Salam pembuka kata semua, untuk entri kali ni aku nak cerita ckit pasal nuffnang. Entri ni request daripada saudara Qarl. Apa yang boleh aku cakapkan Nuffnang dan blogger ni ibarat aur dengan tebing. mmg tidak dapat dipisahkan. Bila aku blogwalking aku pasti nampak iklan Nuffnang yang ditepekkan oleh para blogger di blog mereka.
Sedikit mengenai Nuffnang ni. Nuffnang ni merupakan 1 syarikat pengiklanan di rantau Asia Paciffic yang wujud sebagai platform bagi membolehkan para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan nuffnang yang tersiar di blog.
Win-win situation la, korang ni sbg medium untuk promosikan iklan dari pihak nuffnang yang ditepekkan di blog korang, Bila ada visitor ke blog korang klik iklan nuff tu korang dapat earning. Mcm mna Nuffnang dapat generate untung? Nuffnang dapat profit dari duit yang diberikan oleh advertiser2 yang berminat untuk promosikan iklan mereka menggunakan Nuffnang.
Orait, Apa yang aku nk share dengan korang semua adalah mengenai kelebihan menjadi ahli Gliteratti dalam nuffnang ni dan tips maintainkan status Gliteratti korang dari ditarik balik oleh nuuff.
Well dalam nuffnang ni ada 2 jenis keahlian. Ahli biasa dan ahli berstatus Gliteratti.
memang banyak kelebihan jadi ahli gliteratti ni. korang baca kat bawah ni
Kelebihan Nuffnang Glitterati: "
Earning akan meningkat sebanyak 20%sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.
Payment rates CPC : minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja
bagi ahli nuffnang biasa.
bagi ahli nuffnang biasa.
Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepascash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.
Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa
Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak
ekslusif kepada ahli biasa.
ekslusif kepada ahli biasa.
1 lagi tambahan dari aku, kalau korang berstatus gliteratti korang ada harapan sangat cerah untuk mendapat Buffered Earning, ( earning yang sgt masyuk) depends pada term2. Korang takkan dapat B.E sampai bila2 kalau status korang ahli biasa.
Ok mcm mana nak dapatkan status Gliteratti ni n maintainkannyerr ?
Dalam term yang dinyatakan nuffnang. sebarang bentuk pengiklanan dari syarikat pesaing dari Asia Tenggara tidak dibenarkan oleh Nuffnang. contoh syarikat pesaing nuffnang ialah adverlerts , innity, dan mangga ads,
aku pernah memasang iklan adverlerts dengan mangga ads, di blog lawak brutal aku dan blog bisnes aku, dan iklan nuff aku tak pernah muncul dan aku tak pernah mendapat sebarang earning dr nuffnang untuk blog aku yang tu selepas aku pasang iklan lain.
so moralnya jangan cuba-cuba menduakan nuffnang.
dan aku jugak pernah memasang iklan kempen support dr youthsay di blog bahasa inggeris aku dan sejak aku letak kempen dr youthsay di blog aku tu , iklan nuffnang tak pernah muncul.
1 lagi tips untuk memastikan status gliteratti korang kekal, janganlah korang cuba-cuba klik iklan nuffnang yang keluar di blog korang sendiri. sebab setiap klik di iklan nuffnang tu akan direkodkan berdasarkan ip address . so kalau korang klik sendiri pun xde guna sebab earning tu pun xdikira dan direkodkan nuff. dan status gliteratti korang mungkin akan ditarik balik nanti kalau korang teruskan tindakan klik iklan nuff di blog sendiri..
p/s : Apa yang aku nak ingatkan once bila status Gliteratti korang ditarikbalik oleh Nuffnang, harapan la korang nk dpt balik status tu. agak sukar berbanding permulaan korang dpt status tu. so jaga elok2. jangan madukan nuffnang.. kihkihkih :)