iklan baris

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Gambar Rajah Jantung Manusia Tahun 1812

Tiada ulasan:


LONDON - Satu lakaran dalam jurnal New England Journal of Medicine yang bertarikh 1 April 1812 menunjukkan gambar rajah jantung manusia.

Gambar rajah itu disiarkan menerusi artikel berjudul Cases of Organic Diseases of the Heart and Lungs yang dihasilkan oleh John C. Warren.

Jurnal itu diasaskan dua abad lalu oleh dua doktor dari Boston dengan idea bahawa sains akan dapat memberi panduan dalam rawatan perubatan.

 
 
GAMBAR diatas  menunjukkan lakaran jantung manusia dalam jurnal New England Journal of Medicine pada 1 April 1812.
 
 
sumber : dailymail.co.uk

Kenali Siapa Iblis Laknatullah itu

4 ulasan:

Assalamualaikum dan salam ukhwah dari saya buat semua pembaca blog ini. Alhamdillah sedar tak sedar masuk seminggu kita berpuasa. dan dibulan yang mulia ini iblis/ syaitan dibelenggu oleh Allah s.w.t. dan memudahkan kita lagi melaksanakan amal ibadah di bulan yang mulia ini. sebelum terlupa anda boleh baca entri terdahulu mengenai kelebihan Bulan Ramadhan dimana ada disentuh pandangan ulama ,yang dipetik berdasarkan hadis sahih mengenai adakah syaitan dibelenggu/dirantai pada bulan ramadhan


Berbalik kepada topik entri kali ini, saya pasti diantara kita sedia maklum yang iblis/syaitan ini akan menggoda dan menyesatkan manusia sehinggalah akhir zaman. Namun perkongsian kali ini saya akan membawa anda untuk mengenali siapa itu iblis sebenarnnya . untuk memudahkan pembacaan saya kongsikan entri ini dalam bentuk point-point ringkas.




Nama: Iblis Laknatullah / asalnya adalah malaikat yang paling mulia dan tinggi darjatnya antara semua malaikat yang diciptakan Allah s.w.t  iaitu malaikat azazil

Wujud  : diciptakan sebelum Nabi Adam A.S lagi


Status: Fasik kelas pertama,  bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Agama: Kufur

Tempat Tinggal di Dunia: Dihati mereka yang Lalai, orang yang fasik, orang-orang yang menyekutukan Allah,

Tempat tinggal di Akhirat: Neraka Jahannam

Kawasan legarnya : Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Kekasih di dunia : Para penjudi, pendusta, peminum arak, penzina , yang memungkiri janji dan mereka yang membuat maksiat kpd ALLAH S.W.T.

Teman Wanita di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati perintah Allah, Rasul dan suaminya. serta wanita yang menderhaka kepada ibu bapa.


Kakitangan : Orang Kafir, Fasik,Murtad dan munafik

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

tempat pertemuan : Tempat yang penuh dengan keseronokan  sehingga  manusia lalai mengingati Allah s.w.t

Musuh utama : Para Nabi dan Rasul yang diutuskan untuk menyebarkan agama Allah.

Musuh ketat: Orang yang beriman , orang bertaqwa, dan para ulama

Kegemaran: Melalaikan setiap mukmin dari mengingati Allah,menggoda, menghasut manusia supaya menyekutukan Allah  dan menyesatkan

Cita-cita/Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama dihumban ke neraka jahanam

Kelemahannya : Bila orang  beristighfar , berzikir , menyebut kalimah Allah,   memuji kebesaran Allah .

Pejabat Operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan Kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber: Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.

Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran

Ganjaran : Nearaka Jahannam dan kemurkaan Allah

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat,mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa,beriman dan beramal

Yang Dibenci : Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita cantik ,model ,pelacur , hiburan, perkara melalaikan , kemewahan dan seumpamanya

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat

Yang disukai : Homoseksual dan lesbian

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari Kiamat kelak

Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah dan orang-orang yang beriman kepada Allah




dan  dari  saya ( penulis blog redzuan-ridz) ingatlah  sesungguhnya iblis dan syaitan itu akan berusaha menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. hanya orang-orang yang beriman dan orang yang sentiasa berpandukan dengan Al-Quran dan hadis Rasullullah yang akan terselamat dari tipu daya dan hasutan iblis/syaitan.

10 CIRI PEREMPUAN PISAU CUKUR a.k.a KAKI KIKIS

24 ulasan:

 

entri kali ni sgt bagus utk korang bca especially bg kaum lelaki yg mungkin  xsdar korang sebnarnya da menjadi mangsa, so dgn info ni hope especially kaum lelaki dpt la bersiap sedia agar korg boleh bertindak sebelum korang semua hnyut dek pujuk rayu wanita jenis ni..

 

untuk si wanita anda pun digalakkan baca jgak setidak-tidaknya klau anda ada adik lelaki ke abg lelaki ke korang boleh la tau serba sdikit sma ada gf mereka tu kaki kikis  ke x ? kat bwah ni sedkit panduan untuk anda mengenali wanita pisau cukur  yang kerja dorg mengikis duit lelaki  sehingga papa kedana. apa lagi jom baca 10 ciri ni.  ==>



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXQcUBqKCMMpgj3Lq1VmBsdTSRiYiW1LUsl6BJYaCshktOLcACKIQHcRAMzxaYM7Ghl8FXoBt1SrWHtYYwhP6WdaghbAfghv_hyejtkYARDxrMnrzOrBynVGVfl4cl1o6LD8RuJPgbvXer/s320/pisau_cukur_maya_karin_fazura_2.jpg



1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cpat mesra dengan lelaki yg bru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini bagi menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. diawal perkenalan kalau anda serius nk jlinkn hubngn dgn wnita idaman hati rjin2 lah brtnya teman rapat mereka ni mcm mne lifesytle latar belakang mereka, perbelanjaan mereka semua. kalau ada smething yg membuat korang curiga hati-hati la ye.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. seksi dlm konteks ni ialah dr segi penampilan mereka. wanita-wanita ni akan gunakan senjata "keseksian" mereka utk jerat korang.

5. Biasanya perempuan pisau cukur ni mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mulalah minta tu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan. sorg perempuan yg baik mereka ada sifat malu yg menebal dan mereka xkn terus sewenang2nya minta itu ini kat korg.

7. Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yg sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat. so kat sini supposely korang da boleh take action, . kalau wanita tu sygkn korg cmfirm dia akan rasa jeles wlupun korg keluar dgn cousin korg sndri !!! dan lg 1 perempuan mna dlm dunia ni snggup dimadukan dan berkongsi kasih syg.
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, if diawal perkenalan kalau mereka ni sering mengajak korang ke tempat bershopping and sgt gemar besosial xtntu hala, sila berjaga-jaga pasti duit korg akan melayang.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan. tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak. so beware dgn perempuan mcm ni. msti ada something wrong.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.
kalau wnita idaman korg ada ciri no 10, baik korg pertimbngkan hasrat nk couple, bertunang or nk kahwin one day nnti. porak peranda hidup korang nnti.


p/s : info ni just 1 panduan dan tips untuk mengenali wanita pisau cukur a.k.a kaki kikis ni. zaman moden ni makin ramai wanita jenis ni.  dek kerana mereka2 ni ramai lelaki trpadaya sehingga ada yg jatuh muflis dan dibuang kerja serta lingkup company family dek wanita2 ni. dan ada cetern kes nrumahtngga hncur dek perempuab mcm ni.

11 spesis haiwan yang telah pupus masa kini

106 ulasan:


Haiwan yang Telah Pupus Masa Kini


entri kali ni memang sangat menarik untuk saya kongsikan info. hasil dari bacaan saya dalam sebuah encyclopedia dan juga searching di website , memang sangat mengejutkan kerana rupanya banyak haiwan yang telah pupus dalam tempoh 4 dekad ini. kepupusan spesis haiwan ni semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam pembangunan yang sekaligus telah merosakkan ekosistem dan habitat haiwan. kat bawah ni saya senaraikan 11 spesis haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun terakhir ini.


 1. Golden Toad (1989)


Golden Toad: bukan satu-satunya spesies haiwan yang  hilang dalam 40 tahun terakhir ini - tetapi salah-satu dari spesis yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah  ditemu di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat dari pencemaran, pemanasan global spesies ini telah pupus pada tahun 1989.

 
2. Zanzibar Leopard (1996)

Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni  kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesis  ini benar-benar telah pupus Namun  penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini . Namun dipastikan bahawa spesis ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan  : haiwan ini diburu dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.

3. Po'ouli (2004)

Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, ini merupakan  penghuni asli Maui, Hawaii.  Spesis burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun  populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat  tiga ekor Po'ouli yang wujud di dunia ini.  akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian. iaitu pada 2004. Penyebab kepupusan: kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.

4. Madeiran Large White (2007)

Large Madeiran merupakan rama-rama  yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesis rama, Large White, yang banyak boleh didapaiti  di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.  Dipercayai spesis ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesis pada 2007 . Penyebab kepupusan, kemusnahan  habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan  tersebut.



 
6. Pyrenean Ibex (2000)

Ibex Pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.
Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.


7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)

Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan pupus pada tahun 2006, setelah pengkaji haiwan  gagal menemui  spesies ini lagi dalam habitat  mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.
Penyebab kepupusan disebabkan  pemburuan dari pemburu haram untuk mendapatkan  tanduk

8. Harimau Jawa (1979)

Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana Pulau Jawa telah dibangunkan dan  dikembangkan sebagai petempatan manusia ,populasi harimau Jawa telah menurun dengan mendadak. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal 20 harimau jawa ini. dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus.Penyebab kepupusan, Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi  harimau jawa ini. 



9. Spix's Macaw (2004)

Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru yang sangat cantik. Hanya terdapat beberapa ekor shaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. burung biru kecil ini sudah tidak dapat ditemui di habitat  liar. dan dijangka juga bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan : kemusnahan habitat dan perdagangan haram burung ini yang telah menyumbang  kepada kepupusan haiwan ini.


10. Boa Round Island (1975)

Ular ini merupakan spesis Asli Round Island, iaitu  sebuah pulau kecil di pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh  ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.



 
11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)

Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru - banyak ditemui  terutama di padang rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat  pada tahun 1979. Penyebab kepupusan : Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam  dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.

p/s: bayangkan dalam tempoh 100 tahun lagi, spesis haiwan apala yang masih wujud kat muka bumi ni. teringat pada spesis burung dodo yang telah pupus pada lewat abad ke-17, burung yang sangat unik dan cantik bentuknya dan spesis burung ini  tak boleh terbang.  

MITOS MENGENAI ONANI (MELANCAP) – ADAKAH IA BENAR ?

41 ulasan:
harini, rasa tertarik nak kongsikan dengan anda semua mengenai  topik onani, mungkin nampak macam remeh dan lucah tapi actually info ni sangat menarik, search punya search terjumpa lah dalam 1 forum dan website. kat bawah ni antara mitos tentang onani. onani ( dalam istilah perubatan) juga sering disebut melancap 1 perbuatan menyentuh dan menggosokkan kemaluan dengan tujuan untuk menghasilkan ransangan sehingga mencapai kepuasan sensasi kenikmatan.

mengikut mitos dalam kitab-kitab lama ada menyebut perkataan onani mendapat nama dari seorang Nabi bernama Nabi Onan yang diutuskan beribu tahun dahulu, dan Nabi Onan ini telah dilaknat oleh Allah s.w.t kerana telah melakukan perkara tersebut yang dilarang ( onani) dari situlah perkataan Onani wujud. (sumber ini dipetik dari  di ruangan artikel kesihatan berita harian dan halaqah.net)



kat bawah ni antara mitos mengenai onani(melancap) :

  • Anda boleh menjadi buta, botak atau mengalami pelbagai jenis kecacatan sekiranya anda melancap 
  • Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.

  • Anda boleh menjadi gila sekiranya anda melancap
  • Tidak benar. Melancap tidak boleh menyebabkan gila.

  • Anda akan mengurangkan rasa sensasi di kemaluan sekiranya anda melancap.
  • Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.

  • Kepuasan seksual (orgasm) akan berkurangan sekiranya anda melancap
  • Tidak benar. Juga tiada fakta menyokong pendapat ini.

  • Anda akan kurang kenikmatan ketika melakukan persetubuhan sekiranya anda melancap
  • Tidak benar. Tiada fakta yang menyokong pendapat ini.

  • Ketinggian anda akan berkurangan dan pertumbuhan badan terbantut sekiranya melancap.
  • Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.

  • Anda tidak boleh mendapat anak sekiranya anda melancap.
  • Tidak benar. Terdapat banyak sebab seseorang tidak boleh mempunyai anak, Melancap bukan salah satu sebabnya.

  • Anda akan jatuh sakit sekiranya tidak melancap.
  • Tidak benar. Melancap bukan cara mengelak dari jatuh sakit


sumber : jurnal kesihatan, artikel berkaitan onani di berita harian dan forum m1forum


p/s : kalau korang semua ada info tambahan lain ttg mitos lain ttg onani korang pernah dgr, boleh la share ye. boleh la entri ni di update lagi  anyway feel free to drop ur comment ok :)

Pentingnya Mencuci Kemaluan( Perkongsian Info)

Tiada ulasan:
Apa yang patut dilakukan selepas kita kencing…

mungkin anda semua da fikir bukan2 bila dgr tajuk entri ni. mungkin ada yang rasa lucu,lucah dan kurang selesa bila mendengar tajuk entri ni, tapi entri ni sebenarnya saya nk kongsikan dengan anda pentingnya menjaga kebersihan alat kita ni. Perkongsian ni khas untuk anda semua dan terutama kita yang beragama islam. baca ye kisah dan info yang sy kongsikan ni :)


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

 
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

sumber :

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga


p/s: hope dgn scebis kisah dan info berguna ni akan mmbuat kita lebih peka dgn soal2 seperti ni dan x mmandang remeh. buat mreka2 terutama lelaki ye yang susah sgt nk cuci tuuut  lpas buang air kecil kalau trbca entri ni bolehla ubah tabiat tu. anyway feel free to drop ur comment ok :) 

10 PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAIKAN

9 ulasan:

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz,  untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 10 peristiwa yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan misterinya. dan sehingga kini  peristiwa dibawah tergantung seperti itu sahaja kerana menemui jalan buntu untuk diselesaikan misterinya, dan menjadi tanda tanya. entri ini  telah saya publish di blog ini pada tahun lepas lagi. tetapi kerana link entri ini tidak berfungsi maka saya republished kembali draft entri ini yang saya sempat saved diruangan editing akaun blogspot saya. dibawah ini merupakan 10 peristiwa paling mendapat perhatian didunia yang sememangnya sehingga kini menjadi misteri kerana tidak dapat dibongkarkan disebalik apa yang berlaku.  

Photobucket
1. Kain Kafan dari Torino

Gambar diatas merupakan sepotong kain yang memiliki gambaran seorang lelaki yang kelihatan seperti diseksa secara fizikal dengan penyaliban. Kain ini disimpan  Gereja Saint Johanness di kota Torino, Itali. Kain ini dipercayai oleh  ramai penganut kristian khusunya sebagai kain kafan Jesus ketika dimakamkan.

Berbagai penelitian dan kajian telah dilakukan terhadap kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berterusan sehingga ke hari ini. Penanggalan radio-karbon pada tahun 1988 oleh tiga kelompok ilmuwan  yang telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature telah membawa kepada petunjuk bahawa kain kafan tersebut dibuat pada Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Jesus hidup atau beberapa orang lainnya. Walau demikian kebenaran serta kaitan kain kafan ini dengan penyaliban Jesus masih terus dikaji dan menjadi misteri sehingga kini.

Photobucket

2. Kapal Mary Celeste .

Kapal Mary Celeste telah ditemui terapung di Lautan Atlantik menuju ke arah Selat Gibraltar pada 1872.Nmaun  yang pelik di kapal tersebut sama sekali tiada orang, padahal hampir seluruh  ruang di dalam kapal itu jelas menunjukkan wujudnya manusia. Seperti botol minuman yang baru dibuka, piring-piring kotor, dan sebagainya. Sehingga kini seluruh krew dan penumpang kapal tidak diketahui dimana mereka. Seolah lenyap ditelan bumi. kerana kejadian aneh ini, kapal Mary Celeste mendapat julukan nama “Kapal Hantu”.


Photobucket

3. Jalan Bimini

Para penyelam dunia telah dikejutkan dengan penemuan sebuah lokasi yang mirip  jalan setapak di bawah laut Pulau Bimini di Kepulauan Bahamas. Ramai berpendapat jalan setapak itu terbentuk dari fenomena alam. Namun keraguan juga muncul kerana ‘jalan’ dibawah laut itu tampak terlalu rapi jika terjadi kerana fenomena alam. Beberapa ahli pengkaji berpendapat jalan tersebut adalah sebahagian dari Kota Atlantis seperti ditulis Plato yang lenyap. Tapi hingga hari ini belum ada bukti tambahan mengenai “kota atlantis yang hilang” itu.



Photobucket

3. Misteri Hilangnya Jimmy Hoffa

Jimmy Hoffa adalah Pimpinan kaum buruh Amerika yang paling berpengaruh di tahun 1950 – 1960 di Amerika. Pengaruhya telah mengubah wajah dunia perburuhan Amerika. Pada tanggal 30 Julai 1975, Hoffa hilang di sebuah tempat parkir Detroit dan tidak pernah ditemui sehingga sekarang. Polis dan badan penysiasat FBI tidak dapat merungkaikan misteri kehilangan Hoffa kerana tiada bukti dan penunjuk.

sebahagian orang berpendapat kehilangan Hoffa dikaitkan dengan Anthony Jack Giacalone, seorang pimpinan geng New Jersey yang tak mneyukai Hoffa. Mayat Hoffa disebutkan dikubur di bawah stadion The Giants, Detroit. Ketika dilakukan penggalian di fondasi stadion tersebut, mayat Hoffa tidak ditemukan.

Photobucket

5. Black Dahlia

Tahun 1947, tubuh wanita bernama  Elizabeth Short (22 tahun) ditemukan dalam keadaan ngeri dengan bahagian tubunya di potong dua di sebuah tempat letak kereta di Los Angeles. Menurut laporan akhbar setelah pembunuhan, Short menerima julukan "Black Dahlia" di Long Blue ketika filem “The Blue Dahlia” sedang ditayangkan ketika itu .  Kes Black Dahlia  termasuk dalam kes berprofil tinggi  di L.A (Los Angeles)  ketika itu, dan telah mendapat liputan penyiasatan yang meluas mengenai kes itu. Namun sehingga kini kes ini tidak dapat diselesaikan dan terus menjadi misteri.


Photobucket

6. Manuskrip Voynicht

Manuskrip Voynicht  adalah buku ilustrasi misteri dengan isi yang tidak dapat difahami. Manuskrip Voynich diandaikan  ditulis antara tahun 1450 sehingga tahun 1520 oleh pengarang yang tidak diketahui dalam bahasa dan sistem penulisan yang tidak diketahui. Manuskrip ini telah dipelajari oleh banyak kriptografer profesional dan amatur.


Photobucket

7. Jack the Ripper

Nama ini merupakan julukan untuk tokoh misteri yang melakukan serangkaian pembunuhan berantai dan mutilasi di England pada abad ke- 19. Pada 31 Ogos 1888 lewat tengah malam, di daerah East End di kota London, England yang terkenal dengan nama Whitechapel (daerah lampu merah di London) pernah dihebohkan dengan aksi pembunuhan berantai paling kejam terhadap sejumlah wanita. Namun sehingga hari ini identiti pelaku pembunuhan tidak berjaya  dirungkaikan. Polis hanya tahu bahawa si pembunuh memberi gelaran dirinya sebagai "Jack the Ripper".

Jack The Ripper tidak meninggalkan walau 1 pun bukti dalam tindakan jenayah kejamnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui, Satu-satunya persamaan antara mangsa korbannya ialah bahwa mereka adalah wanita teruna.

Photobucket

8. Zodiac killer

Zodiac Killer adalah julukan terhadap pembunuh yang melakukan pembunuhan di daerah Northern California di akhir tahun 1960-an. Dia membunuh telah membunuh seramai lima orang. Awalnya, polis tiak berjaya menjejaki identiti pembunuh ini. Sebulan setelah pembunuhan pertama, si pembunuh mengirimkan surat kepada polis dan mengakui dirinya bernama Zodiac Killer, dan mencabar polis untuk menangkapnya.

Setelah melakukan pembunuhan yang ke-7,  Zodiac Killer tiba-tiba lenyap. namun persoalan yang bermai ialah, Apakah dia telah terbunuh? Dan siapa dia sebenarnya? Tiada siapa yang boleh mengungkapkan misteri ini.

Surat Zodiac Killer  :

“I LIKE KILLING PEOPLE BECAUSE IT IS SO MUCH FUN IT IS MORE FUN THAN KILLING WILD GAME IN THE FORREST BECAUSE MAN IS THE MOST DANGEROUE ANAMAL OF ALL TO KILL SOMETHING GIVES ME THE MOST THRILLING EXPERENCE IT IS EVEN BETTER THAN GETTING YOUR ROCKS OFF WITH A GIRL THE BEST PART OF IT IS THAE WHEN I DIE I WILL BE REBORN IN PARADICE AND THEI HAVE KILLED WILL BECOME MY SLAVES I WILL NOT GIVE YOU MY NAME BECAUSE YOU WILL TRY TO SLOI DOWN OR ATOP MY COLLECTIOG OF SLAVES FOR MY AFTERLIFE EBEORIETEMETHHPITI”


Photobucket

9.  Babushka Lady

Nama ini merujuk pada susuk seorang wanita yang memakai babushka (selendang buatan Rusia) yang tampak berada di dekat lokasi pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas tahun 1963.
Pada gambar diatas jelas sekali menunjukkan yang wanita ini berada tidak jauh dari kawasan lokasi Kennedy ditembak. Wanita itu diyakini punya peranan penting dalam mengungkap kasus pembunuhan John F. Kennedy.  Dalam rakaman itu, terlihat wanita tersebut memegang kamera, dan merekam kejadian. Anehnya, wanita itu tidak pernah ditemui. Pihak FBI telah meminta wanita itu untuk menyerahkan rakaman tersebut bagi membantu FBI menemukan pembunuh Presiden Amerika. Namun wanita itu tidak pernah muncul.


Photobucket

10. Bola Cahaya Marfa

Disebut juga sebagai “Bola Cahaya Hantu”. Pertama kali terlihat tahun 1880 di sebelah barat kota Marfa, Texas. Cahaya itu dideskripsikan sebesar bola basket, melayang dengan ketinggian pundak manusia. Biasanya berwarna putih, kuning, orange, merah, dan kadang-kadang biru atau hijau. Bola-bola itu biasa terbang mengelilingi daerah tertentu, kemudian menghilang dengan sendirinya. Hingga hari ini, cahaya itu masih boleh dilihat. Tidak ada penjelasan, apa sebenarnya cahaya-cahaya itu.

p/s : inilah antara paparan peristiwa dan kejadian yang paling mendapat perhatian dan liputan didunia namun sehingga kini tidak dapat dirungkaikan, segala yang berlaku diatas ini sehingga kini masih lagi menjadi persoalan dna perdebatan hangat untuk memecahkan misteri yang menyelubungi kejadian yang terjadi seperti saya kongsikan diatas .