iklan baris

Makanan Untuk Minda | Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

27 ulasan:

Makanan Untuk Minda | Rahsia Menguatkan Daya Ingatan 




Salam sejahtera buat semua pembaca Blog Redzuan-ridz . Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda info dan petua meningkatkan tahap daya berfikir kita dan cara menajamkan minda kita. Info yang saya ambil dibawah ini ada diantaranya petua dan amalan yang diperturunkan oleh arwah atuk saya dan ada yang saya perolehi dari pembacaan di majalah Al-Islam.
 
Utk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dapat menguatkan sistem saraf kita.Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam

-Halwa (Halia yang telah dikeringkan)
- Madu lebah
-Daging burung merpati

- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna


sumber mengenai makanan ini saya perolehi dari pembacaan majalah al-islam.Selain daripada cara pemakanan, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas  dan  cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yangg amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Teknik ini selalu saya praktikkan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA.


Membaca dan mendengar selalu bacaan ayat suci Al-Quran juga akan menajamkan minda kita dan menghilangkan penyakit lupa selain meningkatkan lagi tahap keupayaan daya fikir kita. Selalu lah mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya seperti surah Al-Luqman.

Sebelum saya terlupa saya ingin kongsikan amalan dan petua yang arwah atuk saya turunkan untuk menajamkan daya ingatan supaya mudah hafal, mudah mengingati sesuatu perkara, meningkatkan lagi keupaayan daya penaakulan,  serta menghilangkan penyakit lupa.

Caranya, tadahkan air embun didalam bekas , jag or mangkuk ke terpulang pada anda. pastikan ianya adalah air embun. kemudian bacakan ayat kursi sebanyak 40 kali ke air embun yang anda tadahkan tadi, kemudian tiupkan di air embun tersebut, dan minumlah air tersebut. Insyallah dengan izin Allah anda lihat sendiri, perbezaan  pada diri anda.



Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir.  dibawah ni  amalan zikir yang saya amalkan juga dimana amalan ini mampu meningkatkan dan menajamkan lagi tahap daya berfikir dan kemampuan minda kita. zikir yang boleh anda amalkan:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.



p/s : rasanya cukup sekadar ini perkongsian saya. jika anda ingin menambah lagi sila kongsikan diruangan komen. tips diatas ini adalah sebahgaian petua dan amalan yang saya tahu untuk menajamkan dan meningkatkankan lagi daya ingatan kita. 

Dartz Kombat T98 Kereta Kalis Peluru dan Kalis Bom

2 ulasan:
Salam sejahtera semua buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya bawakan kepada anda semua segmen kereta. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini bukanlah model kereta biasa . tetapi kereta yang kalis peluru dan bom. Mungin pelik  dan seperti tidak logik bunyinya bagi anda semua ,  apa kata anda baca sendiri info mengenai kereta ini dibawah .

 

Dartz Kombat T98 Luxury SUV adalah kereta Range Rover Vogue yang telah diubahsuai oleh Armet Armored Vehicles yang dimiliki oleh seorang usahawan Rusia, Armet Gurkha menjadi sebuah kereta anti peluru. Kereta Dartz Kombat T98 Luxury SUV direka menjadi seperti Hummer .
Bukan saja kebal peluru yang ditembak oleh senjata jenis AK-47, bahkan kereta ini pun tidak musnah oleh letupan bom tangan sekalipun. Body kereta ini dibuat dari besi yang tebal sedangkan kacanya menggunakan kaca dengan ketebalan sehingga 7 cm. Walaupun berat, dengan mesin Vortec V8 nya, kereta ini masih mampu dipandu sehingga 180 km/jam.Menurut maklumat,kereta ini dijual pada harga US$ 200.000 .


 

Windows XP Activation Key

10 ulasan:
Windows XP Activation Key 

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembca blog redzuan-ridz.orait , actually almost 2 minggu saya tak online and update blog. harini update jugak entri di blog ini setelah  laptop problem. untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda trick untuk crack windows xp activation tanpa menggunakan windows activation key.

actually laptop hp-compaq v3500 series saya  diserang malware sehingga laptop saya mengalami masalah bad pool caller , so last option terpaksa saya format sendiri menggunakan cd windows xp pro tapi yang menjadi masalahnya selepas settle format,  activation key yang  ada da tak valid lagi untuk activatekan windows. so akhirnya saya telah berjaya crack windows tanpa menggunakan key activation dan  cara ini terbukti  berjaya dan dijamin berkesan. dan untuk langkah2 yang akan saya terangkan dibawah ini, pastikan anda mengikut segala details yang saya tunjukkan satu persatu tanpa melakukan kesilapan bagi mengelakkan sistem laptop or pc anda berdepan problem lain.

so bagi mereka yang mempunyai masalah windows activation key ikuti langkah  yang akan saya terangkan dibawah ini. dan diingatkan crack ini hanya berkesan untuk mereka yang mengunakan windows xp. untuk windows xp version dari window xp profesional, xp home edition, xp media center, xp retails boleh try dijamin berkesan.


first sekali di bahgian menu klik ' Start '

cari dan klik dibahagian  “Run”

kemudian taip perkataan ==>  regedit

bahagian registry editor akan terpapar seperti dibawah ini






disebelah kiri cari dan klik tanda plus di perkataan “HKEY_LOCAL_MACHINE”

 Kemudian cari dan klik tanda plus di perkataan “SOFTWARE”

Setelah itu cari dan klik tanda plus di perkataan “Microsoft”

Cari dan klik tanda plus di perkataan “Windows NT”

Cari dan klik tanda plus di perkataan “CurrentVersion”

Kemudian sila klik  “WPAEvents”


pastikan setelah smpai step di WPAEvents , pc anda akan terpapar gambar seperti discreenshot dibawah ini
pastikan diruangan sebelah kanan terpapar 

sila klik  gambar untuk paparan lebih jelas


disebelah kanan anda cari “OOBETimer” kemudian sila double click . lihat contoh screenshot dibawah ini


Sekarang anda perlu , Highlightkan semua value yang terpapar dan delete kesemuanya sekali,

Gantikan dengan value disebelah tanpa quotation mark ==> “FF D5 71 D6 8B 6A 8D 6F D5 33 93 FD






Setelah selesai menggantikan dengan value yang baru seperti diatas klik ok.

Kemudian dibahgian ruangan panel disebelah kiri  sila right click WPAEvents . Kemudian klik
'on permissions'

Setelah itu  klik System or  SYSTEM, dan sila Deny Full Control, klik OK.


untuk memastikan windows klik kembali Start di bahgian menu. kemudian klik  'all program'
cuba cari window activativation. kemudia klik dibhagian tersebut.


dan sepatutnya windows anda telah activate  dengan suksesnya, seperti screenshot laptop saya dibawah ini




p/s jika anda ada  sebarang pertayaan boleh  tanya kat kotak komen dibawah. tapi nak bagi amaran ni pastikan anda ikut kesemua step saya terangkan  betul-betul, jangan missing walau satu step pun. jika berlaku apa-apa bukan kesalahan penulis sebab saya da try dan mmg terbukti berkesan dan gambar diatas ni adalah screenshot dari laptop saya sendiri. :) akhir kata selamat mencuba :)

Nama Planet Dalam Sistem Suria Berasal Dari Nama Dewa-Dewi Rom

1 ulasan:

Di dalam ilmu astronomi pun diselitkan unsur-unsur pemujaan berhala dahulu kala. Ianya NYATA pada penggunaan nama-nama yang dijadikan istilah-istilah dalam Astronomi. Itulah agenda tersembunyi Iluminati dalam menyerapkan semua ajarannya dalam apa sahaja perkara yang mereka dapat. Sehinggakan nama-nama planet dalam Sistem Suria kita yang selalu kita sebut pun adalah nama-nama kepada dewa-dewi yang dipuja oleh mereka.

Mercury - Planet Utarid


Mercury adalah seorang utusan, dan seorang dewa perdagangan, keuntungan dan perdagangan, anak Maia Maiestas, juga dikenali sebagai Ops, versi Rom Rhea, dan Jupiter.

Dalam bentuknya yang paling awal, beliau nampaknya berkaitan dengan dewa Etruscan Turms, namun sebahagian besar ciri dan mitologinya dipinjam daripada analogi dewa Greece, Hermes.

Mercury telah aspek dasarnya sama seperti Hermes, mengenakan kasut bersayap talaria dan petasos bersayap, serta membawa caduceus (lambang perubatan), sebatang tongkat dengan dua ular yang terjalin iaitu hadiah Apollo untuk Hermes.Mercury juga dianggap sebagai dewa kelimpahan dan kejayaan komersil, khususnya di Gaul.

Planet Mercury dinamakan sempena namanya kerana Dewa Mercury dikatakan boleh terbang dengan sangat laju. Begitu juga dengan planet Mercury ialah planet yang paling laju mengelilingi matahari berbanding dengan planet-planet lain.


Venus - Planet Kejora


Venus adalah nama kepada dewi Romawi kuno terutama berkaitan cinta, keindahan dan kesuburan, yang memainkan peranan utama dalam banyak festival keagamaan Rom dan mitos. Dari abad ketiga SM, meningkatnya Helenisasi kelas atas Rom dikenalpasti sebagai padanan dari dewi Greek Aphrodite.

Venus merupakan pasangan kekasih kepada Mars. Planet Venus dinamakan sempena namanya kerana planet itu paling cantik.



Earth - Planet Bumi


Beberapa sumber mengatakan bahawa Earth merupakan nama lain kepada Dewi Gaia, Dewi yang menjaga alam semesta dan memberi kemakmuran serta kehidupan. Mungkin, nama itu diberikan kepada planet tempat kita bermukim ini kerana di sini merupakan tempat yang memiliki sumber kehidupan yang sangat penting iaitu, air.

Gaia itu bermakna tanah atau Bumi. Gaia adalah primordial dewi di kuil dewa-dewi Greek kuno dan dianggap sebagai Ibu Dewi atau Dewi Agung.

Dia setara dalam kuil dewa-dewi Romawi iaitu Terra Mater atau Tellus. Romawi, tidak seperti orang Greek, tidak konsisten dalam membezakan Dewi Bumi (Tellus) dengan Dewi gandum (Ceres).




Mars - Planet Marikh


Mars adalah dewa perang Romawi, putera Juno dan Jupiter, suami kepada Bellona, dan kekasih Venus. Dia adalah yang paling menonjol daripada tentera dewa yang disembah oleh legion Romawi. Romawi menganggapnya kedua penting selepas Jupiter (dewa utama mereka). Festival nya diadakan pada bulan Mac (dinamakan untuk dia) dan Oktober.


Tidak seperti Greek, Mars umumnya dihormati dan menyaingi Jupiter sebagai dewa yang paling dihormati. Beliau juga merupakan dewa yang menyelia bandar Rom. Dia dianggap sebagai ayah legenda pengasas Rom iaitu Romulus, diyakini bahawa semua orang Romawi adalah keturunan Mars.

Perang adalah identik dengan darah yang berwarna merah. Maka planet Mars dinamakan sempena namanya kerana planet itu berwarna kemerahan.



Jupiter - Planet Musytari


Dalam mitologi Romawi, Jupiter atau Jove adalah raja para dewa, dan dewa langit dan guruh. Dia adalah Zeus dalam kuil para dewa Greek.

Sebagai dewa pelindung Rom purba, dia memerintah atas hukum dan susunan sosial. Dia adalah ketua dewa Capitoline Triad, dengan saudara / isteri Juno. Jupiter juga adalah ayah kepada dewa Mars dengan Juno. Oleh kerana itu, Jupiter adalah datuk kepada Romulus and Remus, pengasas lagenda Rom.

Dia adalah putera kepada Saturn, bersama dengan saudara-saudara Neptune dan Pluto.Raja dewa ini juga dikatakan bertubuh gergasi, maka sesuailah namanya diletakkan pada planet Jupiter kerana planet ini adalah yang terbesar di dalam Sistem Suria kita.



Saturn - Planet Zuhal

Saturn adalah dewa Rom utama pertanian dan tuaian. Pada abad pertengahan dia dikenali sebagai dewa Rom pertanian, keadilan dan kekuatan; beliau memegang sabit di tangan kiri dan seikat gandum di tangan kanannya. Nama ibunya adalah Helen, atau Hel.


Dia pertama kali diidentifikasi pada zaman klasik Greek dengan dewa Cronus, dan mitologi dari dua dewa yang biasanya dicampur. Isteri Saturn ialah Ops (setara Rhea dalam mitos Romawi). Saturn adalah ayah kepada Ceres, Jupiter, Veritas, Pluto, dan Neptune, antara lain.

Saturn selain digunakan pada nama planet Saturn (Zuhal) , juga digunakan pada hari Saturday (Sabtu).



Uranus - Planet Uranus


Uranus adalah bentuk Latin Ouranos, perkataan Greek untuk langit. Dalam mitologi Greek Ouranos atau Bapa Langit, wujud sebagai anak dan suami dari Gaia, Ibu Bumi (Hesiod, Theogony). Uranus dan Gaia adalah nenek moyang dari sebahagian besar dewa-dewi Greek, tetapi tidak ada kultus ditujukan langsung kepada Uranus selamat ke masa klasik

Kebanyakan orang Greek menganggap Uranus sebagai primordial (protogenos), dan tidak memberinya asal-usul. Di bawah pengaruh para ahli falsafah, Cicero, dalam De Natura Deorum ( "The Nature of the Gods"), mendakwa bahawa dia adalah keturunan dewa-dewa kuno aether dan Hemera, Udara dan Hari.

Menurut Nyanyian Rohani Orphic, Uranus adalah putera personifikasi malam, Nyx. Persamaannya dalam mitologi Romawi iaitu Caelus, juga daripada caelum Perkataan Latin untuk "langit".


Neptune - Planet Neptun


Neptune (Latin: Neptunus) adalah dewa air dan laut dalam mitologi Romawi, saudara kandung Jupiter dan Pluto. Dia adalah seiringan dengan tetapi tidak identik dengan Poseidon dewa mitologi Greek. Konsep Rom Neptune berhutang besar kepada dewa Etruscan Nethuns.

Untuk beberapa waktu ia dipasangkan dengan Salacia, dewi air garam.Neptune berkaitan juga dengan air segar, sebagai lawan kepada Oceanus, dewa dunia-laut. Seperti Poseidon, Neptune juga disembah oleh orang-orang Romawi sebagai dewa kuda, di bawah nama "Neptune Equester" pelindung pacuan kuda.Planet Neptune mempunyai lautan air yang sangat luas, sesuai dengan Dewa Neptune iaitu Dewa Air dan Lautan.


Pluto - Planet Pluto


Pluto adalah dewa dari dunia bawah tanah dan kekayaan. Namanya adalah bentuk Latin Greek Πλούτων (Ploutōn), nama lain yang digunakan Hades dikenal dalam mitologi Greek, mungkin daripada perkataan Greek untuk kekayaan.Hal ini dipertikaikan sama ada di kuil dewa-dewi Rom dia dianggap anak Saturn, dimana Hades daripada Cronus.

Jika demikian, dia mungkin menjadi salah satu anak yang diganyang oleh Saturn, bersama dengan Neptune. Jupiter diselamatkan dan disembunyikan dari Saturn oleh Rhea. Bersama-sama, mereka mewakili bumi, air, dan udara (bukan sebagai elemen tetapi persekitaran).

Pluto juga merupakan Dewa Kematian, Sakit parah, dan mereka yang cedera dalam pertempuran. Maka planet Pluto dinamakan sempena namanya kerana gelap , sejuk dan paling jauh dari matahari.




sumber : diolah dari Wikipedia

Apa Kata Tokoh di Seluruh Dunia Mengenai Islam

Tiada ulasan:
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz.Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat-sihat sentiasa hendaknya . Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa pandangan dan pendapat tokoh dunia mengenai islam. Islam itu sendiri merupakan agama yang syumul (sempurna) dari segala aspek kehidupan manusia   Dan kehebatan agama Islam itu sendiri turut diakui oleh para tokoh dunia dan juga ditakuti oleh mereka dan musuh-musuh Islam terutama mastermind yang ingin menghancurkan islam iaitu yahudi laknatullah dan sekutu-sekutunya . di bawah ini antara beberapa pandangan dari tokoh-tokoh berpengaruh didunia mengenai Islam dan membuktikan bahawa Islam itu satu ancaman bagi mereka ==>


William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan Perdana Menteri Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )



Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.



Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya.”


Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.”


Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”


Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”

W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”

Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.



Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.


Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”


Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”


Dr. Castro – pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka: “ Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya kedapatan dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga entitinya.


Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai Negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama Negara sosialis Israel.”



Callaghanbekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap aqidah Islam yang berleluasa di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut. Juru hebah bertanya beliau tentang topic-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya: “ di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran…” sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut: “ persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”


Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas: “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu: sesungguhnya di sana terdapat aqidah yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.



Jewish Cronical majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di university-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam: “ pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”

Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”

Lawrence Brown – “ pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, manakala Jepun pula, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”

Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason: “ kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”

Pemimpin Tertinggi Imperialis: “ arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

Karl Marxpengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”

Miyenseorang pemimpin di Burma: “ jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
  • 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
  • 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
  • 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
  • 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
  • 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
  • 6) Lemahkan bangsa Arab.
  • 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
  • 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
  • 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
  • 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Kubah Kiamat ( Doomsday Vault ) Di Kutub Utara , Norway

Tiada ulasan:
(Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita serahkan semua urusanNya)



Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.

Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.
Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.

Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.


Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.


Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.



 Dan telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).
Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E. Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam “KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT):


Jenis-jenis Demokrasi

31 ulasan:
Jenis-jenis Demokrasi

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz, untuk entri kali ini entri politik. da lama saya tak kongsikan dengan anda entri berkaitan politik. apa yang ingin saya highlightkan kali ini mengenai jenis-jenis demokrasi yang wujud di dunia ini. Segala info yang saya perolehi ini adalah dari subjek "democracy and democratization" yang saya ambil di U.M ketika saya di tahun 2. so sy ingin kongsikan dengan anda semua jenis demokrasi yang wujud didunia ini. dan saya pasti jika anda search sekarang di internet anda tidak akan jumpa jenis-jenis demokrasi yang saya kongsikan ini. kesemua jenis demokrasi ini adalah berdasarkan term dalam ilmu sains politik dan sumber saya perolehi ini adalah dari buku yang membincangkan mengenai cabang demokrasi secara details dan bukannya memplagiat dari sumber dinternet. sebelum terlupa anda boleh membaca pengenalan mengenai demokrasi di entri saya yang terdahulu.

Dalam praktik ilmu sains politik,  Demokrasi itu sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa jenis Demokrasi. Namun pada awalnya hanya wujud  2 jenis demokrasi didunia ini , iaitu

1) direct democracy : sering digelar sebagai "pure democracy". rakyat sendiri yang akan memilih pemerintah melaui 'assembly' untuk mentadbir negara tanpa melalui perwakilan seperti sekarang. pemilihan ini adalah secara langsung. dan applied kepada sistem ini tidak diamalkan lagi dimana-mana negara di dunia ini. hanya pada zaman yunani dahulu di Athens sistem ini di amalkan.

2)indirect democracy :  dalam bahasa lebih ringkasnya disebut demokrasi berpewakilan atau (representative democracy). Hampir keseluruhan negara didunia ni mengamalkan demokrasi  ini. dalam konteks ini wujudnya instrumen( alat) yang menjadi medium kepada pembentukan sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui parti ini akan ada calon2 yang dilantik, dan rakyat akan memilih calon-calon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilhanraya.


lain-lain pecahan jenis democracy yang wujud ialah :


1) Guided Democracy : atau selalu digelar sebagai Demokrasi Terpimpin, kenapa digelar seperti ini kerana, walaupun wujudnya pilihanraya namun ciri-ciri pemenrintahan lebih bersifat autolitarian. media dikawal, pemerintahan bersifat rejim, kebebasan dalam bersuara disekat. hak asasi manusia dinafikan. pembangkang hampir  tidak wjud kerana peranannya sangat terbatas dan telah disekat sepenuhnya. contoh yang saya boleh berikan seperti di zaman pemerintahan Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos di Filipina.  ketika era rejim mereka telah di diwujudkan Pancasila Democracy dan Martial Law di Filipina. Undang-undang ini digubal sebagai alat untuk memastikan rejim terus berkuasa.


2) Zerorist Democracy: masih mengekalkan ciri demokrasi dalam kerajaan namun segalanya dikawal oleh alat-alat kerajaan bagi memastikan kerajaan yang memerintah akan terus memerintah dengan apa cara sekalipun. walaupun ada kebebasan untuk parti pembangkang tetapi kerajaan sering memerhatikan tindak tanduk mereka. dan apa yang boleh saya highlightkan, pembangkang sebenarnya tiada fungsi yang signifikan dalam kerajaan teruatama suara mereka ini  tidak sampai.


3)semi-democracy : masih wujud nilai-nilai dan ciri-ciri demokrasi namun semuanya terbatas dan dikawal oleh kerajaan. namun tidak layak digelar negara yang betul-betul berdemokrasi kerana sistem pemerintahan adalah bersifat semi-authoritarian. Hal ini kerana, walupun wujudnya pembangkang, namun suara pembangkang disekat. walupun wujudnya media,  tapi media  dikawal kerajaan dan kerajaan menggunakan media sebagai alat untuk menyebarkan berita-berita dan dakyah-dakyah mereka kepada rakyat. meskipun wujud media alternatif  untuk pembangkang menyuarakan kelemahan kerajaan (rulling party) seperti saluran internet, blog-blog politik, namun kerajaan mengawal ketat segala berita yang disebarkan. walaupun hak asasi manusia dilaungkan, sebagai 1 daripada nilai demokrasi yang perlu wujud , namun penggubalan akta-akta tertentu yang menyekat kebebasan rakyat, sejelasnya merupakan pencabulan hak asasi manusia.

4) Pseudo-democracy : dalam makna yang mudah ialah berpura-pura berdemokrasi, . dalam konteks ini, demokrasi ini tidak langsung memiliki 'sense of democracy' (nilai demokrasi) yang perlu ada, cuma yang ada adalah pilihanraya seolah mereka ini negara berdemokrasi kerana rakyat mempunyai hak memilih.  namun pilihanraya yang diadakan lebih kepada 1 tipu helah untuk mengaburkan mata rakyat.  rakyat akan beranggapan mereka mempunyai hak memilih  namun sebenarnya wakil-wakil rakyat dan pembangkang yang ada telah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah. nilai demokrasi langsung tidak wujud dan selepas berkuasa. pilihanraya yang tidak telus dan sistem yang diamalkan tidak mengikut lunas demokrasi. mengamalkan corak pemerintahan authoritarian atau semi authoritarian. semua akses disekat dan dikawal oleh kerajaan sama seperti guided democracy. pembangkang yang wujud menjadi boneka kerajaan yang memerintah sebenarnya.

5) statist democracy : term demokrasi ini sering digunakan untuk membezakan antara semi-democracy (quasi democracy). term ini telah digunapakai oleh sarjana William Case untuk menilai tahap jenis demokrasi terutama di malaysia dalam sebuah artikelnya.  Dalam statist democracy, pemegang kuasa ( kerajaan) mempunyai hak dalam menentukan peraturan politik. walaupun demikian ada perbezaannya statist democracy dengan semi-democracy , antaranya kewujudan pembangkang diiktiraf, dan rakyat mempunyai hak untuk mengundi merangkumi semua etnik. dan dalam masa yang sama berdasarkan statist democracy ini, dijelaskan wujudnya sistem personal , iaitu satu parti satu negeri yang mempunyai identiti dominan disesebuah negeri. that meants, meskipun kerajaan (rulling party) mempunyai kuasa dalam negara. namun kerajaan tidak mempunyai kuasa yang sepenuhnya di negeri2 yang dikuasai pembangkang. kerana kuasa kerajaan di negeri yang dikuasai pembangkang hanya tertakluk pada senarai persekutuan dan senarai bersama sahaja. bidang kuasa kerajaan negeri ditentukan oleh opposition party sendiri. sbg contohnya PAS yang mempunyai kuasa dan lebih dominan di negeri Kelantan.

6) liberal democracy : inilah tahap demokrasi yan ideal. that meants applied kepada liberal democracy ini mempunyai sense of democracy (nilai-nilai demokrasi) seperti yang diterapkan dalam sesebuah sistem demokrasi yang sebenar ( pure democracy).
berdasarkan jenis demokrasi ini, rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk bersuara, kebebasan berpolitik, kebebasan berhimpun, hak asai manusia dijamin, ketelusan dalam pilihanraya. dan apa yang ingin saya highlightkan dalam jenis demokrasi ini, negara yang mencapai tingkat jenis demokrasi ini, mempunyai kematangan politik yang tinggi. dan dalam masa yang sama, jurang antara kaum telah dihapuskan, 1 gagasan ideologi politik telah terbina dikalangan rakyat. negara yang boleh saya berikan contoh yang telah mencapai tahap jenis ini adalah Amerika Syarikat, dan di Asia Tenggara adalah Indonesia, dan Thailand. namun terdapat kelemahan yang ketara dalam jenis demokrasi ini. terutamanya kerajaan dengan semudahnya mampu ditumbangkan melalui revolusi.


actually apa yang saya jelaskan mengenai jenis demokrasi diatas adalah basic sahaja, jika saya ingin kupas dan jelaskan lebih details satu persatu jenis demokrasi diatas , sangat panjang lebar penerangannya. dan jika anda ingin sebarang artikel ,slideshow presentation dan tugasan saya mengenai topik ini. sy boleh berikan kepada anda.
dan jika anda ingin mengetahui sebarang info yang berkaitan cabang pengenalan ilmu politik yang lain. saya boleh kongsikan jika berkenaan dan saya mempunyai ilmu mengenainya :).

p/s :  2 rujukan terbaik saya syorkan untuk mndalami cabang demokrasi adalah buku ' The Third Wave’: Democratization in the late twentieth century'  tulisan Samuel P.Huntington dan buku 'Democracy and Critics'  tulisan Robert A.Dahl

Si Bongkok Tanjung Puteri Pahlawan Negara

Tiada ulasan:



ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.

Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.

 “Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.

Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.

“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.

Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

Lirik lagu Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri

Selat Tebrau airnya biru

Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri

Taman hiburan indah berseri

Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )

Tanjung Sekijang nun di kuala

Tempat nelayan mengail gelama

Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit

Singgah Stulang membeli kopi

Pusara Si Bongkok di lereng bukit

Di tepi pantai Tanjung Puteri

Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas

“SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.

Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.

Pusara Si Bongkok di kaki bukit Tanjung Puteri

Pusara Si Bongkok di kaki bukit Tanjung Puteri

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.

“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.

Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.

Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.

Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah
lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.

“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.

“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.

Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya