iklan baris

Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan

Misteri Tengkorak Kristal

Tiada ulasan:




TERDAPAT beberapa replika tengkorak kristal yang merupakan salah satu objek berkuasa luar biasa dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Tengkorak kristal dipercayai merupakan replika tengkorak manusia tertua yang wujud. Kebanyakannya diukir dan dipahat daripada ketulan kristal dalam batu kuarza kerana mempercayai batu ini dapat menangani masalah fizikal dan mental manusia.

tengkorak kristal


Tengkorak kristal yang dianggap legenda dan terkenal adalah tengkorak kristal Mitchell-Hedges. Dinamakan sempena seorang arkeologi British F. Albert Mitchell-Hedges  dan berasal dari Amerika Tengah. Ia ditemui di Lubaantum, sebuah kota Mayan purba yang terletak di Belize (British Honduras) pada tahun 1924.

Perkara yang menakjubkan tentang artifak tengkorak kristal ini adalah seni pertukangannya yang begitu teliti dan menyerupai tengkorak yang sebenar, lengkap dengan tulang rahang yang boleh dikeluarkan.

Anak perempuan Albert, Anna Mitchell-Hedges mendakwa, apabila dia tidur berhampiran tengkorak kristal, dia bermimpi tentang tamadun-tamadun India purba dan boleh menggambarkan kehidupan mereka secara terperinci.Tiada kesan calar

Pada 1964 sebuah syarikat komputer yang terbesar, Hewlett-Packard telah menjalankan satu uji kaji ke atas tengkorak kristal tersebut. Syarikat tersebut membuktikan bahawa tengkorak kristal yang mempunyai berat 11 pound itu tidak mempunyai kesan calar walaupun dilihat melalui mikroskop.

Ini membuktikan tiada penggunaan bahan logam dalam mencipta tengkorak kristal manakala bahan kristal yang digunakan adalah lebih halus daripada berlian. Kajian tersebut juga mengatakan usia tengkorak kristal tidak dapat dijangka. Jenis kristal kuarza yang terdapat pada tengkorak kristal itu juga mampu menjana elektrik dan menyerupai bateri kerana terdapat kutub positif dan kutub negatif.

Teknik ukiran yang terdapat pada tengkorak kristal tersebut menentang axis batu kristal yang kebiasaannya tidak dilakukan kerana ia akan memecahkan batu kristal. Terdapat beberapa lagi tengorak kristal yang sama dengan tengkorak Mitchell-Hedges iaitu tengkorak kristal Rose Quartz, tengkorak Aztec, tengkorak kristal Texas, tengkorak kristal Mayan dan tengkorak Amethyst.

Pada akhir kurun ke-19 fenomena tengkorak kristal mula menjadi tumpuan orang ramai. British Museum di Britain adalah antara muzium pertama mempamerkan tengkorak kristal yang paling menyamai saiz tengkorak manusia sebenar

Benarkah Besi Berasal Dari Langit ?

1 ulasan:
Assalamualaikum dan salam ukhwahfillah..

Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3). Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:

"…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…

( Surah Al-Hadiid ayat 25 )

logam besi


Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan "DITURUNKAN" ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.


asal-usul besi


Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan "BIG BANG". Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:

Dan apaka orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah "SUATU YANG PADU", kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30

Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil "NEBULA". Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu "MASIH MERUPAKAN ASAP"
Surah Al-Fushshiilat ayat 11

Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.



Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:

Teras Luar:
* kedalaman 2900 - 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 - 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu

Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 - 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 - 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu

Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.

Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi????? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.

Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. ~wallahualam~


Sumber:

Al-Quran
Encyclopaedia Britannica - Universe
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bijih_besi
Nota Asas Geologi Dan Perlombongan

Misteri Tinggalan Keris Di Dasar Laut Jepun

Tiada ulasan:




Jika dilihat kepada kukuh dan utuhnya besi keris purba yang dijumpai setelah terendam ratusan atau mungkin ribuan tahun di dasar lautan itu seperti dalam gambar di atas,dapatlah kita simpulkan bahawa keris itu bukanlah sembarangan keris. Kalau tidak masakan ia masih dalam keadaan baik,tidak berkarat atau sudah hancur lebur dalam air laut masin itu!

Teliti baik-baik keris di atas, ia ber-luk sembilan, sudah tentu ia adalah sebilah keris kebesaran! Kalau keris untuk bertikam sudah tentu keris itu ber-luk tujuh. Biasanya orang besar dulu-dulu seperti sultan atau pembesar negeri selalu membawa dua bilah keris- satu untuk bertikam atau melindungi diri dan satu lagi untuk menunjukkan pangkat kebesaran mereka.Keris ber-luk tujuh diselit di pinggang, manakala yang ber-luk sembilan dibawa di tangan atau diusung dengan penuh kehormatan mengiringi perjalanan mereka!lihat majlis pertabalan raja-raja di Negara kita!

Saya tidak pasti keris Taming Sari itu ber-luk tujuh atau ber-luk sembilan.Mungkin para pembaca semua boleh menolong saya dengan memberi komen disini.

Manusia dan besi tidak boleh dipisahkan.Allah telah menurunkan satu surah di dalam Al-Qur an khas berkaitan dengan besi iaitu Surah al- Hadid (besi).Besi adalah kurniaan Allah yang merupakan pokok kekuatan untuk membela agama Allah dan memenuhi keperluan hidup manusia.


“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”
Surah Al-hadid, ayat 25.

Sejarah meriwayatkan Nabi Daud a.s telah diberi mukjizat oleh Allah swt berupa kemahiran pertukangan besi ,membuat baju besi dan senjata .Besi juga boleh menjadi cair di tangan baginda!Mungkin baginda juga mahir dalam teknik yang dikenali dewasa ini sebagai teknik Orichalcum iaitu mencampurkan alloy kedalam campuran besi untuk membentuk besi teguh .
'Orichalcum' merupakan istilah latin untuk peleburan logam(pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.

Contoh besi yang terhasil dari teknik ini ialah keris picit atau lebih dikenali dengan “Jawa Picit” menghasilkan besi campuran alloy keris yang biasanya berwarna hitam, keras dan mampu bertahan hingga ribuan tahun.Jika di teliti betul-betul jawa picit yang asli,kita boleh melihat bekas-bekas urat jari tangan si empu keris melekat di keris yang ditempa oleh mereka.Ada juga pendapat yang mengatakan jawa picit dihasilkan ketika seseorang melakukan upacara bertapa .

Gambar dibawah ini ialah sebilah “Jawa Picit” milik peribadi saya(sebagai contoh sahaja) yang saya warisi dari keturunan sebelah ibu saya.Saya tidak pasti adakah ia “Jawa Picit” tulen berumur ratusan tahun atau sebaliknya.Mungkin saudara pembaca semua yang mahir dalam bab besi boleh membantu saya dengan memberi komen di sini.

[Mengenai keris ini, banyak yang menyangsikan apakah sejak awalnya memang telah diletakkan di tengah lubang stupa induk Candi Borobudur. Barnet Kempres sendiri menduga keris itu diletakkan oleh seseorang pada masa-masa kemudian, jauh hari setelah Candi Borobudur selesai dibangun. Jadi bukan pada waktu pembangunannya.

Ada pula yang menduga, budaya keris sudah berkembang sejak menjelang tahun 1.000 Masehi. Pendapat ini didasarkan atas laporan seeorang musafir Cina pada tahun 922 Masehi. Jadi laporan itu dibuat kira-kira zaman Kahuripan berkembang di tepian Kali Brantas, Jawa Timur. Menurut laporan itu, ada seseorang Maharaja Jawa menghadiahkan kepada Kaisar Tiongkok "a short swords with hilts of rhinoceros horn or gold (pedang pendek dengan hulu terbuat dari dari cula badak atau emas). Bisa jadi pedang pendek yang dimaksuddalam laporan itu adalah protoptipe keris seperti yang tergambar pada relief Candi Borobudur dan Prambanan.

Sebilah keris yang ditandai dengan angka tahun pada bilahnya, dimiliki oleh seorang Belanda bernama Knaud di Batavia (pada zaman Belanda dulu). Pada bilah keris itu selain terdapat gamabar timbul wayang, juga berangka tahun Saka 1264, atau 1324 Masehi. Jadi kira-kira sezaman dengan saat pembangunan Candi Penataran di dekat kota Blitar, Jawa Timur. Pada candi ini memang terdapat patung raksasa Kala yang menyandang keris pendek lurus.

Gambar yang jelas mengenai keris dijumpai pada sebuah patung siwa yang berasal dari zaman Kerajaan Singasari, pada abad ke-14. Digambarkan dengan Dewa Siwa sedang memegang keris panjang di tangan kanannya. Jelas ini bukan tiruan patung Dewa Siwa dari India, karena di India tak pernah ditemui adanya patung Siwa memegang keris. Patung itu kini tersimpan di Museum Leiden, Belanda.

Pada zaman-zaman berikutnya, makin banyak candi yang dibangun di Jawa Timur, yang memiliki gambaran keris pada dinding reliefnya. Misalnya pada Candi Jago atau Candi Jajagu, yang dibangun tahun 1268 Masehi. Di candi itu terdapat relief yang menggambarkan Pandawa (tokoh wayang) sedang bermain dadu. Punakawan yang terlukis di belakangnya digambarkan sedang membawa keris.
Begitu pula pada candi yang terdapat di Tegalwangi, Pare, dekat Kediri, dan Candi Panataran. Pada kedua candi itu tergambar relief tokoh-tokoh yang memegang keris. Cerita mengenai keris yang lebih jelas dapat dibaca dari laporan seorang musafir Cina bernama Ma Huan. Dalam laporannya Yingyai Sheng-lan di tahun 1416 Masehi ia menuliskan pengalamannya sewaktu mengunjungi Kerajaan Majapahit. Ketika itu ia datang bersama rombongan Laksamana Cheng-ho atas perintah Kaisar Yen Tsung dari dinasti Ming.

Di Majapahit, Ma Huan menyaksikan bahwa hampir semua lelaki di negeri itu memakai pulak, sejak masih kanak-kanak, bahkan sejak berumur tiga tahun. Yang disebut pulak oleh Ma Huan adalah semacam belati lurus atau berkelok-kelok. Jelas ayang dimaksud adalah keris.
Kata Ma Huan dalam laoparan itu: These daggers have very thin stripes and within flowers and made of very best steel; the handle is of gold, rhinoceros, or ivory, cut into the shapeof human or devil faces and finished carefully.

Laporan ini membuktikan bahwa pada zaman itu telah dikenal teknik pembuatan senjata tikam dengan hiasan pamor dengan gambaran garis-garis amat tipis serta bunga-bunga keputihan. Senjata ini dibuat dengan baja berkualitas prima. Pegangannya, atau hulunya, terbuat dari emas, cula badak, atau gading.
Tak pelak lagi, tentunya yang dimaksudkan Ma Huan dalam laporannya adalah keris yang kita kenal sekarang ini. Gambar timbul mengenai cara pembuatan keris, dapat disaksikan di Candi Sukuh, di lereng Gunung Lawu, di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pada candra sengkala memet di candi itu, terbaca angka tahun 1316 Saka atau 1439 Masehi.

Misteri Batu Bersurat Ebla

1 ulasan:


BERASAL dari masa sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla memberikan keterangan teramat penting mengenai sejarah agama-agama. Aspek terpenting mengenai batu bersurat Ebla, yang ditemui para ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi asas perbahasan dari banyak kajian dan perdebatan, adalah terdapatnya nama tiga orang nabi yang disebutkan dalam kitab-kitab suci. Penemuan batu bersurat Ebla setelah ribuan tahun dan maklumat yang dikandungnya sungguh penting dari sudut pandang peranannya dalam memperjelaskan kedudukan geografi kaum-kaum yang disebutkan dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla adalah sebuah kerajaan yang meliputi suatu wilayah yang di dalamnya termasuk ibu kota Syria, Damaskus, dan Turki bahagian tenggara. Kerajaan ini mencapai puncak kejayaan di bidang kebudayaan dan ekonomi, namun selepas itu, sebagaimana yang menimpa banyak peradaban besar, menghilang dari pentas sejarah. Jelas dari catatan yang ada bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat utama kebudayaan dan perdagangan pada masanya. (Ebla, Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2. 0, SoftKey Multimedia Inc.)

Penduduk Ebla memiliki sebuah peradaban yang membina lembaga-lembaga arkib negara, mendirikan perpustakaan-perpustakaan dan mencatat aneka perjanjian perdagangan secara tertulis. Mereka bahkan memiliki bahasa mereka sendiri, yang disebut sebagai Eblaite.

Sejarah Agama-Agama Zaman Dahulu


Peranan penting Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai sebuah kejayaan besar bagi arkeologi klasik ketika pertama kali ditemui tahun 1975, mengemuka dengan ditemui sekitar 20,000 batu bersurat dan penggalan tulisan paku. Naskhah ini empat kali lebih banyak daripada seluruh naskhah bertulisan paku yang diketahui para pakar arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Ketika bahasa yang digunakan dalam batu-batu bersurat tersebut diterjemahkan oleh seorang berkebangsaan Itali Giovanni Pettinato, penterjemah naskhah-naskhah kuno dari Universiti Roma, nilai penting batu bersurat tersebut semakin difahami. Penemuan Kerajaan Ebla dan kumpulan naskhah negara yang luar biasa tersebut tidak hanya menarik perhatian di bidang arkeologi, tetapi juga bagi kalangan agamawan. Hal ini disebabkan selain nama-nama seperti Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berperang bersama Nabi Dawud, batu-batu bersurat ini juga menuliskan nama-nama nabi yang disebutkan di dalam tiga kitab suci iaitu Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Dawud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il). - (Howard La Fay, ‘Ebla: Splendour of an Unknown Empire,’ National-Geographic Magazine, December 1978, h. 736; C. Bermant and M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld and Nicolson, Great Britain, h. 184.)

Pentingnya Nama-Nama Yang Disebut Dalam Batu Bersurat Ebla


Nama para nabi yang ditemui dalam batu bersurat Ebla memiliki nilai terpenting kerana ini adalah kali pertama nama-nama tersebut dijumpai dalam naskhah bersejarah setua itu. Maklumat ini, yang berasal dari zaman 1500 tahun sebelum Taurat, sangatlah mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim di dalam batu bersurat tersebut menyatakan secara tertulis bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawanya telah ada sebelum Taurat.

Para sejarawan mengkaji batu bersurat Ebla dari sudut pandang ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misi yang diembannya menjadi bahan kajian dalam kaitannya dengan sejarah agama-agama. David Noel Freedman, pakar arkeologi dan pengkaji Amerika mengenai sejarah agama-agama, melaporkan berdasarkan kajiannya nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail di dalam batu bersurat tersebut. (Bilim ve Teknik magazine (Science and Technology), No. 118, September 1977 and No. 131 October 1978)




Nama-Nama Lain Dalam Batu Bersurat


Sebagaimana disebutkan di atas, nama-nama yang ada di dalam batu bersurat adalah nabi-nabi yang disebutkan di dalam tiga kitab suci, dan batu bersurat tersebut jauh lebih tua daripada Taurat. Selain nama-nama ini terdapat juga perkara-perkara lain dan nama-nama tempat di dalam batu bersurat tersebut, yang dengannya dapat diketahui bahawa penduduk Ebla adalah para pedagang yang sangat berjaya.

Nama Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang tidak terlalu jauh letaknya dari Ebla, juga terdapat di dalam tulisan tersebut, yang menunjukkan bahawa penduduk Ebla memiliki hubungan yang sangat baik dengan tempat-tempat tersebut di bidang perdagangan dan kebudayaan.

Satu perincian penting yang diketahui dari batu bersurat tersebut adalah nama-nama wilayah seperti Sodom dan Gomorrah, tempat tinggal kaum Luth. Diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah adalah sebuah wilayah di pesisir Laut Mati tempat bermukimnya kaum Luth dan tempat di mana Nabi Luth mendakwah risalahnya dan menyeru masyarakat untuk hidup mengikuti nilai-nilai ajaran agama.

Selain dua nama ini, kota Iram, yang tercantum di dalam ayat-ayat Al-Quran, juga di antara yang tersebut di dalam batu bersurat Ebla. Aspek paling penting untuk dicermati dari nama-nama ini adalah bahawa selain dari naskhah-naskhah yang disampaikan oleh para nabi, nama-nama tersebut belum pernah muncul di dalam mana-mana naskhah pun sebelumnya.

Ini adalah bukti tertulis penting yang menunjukkan bahawa para nabi yang mendakwahkan risalah satu agama yang benar pada masa itu telah mencapai wilayah-wilayah tersebut. Dalam sebuah tulisan di majalah Reader’s Digest, tercatat pada masa itu bahawa terdapat pergantian agama dari penduduk Ebla selama masa pemerintahan Raja Ebrum dan bahawa masyarakat mulai menambah imbuhan di hadapan nama-nama mereka dalam rangka meninggikan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Allah Adalah Benar


Sejarah Ebla dan batu bersurat Ebla yang ditemui selepas 4,500 tahun sesungguhnya mengarahkan kepada satu kebenaran yang amat penting: ‘Allah s.w.t telah mengirim utusan-utusan kepada penduduk Ebla, sebagaimana yang Dia lakukan kepada setiap kaum, dan para utusan ini menyeru kaum mereka kepada agama yang benar. Sebahagian orang memeluk agama yang sampai kepada mereka sehingga mereka berada di jalan yang benar, sedangkan yang lain menentang risalah para nabi dan lebih memilih kehidupan yang nista.’

Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala sesuatu di antara keduanya, mewahyukan kenyataan ini dalam Al-Quran: ‘Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu’, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).’ (surah An Nahl, 16: 36)

Misteri Lagenda Burung Al-Anqa'

Tiada ulasan:






Anqa’ adalah seekor burung besar yang misteri dalam manuskrip kuno yang tercatat dalam teks Arab kuno dari Timur Tengah. Burung Lagenda ini pernah disebutkan namanya dalam buku karya Zakariya al-Qazwini yang berjudul "Aja’ib al-Makhluqat wa-Ghara’ib al-Mawjudat" yang bermaksud "Makhluk-makhluk Ajaib dan Hal-hal Aneh yang Ada". Menurut manuskrip Mesir kuno tersebut, burung lagenda ini dikisahkan memiliki tubuh yang sangat besar, sehingga mampu membawa seekor gajah dengan cakarnya yang tajam. Sumber-sumber kuno ini menjelaskan bahawa masyarakat arab ketika itu ada yang menganggap Burung Anqa' sebagai makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah.


Al-Kisa'i mengisahkan bahwa burung ini tinggal di sebuah gunung tinggi yang bernama Gunung Falaj. Apabila burung itu terbang, maka ia sanggup menutup matahari seperti awan. Bulunya memiliki warna yang sangat banyak, lehernya seperti leher unta, memiliki empat sayap, dua panjang serta dua lagi ukurannya lebih pendek.


 Disebutkan juga burung tersebut pernah ada pada zaman Nabi Hanzhalah dengan umatnya yang di kenali Ashab ar-Rass, ia berhasil membunuh burung ini dengan cara meminta doa kepada Allah untuk mematikan dan memutuskan keturunannya. Allah pun mengabulkan permintaan Nabi Hanzhalah, akhirnya burung besar tersebut terbakar hingga musnah semua keturunannya. Begitulah penamatnya  Burung Anqa’ menurut legenda Arab.

Lagenda kuno Burung Anqa’ ini dilihat memiliki banyak persamaan  dengan Kisah Phoenix yang mati terbakar. Bezanya hanya Phoenix kemudian dikisahkan lahir kembali setelah kematiannya melalu api. Sejarawan moden juga mencatat banyak kesamaan antara Anqa' yang dianggap sebagai burung paling terkenal yang pernah menguasai langit Arab dengan Rukh atau Burung Simurgh binatang raksasa yang berbulu tebal.


Kota Pompeii Dan Misteri Disebaliknya

3 ulasan:
Kota Pompeii : Kehancuran dan Misteri Disebaliknya


kota pompeii




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Barangkali subjek mengenai kota Pompeii telah sering kali dibincangkan. Kerap kali juga dilihat isu Pompeii diutara dan dibahas dalam blog-blog serta forum-forum. Kemungkinan subjek mengenai Pompeii ada tarikan tersendiri. Dan Untuk perkongsian kali ini , entri yang saya kongsikan ini akan memaparkan fakta dan misteri  disebalik kehancuran Pompeii dan beberapa persoalan lain yang lebih berat akan saya bincangkan termasuklah siapakah utusan Allah swt di kota Pompeii  ini . dan segala fakta yang akan diketengahkan dikongsikan ini akan mencabar daya analitikal anda dalam merungkai misteri ini . dan topik kali ini agak berat sikit , diharap anda akan meneruskan pembacaan sehingga tamat .

Mengikut para sejarawan,  Kota Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan agama.!

gambar bandar Pompeii
lakaran gambaran peta bandar metropolis pompeii


Masyarakat Pompeii begitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma kehidupan masyarakat.



tinggalan kota pompeii
tinggalan kota metropolitan pompeii 



Saya sendiri sepertimana ramai yang lain begitu tertarik dengan apa yang terdapat di Pompeii. Pompeii maju, budaya sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka runtuh.! Di sini adalah titik permulaan daya tarikan Pompeii pada kaca mata penulis.







Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD?


Peristiwa Pada 79AD

Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam.

gambaran letusan gunung vesuvius yang meranapkan bandar pompeii


Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium. Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut.

gambaran ilustrasi kehancuran Pompeii



Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.




Penemuan Yang Mengejutkan

Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD. Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut as di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.



gambar diatas ini bukanlah arca patung manusia tetapi  merupakan mayat manusia yang terawet kesan dari letusan gunung berapi.


Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan. Dalam firman Allah swt:

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka, engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun daripada orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam ayat 98)

Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan pelacuran telah membuatkan ramai cendeakiawan agama tergamam seketika. Berginilah agaknya harga sebuah kemodenan.




Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah. Pembaca lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan di atas. Cubalah nilai sendiri dengan iman para pembaca.

Kemungkinan Telah Diturunkan Seorang Rasul Di Pompeii

Rasul ditugaskan Allah swt untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa. Rasul diutuskan di setiap umat sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (Surah Yunus 10 : 47)

Rasullulah saw adalah rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi. Rasullah saw adalah Rasul yang diutuskan Allah swt ke atas kaum Arab Quraisy dan seluruh umat manusia. Rasullulah saw adalah daripada suku kaum Arab Quraisy. Menurut Rasullulah saw, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124,000 orang dan bilangan rasul adalah 313 orang. Namun, bilangan yang wajib kita imani adalah sebanyak 25 orang sahaja. 

Utusan-Utusan Allah Di Setiap Tamadun

Orang Yahudi pula membahagikan para nabi mereka kepada dua iaitu major prophet dan minor prophet. Daripada bangsa Israel, diutus oleh Allah swt berpuluh-puluh orang Rasul dan Nabi dek kerana kedegilan bangsa mereka sendiri. Direkodkan di dalam kitab suci mereka, kekadang, dalam satu-satu masa, terdapat dua hingga tiga orang Rasul diutuskan kepada bangsa mereka seperti Musa as, Harun as dan Yusak as, Lut as dan Ibrahim as, Ilyas as dan Ilyasa’ as dan Ezekiel as(Zulkifli as) dan Daniel as dan ramai lagi.

Di India, dipercayai bahawa Krishna dan Buddha adalah rasul yang diutuskan Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus. Krishna dan Buddha tidak pernah menyuruh pengikut mereka menyembah mereka apatah lagi menyuruh pengikut mereka membina patung.

Begitu juga di China, dipercayai bahawa Confusius (pengasas fahaman Confusius) dan Lao Tzu (pengasas fahaman Toisme) adalah salah seorang utusan Allah swt. Mereka adalah antara figura penting dalam masyarakat China . Fahaman mereka tersebar luas hingga ke Mongolia malah ke Jepun. Fahaman mereka mempunyai asas tauhid sepertimana agama-agama monotheism yang lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian. Ini menambahkan keyakinan bahawa mereka berdua adalah utusan Allah swt untuk masyarakat tamadun China.


Di Yunani pula, Socrates adalah watak utama dalam menentang ajaran agama Pagan. Paganisme pada masa itu adalah kebal dan susah untuk dihapuskan. Socrates menentang penyembahan berhala dan mempersoalkan penyembahan serta korban kepada berhala Zeus, Artemis dan sebagainya. Socrates yang terkenal dengan sikap lantangnya akhirnya dipaksa meminum racun oleh para pembesar Yunani pada masa itu. Sebenarnya beliau mampu untuk melarikan diri, namun beliau berkeras menolaknya kerana tidak mahu dilihat penakut. Inilah ciri-ciri seorang Rasul. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun tersebut.


Di Parsi telah lahir seorang bernama Zoroaster. Zoroaster adalah pengasas agama Zoroasterian dan akhirnya telah terpesong juga agama ini dengan pengikutnya menyembah api. Menurut Al-Tabari, Zoroaster adalah nama lain bagi Zaradusht bin Isfiman.

Di Mesir purba, lahir seorang firaun yang menyeru pengikut mereka menyembah tuhan yang Esa. Firaun itu digelar Akhenaton. Firaun ini adalah bapa kepada Tutankhamun yang terkenal itu. Dipercayai , Akhenaton juga adalah seorang Rasul. Walaubagaimanapun, seruan beliau tidak berjaya kerana dikhianati oleh paderi-paderi yang masih tegar dengan ajaran agama Pagan. Akhirnya, beliau dibunuh dan diganti dengan Tutankhamun yang masih muda .


Rasul dan Nabi yang diperkatakan seperti di atas bukan satu yang baru. Malah perkara seperti ini sudah banyak didebatkan sejak zaman berzaman. Ini adalah berkait rapat dengan firman Allah swt yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; Maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil. [QS. Al-Mu’min (40): 78]

Siapakah Utusan Allah SWT Di Pompeii

Sekarang hanya tinggal tamadun Rom sahaja. Kebanyakkan semua tamadun seakan-akan mempunyai seorang Rasul. Namun, tamadun Rom seperti tiada seorang pun yang melihatkan ciri-ciri seorang Rasul.

Berbalik kepada kisah Pompeii. Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut as dan Kaumnya, Nabi Saleh as dan Kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain.

Mustahil tiada seorang Rasul dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang jauh tersesat itu. Sangat-sangat mustahil.! Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik menjadi Rasul mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi wakil Allah swt ke sana. Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus as ke Ninaveh,Iraq yang mana Nabi Yunus as adalah seorang berbangsa Israel. Bergitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa as yang diutuskan kepada Bangsa Mesir Purba.

Inilah persoalan terhebat yang ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah swt ke Pompeii untuk memberi peringatan?

Oleh kerana waktu terjadinya letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para pengikut Nabi Isa as. Pengikut Nabi Isa as adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes, Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the Zeolot dan Yahuda.

Walaubagaimanapun, ramai antara pengikut Nabi Isa telah wafat sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah. Berikut adalah tarikh-tarikh para pengikut Nabi Isa a,s yang wafat dan cara mereka wafat:

  • Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik di Rom pada 64AD.
  • James, anak lelaki Zebedee dipancung pada 44AD, paling awal meninggal dunia
  • Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam 89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa as yang paling lama hidup.
  • Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib secara bentuk X di Petras,Greece. Tarikh beliau meninggal tidak dapat dikenalpasti.
  • Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis.
  • Bartholomew (Nathaniel), dilapah hidup-hidup dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal di Derbend dekat Caspian Sea pada usia 71tahun.
  • Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD
  • Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore, Madras, India pada 72 AD.
  • James, son of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dengan menggunakan batu dan kemudian disalib.
  • Thaddeus Lebbaeus(Jude),disalib kemungkinan samaada di Armenia, Syria and Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa,Iran. Tarikh tidak diketahui.
  • Simon the Zealot , disalib pada 74AD.
  • Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak kontroversi dalam agama Islam dan Kristian. Islam mempercayai beliau digantikan dengan Nabi Isa as semasa disalib dan Kristian mempercayai bahawa beliau mengantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa as.
Mengikut statistik tersebut, hanya seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Yohannes ataupun John. Yohannes dikenali sebagai hawari yang menyebarkan ajaran Isa as ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol dan Greece. Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan berdakwah ke sana.

Yohannes dikatakan berdakwah hingga ke Colliseum. Beliau kemungkinan sempat ke Pompeii dan berdakwah disana. Namun, tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat mereka. Setelah itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada malam 79AD.! Waallahualam.





Misteri Binaan Piramid Dirungkai Oleh Al-Quran

8 ulasan:
 Misteri Binaan Piramid Dirungkai Oleh Al-Quran

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


misteri binaan piramid



Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:



وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)


piramid mesir



Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.


Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.


Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”




Piramid Bosnia



Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.



Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Misteri Mengapakah Air Laut Masin

1 ulasan:






Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz .. Saya pasti antara kita pasti pernah terfikir kenapa air laut masin ..  betulkan , dan kali ini saya akan kongsikan fakta mengenai punca kemasinan air laut  Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...

Buat pengetahuan anda , semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Misteri Ukiran Huruf V di Baitulmaqdis

5 ulasan:




BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia ribuan tahun lalu telah dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini yang menyebabkan ahli-ahli arkeologi menjadi keliru.

Kumpulan penggali Israel telah menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar tersebut.

Pada masa yang sama mereka menemui tiga tanda bentuk V yang diukir sebaris di atas lantai pada sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang telah membuat ukiran tersebut atau untuk tujuan apakah ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi yang terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori akibat kurangnya berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran bentuk V itu ditemui di kawasan penggalian yang dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai oleh sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini iaitu mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dipercayai dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuk yang sedemikian mungkin untuk dijadikan sebagai tempat pasak struktur kayu atau ia digunakan bagi tujuan lain

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upacara keagamaan atau ia sekadar ukiran sahaja.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui adalah di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan sekitar 3,000 tahun lampau.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut sebagai pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi

Sumber: wangolds.com/Thread-misteri-huruf-V-d-baitulmuqaddis

6 Fenomena Paling Misteri Yang Terjadi Di Lautan

2 ulasan:

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya kongsikan mengenai fenomena lautan paling misteri di dunia . Terdapat beberapa lokasi laut di dunia yang ditakuti. Di mana pesawat dan kapal menghilang tanpa jejak. Atau punya pusaran air raksasa, ombak dasyat, atau lingkaran cahaya misteri di dalam air. Ada sebuah tempat di mana semua fenomena terjadi sekaligus, iaitu Segitiga Bermuda.


Berikut fenomena misteri di lautan seperti dimuat dalam laman web berita Rusia, Pravda;

1. Segitiga Bermuda
Meliputi wilayah yang luasnya jutaan kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida, AS.Misteri Segitiga Bermuda  dipicu peristiwa hilangnya skuadron yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945. Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50 kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun 1980-an.

Sejumlah teori berusaha menjelaskan fenomena aneh di Segitiga Bermuda - dari pseudosains, paranormal, sampai UFO. Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal of Physics. Judulnya, 'Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?'

Menurut Monaghan, gelembung besar boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat. Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut. Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara mendadak.

Fenomena lain di Segitiga Bermuda disebut Flying Dutchman - lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik. Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika naik ke permukaan. Getaran infrasonik memicu resonansi berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar kapal - untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya. untuk  baca  lebih details mengenai kisah kapal flying dutchman klik sini

Bagaimanapun, tak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat dan kapal.

2. Laut Sargasso


Ramai orang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terdapat di tenggara Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik. Ada beberapa keunikan di wilayah ini. Samudera bergerak mengikut jarum jam, terdapat banyak alga Sargassum di dalamnya.
Laut ini memiliki pusaran raksasa yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari bahagian luarnya. Sejumlah orang yang berlayar di sana mengaku melihat fatamorgana misalnya, matahari terbit di Timur dan Barat dalam waktu bersamaan.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat sentrifugal - yang lantas menciptakan pusaran kecil yang mencapai wilayah segitiga bermuda. Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara - cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.



3. Laut Syaitan (Devil's Sea) 


Ini adalah wilayah di Pasifik, sekitar Pulau Miyake - 100 kilometer Selatan Tokyo. 'Saudara' Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun para pelaut memilih untuk menghindarinya. Badai boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sama mendadaknya. Paus, lumba-lumba, bahkan burung tak hidup di wilayah itu. Sembilan kapal menghilang dalam waktu lima tahun pada tahun 1950-an. Yang paling terkenal adalah menghilangnya Kaiyo Maru No.5, kapal penyelidikan Jepun.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak konstan. Pulau vulkanik muncul dan menghilang secara biasa. Wilayah ini juga diketahui sangat aktif aktiviti siklonnya.

4. Tanjung Harapan

 
Daerah ini juga dikenali sebagai Tanjung Badai. Kapal-kapal besar tenggelam dalam kurun waktu ratusan tahun. Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk, khususnya ombak maut, atau 'cape roller'. Para saintis menyebutnya gelombang soliter - yang tingginya boleh mencapai 30 meter, sejatinya terdiri dari dua ombak yang bergabung menjadi satu.

Gelombang raksasa itu menciptakan rongga besar, yang tingginya hanya sedikit lebih rendah dari gelombang itu. Meskipun fenomena ombak ini boleh terjadi di laut lainnya, namun area di Tanjung Harapan yang paling bahaya.

5. Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Parsi


Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri, dengan lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.Ahli kelautan Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat dari gempa bawah laut, yang menimbulkan pendaran plankton. Lalu timbul gerakan seperti putaran roda. Namun, hipotesis ini menuai kritik akhir-akhir ini kerana belum mampu menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik. Sains moden juga belum mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek tersebut. Kerananya, muncul teori baru iaitu UFO.



6. Pusaran air (maelstrom)


Meskipun tak terlalu mengagumkan seperti pusaran air di Laut Sargasso. Namun para pelaut tahu fenomena menakjubkan tentang pusaran jenis ini. Pusaran air ini terjadi dua kali sehari, di bahagian barat laut Laut Norwegia Kata 'maelstrom' dipopularkan oleh Edgar Alan Poe. Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air dari pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut. Kekuatannya puluhan kali lipat dari arus biasa.

Yang anehnya, pusaran berubah arah berlawanan setiap tiga sampai empat bulan. Boleh terjadi di mana pun, termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.


sumber : di sunting dan diolah ke bahasa melayu dari Vivanews