iklan baris

Misteri Ukiran Huruf V di Baitulmaqdis

5 ulasan:




BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia ribuan tahun lalu telah dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini yang menyebabkan ahli-ahli arkeologi menjadi keliru.

Kumpulan penggali Israel telah menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar tersebut.

Pada masa yang sama mereka menemui tiga tanda bentuk V yang diukir sebaris di atas lantai pada sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang telah membuat ukiran tersebut atau untuk tujuan apakah ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi yang terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori akibat kurangnya berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran bentuk V itu ditemui di kawasan penggalian yang dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai oleh sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini iaitu mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dipercayai dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuk yang sedemikian mungkin untuk dijadikan sebagai tempat pasak struktur kayu atau ia digunakan bagi tujuan lain

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upacara keagamaan atau ia sekadar ukiran sahaja.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui adalah di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan sekitar 3,000 tahun lampau.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut sebagai pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi

Sumber: wangolds.com/Thread-misteri-huruf-V-d-baitulmuqaddis

Pintu-Pintu Yang Dimasuki Syaitan Dalam Tubuh Manusia

2 ulasan:


Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Menyatakan bahawa pintu-pintu yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia ialah :



1) Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

2) Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

3) Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4) Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5) Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

6) Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7) Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8) Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

9) Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

10) Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.



Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Fenomena Berani Berfatwa

1 ulasan:

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti.

Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasa, ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.

Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat!!!
Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah yang termaktub dalam Surah Al-A’raf:


قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)

Jika kita menyedari kenapa dalam ayat di atas, dosa bertutur tentang Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.

Malang apabila ada kalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik. Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab. Walhal para salaf bertolak-tolak dan mengelak daripada memberi fatwa.

Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.

Golongan salaf merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram. Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”.

Kita juga hairan kenapa para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf apabila berdepan dengan hukum Allah, tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam berfatwa.

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.

Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.

Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.

Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.

Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.

Demikian cermat dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah. Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.

Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf, dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’. Tetapi tidak pula merasa malu dan segan kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.

Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa adalah tanda bahawa Tuhan tidak memberi taufiq kepada seseorang. Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.

Ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.

Maka berhati-hatilah dalam berbicara pasal hukum-hakam. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.

Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia

Menyemai budaya ilmu : Apakah Sumbangan Kita

Tiada ulasan:

"Antara subjek bahasa melayu dan bahasa Inggeris mana lebih susah ?", tanya seorang penjual otak-otak kepada seorang kanak-kanak lelaki kecil (mungkin anaknya) yang masih dibangku sekolah. "Bahasa melayu" jawab anak kecil itu pantas. Perbualan itu menggamit perhatianku yang ketika itu sedang menunggu beberapa cucuk sate yang dipesan di gerai sebelah buat makan malam. Tersenyum aku mendengar jawapan balas si anak kecil itu.

Berada berhampiran dengan si penjual otak-otak itu, aku tidak dapat tidak, terdengar akan perbualan mereka berdua. Si 'ayah' tadi kelihatan sangat peka akan soal pelajaran si 'anak' tadi. Si ayah menggalakkan agar si anak melakukan terbaik yang untuk pelajarannya di sekolah sambil menceritakan pengalaman peribadinya semasa di sekolah dahulu. Ini membuatkan aku terfikir sejenak dan dalam masa yang sama, teringatkan akan pesan ayahku sendiri ketika aku masih dibangku sekolah.

Alhamdulillah, di zaman yang mana hiburan sangat berleluasa mengembangkan sayapnya melalui semua jenis media, masih ada ibu bapa yang sedar akan pentingnya pendidikan. Anak adalah ibarat kain putih, apa sahaja yang kita corakkan padanya akan membentuk peribadinya.

Dari Al-Aswadi bin Surai'e bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Al-Imam At-Tabrani).

Pendidikan sangat penting kerana melaluinya, pelbagai ilmu dapat dikuasai. Pernyataan ini mungkin suatu cliche, namun ia suatu cliche yang sangat benar. Ilmu membentuk peribadi seseorang kearah menjadi seorang insan yang boleh menyumbang kearah pembangunan sesebuah keluarga, organisasi dan juga negara. Ini kerana, untuk melakukan sesuatu, kita perlu kepada ilmu. Untuk menyediakan mi segera juga perlu kepada ilmu (e.g. cara nak panaskan air, rebus mi supaya mi tersebut masak dengan elok, tidak mentah ataupun terlebih masak.. dan sebagainya) apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja lain yang jauh lebih rumit dan kompleks.



Kanak-kanak tidak mengetahui akan kepentingan ilmu di dalam kehidupannya kerana kebolehan mereka untuk berfikir masih berada di tahap yang rendah. Kepentingan untuk cinta akan ilmu dengan itu perlu dipupuk oleh ibu bapa. Ibu-bapa perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memupuk minat terhadap ilmu kepada anak masing-masing melalui pelbagai cara.

Berbalik kepada kisah di penjual otak-otak tadi, saya berasa terharu dengan peranan yang dimainkannya di dalam memupuk minat si budak kecil tadi kepada ilmu. Peranannya mungkin tidak sehebat para pendidik yang lain. Beliau hanyalah seorang penjaja kecil di tepi jalan, tiada gaji, tiada elaun, dan tiada hari istimewa untuk menyambut pekerjaannya (seperti hari guru). Namun beliau sedar akan pentingnya ilmu dan berusaha memainkan peranannya di dalam membentuk masyarakat yang berilmu.

p/s : Sudahkan anda melakukan sesuatu untuk membentuk masyarakat berilmu?

14 Spesies Mamalia Unik Yang Hampir Pupus

13 ulasan:

Haiwan Mamalia Yang Hampir Pupus



salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz , perkongsian kali ini saya just ingin kongsikan mengenai senarai haiwan mamalia yang hampir pupus . Sebelum ini saya pernah kongsikan senarai beberapa haiwan yang telah pupus dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini .Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca dalam sebuah website bahasa inggeris mengenai senarai haiwan mamalia yang hampir pupus yang dikeluarkan Zoological Society Of London . so saya rasa tertarik untuk kongsikannya disini dan saya terjemahkan dalam bahasa melayu bagi memudahkan pembacaan semua .

Zoological Society of London kembali mengeluarkan senarai EDGE (Evolutionarily Distinct, Globally Endangered) 2010, setelah terakhir update pada tahun 2007 yang lalu. EDGE ini merupakan senarai haiwan-haiwan yang statusnya terancam pupus, malah beberapa haiwan yang disenaraikan diancam kepupusan mungkin sudah pupus kini .

Berikut ini adalah 14 spesis mamalia teratas menurut senarai EDGE  pada 2010 yang paling unik tetapi hampir pupus   :

1. Ekidna muncung panjang timur (Zaglossus bartoni)


2. Ekidna muncung panjang barat (Zaglossus bruijnii)


Ekidna muncung panjang timur dan barat punya sifat yang unik, iaitu campuran antara mamalia dan reptilia. Keduanya juga hampir pupus akibat perburuan dan kehilangan habitat, akibat aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan haram.


3. Ekidna muncung panjang Sir David (Zaglossus attenboroughi)




Dari seluruh spesies ekidna muncung panjang, ekidna muncung panjang Sir David adalah yang paling kecil dan mungkin paling terancam pupus. Spesies ini awalnya dikenali dari satu spesimen yang ditemui pada tahun 1961, yang kemudian dipercayai telah pupus, hingga kemudian pasukan EDGE menemui bukti bahawa spesies ini masih bertahan pada tahun 2007. Distribusi dari ketiga spesies ekidna ini terletak di Papua dan Papua New Guini.


4. Greater Short-Tailed Bat (Mystacina robusta)


Kelawar ekor pendek yang terbesar di New Zealand ini kemungkinan sudah pupus selepas kedatangan orang Eropah di sana sejak 200 tahun lalu. Tidak seperti kerabatnya, lesser short-tailed bat, spesies ini lebih banyak menghabiskan waktu di tanah, sehingga mudah menerima serangan pemangsa seperti tikus.

Belum pernah kelihatan spesies kelawar ini sejak tahun 1967. Ada laporan yang menemui kelawar jenis ini, namun sukar untuk dipercayai kerana kawasan yang dilaporkan ini dimiliki oleh suku tempatan Maori, dan sukar untuk mendapat izin masuk ke daerah tersebut.


5. Baiji (Lipotes vexillifer)


Baiji, atau ikan lumba-lumba di Sungai Yangtze, kemungkinan sudah pupus, kerana hanya 13 ekor sahaja yang ditemui sepanjang kajian populasi antara tahun 1997 dan 1999. Kajian terbaru yang dilakukan tidak berjaya menemui seekor baiji pun yang berbaki di sungai tersebut.

Sungai Yangtze yang sangat besar ini mengakibatkan Baiji kehilangan habitatnya dan populasinya menurun drastik, akibat aktiviti penangkapan ikan dan juga disebabkan banjir besar.


6. Mountain Pygmy Possum (Burramys parvus)


Spesies ini merupakan jenis marsupial unik yang awalnya hanya diketahui dari fosilnya saja, hingga kemudian ditemui pada tahun 1966 pada sebuah resort ski di Victoria.

Ia merupakan salah satu dari pygmy possum terbesar di Australia, dan merupakan mamalia kecil yang mempunyai jangka hayat panjang di dunia, dimana usia betinanya boleh mencapai usia melebihi dari 12 tahun. Sayangnya, kehadiran industri resort ski yang bercambah di Australia mengakibatkan possum kecil ini kehilangan habitatnya hingga kini hampir pupus.


7. Solenodon Kuba (Solenodon cubanus)



8. Solenodon Hispaniola (Solenodon paradoxus)


Solenodon mempunyai rupa mirip dengan tikus, tapi badan tidak seperti tikus sama sekali. Solenodon ini merupakan satu-satunya mamalia yang membunuh mangsanya dengan racun.

Solenodon hanya terdiri dari dua spesies, iaitu Hispaniolan solenodon yang ditemui di Kepulauan Hispaniola dan Cuban solenodon yang distribusinya di Cuba.Sebelum penjajahan bangsa Eropah, spesies ini merupakan pemangsa yang dominan di habitatnya, namun seiring berjalannya waktu, spesis ini kalah dengan pemangsa baru seperti anjing, kucing dan luwak.


9. Kelinci Riverine (Bunolagus monticularis)



Spesies kelinci Riverine ini, berbeza dengan sebahagian besar keluarga kelinci lainnya kerana satu sebab, iaitu tidak berkembang biak seperti kelinci. Ketika spesies kelinci pada umumnya boleh membesarkan 12 anak tiap kali beranak dan berkali-kali beranak dalam satu musim.

Kelinci ini hanya boleh membesarkan seekor anak dalam satu waktu, dan ia hanya hidup selama 3 atau 4 tahun di alam terbuka. Habitat kelinci ini di gurun Karoo, Afrika, terancam akibat gurun tersebut kerap menjadi kawasan pertanian.


10. Badak bertanduk dua Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)


Badak bertanduk dua ini merupakan yang paling kecil dan terancam dari lima jenis spesies badak yang masih bertahan hidup. Spesies ini hidup di pedalaman hutan Asia Tenggara, sebahagian besar di Indonesia.

Sayangnya, aktiviti manusia seperti penggondolan hutan mengakibatkan populasinya menurun dengan drastiknya sehingga diancam kepupusan, dianggarkan hanya kira-kira 275 ekor yang masih hidup hingga pada masa ini.

11. Badak Hitam (Diceros bicornis)


Badak hitam dan putih tidak dinamakan berdasarkan warna tubuh, melainkan bentuk mulutnya. Badak hitam mempunyai mulut atas yang mengatup, yang digunakan untuk menarik tumbuhan ke dalam mulutnya.

Spesies ini dikenali berbahaya, sehingga banyak mengalami pembunuhan dibandingkan badak lainnya. Populasi ini mengalami penurunan drastik sebanyak 96% antara tahun 1970 hingga 1992.
Selain itu, berbeza dengan mamalia lainnya, badak memerlukan keadaan persekitaran yang khas untuk boleh berkembang biak. Badak betina memerlukan badak betina yang lain untuk membantunya dalam mengembangbiakkan dan membesarkan badak muda.


12. Wombat Hidung Berbulu dari Selatan (Lasiorhinus krefftii)


Hanya tiga spesies wombat yang pada masa ini masih bertahan hidup, dan ini salah satunya. Wombat merupakan makhluk yang beraktiviti di malam hari, dan kebanyakan dilakukan sendirian. Sepanjang hari, wombat tinggal di dalam lubang, dan keluar di malam hari untuk memakan rumput .

Wombat banyak kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian, serta serangan pemangsa-pemangsa yang dibawa ke Australia, terutama dingo.


13. Unta Bactrian (Camelus ferus)


Spesies unta ini dapat dibezakan dari Unta Arab dari kedua bonggolnya. Unta Bactrian ini harus beradaptasi di Gurun Gobi yang ganas, salah satu tempat yang paling berbahaya dan mencabar di bumi untuk terus hidup.

Spesies ini dapat bertahan dari dahaga yang panjang, kekurangan makanan malah radiasi ujian nuklear . Namun, eksistensi spesies unta ini kini terancam akibat perburuan serta kehilangan habitat.

Unta ini juga mempunyai adaptasi yang unik dalam menghadapi cuaca ekstrim. Bulunya boleh menjadi sangat tebal ketika musim sejuk, sementara hampir tidak berbulu ketika musim panas. Selain itu, unta ini mempunyai kaki yang lembut, yang mirip seperti kasut salji, untuk mencegahnya terperosok ke dalam pasir gurun.


14. Badak Jawa (Rhinoceros sondaicus)


Dengan tidak lebih dari 60 ekor yang masih tinggal dan masih hidup, badak Jawa atau badak bertanduk satu kecil ini merupakan spesies badak yang paling unik dibandingkan lainnya. Ia mempunyai satu tanduk dan kulit yang amat tebal, malah disebut-sebut menyerupai besi baja.

Seperti badak lainnya, spesies ini memakan tumbuh-tumbuhan dan kebanyakan menghabiskan waktunya untuk berendam dalam lumpur untuk menyejukkan tubuh.

Meskipun populasinya kini dijaga dalam taman negara, namun tanduknya masih banyak diburu, sehingga populasinya masih jua tetap terancam. Populasinya yang kecil juga mengakibatkan badak sangat berisiko menghadapi penyakit dan bencana alam yang besar yang seterusnya bakal menyumbang kepada kepupusannya .

Doktor Ini Mungkin Mempunyai 600 Anak ?

2 ulasan:


Daripada hasil tinjaun mereka, mereka membuat kesimpulan bahawa Dr Wiesner mungkin adalah ayah kepada lebih 600 orang lagi bayi yang lahir di klinik tersebut.


Mr Gollancz memberitahu Sunday Times: 'Kita telah membuat anggaran kasar beliau mungkin telah menderma sebanyak 20 kali setahun.



'Menggunakan anggaran tersebut, termasuklah kelahiran yang hidup, kembar dan gugur, saya menganggarkan beliau mungkin bertanggungjawab kepada antara 300 hingga 600 orang anak.'

Jika Wiesner telah menjadi ayah kepada 600 orang anak, ini akan menjadikan ia sebagai pencipta rekod terbaru yang mengalahkan seorang warga Amerika Syarikat yang turut menderma spermanya dan kemudian menjadi ayah kepada hampir 150 orang.


sumber : daily.co.uk

Sihir Dalam Masyarakat Melayu

8 ulasan:


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Perkongsian kali ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai sihir . Umumnya dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.

Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.



JENIS-JENIS SIHIR


PATUNG

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.


SANTAU

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir


TELUR LAYANG

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


SAKA ( KETURUNAN )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..


kredit artikel : pakcikli00

DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA

2 ulasan:

Duit bukan segala-galanya






Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……


p/s : duit akan bernilai, seandainya ada keberkatan dari Illahi... maka pelihara rezeki ... bersedekah, gunakan ia dijalan yang betul insyallah pasti akan menjadikan rezeki kita bertambah murah dan melimpah ruah..sedikit pun tidak mengurangkan rezeki kita ... percayalah...


Renung-renungkan~

Tanpa Kita Sedar .....

Tiada ulasan:
 

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi

Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan

Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri

Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan


Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan


Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka

Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil

Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha


Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah


Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan

Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya

Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya

Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa

TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....

Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....

Dan Tanpa Kita Sedar

Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya...