iklan baris

Memaparkan catatan dengan label imam mahdi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imam mahdi. Papar semua catatan

Mahdi-Mahdi Palsu Yang Muncul Dalam Sejarah

Tiada ulasan:

Mahdi-Mahdi Palsu Yang Muncul Dalam Sejarah
 
imam mahdi


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. seperti entri yang lepas saya pernah berkongsikan 2 entri khas mengenai pemuda bani tamim ini yakni imam mahdi yang akan muncul di akhir zaman nanti untuk menegakkan syiar islam kembali  dan tanda-tanda kemunculan imam mahdi ini berdasarkan hadis sahih. dan untuk entri kali ini saya tertarik untuk kongsikan mengenai mereka yang pernah mengakui bahawa merekalah "imam mahdi" seperti yang disebutkan dalam hadis nabi .  dibawah ini adalah mahdi-mahdi palsu yang pernah muncul dalam sejarah .


Dikatakan bahawa orang yang pertama sekali mendakwa dirinya sebagai AI-Mahdi ialah Al-Harits bin Suraij pada 128H. Beliau mendakwa dirinya sebagai AI-Mahdi untuk mendapatkan sokongan dalam gerakannya menentang pemerintahan Bani Umaiyah.

Pada tahun 1166H, muncul pula seorang Syiah di Ahsaa’i (Arab Saudi) bernama Syeikh Ahmad Ahsaa’i menyebarkan ajaran-ajaran batiniyah. Syeikh Ahmad Ahasaa’i adalah penganut mazhab Syiah Ithna Asyariah pada asalnya, tetapi ia banyak bertentangan dalam perkara-­perkara yang terdapat di dalam mazhab tersebut. Di antaranya, beliau membantah kepercayaan golongan Syiah tentang Al-Mahdi yang ghaib dan akan muncul di suatu masa kelak. Ia menjelaskan bahawa Al-Mahdi belum lahir dan sedang berada di alam rohani. Pendapatnya itu telah menimbulkan kemarahan di kalaangan golongan Syiah. (Al-Islam Fi Qarnil Isynin m.s 133)

Selepas kematian Syeikh Ahmad Ahasaa’i pada 12 Zulkaedah 1242H, penggantinya bernama Kazim Ar-Rasyti meneruskan lagi ajaran-ajarannya. Kazim Ar-Rasyti lahir pada tahun 1205 Hijrah. Di mana-mana sahaja ia menyampaikan ajaran-ajaran gurunya, ia menyebut tentang kelahiran Al-Mahdi yang semakin hampir. Sungguhpun demikian, sehingga ia meninggal dunia Al-Mahdi yang diperkatakannya itu tidak juga muncul-muncul. Selepas kematian Kazim Ar-Rasyti, tempatnya itu diganti oleh Ali Muhammad Al-Bab. Ali Muhammad Al- Bab mendakwa dirinya sebagai wakil Al-Mahdi. Para pengikutnya digelar sebagai kumpulan Babiyah iaitu salah satu dari cabang agama Bahai. Apabila pengaruhnya semakin meluas, akhirnya Ali Muhammad Al-Bab mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi.

Ali Muhammad Al-Bab seterusnya mecetuskan pemberontakan dan di samping itu menyebarkan beberapa amalan yang ternyata terkeluar dari ajaran Islam. Di antaranya ia mengatakan bahawa syariat yang dibawanya itu memansuhkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Syariat yang dibawanya juga tidak mewajibkan sembahyang dan juga berpuasa, dan kalaupun dilaksanakan, ianya mengikut bentuk yang diajarkan olehnya. Kiblat sembahyang tidak lagi menghadap ke Kaabah, tetapi menghadap ke arah tempat Ali Muhammad Al-Bab berada kerana dianggap dirinya sebagai tempat penjelmaan roh Allah. Selain itu, Ali Muhammad Al-Bab juga mentakwilkan nas-nas Al-Quran mengikut takwil batiniyah dengan memutar-belitkan pengertiannya yang sebenar agar sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.

Para ulama di Iran mengecam hebat segala dakwaan Ali Muhammad Al-Bab serta ajaran-ajaran yang dibawanya sehingga mereka menghukumnya sebagai murtad dan halal darahnya untuk dibunuh. Akhirnya pemerintah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 28 Syaaban 1266 Hijrah. Setelah kematiannya, terjadilah perpecahan yang hebat di kalangan para pengikut agama Bahai.

Kerajaan Muwahhidin di Afrika Utara juga mempunyai seorang pemimpin yang mendakwa sebagai Al-Mahdi. Beliau ialah Muhammad bin Tumart yang lahir di antara tahun 470~480 Hijrah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyebut di dalam kitabnya Al-Mananil Munif Fl Sahihi Wad Dha’if bahawa Muhammad bin Tumurt adalah seorang pendusta yang bersikap kejam, berkuasa menggunakan kekerasan dan penipuan, membunuh orang Muslimin dan lebih banyak mengancam agama lebih dari Hajjaj bin Yusuf. Ia memaksa orang-orang Islam memasuki kubur-kubur dan kemudian bersuara dari kubur-­kubur itu mengatakan bahawa Muhammad bin Tumart adalah AI-Mahdi yang maksum. Setelah itu orang-orang tersebut ditimbus hidup-hidup.

Ibnu Subki telah menulis riwayat hidup Muhammad bin Tumart di dalam kitabnya Tabaqatus Syafieyah jilid 4 (m.s 71-74). Beliau menerangkan bahawa Muhammad bin Tumart pada asalnya adalah seorang yang soleh, zahid, amat bersungguh­-sungguh melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, banyak beribadah, bersifat berani, berjiwa besar dan tabah, petah berbicara, tahan menderita, alim dalam ilmu feqah menurut mazhab Syafie dan tidak suka melihat perbuatan yang mungkar. Tetapi sikapnya itu tidak disukai oleh kebanyakan orang di tempatnya. Ia selalu diusir dari tempat kediamannya dan kalau ia khuatir akan dibunuh, ia akan berpura-pura seperti orang gila.

Setelah kembali ke tanah airnya di Maghribi, ia giat menjalankan usaha-usaha dakwah sehingga mendapat tentangan dari pihak pemerintah. Namun demikian ia tetap meneruskan usahanya itu bersama para pengikutnya yang lain. Dalam masalah keimanan, Muhammad bin Tumart mengembangkan aqidah AhIi Sunnah Wal Jamaah mazhab Imam Abul Hassan Al-Asyaari. Para pengikutnya mendapat gelaran Muwahhidin iaitu kaum yang mengesakan Tuhan. Muhammad bin Tumart memerintahkan para pengikutnya mengembangkan ajaran Islam dan menyebut tentang kedatangan Al-Mahdi. Apabila pengaruhnya bertambah luas, pada 515H ia mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi.

Di samping itu seorang mulhid bernama Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah juga mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Datuknya beragama Yahudi dan Ia sendiri berasal dari sebuah keluarga beragama Majusi. Dalam banyak hal, Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah banyak melakukan pendustaan kepada umat Islam. Umpamanya ia mengaku dirinya bernasab kepada Ahlul Bait Rasulullah SAW dan seterusnya mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Selepas kematiannya, perjuangannya itu disambung oleh keturunannya sehingga mereka berjaya menakluki Maghribi, Mesir, Hijaz dan Syam.

Keturunan Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah telah menyebarkan ajaran-ajaran yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam dan mereka mengaku mempunyai kuasa ketuhanan. Mereka mendakwa bahawa syariat Islam di samping mempunyai pengertian yang zahir, juga mempunyai pengertian yang batin. Tetapi pengertian batin yang mereka kemukakan bertentangan sama sekali dengan nas Al-Quran. Akhirnya golongan ini terhapus dengan kemunculan Salehuddin Al-Ayubi yang menumpaskan sama sekali golongan ini.

Di zaman pemerintahan Sultan Fairuz Syah Tughluq di India (752-798H), seorang lelaki bernama Ruknuddin telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang zahir di akhir zaman. Dia mendakwa mengetahui nama semua benda yang tidak pernah diberitahukan oleh Allah SWT kepada sebarang Nabi atau Rasul. Akhirnya Ruknuddin mengaku dirinya sebagai Nabi dan Pesuruh Allah SWT berdasarkan nama sendiri Ruknuddin yang bererti ‘tiang agama’.

Memandangkan keterlanjuran Ruknuddin itu, para ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa Ruknuddin adalah seorang kafir dan halal darahnya. Berdasarkan kepada fatwa tersebut, Sultan Fairuz Syah Tughluq memerintahkan Ruknuddin serta pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum pancung.

Pada abad ke 10H, muncul pula di India seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Sayid Muhammad Jaunpur dan Ia telah mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi sebanyak tiga kali. Kali yang pertama ialah pada tahun 900H di Makkah dan kali keduanya pada tahun 905H di Ahmadabad, India. Kali yang ketiganya ialah di Barhli, India pada tahun 905H.

Menurut Syeikh Muhammad Al-Barzanji, pengakuan Sayid Muhammad Jaunpur sebagai Al-Mahdi tersiar luas dan banyak penduduk yang menjadi pengikutnya. Selanjutnya beliau menerangkan, bahawa ulama-ulama dan orang-orang yang datang dari India menerangkan kepadanya bahawa para pengikut Sayid Muhammad Jaunpur amat kuat mempertahankan keyakinan mereka. Golongan mereka terkenal dengan nama Mahdawi dan para pengikutnya masih terdapat di India dan Pakistan sehingga ke hari ini. Selain itu golongan mereka juga disebut sebagai Al-Qattaliyah.

Sesiapa yang menyalahkan pendirian mereka akan dibunuh walaupun di hadapan orang ramai. Golongan ini juga mempunyai kepercayaan lain yang dianggap bidaah menurut Islam. Riwayat ini ada tersebut dalam kitab Al-Iza’ah Lima Kana WamaYakunu Baina Yadaihissa’ah karangan Sayid Muhammad Siddiq Hassan.

Ada keterangan yang menyebut bahawa Sayid Muhammad Jaunpur tidak pernah mengaku menyebarkan ajaran agama baru, tetapi apa yang didakwanya ialah dirinya sebagai Al-Mahdi yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyemarakkan semula api keimanan yang semakin pudar di kalangan umat Islam. Di samping itu para pengkaji sejarah menyebut Sayid Muhammad Jaunpur sebagai orang yang pertama sekali melancarkan dakwah yang tulen di India tanpa sedikit pun terlibat dalam hal politik.

Pada abad 13 hingga menjelang abad ke 14H, muncul seorang lelaki di India mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Mirza Ghulam Ahmad yang menjadi peng­asas agama Qadiani atau Ahmadiah. Mirza Ghulam Ahmad di samping mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi, juga mendakwa dirinya sebagai khatamul auliya’ (penutup wali-wali) sebagaimana Rasulullah SAW sebagai khatamul anbiya’.

Mirza Ghulam Ahmad dikatakan lahir di Punjab, India pada tahun 1248H dan Ia telah mempelajari agama dari beberapa orang ulama AhIi Sunnah Wal Jamaah dan juga ulama Syiah. Agama Qadiani yang dibawanya itu adalah atas perancangan pihak penjajah lnggeris untuk menyekat kebangkitan umat Islam di India. Di mana di antara ajaran yang terdapat di dalam agama Qadiani ialah memansukhkan persoalan jihad. Ia juga selalu menyebut-­nyebut kebaikan pihak penjajah Inggeris di dalam kitab-kitabnya yang banyak. Di antaranya ia mengatakan. “Maka mulailah aku menolong kerajaan Inggeris itu dengan penaku dan tanganku dan adalah Allah SWT sentiasa menolong aku dan aku berjanji kepada Allah dari masa itu, bahawa tiap-tiap kitab besar yang akan ku karang, tentu aku sebut kebaikan dan budi Maharani India yang wajib kaum Muslimin mengucapkan terima kasih." (‘Nurul Haq’ karangan Mirza Ghulam Ahmad m.s 26)

Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1307H. Oleh kerana dia bukan keturunan Rasulullah SAW, Ialu beliau mendakwa bahawa AI-Mahdi itu bukannya dari keturunan Quraisy. Ia menyebut bahawa kemunculan Al-Mahdi itu lebih kurang 14 abad selepas kelahiran Rasulullah SAW kononnya sama seperti munculnya Nabi Isa AS 14 abad selepas kemunculan Nabi Musa AS.

Beliau mati pada tahun 1326 Hijrah, tetapi segala ajaran-ajaran sesat yang dibawanya sehingga ke hari ini masih tersebar secara meluas di seluruh dunia. Hampir seluruh para ulama Islam menghukumkan bahawa para pengikut agama Qadiani adalah kafir dan terkeluar dari agama Islam.

Di Sudan, pemberontakan menentang penjajah lnggeris diketuai oleh seorang ulama bernama Muhammad Ahmad AI-Mahdi. Pemberontakan itu dikenali sebagai pemberontakan Mahdiah mengambil sempena gelaran pemimpinnya yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1881.

Muhammad Ahmad Al-Mahdi adalah seorang yang soleh dan wara’ dan ia hidup sebagai seorang sufi. Ia sendiri adalah pemimpin tariqat Samaniyah yang terkenal serta mempunyai banyak pengikut yang sanggup berjuang bersama-samanya. Ia menggelarkan para pengikutnya sebagai kaum Ansar. Para pengikutnya memakai jubah yang bertampal-tampal sebagai lambang kemiskinan dan persamaan taraf di kalangan mereka. Gerakan ini dikenali juga sebagai tariqat Mahdiah sehingga kini masih tersebar luas dan mempunyai ramai pengikut-pengikutnya di Sudan.

Dalam serangannya terhadap penjajah Inggeris, Muhammad Ahmad Al-Mahdi serta pengikut-pengikutnya menyeberang sungai Nil untuk menyerang Khortoum. Mereka menyerang sejam sebelum masuk waktu Subuh. Beberapa jam kemudian pihak Inggeris dapat dikalahkan dan Jeneral Inggeris di Sudan, Jeneral George Gordon dibunuh dengan satu tikaman lembing di atas tangga kediamannya. Empat hari selepas itu, Muhammad Ahmad Al-Mahdi memasuki bandar Khartoum dan menjadi imam Jumaat di masjid di situ.

Setengah pihak berpendapat bahawa dakwaan Muhammad Ahmad Al-Mahdi sebagai Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu adalah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada kalangan rakyat untuk menentang penjajah Inggeris.

Di Afrika Utara pula, pada tahun 800H di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Yaakob, seorang Ielaki dari kalangan ahli tasawuf dikenali sebagai Tuwaizuri telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Ramai penduduk Maghribi menjadi pengikut-pengikutnya dan ini amat rnembimbangkan pihak kerajaan. Apabila gerakan dan pengaruhnya semakin meluas, para pemimpin kaum merasa bimbang mengenai kedudukan mereka lantas merancang pembunuhan ke atasnya. Dengan kematiannya, gerakannya turut lumpuh dan musnah.

Pada tahun 790-an Hijrah, seorang lelaki bernama Al-Abbas telah muncul dan mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi dengan mempunyai ramai pengikut. Ia serta pengikut-pengikutnya telah melancarkan serangan ke atas bandar Fez di Maghribi dan membakar gudang-gudang perniagaan. Tetapi dia kemudiannya telah dibunuh dan gerakannya dapat dipatahkan.

Golongan Qaramithah yang sesat juga mendakwa pemimpin mereka sebagai Al-Mahdi. Qaramithah merupakan satu gerakan kebatinan rahsia beragama Majusi menyamar ke dalam Islam dan termasuk cabang dari Syiah Ismailliyah. Salah seorang di antara pemimpin mereka yang terkemuka ialah Hamdan Qaramith.

Gerakan ini lahir di Kufah pada tahun 278H di zaman pemerintahan khalifah Al-Mu’tamid. Tujuan utama ianya diwujudkan adalah untuk menghancurkan Islam dan ajaran-ajarannya banyak yang ternyata menyeleweng dari ajaran Islam. Ayat­-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW sengaja ditafsir sewenang-wenangnya untuk kepenting­an hawa nafsu mereka sendiri.

Pada tahun 317H, seorang leIaki dari golongan Qaramithah bernama Abu Thahir AI-Janabi telah datang ke Makkah bersama-sama 900 orang pengikutnya kononnya untuk menunai fardhu Haji. Tetapi apabila tiba di Makkah, mereka telah menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan pertumpahan darah. Di sini Abu Thahir Al-Janabi mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi yang disebut oleh Rasulullah SAW. Ia beserta para pengikutnya menceroboh ke Baitul Haram, merobohkan pintu Kaabah, menurunkan Hajar Aswad, melucutkan kain yang menudungi Kaabah dan menguasai kota’ Makkah selama enam hari dengan melakukan berbagai kezaliman. Seramai 30,000 orang jemaah haji dan penduduk Makkah terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Selepas itu, Abu Thahir Al-Janabi serta pengikut-pengikutnya meninggalkan kota Makkah dengan membawa Hajar Aswad, pintu Kaabah, kain selubung Kaabah dsb. Dalam perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap oleh suku Huzail di kawasan pergunungan. Tetapi Abu Thahir Al-Janabi berjaya melepaskan diri bersama harta rampasan yang lain, Hajar Aswad yang dirampasnya itu diletakkan di Kaabah baru yang dibinanya sendiri untuk kegunaan golongan Qaramithah di Quthaif. Tetapi selepas kematian Abu Thahir Al-Janabi, Hajar Aswad telah dikembalikan semula ke Kaabah yang asal di Makkah.

Golongan Syiah Al-Imamiah mengatakan bahawa Al-Mahdi itu ialah Muhammad bin Hassan AI-Askari keturunan Zainal Abidin anak Saidina Hussein bin Ali. Dikatakan bahawa beliau pada suatu hari masuk ke dalam gua di bawah rumahnya bersama-sama ibunya di Samira’. Menurut keyakinan mereka, Muhammad bin Hassan Al-Askari adalah Al-Mahdi Muntadzar. Sementara itu golongan Syiah Kaisaniyah pula menganggap Muhammad bin Hanafiah sebagai Al-Mahdi.


Hadis-hadis Rasulullah SAW tidak menerangkan secara terperinci siapakah sebenarnya Al-Mahdi. Justeru, ramai yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Dikatakan bahawa Imam Mahdi tidak akan mengakui atau mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Dia dipilih oleh Allah SWT, bukan dilantik oleh makhluk. Sesiapa yang mengaku Imam Mahdi tentu sekali bukan Imam Mahdi yang sebenar.
Wallahua’lam.


klik tajuk dibawah utk baca ==>


Imam Mahdi Sinar Penyelamat Umat Islam


Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi





Pengakuan Barat Mengenai Imam Mahdi

2 ulasan:
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Dengan nama Allah yang maha pengasihani saya mulakan perkongsian kali ini , Entri kali ini sangat menarik untuk dikongsikan buat menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai pemuda akhir zaman yang akan menjadi penyelamat manusia iaitu Imam Mahdi .





Sebelum ini saya pernah berkongsikan 4 entri berkaitan Imam Mahdi , antaranya mengenai siapa Imam Mahdi sebenarnya , ciri dan tanda-tanda pemuda Bani Tamim ini   pada tahun lepas , dan juga entri mengenai ramalan Nostradamus mengenai kemunculan Imam Mahdi  2 bulan yang lepas.

Di dalam entri kali ini  , kita akan melihat dan menyelusuri pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak


1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:

“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.


2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,

“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?


3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam

Ramalan Nostradamus Tentang Kemunculan Imam Mahdi

88 ulasan:
 Ramalan Nostradamus Tentang Kemunculan Imam Mahdi


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini merupakan kesinambungan entri terdahulu mengenai Nostradamus . Entri kali ini akan membongkar mengenai satu daripada ramalan Nostradamus mengenai kemunculan Imam Mahdi yang secara jelas sebenarnya  telah disebutkan dalam Hadis Nabi yang sahih.. dan ini jelas bahawa kemungkinan Nostradamus telah megkaji dan mengambil petikan dari riwayat hadis nabi mengenai peristiwa akhir zaman , dan kemudiannya mengakui bahawa ianya merupakan sebahagian dari ramalannya.


Sebelum Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.

Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.


Mereka sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah. Firman Allah:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Agama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(Al Baqarah: 120)


Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.

Pemimpin mereka berpesan, “Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.” Kini abad baru telah tiba.

Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalah ini bagi sebahagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat (Islam liberal).

Keyakinan umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka (Yahudi dan Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah SWT itu.

Ini dapat kita lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam bererti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.

Memang secara jelas disebut di dalam hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.

Umat Islam dikelabui dengan hadith, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadith sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.

Menurut beliau:

1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Di sini diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadith, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam.



1. Akan muncul A New World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadith. Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadits sepakat mengatakan hadits ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama.

Maknanya kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda Rasulullah SAW:

“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa Ar-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’- ur -Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.



2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadits disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:


a). Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)


b). Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)


3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.

 

Jika diperhatikan, faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan itu


Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu mencuba memadamkan kalimah Illahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu, mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filiphina dan Singapura.



Fillipina adalah pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis ( Israel ). Dari kedua tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia karena dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di rantau ini. Itulah bukti betapa kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

 

Namun, kerana permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar meraka pada umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat teliti menyimpan rahsia berkaitan niat asal mereka, sehingga tidak pernah diketahui oleh sesiapapun umat Islam di kawasan ini sejak dulu hingga hari ini.



4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.

Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.


Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang telah ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab :


“Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”


Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :

 “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

 5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak bersorban seperti Rasulullah SAW. Walaupun sekarang ini, amalan sunnah seperti bersorban itu telah dijelek-jelekan oleh orang.

 Disebutkan tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang sorban pemimpin ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai sorban berwarna biru di dunia ini. Mungkin sorban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai sorban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan sorban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai sorban yang berwarna biru atau hijau.

 Berat juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian sorban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, sorban warna biru itu dipakainya ketika beliau pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan baiat oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan sorban biru oleh Nostradamus.

 6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas Maghrib di masjid, di musholla atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah, beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jum’at itu sebagai masa untuk membaca solawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jum’at itu sangat istimewa bagi dirinya.

 Dan memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan malam-malam lainnya.

 Tahun yang disebut iaitu tahun 2000 Masihi telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

 

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.

 

Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama hindu-buddha dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.

Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara. Apakah bukti  saya mengatakan tujuan mereka adalah mengkafirkan penduduka nusantara ?


buktinya berdasarkan misi 3G (Gold, Glory , Gospel ) Gold merujuk kepada untuk mengaut segala hasil bumi dan kekayaan Tanah Melayu dan Nusantara  dan dibawa pulang ke negara mereka, Glory merujuk kepada kemegahan mereka sebagai sebuah kuasa yang akan mentamadunkan masyarakat  rantau melayu yang mundur. manakala Gospel  pula merujuk kepada misi mereka untuk mengkristiankan dan mengkafirkan umat islam di rantau alam melayu. tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam menjadi bukan Islam.

Mengapa hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Rom, atau Persia yang waktu itu menjadi Empayar kekuasaan dunia. Jawabannya adalah kerana mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.. Wallahualam .


 Baca juga entri  sebelumnya ==> Nostradamus dan Kebenaran Sebenar di Sebalik Ramalannya 

IMAM MAHDI PART 2 : TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI

2 ulasan:
entri ini, merupakan sambungan kepada entri sebelum . Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, hasil researh di internet dan pembacaan saya mengenai TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI. semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai pemuda Bani Tamim keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang akan diutuskan ALLAH ini yang akan menyelamatkan kita dari suku sakat dajjal yang akan menyesatkan umat islam. :)


Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman, kesesatan sehingga Allah dilupakan dan membawa manusia kembali menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. IMAM MAHDI akan membawa kita meninggalkan  era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju ke zaman kegemilangan Islam iaitu kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem prundangan islam yang sebenarnya seperti yang dilaksankan Nabi Muhammad s.a.w.

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ
رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)


Lelaki keturunan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan.
Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang umat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak umat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bermaharajelela di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan sentiasa menjanjikan kemenangan baginya.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)
Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.

أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا

Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali satu atau dua orang akan terlepas untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ

Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

sebahagian ulama-ulama dan pengkaji tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa tanda yang pertama telah terjadi, iaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Sebagian berandaian bahwa yang dimaksud adalah Saddam Husein. Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berkepanjangan. Wallahua’lam bish-showwab.


Bila ketiga-tiga tanda peristiwa yang telah saya sebutkan  di atas telah terjadi, bererti Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam sebagai berikut:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin

Semoga perkongsian ini akan meningkatkan lagi kesedaran kita sebagai umat islam untuk memelihara aqidah kita dan bersatu dalam menghadapi era akhir zaman ini. sekian :)

IMAM MAHDI PART 1 : SINAR PENYELAMAT UMAT ISLAM DIAKHIR ZAMAN?

7 ulasan:

Salam inspirasi, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda  1 topik yang hangat kita dibincangkan. IMAM MAHDI PENYELAMAT AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM ? Siapakah sebenarnya pemuda keturunan Bani Tamim ini , bagi yang beragama Islam ramai telah mengetahui dan sering mendengar nama Pemuda ini( IMAM MAHDI) yang akan muncul diakhir zaman dan akan menyelamatkan umat islam yang telah pun diambang kehancuran dan penuh dengan kesesatan. Namun persoalannya siapakah sebenarnya IMAM MAHDI seperti disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis sahih yang diriyiwatkan?

PERSONALITI Imam Mahadi
Secara logis akan berlaku penyamaran sebagai pelindung dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Ia akan selamat dari bencana manusia. Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku dan mendakwa dia "Imam Mahadi" adalah seorang pendusta dan pembohong. Tiada siapa akan mengenalinya walaupun kita telah bertemu atau bergaul dengannya setiap hari. Orang Islam juga akan terkeliru, apa lagi mereka yang bukan Islam. Sila renung kembali kisah Uwais al-Qarni ra yang hanya dikenali oleh Rasulullah sahaja, para sahabat pun tidak mengenalinya sehingga diberitahu.

KHALIFAH (King)

Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun. Jelas bahawa beliau bukan orang kebanyakan kerana sifatnya seperti sifat Rasulullah, bukan juga dari kalangan seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada tauhid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (Baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam Hadis Rasulullah SAW.
Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi RAJA atau khalifah Daulah Timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (King of the East) yang menyerang tentera Dajjal. Didalam kitab2 agama terdahulu termasuklah Bible menceritakan pasukan dari Timur ini akan tiba sebaik sahaja sungai Furat kering. King of the East inilah yang bergabung dengan tentera Kristian dan membawa kemenangan menentang tentera Anti Christ (Dajjal). Negara manakah Daulah Timur tersebut? Ada hadis yang menyebut dari " Khorasan". Di manakah terletaknya Khorasan ini? Pada masa ini Khorasan ialah satu daerah di negara Iran. Kita lihat peta Khorasan lama dimana ia meliputi satu kawasan yang luas berbanding yang wujud pada hari ini.
KHORASAN (zaman keagungan Parsi)



Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?

TIGA KELOMPOK MANUSIA SEDANG MENANTI ORANG YANG AKAN MENJADI "PENYELAMAT". TOPIK INI MENJADI TAJUK PERBINCANGAN HANGAT OLEH SETIAP PENGANUT ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI.


Masing-masing mendakwa merekalah di pihak yang benar.

Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, beliau bukanlah manusia sembarangan tetapi manusia terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya pastilah sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya selunak Baginda Rasulullah SAW. Untuk makluman semua, pihak illuminati zionis menganggap dan memanggil Imam Mahdi ini sebagai Muhammad (kedua). Orang yang mengikut sunnah Nabi dan benar-benar bertaqwa dianggap sahabat Muhammad. Apakah ada maksud dari ungkapan tersebut?


TIDAK AKAN DIKETAHUI sehinggalah bai'ah (perlantikan) di makam Ibrahim - penjuru Kaabah.


kredit to : http://akhzaman.blogspot.com/,

rujukan internet : forum halaqah.net, forum i luv islam mengenai Imam Mahdi,

rujukan bahan bacaan : 2015 Imam Mahdi Akan Datang


Klik disebelah untuk membaca ==> Tanda-tanda Kemunculan Imam Mahdi