iklan baris

Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan | Asal-Usul Puasa Bulan Ramadhan

2 ulasan:

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian.  Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan. atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan berpuasa ..

Ibadah Sawm atau berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Memahami dan mengetahui tentang sejarah Tasyri' ibadah tersebut akan membolehkan kita sampai kepada maksud supaya setiap amal ibadah dilakukan dalam keadaan kita faham dan tahu matlamatnya.

Ibadah puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 dan 184:

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-hari yang lain (di luar bulan Ramadhan). Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”

Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam berpuasa wajib pada 10 Muharram atau yang dikenali sebagai hari ‘Aasyura’. Apabila Nabi SAW tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah, Baginda mendapati orang-orang Yahudi di situ berpuasa pada 10 Muharram.

Lalu Baginda SAW bertanya tentang sebab musabab mereka berpuasa pada hari berkenaan. Orang-orang Yahudi itu menyatakan bahawa, pada hari tersebut, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa Alayhissalaam dan kaumnya daripada serangan Firaun. Oleh yang demikian, Nabi Musa Alaihissalaam telah berpuasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur kepada Allah!

Nabi Muhammad SAW mengulas keterangan mereka itu dengan menyatakan bahawa, “sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak ke atas Nabi Musa berbanding kamu”.

Lalu Baginda SAW berpuasa pada 10 Muharram dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa sama.Hal ini diperjelaskan oleh riwayat daripada Aishah Radhiyallahu ‘anha yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim

Selepas turunnya ayat 183 dan 184 Surah al-Baqarah itu, puasa 10 Muharram atau puasa Asyura berkenaan bertukar status menjadi sunnah yang digalakkan.

Menurut riwayat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka (dengan lafaz oleh Muslim) daripada Salamah bin al-Akwa’, apabila turunnya ayat




“Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin”,


umat Islam diberi pilihan sama ada untuk melaksanakan ibadah puasa Ramadhan berkenaan atau membayar fidyah.Hal ini berterusan sehinggalah turunnya ayat nasakh di dalam Surah al-Baqarah ayat 185,yang bermaksud

 “maka barangsiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan (Ramadhan) itu, maka hendaklah ia berpuasa”.

Turunnya ayat ini  bagi mengiyakan lagi Rukhsah bagi orang-orang yang sakit dan bermusafir untuk berbuka dan menggantikan puasa tersebut demi mencegah bebanan, dan sebagai kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya Surah al-Baqarah ayat 185:

“Allah sentiasa menghendaki bagi kamu kemudahan dan Allah tidak menghendaki bagi kamu kesusahan”

Akan tetapi pendapat yang seperti ini disanggah oleh Ibnu Abbas dan mereka yang memilihnya. Menurut Ibnu Abbas, nasakh tidak berlaku kepada ayat ini, bahkan kedua-duanya adalah muhkam. Ayat “Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin” itu diturunkan berkenaan orang-orang tua yang tidak mempunyai keupayaan untuk berpuasa. Oleh yang demikian, hendaklah mereka itu berbuka dan menggantikan hari-hari tersebut, bagi setiap satunya, pemberian makan kepada seorang miskin.. Riwayat ini terdapat di dalam Sahih al-Bukhari.

Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa kedua-dua bahagian ayat puasa Ramadhan ini telah diturunkan serentak dan bukannya secara berasingan.

Di peringkat awal ibadah puasa ini difardhukan, umat Islam dibenarkan makan, minum dan menyetubuhi isteri selepas berbuka, sehinggalah mereka menunaikan solat Isya’ atau tidur. Apabila mereka menunaikan solat Isya’ atau tidur, maka tidaklah lagi mereka dibenarkan makan, minum atau menyetubuhi isteri sehinggalah waktu berbuka. Hal ini telah menimbulkan kesulitan yang amat berat kepada umat Islam, bahkan ramai yang telah terjebak kepada larangan tersebut.

Al-Imam Ahmad di dalam Musnad beliau, membawa riwayat daripada Muadz bin Jabal di dalam suatu Hadith yang panjang berkenaan hal solat dan zakat telah menyebut: Pada masa itu, mereka makan, minum dan menyetubuhi isteri masing-masing selagi mana mereka tidak tidur. Apabila mereka tidur, maka mereka ditegah daripadanya.

Ketika itu, terdapat seorang lelaki Ansar bernama Ibnu Qays atau lebih dikenali sebagai Shirmah (ﺔﻣﺭﺼ). Beliau bekerja sehingga petang dan kemudiannya beliau telah kembali kepada keluarganya dan bersolat Isya’ dan terus tidur dalam keadaan tidak makan dan minum sehinggalah menjelang subuh. Keesokan harinya Baginda SAW melihat beliau di dalam keadaan yang amat perit.

Begitu juga suatu peristiwa yang berlaku kepada Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Beliau telah menyetubuhi isterinya selepas tidur dan hal ini mendatangkan sesalan yang amat besar kepada Umar lantas beliau pergi bertemu Rasulullah SAW di dalam keadaan menangis.

Ekoran daripada hal ini, Allah SWT telah menurunkan ayat yang seterusnya iaitu di dalam Surah al-Baqarah ayat 187:

Dihalalkan bagi kamu pada malam bulan puasa itu untuk kamu menyetubuhi isteri-isteri kamu. Mereka adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah seumpama pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”.

Dengan turunnya ayat ini, ibadah puasa Ramadhan mencapai sifatnya yang muktamad seperti yang ada sekarang. Keterangan ini adalah berasaskan kepada riwayat Abu Dawood, al-Hakim dan lain-lain.

Sesungguhnya Allah SWT memfardhukan ibadah puasa secara berperingkat seperti itu dengan hikmah yang besar. Pendekatan yang sama boleh dipertimbangkan di dalam proses pendidikan tentang ibadah puasa khususnya kepada saudara yang baru memeluk Islam.

Begitu juga kepada anak-anak kecil, ibu bapa hendaklah menggalakkan ibadah puasa secara berperingkat melalui kaedah-kaedah yang banyak. Namun bagi yang telah mencecah umur taklif, janganlah sekali-kali ibadah puasa ini diabaikan.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda (Allah SWT bersabda :

Setiap amalan anak Adam itu adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberikan balasan secara khusus untuknya. Puasa itu adalah perisai. Apabila ada di kalangan kamu yang berpuasa, maka janganlah berkata-kata yang keji dan janganlah kamu mudah menjadi berang. Jika kamu dicela oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa. Demi (Tuhan) yang jiwa Muhammad itu di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih elok di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang-orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. Apabila beliau berbuka, maka beliau bergembira dengan berbukanya itu. Dan apabila beliau bertemu dengan Tuhannya, maka beliau gembira dengan puasanya). Muttafaq ‘alayh dengan lafaz oleh al-Bukhari.

Semoga Ramadhan tahun ini ditempuh oleh kita semua di dalam keadaan yang ada peningkatan ke arah kesempurnaan. Selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh kesempurnaan iman dan muhasabah.

Tingkat Puasa dalam Islam Menurut Imam Al-Ghazali

9 ulasan:

 Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan ini. Dengan nama Allah  yang maha mengasihani, saya mulakan perkongsian kali ini. Seperti yang kita maklum ibadat puasa Ramadhan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini seperti yang telah ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan ijtihad para ulama.  Hal ini juga berdasarkan pada firman Allah dalam surah Al-baqarah yang mewajibkan puasa keatas tiap-tiap orang Islam.
 
"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83)


Rasulullah s.a.w juga telah  bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari) .  Namun selain kita melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan  puasa .Ibadah  puasa  sendiri mempunyai tingkat dan tahap kedudukannya yang akan membezakan tahap puasa antara seorang mukmin dengan mukin yang lain. .


Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :  Puasa ada tiga kedudukan atau 3 tingkat  iaitu:
  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.

Tahap pertama 

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.


Tahap kedua:  

Puasa al-khusus ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.


Tahap ketiga :  

Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap yang ketiga ini?

Menurut Imam al-Ghazali bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:
  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa. 
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka 

dan bagi saya ( penulis blog redzuan-ridz) kalau dapat puasa tahap 2 alhamdilah dah bersyukur sangat-sangat. tapi  nak dapat tahap 2 pun belum tentu apatah lagi tahap 3 yakni tingkat puasa para nabi. mudah-mudahan kita semua akan meningkatkan lagi amal ibadah kita, berzikir,bertasbih ,  di bulan puasa  untuk mencapai tingkat puasa yang lebih baik bukan sekadar berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga . kerana dalam bulan puasa dua yang paling sukar untuk kita jaga iaitu lidah (percakapan) dan mata (penglihatan)

    Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :)

    Tiada ulasan:

    Tips untuk 10 malam terakhir Ramadhan oleh Sheikh Tawfique Chowdhury:


    1) Jangan biarkan 'usaha' anda sebelum-sebelum ini meninggalkan kesan dalam 10 malam terakhir ini. Saat-saat pengampunan mungkin akan tiba malam ini atau bila-bila masa sahaja dalam malam-malam akan datang! Anda masih berkesempatan! Jika anda benar-benar inginkan malam-malam anda dibulan ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya, tingkatkan usaha dan bersedialah untuk lakukan yang terbaik! Mulakan dengan niat yang positif dan ikhlas!

    2) Malam ini, luangkan sedikit masa untuk membaca tafsir surah al-qadr untuk memahami apa yang sebenarnya betul-betul berlaku pada malam tersebut! Anda akan dapat merasakan keagungannya dan kehebatannya dengan lebih banyak lagi!

    3) Jangan tunggu hingga malam ke 27 untuk berusaha sedaya upaya dalam ibadah. Kesemua 10 malam-malam terakhir patut menjadi target anda. Berjaga malam lah pada setiap hari! Adakah anda mahu terlepas malam lailatul qadar walaupun dengan "tidak sengaja"?

    4) Jangan terjebak dalam mana-mana amalan bid'ah atau majlis keraian yg dianjurkan dan dipromosikan oleh mana-mana masjid atau masyarakat. Ikutlah sunnah! Nabi SAW telah membimbing kita dengan cara yang mudah: "Sesiapa yg berjaga pada malam lailatul qadar dengan iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah, semua dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan"

    5) Hafal dan pohonlah doa seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'fu 'anni" ( Ya Allah, Engkaulah yang Maha Pengampun dan Engkau jua zat yang sukakan pengampunan, maka ampunilah daku).

    6) Sediakan senarai pendek doa-doa yang anda ingin minta. Ingatlah bahawa inilah saat yang sangat hebat dan paling menakjubkan bagi hamba-hamba Allah! Malam Kekuasaan malam penaqdiran! Pilihlah dengan terperinci setiap satu perkara yang anda inginkan bagi dunia, agama, keluarga dan akhirat anda! Jangan lupa juga saudara-saudara muslim kita yang sedang dalam kesengsaraan dan kesusahan ketika ini!

    7) Tidurlah seketika pada siang hari (qailulah) jika berkesempatan. Kurangkan makan dan tidur seawal yang mungkin selepas isya'. Jangan melewatkan tidur! Selepas dapat tidur seketika, segarkan diri anda dan bersiap sedialah untuk beribadah.

    8) Janganlah lalai dan melupakan ahli keluarga anda! Rasulullah SAW menjadikan kebiasaan baginda untuk mengejut isteri-isteri baginda pada malam-malam ini! Ya, anak-anak anda juga tidaklah patut dianggap terlalu muda untuk berqiyamullail pada sebahagian malam tersebut. Jika mereka boleh dibiarkan bermain video game atau menonton tv, mereka juga boleh diberi semangat untuk bangun buat seketika pada malam itu! Sediakan mereka, jadikan mereka rasa teruja dan rancanglah aktiviti bagi mereka untuk dlakukan pada mlm itu!

    9) Lihatlah pada fakta bahawa: Cara kita berpakaian dan bersedia untuk sesuatu memberi kesan psikologi yang besar pada kita. Jadi, pakailah pakaian anda yang terbaik, gunakan wangi-wangian dan rasakan tenaganya!

    10) Pilihlah satu sudut/tempat, samada dimasjid atau dirumah anda, dimana anda boleh bersendirian dengan tenang. Sediakan mushaf al-quran, sejadah dan air berdekatan anda supaya anda tidak terganggu apabila perlu bangun banyak kali untuk itu dan ini.

    11) Penting: Malam ini bukanlah waktu untuk pos gambar di tweeter atau update status fb anda tentang hebatnya malam lailatul qadar ini, atau betapa seronoknya anda beribadah dan sebagainya! Biarlah ia menjadi rahsia antara anda dan Allah! Jadi, matikan telefon bimbit, wifi, laptop dan komputer anda. Putuskanlah hubungan dari perkara-perkara dunia dan berhubunglah dengan al-'afuww (Zat Yang Maha Pengampun)!

    12) Jika anda dapati diri anda terasa mengantuk, pelbagaikan bentuk ibadah anda.
    Semoga Allah rezekikan kita taufiq untuk beribadah pada malam yang sangat-sangat istimewa ini.. Aamiin.

    Allahumma A'atina Lailatul Qadri.
    Ya Allah kurniakan kami dengan Malam AlQadar.
    Aamiin.
    Keep calm and Perkasakan Selawat

    PERISTIWA BESAR YANG TERJADI DALAM BULAN RAMADHAN

    Tiada ulasan:






    Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati sekalian . semoga kalian sentiasa berada dibawah lindungan rahmatnya.. seringkali bila tiba ramadhan majoriti dari kita hanya mengetahui dan menganggap yang ramadhan itu bulan bagi umat islam berpuasa dan malamnya melakukan solat sunat terawih . namun sebenarnya terdapat banyak peristiwa besar yang terjadi dalam bulan rmadhan ..


     "Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam diantaranya:

    BULAN DITURUNKAN AL KITAB

    Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

    PERISTIWA BADAR (BADAR AL-KUBRA )

    Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

    ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH (FHATUL MEKAH )

    Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

    PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

    Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

    ISLAM SAMPAI KE YAMAN

    Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

    KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

    Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

    PENYERAHAN BANDAR TAIF

    Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

    PEMBUKAAN ANDALUSIA (SEPANYOL)

    Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

    PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

    Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

    TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

    Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

    PEPERANGAN YAKHLIZ

    Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

    TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

    Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


    Koleksi Manisan Istimewa Ramadhan Di Seluruh Dunia

    Tiada ulasan:
    Manisan dan Ramadhan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
    Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma (manisan). 
    Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.

    Setelah mengambil kurma, bolehlah kita mengambil Manisan yang lain sebagai penambah selera. But of course, not too much coz manisan mengandungi kandungan gula yang tinggi yang boleh memudaratkan jika diambil secara berlebihan.

    Di sini kita ada pelbagai Koleksi Manisan Pembuka Selera di beberapa buah negara di dunia. An of course dia orang tak boleh challenge Malaysia. Enjoy semua..

    Koleksi Manisan Pembuka Puasa
    Kurma, bukan sekadar makanan berbuka puasa tetapi khasiatnya yang tinggi boleh dijadikan sebagai makanan untuk tenaga anda. Ia mengandungi sumber mineral penting, kaya dengan serat, kalium, magnesium dan mangan. Manisan ini lebih baik diamalkan daripada gula-gula atau coklat, bukan? Jom kita nikmatinya:  - See more at: http://www.okjom.com/deals/June-Sweet-Medjool-Dates-RM292#sthash.E4yU8Ymj.dpu

    Kemeriahan Ramadhan di Seluruh Dunia

    Tiada ulasan:


    Syukur Alhamdulillah, kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. tapi jangan lupa masih ramai yang tidak bernasib baik di luar sana yang menyambut Ramadhan dalam suasana ketakutan dan kedaifan. Semoga kita semua mendapat redha ALLAH, walau bagaimana cara sekalipun sambutan Ramadhan kita.

    Umm Atheer dan anaknya, Atheer Ali, 5, yang cedera terkena bom di Baghdad menanti 
    waktu berbuka puasa.
     
    Membaca Al Quran di luar Istana Presiden di Cairo, Egypt.
     
    Solat Terawih Di Kuala Lumpur
     
    Pengagihan minuman dan makanan di Rawalpindi, Pakistan
     
    Umat Islam di Kashmir berebut untuk mendapatkan makanan
     
    Juadah traditional berbuka puasa di Rabat, Morocco
     
     Suasana sibuk membeli bahan keperluan ramadhan di sebuah pasar di Abobo, Ivory Coast
     
     Biarpun Syria di landa pelbagai masalah, umat Islam masih berkesempatan memebeli belah di Pasar Damascus sebagai persediaan Ramadhan
     Berbuka puasa di New Delhi, India
     http://darkroom.baltimoresun.com/wp-content/uploads/2013/07/AFPGetty-521236267.jpg
    Solat terawih di  Indonesia
     0717ram032.JPG
    Kanak-kanak Palestin mengaji Quran di sebuah masjid di Kem Pelarian, West Bank Balata
    0715ram047.JPG
    Warga Palestin di Masjid Al-Aqsa
    Berbuka puasa di  Masjid Shahi Jama, India yang berusia 600 tahun
     
    Penyokong Anti Kerajaan Berbuka puasa di Istanbul
     
    Mengerjakan solat di hadapan Pintu Gua Hira di atas Gunung Al-Nour di Mekah
    Menunggu giliran untuk mendapatkan "vermicelli" di Pakistan
     
    Berbuka puasa di Tahrir Square in Cairo, Egypt
     
     Berbuka puasa di luar Masjidil haram di Mekah

      
    Menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Noor di Nairobi, Kenya
     
    Membaca Al Quran di Masjid Jalalabad di Afghanistan
     
    Menyediakan juadah berbuka puasa di Kabul, Afghanistan

    Puasa Dalam Sejarah Umat Lampau dan Islam

    Tiada ulasan:




    Firman Allah yang bermaksud:

     Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).

    Terdapat dua perkara yang disentuh di dalam ayat tersebut, pertamanya, puasa adalah ibadat lama. Ia diwajibkan ke atas umat-umat lampau. Justeru, jika merujuk kepada sejarah, kita akan dapati hampir setiap bangsa di dunia ini mengamalkan puasa di dalam kehidupan mereka, walaupun mungkin ianya berbeza dari segi tujuan dan niat masing-masing.

    Dalam mentafsirkan maksud: orang-orang sebelum kamu, kita dapati ulamak telah berbeza pendapat, antaranya:

    Ada yang mengatakan bahawa ia bermaksud: orang-orang Nasrani sahaja.

    Ada pendapat mengatakan, mereka adalah Ahl al-Kitab (iaitu orang Nasrani dan Yahudi).

    Ada pendapat lain mengatakan bahawa ia bermaksud seluruh umat terdahulu yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka sama ada kerana tuntutan keagamaan, kemasyarakatan atau kerana menolak sesuatu bencana dan sebagainya.

    Berdasarkan pembacaan saya, didapati bahawa bangsa-bangsa lama seperti India, China, Jepun, Parsi, Mesir Purba, Greek, Rom, Yahudi, Nasrani dan Arab Jahiliyyah, masing-masing telah mengamalkan puasa pada hari atau bulan tertentu dalam setahun.

    Secara ringkasnya dapat kita lihat kepada beberapa fakta berikut:

    India:

    Dalam sejarah bangsa ini memang terdapat amalan puasa yang mempunyai pelbagai matlamat, antaranya sebagai persembahan kepada bulan yang mereka puja. Penganut kepercayaan ini, selain mempersembahkan makanan, minuman dan susu, mereka juga berpuasa selama setengah bulan dan berbuka ketika bulan mengambang pada waktu malam. Mereka akan berhenti amalan ini apabila muncul anak bulan baru
    (Dr. `Ali Al-Khatib, 62).

    Puasa juga di kalangan bangsa India bertujuan melepaskan diri dari kesiksaan akidah tanasukh dan bercamtum dengan tuhan mereka yang disebut sebagai Brahma dan akhirnya mencapai kebahagiaan sejati. Seseorang tidak akan sampai kepada Brahma kecuali apabila dia sudah sampai kepada hakikat dan melepaskan diri dari segala macam ikatan kebendaan. Dengan itu kehidupan secara zahid amat terkenal di kalangan bangsa India. Dalam konteks ini mereka akan berpuasa selama 14 hari tanpa memakan sebarang makanan, kecuali dengan diselang-seli minuman air sahaja selama masa tersebut (Dr. A. Al-Khatib, h. 65).

    Dalam pegangan kumpulan Sinata, ahli agama mereka dikehendaki berpuasa setiap hari bermula sejak jatuh matahari sehingga ke waktu naik fajar merah, tanpa makan dan minum sepanjang-panjang masa itu (Dr. A. Al-Khatib, 66)

    Selain dari ahli agama kumpulan Sanita, ahli agama secara umumnya dikehendaki berpuasa pada awal musim gugur dan sejuk, dan permulaan musim bunga dan panas, dan pada waktu berlaku gerhana matahari.

    Puasa yang mereka amalkan ini kebiasaannya akan berpanjangan jika tujuannya untuk melepaskan diri dari kekuasaan tanasukh atau menghapus akidah ini dari menguasai roh mereka. Berdasarkan kepada akidah tanasukh ini, roh seseorang itu tidak akan mati selama-lamanya, tetapi ia akan berpindah dari satu jasad ke jasad yang lain atau akan berpindah ke jasad binatang, biasanya ia akan berpindah dari yang baik kepada yang lebih buruk. Sepanjang-panjang perpindahan ini mereka akan tersiksa, dengan itu mereka sanggup melepaskan diri mereka dari ikatan keduniaan dan berpuasa sehingga mereka bercamtum dengan tuhan mereka Brahma ataupun menamatkan hidup mereka supaya mereka terlepas dari kekuasaan tanasukh. Kepercayaan ini menyebabkan ramai rakyat India purba yang berpuasa atau mengkuburkan diri di bawah tanah semasa mereka berpuasa (op. cit, 67).

    Kepercayaan Budha yang lahir di India tidak terlepas dari amalan ini. Kita lihat Budha sendiri mengamalkan cara hidup berpuasa selama 6 tahun. Dalam pegangan salah satu mazhab Budha, seorang ahli agamanya dikehendaki berpuasa sepanjang masa selama hidupnya, tanpa mengambil apa-apa makanan kecuali sebiji beras sahaja pada waktu duha setiap hari. Dalam peraturan keagamaannya, para pengikut Budha dihendaki berpuasa 4 hari dalam masa sebulan, iaitu pada hari pertama awal bulan, hari kesembilan, kelima belas dan hari kedua puluh dua (op.cit. 72-74)

    Tujuan amalan ini ialah untuk sampai kepada hakikat atau mencapai kebahagiaan sejati atau nivarna.


    China dan Jepun:

    Agama Budha kemudiannya berkembang di China dan Jepun. Di negara China ia menjadi agama rasmi negara pada masa pemerintahan Maharaja Fu Ti (58 - 71M.). Di negara Jepun, agama Buddha mula bertapak pada pertengahan kurun ke enam Masihi. Dan akhirnya ia juga menjadi agama negara bagi negara itu. Di sini agama ini telah berpecah kepada beberapa aliran yang drastik. Apa yang pentingnya bagi kita ialah dengan berkembangnya agama Budha di kedua-dua negara itu, maka amalan puasa turut diamalkan oleh rakyat kedua-duanya (op.cit, h. 79-81).

    Parsi:

    Dari bukti bahasa, budaya dan acara keagamaan, dapat dipastikan bahawa orang-orang Parsi sebenarnya adalah berketurunan campuran India-Eropah. Dikatakan sejak abad keempat belas SM., Parsi merupakan sebuah negara yang menganut agama Hindu lama. Dengan itu terdapat di kalangan mereka nama-nama pinjaman seperti Andra, Matra, Faruna dan Vida yang kesemuanya merupakan nama-nama tuhan dalam kepercayaan orang-ornag India. Dan dengan itu sekaligus terdapat di kalangan mereka acara-acara keagamaan orang-orang India purba, seperti pengorbanan, puasa dan lain-lain (op.cit, h. 82).

    Kemudian pada abad kelima SM, Parsi mula menerima pengaruh Yahudi. Ekoran kepada pengaruh ini terdapat sebahagian penduduk negara ini yang mengamalkan beberapa acara keagamaan orang-orang Yahudi seperti sembahyang dan puasa.

    Hasil percampuran pelbagai kepercayaan di kalangan penduduk Parsi, kita dapati mereka mempunyai program puasa seperti berikut:

    1. Berpuasa selama 7 hari pada tiap bulan.
    2. Berpuasa selama 2 hari berturut-turut tanpa berbuka apabila bulan purnama.
    3. Berpuasa selama 2 hari berturut-turut tanpa berbuka apabila terbit anak bulan.
    4. Berpuasa selama 2 hari apabila bulan perpindah kepada garisan jaddi.
    5. Berpuasa pula selama 30 hari dan berbuka pada ketika matahari jatuh apabila ia berpindah pada garisan dalwu.
    6. Berpuasa pada hari Ahad dan Isnin kerana memberi penghormatan kepada matahari dan bulan (op.cit, h. 82-85).
    Mesir Purba:

    Puasa di kalangan orang-orang Mesir purba dilakukan sebagai memberi khidmat kepada rumah ibadat dan protokolnya. Seseorang pembantu rumah ibadat sebelum memulakan khidmatnya dikehendaki berpuasa selama 2 hari tanpa memakan apa-apa makanan kecuali air sahaja. Kadang-kadang puasa itu berlanjutan sehingga 42 hari.

    Orang-orang awam akan berpuasa pada beberapa waktu yang terdekat kerana berlaku mala petaka seperti banjir besar, mereka akan berpuasa selama 4 hari dan mereka juga berpuasa pada hari-hari berlaku peristiwa sedih yang lain, seperti hari kematian lembu suci mereka dan lain-lain. Kesemuanya diatur oleh ahli-ahli agama mereka (op.cit, h. 104-105).

    Greek dan Rom:

    Penduduk kedua-dua negara ini tidak banyak berbeza dari segi cara berpuasa dan matlamatnya.

    Di Greek, rakyatnya berpuasa dalam pelbagai bentuk ketika berlaku mala petaka dan bala bencana agar segala macam kesiksaan itu akan tamat segera. Ada juga mereka berpuasa kerana mensyukuri tuhan mereka kerana terlepas dari bala atau kerana berlaku perubahan kepada undang-undang negara.

    Rakyat negara ini juga akan berpuasa selama 10 hari sebelum melakukan peperangan kerana bertujuan memohon kemenangan.

    Di Rom, rakyat negara ini sangat percaya dengan kekuatan puasa sehingga mereka mempercayai bahawa seorang yang berpuasa mampu membunuh ular tedung dengan ludahnya sahaja. Seorang tukang tilik perempuan biasanya berpuasa selama 3 hari disamping beberapa amalan pelengkap yang lain sebelum melakukan apa-apa tilikan. Rakyat terpaksa memberi upah kepadanya jika mereka memohon apa-apa khidmat tilikannya (op.cit, h. 111-113).

    Yahudi:

    Bangsa Yahudi adalah pengikut syari`at Musa. Sebelum menerima kitab Taurat, Musa AS. berpuasa selama 40 hari di Saina'. Tetapi orang-orang Yahudi menganggapnya sebagai puasa khusus Nabi Musa. Ulamak Tafsir mengatakan bahawa Musa berpuasa 40 hari ini tanpa diselangi sama sekali dengan berbuka.

    Bagi orang-orang Yahudi, mereka berpuasa sehari sahaja, sebagai puasa wajib, iaitu pada hari ghufran (pengampunan). Mereka mendakwa hanya itu sahaja puasa wajib yang dikenakan ke atas mereka. Puasa-puasa lain adalah puasa sunat yang dilakukan beberapa kali yang tidak tersusun.

    Puasa sehari ini mereka lakukan pada satu perempat jam sebelum jatuh matahari hari ke 9, bulan Tashri, iaitu awal tahun Ibri (tahun Yahudi) dan berterusan sehingga selepas satu perempat jam jatuhnya matahari pada hari ke sepuluh. Iaitu kira-kira selama 25 jam berturut. Sepanjang-panjang masa berpuasa itu mereka dilarang memakan, meminum dan melakukan hubungan perkelaminan. Puasa ini menjadi amalan mereka sehingga ke hari ini. Hari kesembilan ini mereka namakan juga sebagai hari kabur, iaitu hari `asyura' mereka.

    Tentang puasa-puasa sunat mereka, kita dapati ada beberapa kali mereka berpuasa di sepanjang tahun kerana beberapa perayaan atau peristiwa yang telah berlaku, seperti perayaan kerana mengenangkan mereka terlepas dari gerakan penghapusan atnik di negara Parsi yang dilakukan oleh seorang menteri di negara itu bernama Haman. Untuk perayaan ini, mereka berpuasa selama 3 hari. Perayaan ini dinamakan sebagai Hari Raya Forim. Begitu juga mereka berpuasa kerana peristiwa sebuah rumah ibadat mereka di negara Mesir yang dibakar oleh ahli agama negara itu di bawah pengaruh Parsi. Terdapat 19 hari-hari perayaan mereka sepanjang tahun yang digandingkan dengan amalan berpuasa. Sebahagiannya, mereka berpuasa selama sehari dan ada juga mereka berpuasa selama 7 hari. Perayaan yang paling penting bagi mereka ialah perayaan hari mereka dilepaskan dari buruan tentera Fir`aun dibawah pimpinan Nabi Musa menyeberangi laut Merah yang mereka namakan sebagai hari Fash (op.cit. h. 118-122).

    Nasrani:

    Orang-orang Nasrani sama seperti orang-orang Yahudi merupakan penganut agama Ahl Al-Kitab, mereka juga turut berpuasa sebagai salah satu amalan agama mereka.

    Orang-orang Nasrani terbahagi kepada tiga mazhab atau aliran, iaitu Katholik, Othordok dan Protestin. Ketiga-tiga mazhab ini mempunyai cara amalan puasa yang sebahagiannya berbeza di antara satu dengan yang lainnya.

    Bagi pengikut mazhab Katholik, mereka mula berpuasa pada pertengahan malam sehingga ke waktu pertengahan siang esoknya. Pada masa berpuasa, mereka dilarang mengambil makanan dan minuman sahaja. Seseorang lelaki diwajibkan berpuasa sejak berumur 15 tahun sehingga ke umurnya 60 tahun dan seorang perempuan pula diwajibkan memulakan puasanya pada umur yang sama dengan lelaki, tetapi ia berakhir pada umur 55 tahun. Menurut mazhab ini, pengikutnya dikehendaki berpuasa hanya pada Hari Puasa Besar sahaja. Gereja mazhab ini membatalkan kesemua puasa-puasa yang lainnya. Hal ini dikatakan kerana tiada nas di dalam Injil.

    Mereka juga dilarang memakan daging, susu dan telur pada hari Rabu dan Jumaat pada setiap minggu, begitu juga pada hari-hari Puasa Besar. Larangan ini melibatkan kesemua penganut mazhab ini sejak berumur 7 tahun sehingga ke akhir hayatnya (op. cit., h. 151-152).

    Pengikut mazhab Othordok pula, mereka mempunyai program puasa yang tersendiri. Pada mereka, puasa ialah menahan diri dari memakan makanan dalam masa yang tertentu. Masa ini hanya ditentukan oleh padri mazhab mereka yang mempunyai hak berbuat demikian.

    Dalam mazhab ini, Puasa Besar dianggap sebagai puasa yang paling penting, masanya selama 50 hari dan berakhir pada kebiasaannya pada hari Raya Kiamat. Mereka juga berpuasa selama 40 hari yang dinamakan Puasa Kelahiran, bermula dari 25hb. Nov. sehingga 6 Januari, iaitu sebelum berlangsung Raya Kelahiran.

    Pihak gereja mazhab ini juga turut berpuasa pada hari Rabu dan Jumaat dan sehari puasa yang lain dinamakan dengan Puasa Rasul-rasul.

    Selain dari itu, pengikut mazhab ini juga berpuasa selama 15 hari untuk Mariam yang bermula pada awal Masri (bulan kiraan orang-orang Nasrani).

    Mereka juga berpuasa tiga hari seperti puasa Nabi Yunus AS., puasa Paramont di antara sehari sehingga ke tiga hari (op.cit., h. 156-158).

    Dalam mazhab Protestin pula, puasa menjadi amalan galakan sahaja kerana tiada nas Injil yang mewajibkannya. Dengan erti tiap pengikutnya akan berpuasa mengikut selera masing-masing sahaja. Mazhab ini juga tidak menentukan masa untuk berpuasa dan ia juga tidak menentukan umur seseorang untuk berpuasa, malah segala-galanya diserahkan kepada pilihan atau kemahuan pengikutnya, bila mereka ingin berpuasa dan bila pula mereka ingin berbuka.

    Sebahagian yang lain pula menggantikan amalan puasa dengan sesuatu pekerjaan seperti memberhentikan memakan makanan yang mereka suka disamping menyimpan harganya untuk diberikan kepada fakir miskin.

    Sebagai kesimpulannya:

    1. Kesemua mazhab orang-orang Nasrani menganggap hubungan sex tidak ada kaitan dengan amalan puasa dan tidak membatalkannya.
    2. Tidak ada persepakatan pendapat di antara mereka tentang menentukan puasa fardu/wajib.
    3. Tidak ada persefahaman di antara mereka tentang masa permulaan puasa dan juga masa akhirnya. Tiap orang boleh menamatkan puasanya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
    4. Puasa hari Sabtu diakui oleh Katholik, tetapi tidak disetujui oleh Othordok kecuali Sabtu yang jatuh sebelum hari Raya Kiamat (op. cit. h. 161-163).
    Dengan itu jelas kepada kita bahawa puasa orang-orang Yahudi adalah lebih tersusun dari puasa-puasa yang diamalkan oleh orang-orang Nasrani.

    Semenanjung Tanah Arab:

    Sebelum kedatangan Islam, negara itu sudahpun mengenali agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS., agama Ahl Al-Kitab (Yahudi dan Nasrani), Brahma, Sabi'ah, agama berhala, Majusi, penyembahahan cakrawala dan jembalang. Dengan itu amalan puasa merupakan sesuatu yang tidak asing di kalangan mereka. Sekurang-kurangnya mereka akan terpengaruh dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang hidup bersama-sama mereka di Semenanjung mereka.

    Disebutkan bahawa orang-orang Arab Quraish, khasnya Quraish Makkah, berpuasa pada hari `Asyura' sebagai penebus dosa mereka pada masa Jahiliah. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa puasa `Ashura' itu adalah mengambil sempena hari dipasang kelambu pada Ka`bah. Mereka berpuasa pada 10hb. Muharram. Puasa ini sama seperti puasa orang-orang Yahudi yang juga dinamakan sebagai puasa hari `Asyura' atau puasa hari Pengampunan (op. cit., h. 172).

    Selain dari itu, orang-orang Arab yang berada di bawah pengaruh orang-orang Nasrani, ada di antara mereka yang mengamalkan amalan puasa fardu selama 30 hari yang kemudiannya bertukar menjadi 50 hari pada waktu yang tertentu setiap tahun (op. cit., h. 178).

    Zaman Islam:





    Dalam Islam, puasa terbahagi kepada tiga:
    1. Puasa Ramadan.
    2. Puasa Khas, seperti puasa nazar dan kaffarah.
    3. Puasa Sunat.
    Dari segi pusingannya pula, puasa terbahagi kepada dua peringkat, peringkat sebelum Ramadan dan kemudian hanya puasa Ramadan.

    Puasa Sebelum Ramadan :

    Puasa sebelum Ramadan, terbahagi kepada dua jenis, pertama: puasa `Ashura' dan kedua: puasa tiga hari pada setiap bulan.

    Menurut pendapat yang terkuat, puasa `Ashura' sebelum difardukan puasa Ramadan merupakan puasa wajib ke atas orang-orang Islam. Terdapat beberapa buah Hadis yang menunjukkan hukum berkenaan, antaranya Hadis riwayat `Aishah RA. yang menyebut bahawa baginda telah mengarahkan supaya ditunaikan puasa `Ashura', tetapi selepas difardukan puasa Ramadan, seseorang itu bebas sama ada ingin berpuasa puasa `Ashura' ataupun tidak.

    Demikian halnya dengan puasa tiga hari setiap bulan, ia juga merupakan puasa wajib sebelum difardukan puasa bulan Ramadan (op.cit., h. 181-186).

    Beberapa Aspek Penting Dalam Puasa `Ashura':

    1. Ia menunjukkan kaitan di antara Nabi Muhammad SAW. dengan umat-umat sebelumnya dalam ketaatan kepada Allah.

    2. Mengagungkan hari-hari bersejarah kerana pada hari itu Allah telah berkenan memenangkan yang benar ke atas yang batil (dengan menyelamatkan Nabi Musa AS. bersama-sama pengikutnya menyeberangi Laut Merah).

    3. Merupakan kesempatan untuk memberitahu kepada orang-orang Yahudi tentang adanya hubungan agama di antara syari`at Nabi Musa AS. dengan syari`at yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW., di samping adanya hubungan di antara umat Muhammad dengan umat-umat yang sebelumnya, terutamanya setelah adanya beberapa peristiwa yang menunjukkan mereka menolak ajaran Nabi SAW.

    4. Dan yang utamanya ialah melatih kaum muslimin mengenai kewajipan berpuasa pada masa-masa tertentu yang dilakukan secara bersama. Sebab, puasa yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW. pada hakikatnya adalah satu penerusan kepada puasa yang telah lama berjalan di kalangan orang-orang Makkah, tetapi tidak dalam bentuknya yang serentak dan bersama. Puasa yang dilakukan baginda ini sebagai langkah awal untuk menerima puasa Ramadan yang akan difardukan. Kerana itulah ketika puasa Ramadan difardukan maka puasa `Ashura' tidak diwajibkan lagi (Atiyyah Muhammad Salim, h. 13-14).

    Puasa Ramadan:

    Puasa Ramadan difarjukan pada 2hb. Sya`ban, tehun ke 2H. menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat-ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, malah ia diturunkan satu demi satu yang dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.

    Keempat-empat ayat tersebut telah memberi penjelasan terperinci tentang masa, cara dan apa-apa tegahan semasa berpuasa. Ia tidak membiarkan baginda menjelaskannya, tidak seperti ibadat-ibadat lain yang memerlukan Hadis Amali dari baginda yang menjelaskan cara perlaksanaannya dengan betul.

    Sebagai contohnya, ayat pertama menunjukkan hukum melakukan puasa yang difardukan ke atas orang-orang Islam, ia juga ke atas umat-umat lampau.

    Pada peringkat ini, puasa orang-orang Islam tidak berbeza dengan cara berpuasa orang-orang Yahudi, iaitu selama 23 jam, bermula selepas seseorang itu sembahyang isha` atau selepas dia tidur sesudah waktu maghrib. Ia berterusan sehingga ka waktu jatuh matahari pada hari berikutnya.

    Cara berpuasa pula di dalam bentuk pilihan, iaitu sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh menggantikan hari dia berbuka itu dengan memberi makanan kepada seorang miskin bagi setip hari. Kedudukan ini berlanjutan sehingga turun ayat yang merobahnya, iaitu firmanNya yang bermaksud: ...sesiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa. Dengan itu puasa Ramadan sudah bertukar corak, dari bentuk di mana orang-orang Islam diberikan pilihan sama ada berpuasa atau memberi makanan kepada orang miskin, kepada hukum berpuasa sahaja (tanpa pilihan) sepanjang-panjang bulan itu. Walaupun begitu masa berpuasa tetap seperti asalnya, iaitu bermula dari selepas sembahyang `Isha' atau selepas tidur sesudah waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya. Kedudukan ini berlanjutan sehinggalah turunnya ayat yang berikutnya: ...diharuskan bagi kamu melakukan persetubuhan dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan Ramadan dan firmanNya: ... makanlah dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang putih dari benang hitam menerusi cahayat matahari. Kedua-duanya menjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa mereka diharuskan makan, minum dan bertamattu` dengan isteri-isteri mereka pada malam Ramadan. Mereka hanya dikehendaki menahan diri dari perkara-perkara tersebut dan lainnya yang membatalkan puasa bermula dari sejak naik fajar sehinggalah ke waktu jatuhnya matahari hari yang sama.

    Dari pembentangan ini kita dapat melihat:

    1. Puasa Ramadan berlangsung pada peringkat awalnya dalam kadar masa hampir sehari, iaitu selama hampir 23 jam.

    2. Pada permulaannya orang-orang Islam diberi pilihan, sama ada mereka berpuasa atau berbuka, dan mereka dibenarkan menggantikannya dengan memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari puasa yang mereka tinggalkan atau berbuka.

    3. Kemudian, mereka diwajibkan berpuasa sahaja tanpa pilihan dengan kelamaan masa yang sama, seperti puasa Ahl Al-Kitab, iaitu dari waktu sesudah sembahyang `Isha' atau sesudah tidur selepas waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya.

    4. Kemudian, mereka dibenarkan berbuka (makan, minum dan bertamattu` dengan isteri) selepas waktu jatuhnya matahari sehinggalah ke waktu naik fajar siangnya.

    Dari pendedahan ini kita dapati bahawa masa untuk berbuka puasa pada peringkat awalnya adalah sama dengan apa yang telah diamalkan oleh Ahl Al-Kitab ketika mereka berpuasa, iaitu bermula dengan jatuhnya matahari dan berakhir dengan: sama ada selepas orang yang berpuasa itu sembahyang `Isha' atau dengan berlangsungnya tidur sesudah jatuhnya matahari pada hari berkenaan sekalipun sebelum melakukan sembahyang `Isha'. Dengan itu, seseorang yang ingin melanjutkan masa berbukanya, dia akan melewatkan sembahynag Isha' dan tidak tidur selepas jatuhnya matahari.

    Kedudukan tersebut memberi gambaran jelas kepada kita bahawa puasa Ramadan juga telah difardukan ke atas pengikut Ahl Al-Kitab sebelum Islam. Inilah pendapat sebahagian ulamak seperti Qatadah, al-Tabari dan al-Sudi. Dengan itu maksud firmanNya: .... seperti ia difardukan ke atas mereka sebelum kamu (Ahl Al-Kitab) pada beberapa hari tertentu ialah bulan Ramdan.

    Begitulah, antara perkembangan yang berlaku dalam sejarah kefarduan puasa bulan Ramadan sehingga seperti yang kita lakukan pada hari ini. Dan begitu jugalah kedudukan amalan puasa di kalangan umat-umat lampau.


    p/s : diambil dari pelbagai sumber bacaan penulis ..

    Perkara Yang Membatalkan Puasa

    1 ulasan:




    Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri kali ini. Disini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai perkara membatalkan puasa . saya pasti diantara kita semua telah sedia maklum termasuk saya sendiri . Namun untuk lebih jelas mengenai kekhuatiran kita mengenai beberapa perkara membatalkan puasa yang kita sendiri tidak pasti mengenai hukumnya disini saya kongsikan .

    ketika saya melayari dan melihat sendiri blog-blog dan website yang berkongsikan mengenai ini. semuanya hanya memaparkan point-point asas  tanpa menjelaskan dan menghuraikan perkara-perkara yang membatalkan puasa . dibawah ini saya kongsikan dengan anda soal jawab perkara membatalkan puasa yang saya perolehi dari PDF download mengenai bab perkara membatalkan puasa di laman web majlis ugama islam Singapura (MUIS)


    Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

    Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

    - Muntah dengan sengaja
    - Mengeluarkan air mani dengan perbuatan
    - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
    - Kedatangan haidh , nifas atau kelahiran bagi wanita
    - Menjadi gila
    - Pitam sepanjang hari
    - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
    - Murtad , iaitu keluar dari agama Islam
    - Memasukkan sesuatu dalam rongga badan


    Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa

    Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.


    Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?

    Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)


    Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

    Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah.Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.


    Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan / aktiviti renang?

    Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.


    Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?

    Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.



    Adakah suntikaninsulin membatalkan puasa

    Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.



    Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

    Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.



    Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa ?

    Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.


    p/s : diharapkan dengan perkongsian perkara-perkara membatalkan puasa yang saya  ambil dari laman web MUIS dalam bentuk soal jawab ini dapat menjelaskan segala persoalan yang berkait dengan topik ini terutama dari segi hukum supaya yang kita sendiri merasa was-was .

    Tips Kesihatan Pada Bulan Ramadhan

    1 ulasan:

    Fisiologi Badan Manusia Ketika Berpuasa

    Perubahan yang berlaku terhadap badan kita ketika berpuasa bergantung kepada panjang masa dan kekerapan kita berpuasa. Secara teknikal, badan kita mula menunjukkan perubahan 8 jam selepas makan, iaitu ketika sistem penghadaman manusia sudah kehabisan nutrient untuk diserap masuk. Ataupun dalam istilah perubatan, puasa bermaksud perubahan fisiologi badan selepas 8 jam dari tempoh akhir seseorang itu makan. Ketika keadaan normal (tidak berpuasa), glukosa yang disimpan dalam hati(liver) dan otot(muscle) merupakan sumber utama tenaga.

     Ketika peringkat awal berpuasa, glukosa yang tersimpan tadi merupakan sumber tenaga yang pertama sekali akan digunakan. Kemudian, setelah simpanan gulkosa tadi habis, lemak pula menggantikan glukosa tadi sebagai sumber tenaga. Lemak yang tersimpan di beberapa tempat di dalam badan terutama di lapisan bawah kulit. Sebilangan kecil glukosa akan di’bina’ melalui beberapa mekanisma di hati.


    Hanya pada keadaan badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama sahaja, lebih dari sehari, barulah protin digunakan sebagai sumber tenaga. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘kebuluran’(starvation) dan ianya tidak baik untuk kesihatan kerana ianya menyebabkan pemecahan otot untuk mendapatkan protin sebagai sumber tenaga. Oleh kerana itu, seseorang yang kebuluran akan kelihatan terlalu kurus dan menjadi sangat lemah.

    Ketika Ramadan kita hanya berpuasa dari subuh sehingga senja. Hal ini membolehkan kita mengisi semula simpanan tenaga yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa. Justeru, puasa menyediakan proses pertukaran sumber tenaga dari glukosa kepada lemak dalam keadaan teratur dan pemecahan otot untuk menghasilkan protein sebagai sumber tenaga dapat dielak. Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga membantu untuk mengurangkan berat badan, memelihara otot, dan mengurangkan kandungan kolesterol badan seterusnya menuragkan risiko sakit jantung dan strok.

    Tambahan lagi, kehilangan berat badan turut membantu untuk mencegah diabetes dan mengurangkan tekanan darah. Proses detoksifikasi badan turut berlaku ketika berpuasa, melalui proses pelarutan dan ianya dibuang terus melalui air kencing. Selepas beberapa hari berpuasa, kandungan beberapa hormon meningkat mendadak seperti endorfin lalu meningkatkan kadar kewaspadaan (alertness) dan perasaan mental yang sihat secara umum.

    Makanan yang seimbang dan pengambilan cecair amat penting ketika waktu berbuka sehingga sahur pada hari berikutnya. Pundi kencing dapat menjalankan fungsinya dengan baik ketika berpuasa dengan mengekalkan cecair dan garam dalam badan seperti Sodium dan Potassium. Namun begitu, cecair dan garam tersebut tetap boleh dikumuhkan melalui peluh.



    Jenis Makanan yang Sesuai Ketika Ramadhan

    Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan kesihatan seseorang, tetapi ada juga kemungkinan untuk menjadi lebih teruk! Faktor penentu bukan pada puasa itu sendiri, tetapi pada makanan yang diambil ketika waktu tidak berpuasa (ketika berbuka puasa sehingga sahur). Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan sepanjang bulan yang mulia ini.

    Makan secara berlebihan turut memberi kesan kepada rohani dan menyebabkan sesorang itu malas dan cepat mengantuk. Diet pemakanan perlulah simple dan tiada perbezaan terlalu ketara dengan diet harian seseorang pada hari biasa. Makan yang seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.

    Karbohydrat kompleks adalah makanan yang akan membantu untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa yang panjang. Karbohydrat kompleks terdapat pada bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain. Makanan yang kaya dengan serat sangat membantu proses penghadaman. Ianya terdapat pada bijirin, gandum, bijian, ubi kentang, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

    Makanan yang perlu dielakkan pula ialah makanan yang bergoreng (deep fried foods) seperti kentang goreng, ayam goreng, dan lain-lain. Kedua, makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan tradisional arab, gula-gula India dan air yang terlalu manis. Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi.

    Ketika sahur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut kekal memberi tenaga untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, makanan yang lambat hadam merupakan makanan terbaik untuk sahur, seperti oat dan roti. Manakala ketika berbuka, kurma disahkan sebagai makanan terbaik untuk berbuka kerana kurma memberikan tenaga yang banyak dan memberikan kesegaran kepada seseorang. Jus buah-buahan juga memberi kesan yang hampir sama dengan kurma. Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.


    Komplikasi yang Bakal Berlaku Ketika Berpuasa.



    1.Heartburn (acid indigestion)

    Heartburn ialah satu situasi di mana perut seseorang akan rasa sakit (burning) kerana kandungan asid yang berlebihan. Situasi ini juga dipanggil sakit ‘gastrik’. Biasanya, puasa mengurangkan bilangan asid yang terhasil, tetapi bila seseorang berfikir tentang makanan, atau bau makanan, otak akan memberi arahan kepada perut untuk menghasilkan asid. Oleh itu, heatburn berkemungkinan akan menjadi masalah ketika berpuasa.


    2.Pening Kepala (Headache)

    Pening kepala merupakan masalah yang biasa yang dihadapi ketika berpuasa. Ianya datang dari pelbagai punca. Pening kepala ketika berpuasa biasanya kerana dehydrasi (kurang air dalam badan) atau lapar, rehat yang tidak cukup, atau ketiadaan bahan-bahan ketagihan seperti kaffein atau nikotin.


    3.Dehydrasi

    Dehydrasi juga biasa berlaku ketika berpuasa. Badan manusia kehilangan air dan garam secara berterusan melalui pernafasan, peluh dan urine. Mencegah selalunya lebih baik dari mengubat. Seseorang itu perlulah minum air yang mencukupi ketika berbuka dan bersahur bagi mengelakkan komplikasi ini. Selain itu, Oral Rehydration Salt (ORS) membantu dalam memulihkan kandungan air dan garam dalam badan.


    4.Lain-lain seperti sembelit, stress dan obesity.

    Oleh itu, besarlah makna Ramadan kali ini jika kita menghadapinya dengan tubuh badan yang sihat. Badan yang sihat menjadikan ibadah lebih lancar. Selamat menjalani ibadah puasa.



    Sumber: Laman Web ISMA Mesir