iklan baris

Situasi Terkini Pergolakan Politik di Libya

14 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata,sudah terlalu lama, blog ini tiada update entri berkaitan politik. untuk entri  kali ni RR ingin membawa anda semua mengenai situasi terkini pergolakan politik di Libya. .Selepas Tunisia dan Mesir  kini pergolakan politik di Libya seperti yang kita sedia maklum turut bergolak dan telah mencapai tahap kemuncaknya.Namun apa yang pasti pergolakan yang berlaku di Libya kurang mendapat liputan meluas media Malaysia  berbanding situasi yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Untuk entri kali ni , RR, ingin kongsikan update terkini situasi semasa dan senario politik di Libya.

Kejayaan revolusi di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menggulingkan kerajaan pemerintah telah memberi impak yang sangat dominan dan luar biasa di negara rantau Timur Tengah.dan turut tidak terkcuali adalah Libya. Rakyat Libya kini terus-menerus menggerakkan demonstrasi anti-pemerintahan Muammar Gadhafi dalam mengulingkan pemerintahan diktator beliau. Kemuncaknya lebih 200 rakyat Libya telah terkorban dan lebih 800 cedera akibat tekanan dari pihak tentera bagi menghentikan kebangkitan rakyat Libya.

dan sehingga entri ini ditulis senario di Libya terus meruncing. Keadaan dilihat semakin tidak memihak kepada pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi.Semua petunjuk memperlihatkan pemimpin itu sudah hilang kawalan ke atas beberapa wilayah di timur negara itu, setelah beberapa bandar jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan.Namun, Gaddafi enggan tunduk, sebaliknya berikrar akan terus mempertahankan pemerintahannya.


gambar diambil dari website AFP news
demonstrasi anti-pemerintahan Gaddafi yang diadakan oleh rakyat Libya 

Dalam ucapannya,di Tripoli pada 26 Februari, Gaddafi berikrar akan membuka gudang senjata Libya kepada penyokongnya, membayangkan Tripoli akan bermandi darah jika penentang rejim cuba menawan ibu negara ini. Dalam ucapan ringkasnya yang berapi-rapi dan penuh amaran di Dataran Hijau, Tripoli memberitahu ratusan penyokongnya supaya bersiap sedia untuk mempertahankan ibu negara ini.Sementara itu, Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Shalgham, rakan Gaddafi sejak kecil, menjadi pegawai terbaru berpaling tadah, menyusuli timbalannya, Ibrahim Dabbashi yang berbuat demikian, baru-baru ini.

Ketika berucap dari atas bumbung sebuah bangunan di Tripoli semalam, Gaddafi menggesa penyokong yang berhimpun di Dataran Hijau di bawah sana supaya ‘mempertahankan Libya dan jika perlu, kita akan membuka semua gudang senjata’.
“Kita akan memerangi mereka dan kita akan menewaskan mereka,” katanya sementara penyokong menjulang potret beliau dan mengibarkan bendera hijau negara ini.
Hampir seluruh bahagian timur negara di Afrika Utara ini sudah terlepas daripada cengkaman Gaddafi sejak pemberontakan rakyat bermula di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu.

Ucapan semalam adalah kenyataan terbuka ketiga yang dibuat oleh Gaddafi dalam minggu ini, selepas beliau menggesa pengikutnya supaya menumpaskan pemberontak dan kemudian menuduh rangkaian al-Qaeda menghasut golongan muda ‘yang khayal dengan dadah’ supaya bangkit untuk menumbangkan beliau.
p/s : dengan situasi yang semakin meruncing dan demonstrasi  anti-pemerintahan Muammar Gaddafi yang semakin memuncak di seluruh Libya. diharapkan kerajaan boleh memngambil langkah2 yang selanjutnya untuk memindahkan para pelajar dan rakyat kita yang berada di Libya. marilah kita sama-sama berdoa agar rakyat Malaysia yang berada di Libya akan berada dalam keadaan yang selamat.

sumber : dipetik dari IPF news, viva news.

Gambar Budak Yang Telah Didajalkan

45 ulasan:

Salam pembuka kata, hope anda semua sihat2 hendaknya :). orait untuk entri kali seperti kebiasaannya, blog redzuan-ridz ini akan diselang selikan dengan entri santai . entri kali ni simple dan santai je just nak kongskikan dengan korang semua dengan gambar. 

 Gambar yang akan dikongsikan kali ni adalah   gambar budak yang telah didajalkan setelah diedit  menggunakan perisian photoshop . apa lagi jom layan gambar kat bawah ni, comfirm korang akan gelak terbahak-bahak :)

III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
VVVV
VVV
VV
V


gambar asal sebelum diedit dan didajalkan



gambar dibawah ni gambar setelah diedit dan didajalkan













 p/s : paling xboleh blah bagi aku gambar basic instinct dengan gambar titanic.adoii, mmg lawak la,  gambar yang mna korang rasa yang paling tak boleh blah?

TIPS SEO : Cara Mendaftarkan Blog Di Search Engine Google, Yahoo, Bing, dan AOL Search

30 ulasan:


Salam sejahtera dan salam pembuka kata, Entri kali ini, RR inginkan kongsikan dengan u all semua tips berkaitan SEO, tips SEO kali sangat mudah untuk diapplied oleh kesemua newbie dan pasti ramai juga blogger lain tidak menyedari betapa pentingnya tips ini. Untuk pegetahuan anda semua mendaftarkan website/blog ke search engine merupakan  1 perkara yang tersangat penting.

Hal ini sangat berguna terhadap SEO kerana SEO ini sangat penting bagi
mengoptimasikan dan memaksimumkan lagi kemunculan  website/blog anda di dalam search engine. dan kesemua ini tips ini telah RR applied. info ini telah RR jumpa di sebuah forum SEO antarabangsa. dan hasilnya setelah  RR praktikkan RR mampu menarik hampir 2000 u.v trffic dr search engine je untuk carian keyword redzuan minhat, norazlina redzuan, redzuan blogspotserina redzuan, dan carian berkaitan redzuan,.

itu baru carian berkaitan redzuan belum lagi carian keyword yang lain untuk entri di blog redzuan-ridz.

Seperti yang kita maklum, google merupakan search engine yang paling banyak digunakan pada masa ini. Namun, selain mendaftarkan website/blog anda ke google, anda juga perlu mendaftarkannya ke beberapa search engine lainnya yang sudah terkenal
Search engine selain Google yang terkenal dan sering juga digunakan pelayar internet antara lain adalah Yahoo, Bing, dan AOL Search. Cara mendaftar website ke search engine tersebut akan RR dijelaskan satu persatu di bawah ini.

Sebelum mendaftarkan website anda ke search engine, sebaiknya anda buatlah beberapa post entri terdahulu kemudian dipublishkan di blog anda. Selain itu juga terapkan tips-tips dasar SEO, seperti tambahkan meta tag pada html anda supaya mesra SEO.Hal ini penting agar website/blog anda akan diterima dan segala entri anda  ditemui dan dircrawl oleh spider robot di search engine tersebut, dan akhirnya anda akan dapat menarik traffik yang banyak melalui search engine. di Bawah ini RR kongsikan langkah2 mendaftarkan website/blog ke search engine Google, Yahoo, Bing dan AOL search

Google
  1. Kunjungi http://www.google.com/addurl/.
  2. Masukkan alamat/url website anda (jangan lupa http:// nya).
  3. isikan vericification kode yang muncul.
  4. Klik tombol Add URL.
Yahoo (perlu register dulu)
  1. Kunjungi http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit.
  2. Klik tulisan "Submit a Website or Webpage".
  3. Masukkan URL website anda pada kotak yang disediakan.
  4. Klik tombol Submit URL.
Bing
  1. Kunjungi http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx.
  2. Tulis kode anti spam yang tampil.
  3. Isikan URL website/blog anda (dengan http://).
  4. Klik tombol Submit URL.
AOL Search
  1. Kunjungi http://www.aol.com/
  2. Klik tulisan "Add New Link" yang ada di sidebar kiri.
  3. Isikan URL dan label website anda.
  4. Klik tombol Add.
* Kalau tak kelihatan tulisan "Add New Link" disidebar kiri korang boleh submit url blog korang untuk AOL search. korang klik je kat SINI  .


p/s : kalau entri ini bermanfaat sila la ye komen, penat aku menaip share ilmu ni. huhuhu, sepatah dua kata pun ok jgak :)kalau ada pandangan or info tambahan sharela ye di kota kome kat bawah.

Topik : Pentingkah Memasang Widget Kotak Jerit (ShoutBox) di Blog ?

33 ulasan:

Salam pembuka kata dan salam sejahtera kepada u all semua dan tidak lupa kepada silent readers blog RR :). first at all, aku nak bagitau kat korang semua aku da pasang balik kotak jerit cbox kat blog aku.Sebelum ni aku terpaksa buang seketika kotak jerit cbox aku sebab dihack, so rite now aku da pasang balik shoutbox kat blog aku dibahagian tab menu.

as we know, kotak jerit  ni antara widget wajib yang pasti ada disesebuah blog, dan aku pasti kesemua blogger baru a.k.a newbie pasti memasang widget ini. dan dengan adanya kotak jerit ni kita boleh meningglkan jejak pada sesebuah blog, bukan sekadar meningglkan jejak link blog dan mmpromosikan entri baru kita but at the same time memperkenalkan diri kita sebagai seorang blogger baru di arena blogging. dan yang pastinya menarik trffik visitors ke blog kita.

Persoalan yang aku ingin timbulkan Perlukah blogger memasang widget Shoutbox ni di blog? dan niat diri bukanlah ingin menjadikan topik ini sebagai 1  isu, just 1 topik yang boleh kita fikirkan bersama dan kongsikan bersama kerelevanan memasang shoutbox di blog :)

Dari perspektif dan personal opinion aku. bukanlah sesuatu yang wajib bagi blogger memasang widget ni di blog tapi kalau kita lihat dari 1 sisi yang lain pendapat aku yes , supposely  seorang blogger mengekalkan shoutbox yang pernah dipasang. dibawah ni aku senarai  reason kenapa seorang blogger tahap newbie seperti aku dan blogger lain patut mengekalkan widget ni. dibawah ni aku senaraikan 4 hujah aku kenapa widget shoutbox perlu dipasang dan dikekalan pada blog :)


hujah pertama aku,  aku terasa seperti 1 ketidak adilan untuk para blogger yang singgah blogwalking ke blog kita dan membaca entri tp tidak dapat meingglkan jejak untuk blog mereka.  sedangkan kita singgah blogwalking di blog mereka dan meninggalkan jejak di shoutbox mereka sambil mempromosikan entri terbaru kita. dan bg aku ini bukanlah win-win situation dan ini 1 yang tidak adil. yes sememangnya meninggalkan komen lebih baik dr meninggalkan jejak di kotak shoutbox, tp masalahnya kebanyakan blogger baru yang masih newbie mungkin tidak mengetahui teknik backlink berkesan dalam meninggalkan komen untuk menarik pelawat yang banyak ke blog. dan sememangnya untuk blogger pemula teknik blogwalking adalah kaedah berkesan untuk mereka dan blog mereka dikenali dan diketahui blogger lain.

hujah kedua aku,  Aku berani kerat jari  aku kesemua blogger yang baru brtapak dalam arena blogging ketika still newbie pasti memasang kotak shoutbox diblog mereka betul tak? persoalannya sekarang why bila sampai 1 tahap mereka ini membuang widget kotak shoutbox? adakah blogger ini merasakan dengan jumlah followers yang beribu2 di blog mereka, baru mereka sedar yang kotak widget yang pernah dipasang di blog hanya menyemakkan blog dan seperti 1 sampah yang memberatkan blog ?  kenapa tidak dari awal mereka berblogging mereka tidak terus membuang kotak widget ini.

hujah ketiga aku dengan adanya kotak shoutbox ini merupakan 1 medium yang sangat berkesan untuk kita mengenali dan dikenali oleh para blogger lain dan blogger baru di arena blogging. so the point is aku yakin most of us pasti   menggunakan platform widget shoutbox untuk kita dikenali oleh para blogger lain ketika  kita mula berblogging dan why bila sampai 1 tahap  mereka membuang kotak shoutbox ini? dan pada masa inilah mcm alasan diberi, why masa  mula2 berblogging ini tidak menjadi isu dan tiada pun alasan timbul bila shoutbox dipasang di blog mereka?. 

hujah keempat aku, dengan adanya widget  shoutbox mampu mewujudkan 1 interaksi yang lebih mesra antara para blogger dan para blogger akan saling keep intouch, persoalan yang perlu kita fikirkan bersama adakah dengan tidak memasang kotak widget kita boleh mendapat  jumlah komen yang sangat banyak di blog kita?  bagi aku kewujudan kotak komen di blog tidak mempengaruhi jumlah komen entri kita.
once bila entri dan info di blog kita berkualiti ditambah dengan style penulisan yang tersendiri, aku yakin most of our vistiors and readers yang bca entri2 kita pasti meninggalkan komen kalau entri kita benar2 bermanfaat dna menarik. dan yang penting kita pun mestilah rajin komen diblog orang lain untuk orang komen kembali. so no point kalau shoutbox dijadikan isu kita tidak mendapat jumlah komen yang banyak. kadang2 inilah isu yang dimainkan cetern blogger sbg alasan kenapa  kotak shoutbox tidak dipasang di blog mereka sbb nk dptkan komen yang byk.

akhir kata, entri ini bukanlah ditujukan pada mana2 blogger or hendak menjatuhkan hukum,  tp just sbg 1 topik yang boleh kita fikirkan kewajarannya dlm konteks seorang blogger. jika ada yg mungkin terasa  , diri ini memohon kemaafan. kesemua yg dinyatakn diatas hanya 1 pandangan peribadi penulis iaitu aku :)


p/s : kalau anda ada sebarang pndangn or pndapat share la kat kotak komen kat bawah ni, well nak tau jgak pndapat korang smua tentang ni :)

GAMBAR LAWAK : SAMA TAPI LANGSUNG TAK SERUPA

23 ulasan:

Salam pembuka kata n hope u all sihat2 henaknya , orait arini, entri kali ni santai je, just nk kongsikan gambar untuk u all semua santai.
Gambar kat bawah ni gambar perbandingan ,  sama dari aspek latarnya tapi  tak serupa sebenarnya.lawak lagi adela. korang layan jela gambar kat bawah ni nnti korang faham sendri . memang  lawak serius aku cakap. ape lagi jom la layanzz  :)

III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
VVVV
VVV
VV
V

NICHOLAS CAGE VS ANWAR.



DAVID BECKHAM VS PAUL DANIELS 

p/s: siyes aku ckp mmg tak boleh blah gambar ni lagi2 gambar Paul Daniels. wakakakaka. aku tak pasti saper yang tiru saper ni.

Merungkai Misteri Peradaban Kota Troy

29 ulasan:


Salam sejahtera dan salam pembuka kata and hope semua pembaca blog redzuan-ridz dalam keadaan sihat sentiasa.  Dah lama rasanya saya tak publish entri yang related dengan sejarah di blog ini.Atas permintaan dari sahabat blogger The Crow, yang inginkan saya publish entri berkaitan sejarah, saya luangkan sedikit masa.

Before this saya prnah membahaskan  mengenai Misteri Kewujudan Kota Atlatantis Part 1 dan Part 2, Peradaban Lumeria,  10 peradaban Kota Purba yang Masyur dan banyak lagi entri dan topik menarik berkaitan sejarah yang telah  saya kupas. Orait untuk entri kali ni saya akan kupas secara terperinci mengenai Misteri Peradaban Kota Troy. Entri kali ni sedikit panjang hope anda dapat meluangkan masa meneruskan pembacaan sehingga habis ye :)

saya yakin most of us pasti pernah mendengar nama Kota Troy kan?  tapi saya pasti majoriti kita menggangap kewujudan Troy ini hanyalah sekadar 1 mitos.  Hasil searching saya untuk topik ini belum ada seorang pun blogger dari Malaysia mengupas mengenai topik ini.

sedikit fakta mengenai Kota Troy, Troy merupakan sebuah kota kuno yang pernah disebutkan dalam karya puisi  Iliad ,iaitu epik terkenal karangan penyair Yunani kuno Homer. Kota dan peradaban ini pernah dianggap sebagai mitos dan khayalan semata-mata, sama seperti kisah-kisah tentang peradaban Atlantis dan  peradaban Lemuria yang dianggap satu mitos. Untuk pengetahuan anda kota Troy bukanlah hanya sebuah mitos semata kerana peradaban ini  pernah muncul  sebagai sebuah kota peradaban manusia yang terkenal lagi masyur

Teka teki mengenai misteri kewujudan Peradaban Troy akhirnya berjaya dipecahkan  oleh seorang cendekiawan  dari England, Charles McClaren pada tahun 1822, Beliau berpendapat bahwa Troy yang dimaksud Homer kemungkinan besar terletak di Turki.Beliau telah mengkaji hasil karya agung Homer iaitu epik Illiad dan beliau telah  menunjukkan sebuah kawasan tanah luas yang disebut Hisarlik dekat Dardanella,iaitu sebuah kawasan di laut sempit yang menghubungkan Laut hitam dan Laut Aegea sebagai lokasi peradaban Kota Troy.


 
inilah runtuhan peradaban Kota Troy




image runtuhan kota Troy dari pandangan udara



Setelah pembongkaran lokasi kota Troy tersebut,  seorang arkeologist dari Jerman,Heinrich Schiliemann,mula menjalankan proses ekskavasi ( penggalian) terhadap timbunan di Hisarlik pada tahun 1871. Hanya pada 1873 setelah 2 tahun melakukan kerja-kerja ekskavasi,Schliemann berhasil menemui sisa-sisa runtuhan sebuah kota yang sangat kuno yang ia dipercayai sebagai  sisa runtuhan peradaban Troy.

Beliau bersama krewnya telah berjaya  menemui harta karun berupa emas, perak,permata,berlian, zamrud yang seringkali disebutkan sebagai harta karun Priam iaitu  legenda Raja Troy seperti yang tercatat dalam epik karangan Homer, Iliad. Namun sayangnya,harta-harta karun tersebut telah dijarah habis dan diseludup keluar dari Turki ke Eropah.

Dan apa yang menggemparkan lagi dari hasil ekskavasi tersebut telah ditemui 9 Lapisan Kota Troy. dalam ertikata yang lebih mudah boleh aku terangkan, Kota Troy ini telah dibina diatas runtuhan peradaban yang lama, yang kesemuanya mempunyai 9 lapisan pembinaan. Pada tahun 1876,Schliemann telah kembali melakukan penggalian di kawasan Mycenae dekat Yunani.Beliau telah menemui apa yang dianggapnya sebagai makam Agamemnon, musuh bangsa Troy seperti yang tercatat dalam Epik Iliad.


Ilustrasi gambaran kota Troy yang dibina diatas runtuhan
9 lapisan kota  terdahulu 


Hanya pada tahun 1890-an,Wilhem Dorpfield menunjukkan bahawa timbunan di kawasan Hisarlik tersusun dari sembilan lapisan sisa-sisa kota,dari penemuan ini telah membawa 1 analisis bahawa peradaban Troy ini merupakan sebuah peradaban yang telah lama wujud, Dianggarkan lapisan pertama peradaban Kota Troy yang dibangunkan  ini mungkin sezaman dengan  era peradaban Kota Atlantis yang sehingga kini kekal misteri.

Lebih lanjutnya Wilhem mengatakan kemungkinan peradaban Troyini ini musnah kerana dihancurkan oleh gempa bumi dan banjir besar yang terjadi sebanyak sembilan kali. Bangsa Troy yang terselamat kembali membina peradaban abru  di atas runtuhan kota tersebut.

Namun Schliemann pula menganggap bahwa Troy yang dikatakan oleh Homer didalam epik Illiad kemungkinan adalah Troy II (2), iaitu lapisan runtuhan kota yang kedua dari semua 9 lapisan  kewujudan kota ini.

Sedangkan menurut pendapat Wilhem Troy yang dinyatakan dlm epik Illiad adalah Troy ke-VI(5). Masa Troy 5 menurut para pengkaji mungkin berasal dari zaman perunggu (sekitar 3000 SM-1900 SM),sedangkan sehingga ke hari ini belum ada penjelasan mengenai Peradaban Troy ke berapakah yang dimaksudkan Homer dalam karya agungnya  Iliad.

Namun yang pastinya, teka-teki suatu peradaban yang dulunya dianggap hanyalah sebuah mitos telah berhasil dipecahkan dan ditemui kebenaran tentang kewujudannya. Namun apa yang menggamit dalam fikiran ini ialah sebenarnya masih banyak lagi misteri tidak lagi dipecahkan mengenai peradaban Kota Troy, dari hasil pembacaan aku lagenda Raja Priam, time frame kewujudan, kebudayaan masyarakat Troy dan misteri mengenai kehancuran kota ini, Perang Trojan belum lagi dibongkarkan dengan 1 kajian dan analisis yang menyeluruh.

Berdasarkan rekod hasil kajian para arkeologist dan antropologist kemungkinan besar Troy ini sezaman dengan Peradaban Atlantis, dan ini menguatkan lagi  keyakinan diri ini bahawa Peradaban Atlantis yang dianggap mitos wujud seperti yang pernah digambarkan oleh Plato ttg kewujudan kota ini didalam sebuah karya penulisannya. dan jika benar Troy wujud sezaman dengan Atlantis maka teknologi bangsa Troy ini setanding dengan Peradaban Atlantis dimana Peradaban Atlantis yang wujud 10000 S.M dahulu teknologinya setanding dengan masyarakat zaman sekarang.


sumber : berbagai sumber yang sahih. history channel, hasil bacaan buku 'history of turkey empire' 

p/s :  gambar kota troy  akan diupdate lagi. entri berkaitan sejarah  akan datang saya akan kupas mengenai kebudayaan Hellinistik yang tersebar ketika era Alexander The Great.

Apa Yang Best Dengan Status Keahlian "Glitterati" Nuffnang

29 ulasan:
 



Salam pembuka kata semua, untuk entri kali ni aku nak cerita ckit pasal nuffnang. Entri ni request daripada saudara Qarl. Apa yang boleh aku cakapkan Nuffnang dan blogger ni ibarat aur dengan tebing. mmg tidak dapat dipisahkan. Bila aku blogwalking aku pasti nampak iklan Nuffnang yang ditepekkan oleh para blogger di blog mereka.

Sedikit mengenai Nuffnang ni. Nuffnang ni  merupakan  1 syarikat pengiklanan di rantau Asia Paciffic yang wujud  sebagai platform bagi membolehkan para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan nuffnang yang tersiar di blog.
Win-win situation la, korang ni sbg medium untuk promosikan iklan dari pihak nuffnang yang ditepekkan di blog korang, Bila ada visitor ke blog korang klik iklan nuff tu korang dapat earning.  Mcm mna Nuffnang dapat generate untung? Nuffnang dapat profit dari duit yang diberikan oleh advertiser2 yang berminat untuk promosikan iklan mereka menggunakan Nuffnang.

Orait, Apa yang aku nk share dengan korang semua adalah mengenai kelebihan menjadi ahli Gliteratti dalam nuffnang ni dan tips maintainkan status Gliteratti korang dari ditarik balik oleh nuuff.


Well dalam nuffnang ni ada 2 jenis keahlian. Ahli biasa dan ahli berstatus Gliteratti.
 memang banyak kelebihan jadi ahli gliteratti ni. korang baca kat bawah ni


Kelebihan Nuffnang Glitterati: "

Earning akan meningkat sebanyak 20%sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.

Payment rates CPC : minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja
bagi ahli nuffnang biasa.

Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepascash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.

Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa

Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.


Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak
ekslusif kepada ahli biasa.

1 lagi tambahan dari aku, kalau korang berstatus gliteratti korang ada harapan sangat cerah untuk mendapat Buffered Earning, ( earning yang sgt masyuk) depends pada term2.  Korang takkan dapat B.E sampai bila2 kalau status korang ahli biasa. 



Ok mcm mana nak dapatkan status  Gliteratti ni n maintainkannyerr ?


Dalam term yang dinyatakan nuffnang. sebarang bentuk pengiklanan dari syarikat pesaing dari Asia Tenggara tidak dibenarkan oleh Nuffnang. contoh syarikat pesaing nuffnang ialah adverlerts , innity, dan mangga ads,

aku pernah memasang iklan adverlerts dengan mangga ads, di blog lawak brutal aku dan blog bisnes aku, dan iklan nuff aku tak pernah muncul dan aku tak pernah mendapat sebarang earning dr nuffnang untuk blog aku yang tu selepas aku pasang iklan lain.
so moralnya jangan cuba-cuba menduakan nuffnang.

dan aku jugak pernah memasang iklan kempen support dr youthsay di blog bahasa inggeris aku dan sejak aku letak kempen dr youthsay di blog aku tu , iklan nuffnang tak pernah muncul.

1 lagi tips untuk memastikan status gliteratti korang kekal, janganlah korang cuba-cuba klik iklan nuffnang yang keluar di blog korang sendiri. sebab setiap klik di iklan nuffnang tu akan direkodkan berdasarkan  ip address . so kalau korang klik sendiri pun xde guna sebab earning tu pun xdikira dan direkodkan nuff. dan status gliteratti korang mungkin akan ditarik balik nanti kalau korang teruskan tindakan klik iklan nuff di blog sendiri..


p/s : Apa yang aku nak ingatkan once bila status Gliteratti korang ditarikbalik oleh Nuffnang, harapan la korang nk dpt balik status tu. agak sukar berbanding permulaan korang dpt status tu. so jaga elok2.  jangan madukan nuffnang.. kihkihkih :) 

Keistimewaan dan Kemuliaan Rasulullah S.A.W Yang Wajib Kita Tahu

7 ulasan:


Assalamualaikum dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog R.R :). untuk entri kali ini saya tertarik untuk kongsikan dengan anda mengenai info yang saya perolehi iaitu mengenai Keistimewaan dan Kemuliaan Rasulullah S.A.W yang tiada tolok bandingnya. diatas keprihatinan anda hope anda dapat meluangkan sedikit masa dan dapat  meneruskan pembacaan sehingga habis, supaya kita akan lebih mengenali betapa hebatnya dan mulianya junjungan Rasullullah SAW yang diciptakan Allah S.W.T sebagai utusan terakhir.




Di dalam Kitab “Muhammad s. a. w. Insanul Kamil”, karangan Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani, ada menyatakan beberapa perkara mengenai kemuliaan dan keistimewaan Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rasul yang terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagian dunia dan akhirat, iantaranya ialah:

1. Muhammad Rasulullah s. a. w. adalah manusia pertama yang diciptakan Allah swt iaitu ketika Nabi Adam a.s masih dalam keadaan antara roh dan jasadnya ( dari hadith riwayat Tirmizi).

2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah S.A.W. Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. ( Surah Ibrahim : 81).

3. Silsilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain).

4. Pada saat kelahiran baginda s. a. w., bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).

5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).

6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulah yang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi )

7. Ketika baginda SAW masih kanak-kanak, ketika baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. ( diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)

8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

9. Allah s. w. t. memberi nama ‘Muhammad’ kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti baginda s. a. w. ( diriwayatkan oleh Muslim )

10. Baginda s. a. w. sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan , namun keesokan harinya baginda akan berasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a. w. hinggakan baginda tidak berasa lapar atau haus ( diriwayatkan oleh Muslim).

11. Baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya. ( diriwayatkan oleh Muslim).

12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).

13. Ludah baginda s. a. w. dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar
(diriwayatkan oleh Abu Naim).

14. Suara baginda s. a. w. dapat didengari oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. ( diriwayatkan oleh Bukhari).

15. Baginda s. a. w. hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. ( diriwayatkan oleh Bukhari ).

16. Baginda s. a. w. tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).

17. Selama hidup baginda s. a. w. tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. ( diriwayatkan oleh Tabrani).

18. Peluh (Keringat) baginda sama-sekali tidak berbau. ( diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain ).

19. Apabila Baginda s. a. w. berjalan di samping orang bertubuh tinggi, baginda nampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

20. Allah s. w. t. telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)
Maksud: “Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).


Sumber dipetik  dari : halaqah.net dan e-mosque.com.my


p/s : sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu merupakan sebaik2 manusia yang dicipta Allah S.W.T yang tiada tandinganya. Marilah kita bersama-sama menjdikan baginda sebagai role model, dalam kehidupan kita seharian dan tidak hanya berpaksikan pada tokoh2 barat untuk dijadikan role model dlm hidup kita :)

Burj Al-Arab : Hotel 6 Bintang Yang Menakjubkan !!

27 ulasan:
Salam pembuka kata dan hopefully anda semua sihat hendaknya. Orait untuk  entri kali ni diri ini tertarik nak kongsikan dengan anda semua mengenai sebuah hotel yang menakjubkan didunia iaitu Burj Al Arab. maybe ramai pernah mendengar nama hotel ni tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui yang hotel Burj Al Arab ini tersenarai sebagai hotel ke-3 tertinggi didunia.

Dan tahukah anda hotel ini menelan kos  USD$650 juta (almost RM1.9 Billion) !!! untuk disiapkan.  Hotel Burj Al-Arab ini  berketinggian 321 meter dengan 60 tingkat dan memiliki 18 buah lif.  


 Hotel Burj Al-Arab

In
 panorama hotel dari pandangan udara


Hotel ini terletak di Dubai, UAE. Hotel ni dimiliki oleh  Kumpulan Jumeirah. Pembinaannya bermula pada 1994 dan siap pada 1999, menjadikannya bangunan hotel tertinggi di dunia ketika ini. Burj Al-Arab buat pengetahuan korang semua adalah satu-satunya hotel yang telah diiktiraf sebagai hotel  6 bintang yang wujud di dunia ni. 

so no wonder la hotel ini bertaraf 6 bintang dan pemandangan di hotel Burj Al Arab ini, sangat menakjubkan lagi mengasyikkan mata yang memandang.

.
Pemandangan  waktu malam yang mempesonakan

kat bawah ni aku kongsikan gambar ruang hotel Burj Al Arab yang sangat menakjubkan lagi memukau mata memandang

II
II
II
II
II
II
III
VVVV
VVV
VV
V


Al Falak Ballroom

Restoran Al Mahara



 Atrium

Jacuzzi
.


ruang legar



ruang lobi yang sangat menakjubkan


Royal Suite


 President suite

Gelanggang tenis di puncak bangunan hotel


p/s :  my personal opinion, hotel ni sangat menakjubkan dr segi dekorasi, struktur binaannya dan ruang hotel ini, smua nampak sangat sempurna dan sangat memukau mata yang memandang. kalau honeymoon kat sini memang terbaik..

Maulidur Rasul : Menyelusuri Hikmah Keajaiban Kelahiran Rasullullah S.A.W

19 ulasan:
maulidur

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz, sempena menyambut Maulidur Rasul  diri ini tertarik untuk membuat 1 entri khas   bagi  mengenang kembali kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w . Saya pasti ramai bloggers yang membuat entri berkaitan ini. namun apa yang ingin saya  kongsikan ini  berbeza kerana  ingin membawa anda menyulusuri  hikmah keajaiban kelahiran Nabi Muhammad s.a.w . 3 hari blog ini tidak diupdate kerana saya mencari fakta dan info mengenai ini, hope anda semua akan meneruskan pembacaan anda sehingga habis.

Seperti kita maklum, Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud kelahiran Nabi dimana Maulidur Rasul  disambut  bagi  memperingati hari kelahiran junjungan Rasullullah s.a.w.  Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah.Kelahiran baginda membawa rahmat dan petanda  dimana baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyebarkan syiar Islam. Ia merupakan peristiwa utama yang tercatat dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dibawah ni saya kongsikan bersama.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata



"Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''



Peristiwa Sewaktu Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah( bonda Rasullullah S.A.W) ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Semasa Baginda S.A.W dilahirkan, bondanya menyaksikan nur  cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.


Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber dan rekod Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib( datuk Nabi Muhammad s.a.w), "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya sewaktu Rasullullah S.A.W dilahirkan. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan dan kemuliaan disisi Allah S.W.T . Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah atau pun Penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

sumber : pelbagai sumber sahih, ( majalah al-islam, forum i luv islam,  forum halaqah.net  dan hasil pembacan)  


p/s : dan sempena Maulidur Rasul, marilah bersama-sama kita berzikir, berwirid, dan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kongsikan lah entri ini kepada saudara islam kita moga mereka lebih memahami dan mengtahui sirah sebenar kelahiran junjungan besar kita.

SEGMEN TRICK: CARA MENINGKATKAN KELAJUAN BROWSER MOZILLA FIREFOX

28 ulasan:


 



Salam untuk entri kali ni aku ingin kongsikan trick cara untuk speed up kan browser mozilla firefox. sebelum ni aku pernah kongskikan trick cara melajukan internet sebanyak 20% untuk pengguna windows XP. yang belum baca boleh KLIK  SINI


aku  cadangkan kepada  semua seeloknya  beralih la menggunakan mozilla firefox sebagai platform untuk surfing  internet.kerana dengan mozilla korang akan melayari internet dengan lebih laju, lancar dan banyak applikasi tambahan pilihan jika kita beralih ke firefox. Banyak plugin mozilla korang boleh download untuk meningkatkan lagi capability browser mozilla firefox ni. Apa yang menarik ciri keselamatan yang ada pada browser mozilla juga sangat  berkesan menghalang segala jenis pop-up.

 
orait yang already 'using' mozilla boleh la apply trick ni.  Dijamin 100% berkesan dan kesan sampingan hanya 1 je iaitu internet korang akan loading dengn lebih laju kalau dibandingkan sebelumnya..Kalau korang rasa curious and was-was  try dulu trick ni. Tapi make sure korang  tak miss step yang diterangkan

Orait,  firstly  pergi ke URL bar,( url address)   taip atau copy dan paste  perkataan about:config. dan tekan enter , korang akan dibawa ke bahagian configuration “menu” di mana disini korang boleh tukar/adjust parameter Firefox.

Kemudian sila cari code seperti aku tunjukkan kat bawah. korang akan lihat value yang berlainan. Tukar menjadi seperti di bawah hanya double klik dan ubah value tersebut.

 
Cari Code:
 

browser.tabs.showSingleWindowModePrefs – true
network.http.max-connections – 48
network.http.max-connections-per-server – 16
network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 8
network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
network.http.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests – 100
network.http.proxy.pipelining – true
network.http.request.timeout – 300


Selepas itu,  letakkan mouse korang di mana-mana bahagian kod tertera seperti diatas. sila  right klik kemudian pilih NEW  dan kemudian pilih Integer. Pada name tukar menjadi nglayout.initialpaint.delay dan tukar value kepada  0 .

last step just refresh kembali browser firefox dan lihat perbezaan dari segi kelajuan loading dan surfing. aku da try step ni dan memang berkesan melajukan lagi surfing dan loading internet .


sumber : Di olah ke bahasa Melayu  dr  http://www.online-tech-tips.com

  
p/s :untuk menambahkan lagi speed surfing mozilla firfox, korang boleh la downoad plugin fasterfox aku jamin memang browser mozilla korang mesti laju. aku dah try  dan memang berkesan. dan yang penting tiada kesan sampingan

Valentine's Day: Catatan Kisah Sebenar Disebaliknya

34 ulasan:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemabca blog redzuan-ridz , mudah-mudahan semua berada dalam keaadan sihat hendaknya dan dilimpahi rahmat Allah swt . Kalau dilihat tajuk entri kali ni pasti ada diantara kita tertanya-tanya kan apa sebenarnya  sejarah disebalik sambutan Valentine' Day ni ? entri kali ni mungkin sedikit panjang hopefully anda akan meneruskan pembacaan sehingga habis sebagai 1 perkongsian  wajib yang  perlu kita semua tahu terutama kita sebagai seorang islam.


Well,bila tiba bulan  Februari most of us dah mengetahui bulan ini dianggap sebagai bulan istimewa untuk pasangan kekasih . 14 februari  hari yang dianggap tarikh keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang hangat berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih selalulunya kerap draikan para remaja dan pasangan2 yang sedang hangat bercinta bagi menzahirkan rasa ketulusan cinta mereka kpd pasangan .

Namun tahukah anda semua bahawa meraikan sambutan Valentine Day's ini hukumnya adalah Haram dalam Islam!!!!


pada tarikh 14 Februari inilah kadar maksiat berleluasa, pada tarikh ini jugalah ramai pasangan melepaskan kerinduan mereka dengan berdua-duaan , becengkerama ditempat2 sunyi  dan kerana atas nama cinta dan sayang segelintir mereka tergamak  menyerahkan maruah dan mahkota mereka  kepada kekasih hati sebagai lambang cinta. sangat menydihkan sehingga agama telah diketepikan dan nafsu menjadi petunjuk .


Dan untuk pengetahuan anda semua Hari Valentine  sebenarnya  merupakan sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan  Kristian bagi memperingati perjuangan St.Valentine.  Namun persoalannya Mengapakah tarikh ini sering dinantikan oleh para pasangan yang sedang hangat bercinta, dan kenapa arus media  perdana kita berlumba2 memaparkan slot2 filem dan drama bertemakan kasih sayang ? seolah-olah merestui sambutan ini?


hukum sambut valentine's day



dibawah ini saya sertakan video yang jelas telah terfatwa bahawa sambutan Hari Velntine's Day ini haram diraikan.



Jika line internet anda slow untuk melihat video diatas, Dibawah ini   3 versi catatan  yang sering dikaitkan permulaan bila  sambutan Valentine's Day diraikan :


Pendapat pertama 

-mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.



Pendapat kedua 

mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini dan terdapat rekod2 lama yang mengesahkan kesahihan cerita ini.



Versi pertama. 

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.



Versi kedua. 
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.



Pendapat ketiga 

-Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan tarikh tersebut diraikan sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

dan sebagai  tanggungjawab sosial,  aku menyeru bagi mereka yang beragama islam yang terbaca entri ini, yang berniat atau berhasrat untuk meraikan sambutan ini, tolonglah batalkan hasrat anda itu.banyak lagi tarikh lain untuk anda luangkan masa anda bersama orang yang tersayang. dan pendapat peribadi aku ini adalah 1 daripada propaganda agen2 laknatullah yang sentiasa cuba memesongkan akidah kita sebagai umat islam . menggunakan pelbagai medium . dan janganlah kita mudah dan sewenangnya menggadaikan akidah kita kerana sesuatu sambutan yang sebenarnya jelas bertentangan dalam islam .
sumber: majalah al islam, halaqah.net


p/s : sebarkanlah dan kongsikan entri dengan klik button share untuk renungan dan pedoman kita bersama dan agar saudara seislam kita mengetahui dengan sejelasnya peristiwa sebenar disebalik Hari Valentine yang mereka raikan itu.
,

Blog Review : Mr kodet Blogger Remaja Berbakat

19 ulasan:
Salam pembuka bicara, orait entri kali ni  bukan tips, info, fakta dan seangkatannya yang ingin aku kongsikan. tapi aku tertarik  untuk review sebuah blog yang da lama menarik perhatian aku. blog bertuah yang akan menjd blog pertama yang akan aku review ialah blog MR.KODET .  aku yakin all of u guys n gurlz will be weird why i'm review dis blog rite? why bukan blog2 otai. ok actully kriteria pemilihan aku ni berdasarkan mutu dan kualiti setiap entri dan style penyampaian blog yang aku singgah. bukan kerana blog aku direview oleh mereka. tp sebagai 1 tanda penghargaan aku sendri untuk blogger2 yang aku nampak ada potensi untuk meningkat naik yang pernah aku singgah melawat dan membaca entri blog mereka.


meh dekat sikit nk cerita pasal kodet, first at all , kodet ni still lagi study. sedikit background  Mr kodet ni, nama sebenarnya Amirul Imani.  still young and umor dia ni baru 15 tahun. why nickname Kodet becoz dia ni minat dengan 1 watak kartun bernama kodet dlm majalah 3g. pelik dan agak misteri disitu. huhuhu. anyway just ignored it yg penting talent bg aku.  orait dan apa yang menarik minat aku untuk review blog dia kebanyakan entri-entri dia melihatkan kematangan dia dalam menyampaikan idea dan pandnagan dia. dan itu yang menarik minat aku untuk review blog dia.  all of their entries  lebih berkisar tentang sharing idea, kupasan mengenai sesuatu isu, dan juga tips2 untuk remaja sebayanya. interesting kn?  well he still young but cara style dan penyampaiannya menunjukkan 1 kelainan kalau nk dibandingkan dengan mereka sebaya dengannya. itu yang mmbuatkan aku really impressed dengan Amirul ni. dan tertarik nk review blog dia. bawah ni banner blog si Amirul ni.





1 lg yang mmbuatkan aku  kagum dengan Amirul ni. Amirul aka MrKodet ni telah menyediakan 1 platform dan tools untuk memudahkan para bloggers melakukan blogwalking dan komen . dan pada pandangan peribadi aku, tools yang si Amirul bangunkan ini memudahkan kita melakukan blogwalking dengan lebih mudah dan effisien tanpa perlu membuka banyak tab. dan platform yang di perkenalkan kodet ini sebenarnya mampu meningkakan aliran traffik pengunjung dengan lebih konsisten ke blog kita..

dan pandangan dr Kodet sndri tujuan kewujudan  kita-bloggers ni actually untuk mengumpulkan 1  link list blog yg aktif untuk diblogwalkingkan serta untuk menjadikannya sebagai tempat santai dan lepak para blogger. menarikkan ??

 korang nk joined hanya perlu berdaftar bagi melayakkan blog korang tersenarai dalam platform yang dibina Amirul ni. dibawah ni banner blog tersebut.


 


well aku rasa  setakat ni saja review aku mengenai blog MrKodet a.k.a Amirul ni. dan segala kekurangan dalam review ni aku ingin memohon maaf kepada empunya blog yang aku review. dan akhirkata kalau korang ingin direview oleh aku boleh tingglkan jejak blog korang untuk aku nilai.

Tips Blogging : Kenapa Blog Perlu Di "PING"

30 ulasan:




 
Salam pembuka kata, untuk entri kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai kepentingan Ping itu sendiri dan cara untuk ping blog korang.orait disini aku akan terangkan serba sedikit tentang ping, kepada otai2 mungkin dah tahu anggap sahaja entri ini adalah 1 perkongsian baru untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia blogging. entri kali ni aku nak detailskan lagi mengenai 'PING'. dan aku pernah menyentuh mengenai topik 'PING' secara sepintas lalu disini.


yang masih blur ape sebenar  itu ping, orait   'PING'  blog actually  berfungsi  membantu  mengoptimumkan  dan meningkatkan ranking seo sesuatu blog didalam  carian enjin( search engine)  Dalam erti kata yang lebih mudah, ping ini akan memastikan entri baru diblog kita akan tersenarai(terindex) dalam enjin carian. kesemua entri blog yang baru diupdate akan di  'crawl' lebih pantas oleh robot dlm enjin carian dan meingkatkan lagi peluang untuk sesuatu entr korang berada di muka depan search engine. 

Secara tidak langsung memberi traffik berganda secara berterusan dan akhirnya meningkatkan ranking blog. hope korang faham dan jelas dengan maksud yang cuba disampaikan. orait.


sedikit pengalaman masa aku start blogging  dulu, aku pelik  dan agak musykil kenapa keyword yang aku gunakan untuk tajuk entri blog aku sukar dijumpai ketika try search di google mahupun enjin carian lain, walaupun keyword yang aku gunakan itu antara keyword panas dan top yang sering dicari reader dan visitor di search engine.

setelah aku perhatikan dan  melepakkan diri aku di forum wangcyber  akhirnya aku sangat pasti  sememangnya ping ini sangat mustahak bagi memastikan entri blog kita cepat terindex dan muncul di muka hadapan enjin carian.sekaligus mampu bersaing dengan berjuta2 keyword yang sama digunakan oleh blogger lain untuk entri mereka. itu yg aku nk highlightkan.

So macam mana nak ping entri tu ?  orait, actually ping entri  ni tersangat mudah dilaksanakan lebih mudah dari melakukan blogwalking. senang je  cuma isikan nama blog dan url blog atau entri korang, kemudian just klik ping.


dibawah ni aku senaraikan site ping yang boleh korang try. untuk site ping Malaysia dan Indonesia, semua langkah untuk pingkan blog telah diterangkan details disitu. so rasanya no need aku terang mengenai itu. ada yang perlu register akaun terlebih dahulu..  


Antarabangsa 
  1. pingomatic
  2. weblog.
  3. pinglerhot!!!
  4. pingoat. hot!!!


Malaysia  


 Indonesia

1. lintas berita hot!!!




p/s : segala tips yang diberikan adalah atas pengalaman  penulis sendri iaitu aku dan juga hasil dari perbincangan  di thread  wangcyber.  actually byk lagi tempat ping but ape yang aku senaraikan ni sering menjadi pilihan bloggers untuk mengpingkan blog mereka. kalau korang ada prtnyaan or soalan just tnya je je kat kotak komen  dibawah.

Luahan Hati Seorang Anak

29 ulasan:
salam semua, ntahla, arini aku terasa nak luahkan sesuatu yang sentiasa membuku dalam hati aku. arini tiada info , tiada tips,  mahu pun segmen akan aku kongsikan , entri ni  sekadar luahan rasa kesedihan diri ini yang telah lama aku biarkan tertanam rapi dalam hati..  mungkin dgn cara ni aku dapat ringankan rasa beban kesedihan. buat anda semua yang tidak ingin baca tidak mengapa. aku luah isi hati aku dgn harapan dapat kurangkan kesedihan yang sering membelenggu aku. mungkin smua teman2 rapat dan rakan bloger BCM dan yang sentiasa ikuti blog aku melihat aku ni orang yang ceria dan sentiasa gembira. tapi allah sahaja yang maha mengetahui betapa berat beban kesedihan yang aku tanggung. kesedihan yang aku tanggung ini akan terus menemani aku sehingga nafas terakhir aku. aku pun  manusia yang ada hati dan perasaan sedih, bukan hnya kaum wanita sahaja yang merasa kesedihan.


ketika aku menaip entri ini jam menunjukkan 4.50 pagi . aku tak tau kenapa aku terasa rindu sangat pada abah aku pagi ni. aku tak dapat melelapkan mata aku.  aku terbayang kenangan indah bersama abah aku, Abdul Mulok @Abdul Malek.  Abah da pergi mengahadap illahi 4 tahun yg lepas. 11.8.2007 merupakan tarikh kesedihan yang akan kekal terukir dlm benak fikiran aku. tarikh itu lah abah aku dijemput illahi. ckit pun aku xpernah melupakan abah aku. abah memang garang tapi disebaliknya abah seorang ayah yang penyanyang. cuma aku tak mengerti cara abah menunjukkan kasih sayang pada anak2 nya.  abah orang rndu nak berbual dan berckp dgn abah wlupun orang tau smua tu xkan berlaku



abah .. orang tak pernah jemu berdoa untuk abah agar roh abah tenang bersemadi kat sana. lpas solat orang xpernah lupa menadah tngan mendoakan abah kat sana. tiap2 minggu orang ziarah kubur abah. kalau orang xberkesempatan dalam sebulan  2 kali orang pergi  sedekahkan alfatihah dan baca yasin untuk abah. dulu masa mula-mula abah dijemput illahi orang susah nak terima hakikat abah da pergi selamanya. orang hidup sampai harini pun sebab mama. orang tak sanggup lihat mama menitiskan air mata setiap malam teringat kat abah. mama memang tak tunjuk depan anak-anak. tp  orang selalu nampak. bila orang ke bilik air tgh malam  orang nampak mama duduk sorang2  kat kerusi ruang tamu atas.  terdengar esakan kecil mama. orang tau mama teringatkan abah. orang  tak snggup tengok mama menderita mcm ni.. , kadang orang pernah terfikir dan tertnya-tnya kenapa Allah tak ambik orang dulu, kenapa abah yang pergi dulu. kenapa bukan orang .mama, dengan adik-adik lagi perlukan abah dr orang. orang terkilan sangat2 sbb abah tak sempat lihat keputusan UPSR aizat. aizat dapat 5A abah, abah pergi sehari sebelum keputusan UPSR keluar. orang sedih abah, tiada tngis kegembiraan dengan result cemerlang aizat. yg ada tngisan kesedihan. skg aizat da dpt MRSM abah. PMR aizat aritu 8A abah.  Alan plak mnnti keputusan SPM , kalau abah ada abah pasti bangga kami semua da bjaya abah. , orang tak tau nk luahkan kat saper ape yang orang rsakan abah.   orang terkilan dan sedih sgt sbb abah takkan brsama orang masa orang ambik sgulung ijazah.


buat mamaku wanita yg pling aku snjungi dan sayangi Norahen Binti Shahid, mmmuuuaaahhh untuk mama.  orang janji bila orang abis belajar nnti orang akan teman mama, mama tak payah kerja da, orang akan jaga mama, yang paling penting orang akan tunaikan hasrat mama nak ke Mekah. baru orang  fikir pasal kahwin dan orang akan bagi cucu banyak-banyak kat mama.. biar rumah xsunyi sepi lagi. dan untuk mama orang doakan mama dipanjangkan umor.


buat adik-adikku, aizat dan alan, abg iwan nk mntak maaf sgt2 kalau selama ni abg iwan pernah bertndak ktrlaluan, abg iwan nk kita semua berjaya dalam hidup ni, abang iwan tak de niat nk marah2 adik abg tanpa sebab. abang iwan mntak maaf sangat kalau adik adik abg ni terasa ati dgn abg.  abg iwan nk ijat, alan belajar rajin2, kita 3 beradik je dik, abg iwan harap ijat, alan, jangan  wat mama terasa hati, jga ati mama, smntara mama msih ada, nnti mama da xde, kat sper lagi kita nak mengadu nak bermanja dik.  abah da pergi mnghadap illahi. jaga mama baik2, abg iwan skg pun kat u, mama pun krja balik lewat, abg iwan tak sempat nak jumpa mama borak dengan mama lama2.  tu je abg iwan mntak dr korang, kalau korang nk duit belanja mintak kat abg iwan, abg iwan boleh bagi duit biasiswa abg iwan kat adik abg. . nnti abg iwan nk bila korang  ijat, alan da grad abis belajar. kita pergi kubur arwah abah bawak ijazah kita sama2 kat kubur arwah abah. kita pergi dgn mama sekali. xpela dik abah tak dapat menemani dan melihat kita mengmbil segulung ijazah. tp sekurang2 nya arwah abah melihat kita dengn snyuman dr alam yang sana. dan abg iwan nak korang tau yang abg iwan syg kat adik adik abg sgt2. smpai mati korang la adik-adik abg. susah snang abg iwan bersumpah dengan nama Allah s.w.t abg akan bantu korg dik.


aku tak sertakan  gmbar arwah ayah aku sbb aku rasa tak elok rasanya berkongsi gambar orang yang da tiada. aku merayu sgt2 kalau korang ada ayah , ibu hargaila mereka selagi mereka masih ada didunia ni. dan kerana allah taala aku mmg cemburu bila melihat orang semua ada ayah. aku xsmpat bhagiakan ayah aku. aku berdoa agar Allah panjangkan umor ibu aku dan sempat lihat aku dan adik2 aku brjaya dlm lapangan kerjaya kami dan hidup kami..