iklan baris

Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

9 Pembaziran Tanpa Disedari Dalam Hidup

Tiada ulasan:


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ialah ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan  merupakan murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah  pernah mengatakan terdapat 9 jenis pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia dalam hidup mereka . Berikut merupakan pembaziran tersebut iaitu :-


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak digunakan untuk tujuan dan jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir dan sia-sia jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.


Masa.
Membazir dan sia-sia jika tidak digunakan dan diurus sebaiknya masa tersebut.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah swt.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada sesuatu yang tidak berfaedah dan perkara tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


.Cinta.Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama dan sesuatu yang bermanfaat.


Zikir .
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .



Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam dalam karyanya Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan minda . Makruh hukumnya.

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Tiada ulasan:




Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.

Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”


Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.pernahkah anda terfikir apakah nilai sebenar isteri bagi anda yang bergelar suami ? renung-renungkan .Sayangilah isteri anda .

Jadilah Wanita Seperti Pohon Semalu..

1 ulasan:


Wanita jadilah seperti Pohon Semalu..Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek


✔ ✿ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


✔ ✿Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


✔ ✿ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


✔ ✿ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.. .

itulah perumpaan yang boleh diambil pengajaran mengenai pohon semalu ini.


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang”. (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.