Before this saya prnah membahaskan mengenai Misteri Kewujudan Kota Atlatantis Part 1 dan Part 2, Peradaban Lumeria, 10 peradaban Kota Purba yang Masyur dan banyak lagi entri dan topik menarik berkaitan sejarah yang telah saya kupas. Orait untuk entri kali ni saya akan kupas secara terperinci mengenai Misteri Peradaban Kota Troy. Entri kali ni sedikit panjang hope anda dapat meluangkan masa meneruskan pembacaan sehingga habis ye :)
saya yakin most of us pasti pernah mendengar nama Kota Troy kan? tapi saya pasti majoriti kita menggangap kewujudan Troy ini hanyalah sekadar 1 mitos. Hasil searching saya untuk topik ini belum ada seorang pun blogger dari Malaysia mengupas mengenai topik ini.
sedikit fakta mengenai Kota Troy, Troy merupakan sebuah kota kuno yang pernah disebutkan dalam karya puisi Iliad ,iaitu epik terkenal karangan penyair Yunani kuno Homer. Kota dan peradaban ini pernah dianggap sebagai mitos dan khayalan semata-mata, sama seperti kisah-kisah tentang peradaban Atlantis dan peradaban Lemuria yang dianggap satu mitos. Untuk pengetahuan anda kota Troy bukanlah hanya sebuah mitos semata kerana peradaban ini pernah muncul sebagai sebuah kota peradaban manusia yang terkenal lagi masyur
Teka teki mengenai misteri kewujudan Peradaban Troy akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang cendekiawan dari England, Charles McClaren pada tahun 1822, Beliau berpendapat bahwa Troy yang dimaksud Homer kemungkinan besar terletak di Turki.Beliau telah mengkaji hasil karya agung Homer iaitu epik Illiad dan beliau telah menunjukkan sebuah kawasan tanah luas yang disebut Hisarlik dekat Dardanella,iaitu sebuah kawasan di laut sempit yang menghubungkan Laut hitam dan Laut Aegea sebagai lokasi peradaban Kota Troy.
inilah runtuhan peradaban Kota Troy


image runtuhan kota Troy dari pandangan udara
Setelah pembongkaran lokasi kota Troy tersebut, seorang arkeologist dari Jerman,Heinrich Schiliemann,mula menjalankan proses ekskavasi ( penggalian) terhadap timbunan di Hisarlik pada tahun 1871. Hanya pada 1873 setelah 2 tahun melakukan kerja-kerja ekskavasi,Schliemann berhasil menemui sisa-sisa runtuhan sebuah kota yang sangat kuno yang ia dipercayai sebagai sisa runtuhan peradaban Troy.
Beliau bersama krewnya telah berjaya menemui harta karun berupa emas, perak,permata,berlian, zamrud yang seringkali disebutkan sebagai harta karun Priam iaitu legenda Raja Troy seperti yang tercatat dalam epik karangan Homer, Iliad. Namun sayangnya,harta-harta karun tersebut telah dijarah habis dan diseludup keluar dari Turki ke Eropah.
Dan apa yang menggemparkan lagi dari hasil ekskavasi tersebut telah ditemui 9 Lapisan Kota Troy. dalam ertikata yang lebih mudah boleh aku terangkan, Kota Troy ini telah dibina diatas runtuhan peradaban yang lama, yang kesemuanya mempunyai 9 lapisan pembinaan. Pada tahun 1876,Schliemann telah kembali melakukan penggalian di kawasan Mycenae dekat Yunani.Beliau telah menemui apa yang dianggapnya sebagai makam Agamemnon, musuh bangsa Troy seperti yang tercatat dalam Epik Iliad.

Ilustrasi gambaran kota Troy yang dibina diatas runtuhan
9 lapisan kota terdahulu
9 lapisan kota terdahulu
Hanya pada tahun 1890-an,Wilhem Dorpfield menunjukkan bahawa timbunan di kawasan Hisarlik tersusun dari sembilan lapisan sisa-sisa kota,dari penemuan ini telah membawa 1 analisis bahawa peradaban Troy ini merupakan sebuah peradaban yang telah lama wujud, Dianggarkan lapisan pertama peradaban Kota Troy yang dibangunkan ini mungkin sezaman dengan era peradaban Kota Atlantis yang sehingga kini kekal misteri.
Lebih lanjutnya Wilhem mengatakan kemungkinan peradaban Troyini ini musnah kerana dihancurkan oleh gempa bumi dan banjir besar yang terjadi sebanyak sembilan kali. Bangsa Troy yang terselamat kembali membina peradaban abru di atas runtuhan kota tersebut.
Namun Schliemann pula menganggap bahwa Troy yang dikatakan oleh Homer didalam epik Illiad kemungkinan adalah Troy II (2), iaitu lapisan runtuhan kota yang kedua dari semua 9 lapisan kewujudan kota ini.
Sedangkan menurut pendapat Wilhem Troy yang dinyatakan dlm epik Illiad adalah Troy ke-VI(5). Masa Troy 5 menurut para pengkaji mungkin berasal dari zaman perunggu (sekitar 3000 SM-1900 SM),sedangkan sehingga ke hari ini belum ada penjelasan mengenai Peradaban Troy ke berapakah yang dimaksudkan Homer dalam karya agungnya Iliad.
Namun yang pastinya, teka-teki suatu peradaban yang dulunya dianggap hanyalah sebuah mitos telah berhasil dipecahkan dan ditemui kebenaran tentang kewujudannya. Namun apa yang menggamit dalam fikiran ini ialah sebenarnya masih banyak lagi misteri tidak lagi dipecahkan mengenai peradaban Kota Troy, dari hasil pembacaan aku lagenda Raja Priam, time frame kewujudan, kebudayaan masyarakat Troy dan misteri mengenai kehancuran kota ini, Perang Trojan belum lagi dibongkarkan dengan 1 kajian dan analisis yang menyeluruh.
Berdasarkan rekod hasil kajian para arkeologist dan antropologist kemungkinan besar Troy ini sezaman dengan Peradaban Atlantis, dan ini menguatkan lagi keyakinan diri ini bahawa Peradaban Atlantis yang dianggap mitos wujud seperti yang pernah digambarkan oleh Plato ttg kewujudan kota ini didalam sebuah karya penulisannya. dan jika benar Troy wujud sezaman dengan Atlantis maka teknologi bangsa Troy ini setanding dengan Peradaban Atlantis dimana Peradaban Atlantis yang wujud 10000 S.M dahulu teknologinya setanding dengan masyarakat zaman sekarang.
sumber : berbagai sumber yang sahih. history channel, hasil bacaan buku 'history of turkey empire'
