 

*Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

*Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

*Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

*kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

*Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km !!! 

*Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

*Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

*Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

*Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

*Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 

*Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

*Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

*Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

*Ikan emas satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

*Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah

*Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

*Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.



p/s: kalau anda semua ada info fakta lain yang lebih menarik boleh ler sharing, dan entri ni boleh diupate dengan fakta lain, so jgn lupa tinggalkan komen supaya penulis blog ni akan rasa dihargai dengan post yang disharing ni :)