Assalamualaikum dan salam ukhwah dari saya buat semua pembaca blog ini. Alhamdillah sedar tak sedar masuk seminggu kita berpuasa. dan dibulan yang mulia ini iblis/ syaitan dibelenggu oleh Allah s.w.t. dan memudahkan kita lagi melaksanakan amal ibadah di bulan yang mulia ini. sebelum terlupa anda boleh baca entri terdahulu mengenai kelebihan Bulan Ramadhan dimana ada disentuh pandangan ulama ,yang dipetik berdasarkan hadis sahih mengenai adakah syaitan dibelenggu/dirantai pada bulan ramadhan.
Berbalik kepada topik entri kali ini, saya pasti diantara kita sedia maklum yang iblis/syaitan ini akan menggoda dan menyesatkan manusia sehinggalah akhir zaman. Namun perkongsian kali ini saya akan membawa anda untuk mengenali siapa itu iblis sebenarnnya . untuk memudahkan pembacaan saya kongsikan entri ini dalam bentuk point-point ringkas.
Nama: Iblis Laknatullah / asalnya adalah malaikat yang paling mulia dan tinggi darjatnya antara semua malaikat yang diciptakan Allah s.w.t iaitu malaikat azazil
Wujud : diciptakan sebelum Nabi Adam A.S lagi
Wujud : diciptakan sebelum Nabi Adam A.S lagi
Status: Fasik kelas pertama, bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
Agama: Kufur
Tempat Tinggal di Dunia: Dihati mereka yang Lalai, orang yang fasik, orang-orang yang menyekutukan Allah,
Tempat tinggal di Akhirat: Neraka Jahannam
Kawasan legarnya : Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.
Kekasih di dunia : Para penjudi, pendusta, peminum arak, penzina , yang memungkiri janji dan mereka yang membuat maksiat kpd ALLAH S.W.T.
Teman Wanita di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati perintah Allah, Rasul dan suaminya. serta wanita yang menderhaka kepada ibu bapa.
Kakitangan : Orang Kafir, Fasik,Murtad dan munafik
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
tempat pertemuan : Tempat yang penuh dengan keseronokan sehingga manusia lalai mengingati Allah s.w.t
Musuh utama : Para Nabi dan Rasul yang diutuskan untuk menyebarkan agama Allah.
Musuh ketat: Orang yang beriman , orang bertaqwa, dan para ulama
Kegemaran: Melalaikan setiap mukmin dari mengingati Allah,menggoda, menghasut manusia supaya menyekutukan Allah dan menyesatkan
Cita-cita/Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama dihumban ke neraka jahanam
Kelemahannya : Bila orang beristighfar , berzikir , menyebut kalimah Allah, memuji kebesaran Allah .
Pejabat Operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan Kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber: Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.
Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran
Ganjaran : Nearaka Jahannam dan kemurkaan Allah
Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat,mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa,beriman dan beramal
Yang Dibenci : Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita cantik ,model ,pelacur , hiburan, perkara melalaikan , kemewahan dan seumpamanya
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Yang disukai : Homoseksual dan lesbian
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari Kiamat kelak
Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah dan orang-orang yang beriman kepada Allah
dan dari saya ( penulis blog redzuan-ridz) ingatlah sesungguhnya iblis dan syaitan itu akan berusaha menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. hanya orang-orang yang beriman dan orang yang sentiasa berpandukan dengan Al-Quran dan hadis Rasullullah yang akan terselamat dari tipu daya dan hasutan iblis/syaitan.
hoooooooo
BalasPadamsemoga jauh dari godaan nye...amin
BalasPadamnice piece of work.... always, Thanks
BalasPadamKamu tulis antara teman iblis ialah wanita yang menderhaka kepada ibubapa.Pada hal wanita patut taat kepada suaminya dari ibubapanya.
BalasPadam