iklan baris

Memaparkan catatan dengan label topik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label topik. Papar semua catatan

Menyemai budaya ilmu : Apakah Sumbangan Kita

Tiada ulasan:

"Antara subjek bahasa melayu dan bahasa Inggeris mana lebih susah ?", tanya seorang penjual otak-otak kepada seorang kanak-kanak lelaki kecil (mungkin anaknya) yang masih dibangku sekolah. "Bahasa melayu" jawab anak kecil itu pantas. Perbualan itu menggamit perhatianku yang ketika itu sedang menunggu beberapa cucuk sate yang dipesan di gerai sebelah buat makan malam. Tersenyum aku mendengar jawapan balas si anak kecil itu.

Berada berhampiran dengan si penjual otak-otak itu, aku tidak dapat tidak, terdengar akan perbualan mereka berdua. Si 'ayah' tadi kelihatan sangat peka akan soal pelajaran si 'anak' tadi. Si ayah menggalakkan agar si anak melakukan terbaik yang untuk pelajarannya di sekolah sambil menceritakan pengalaman peribadinya semasa di sekolah dahulu. Ini membuatkan aku terfikir sejenak dan dalam masa yang sama, teringatkan akan pesan ayahku sendiri ketika aku masih dibangku sekolah.

Alhamdulillah, di zaman yang mana hiburan sangat berleluasa mengembangkan sayapnya melalui semua jenis media, masih ada ibu bapa yang sedar akan pentingnya pendidikan. Anak adalah ibarat kain putih, apa sahaja yang kita corakkan padanya akan membentuk peribadinya.

Dari Al-Aswadi bin Surai'e bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Al-Imam At-Tabrani).

Pendidikan sangat penting kerana melaluinya, pelbagai ilmu dapat dikuasai. Pernyataan ini mungkin suatu cliche, namun ia suatu cliche yang sangat benar. Ilmu membentuk peribadi seseorang kearah menjadi seorang insan yang boleh menyumbang kearah pembangunan sesebuah keluarga, organisasi dan juga negara. Ini kerana, untuk melakukan sesuatu, kita perlu kepada ilmu. Untuk menyediakan mi segera juga perlu kepada ilmu (e.g. cara nak panaskan air, rebus mi supaya mi tersebut masak dengan elok, tidak mentah ataupun terlebih masak.. dan sebagainya) apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja lain yang jauh lebih rumit dan kompleks.



Kanak-kanak tidak mengetahui akan kepentingan ilmu di dalam kehidupannya kerana kebolehan mereka untuk berfikir masih berada di tahap yang rendah. Kepentingan untuk cinta akan ilmu dengan itu perlu dipupuk oleh ibu bapa. Ibu-bapa perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memupuk minat terhadap ilmu kepada anak masing-masing melalui pelbagai cara.

Berbalik kepada kisah di penjual otak-otak tadi, saya berasa terharu dengan peranan yang dimainkannya di dalam memupuk minat si budak kecil tadi kepada ilmu. Peranannya mungkin tidak sehebat para pendidik yang lain. Beliau hanyalah seorang penjaja kecil di tepi jalan, tiada gaji, tiada elaun, dan tiada hari istimewa untuk menyambut pekerjaannya (seperti hari guru). Namun beliau sedar akan pentingnya ilmu dan berusaha memainkan peranannya di dalam membentuk masyarakat yang berilmu.

p/s : Sudahkan anda melakukan sesuatu untuk membentuk masyarakat berilmu?

Rahsia Disebalik Tarian Poco-Poco.Benarkah ia Haram ?

20 ulasan:

Salam wat semua rakan bloggerz. apa khabar anda? . entri kali ini telah mmbngkitkan sy dr lena dan mmbuat sy rasa terkejut. mungkin anda pun trkjut membaca tajuk entri ini kan? mungkin ada yang telah mengetahuinya anyway teruskan lagi pembacaan anda.

arini  saya ingin kongsikan dgn anda semua tentang rahsia disebalik tarian poco-poco yang popular dan glamer sekarang ni ditarikan oleh segenap lapisan masyarakat dr yg muda smpai ke tua yg beragama islam terutama ketika manghadiri kursus, 
senaman aerobik, dan sering juga ditarikan dalam majlis keramaian, minggu haluansiswa dan majlis sewaktu dengannya.



 
gambar tarian poco2 diambil  dr google image
Tarian poco-poco buat pengetahuan anda sebenarnya berasal dari Filipina dan bukanlah berasal dari Indonesia seperti yang kita sangkakan . Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk tanda SALIB. !!!!!

Mungkin kita semua tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa lagi-lagi sesuatu berbentuk tarian dgn muzik mengasyikkan. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama lain maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai unsur agama Hindu. 
Saya dulu pernah terfikir jgak, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman kerana seolah-olah seperti membentuk satu kombinasi pelik.  dan bila saya perhatikan dengan teliti video tarian ini dari sudut atas jelas bahawa ia membentuk simbol salib. anda nk tgk search je kat youtube taip keyword tarian poco-poco
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.  dan sy sendri pun pernah menarikan tarian ini ketika di minggu haluansiswa kerana kejahilan sy dan tidak mengetahui apa sebnarnya diseblik tarian ini. celaka la agen2 laknatullah ni, sy pun da trkena :(


sources : kredit to pakarhowto.com /sumber diolah ke bahasa Melayu dari website ini


p/s:  kalau korang ada laman sosial sebar2kanlah ye info ini. share info ini.  inilah cara terbaru musuh2 islam, dajal2 kecil ni menggunakan tarian as senjata halus untk memesongkan akidah umat islam sekaligus menjahanamkan umat islam dan agama islam.