iklan baris

Misteri Kapal Flying Dutchman Kapal Paling Berhantu Di Dunia

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Sebelum ini saya pernah berkongsikan entri mengenai Misteri Kapal Flor De La Mar dimana kapal yang penuh dengan warisan khazanah tidak ternilai dari Kesultanan Melayu Melaka telah tenggelam di dasar lautan dan sehingga kini belum ditemui lagi . untuk entri kali ini saya tertarik untuk kongsikan dengan anda mengenai misteri mengenai sebuah kapal. mungkin anda pernah mendengar nama Kapal Flying Dutchman .


 Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut. dan yang sebenarnya kapal ini bukanlah sbuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.








The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora.Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya.Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka.


Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan.Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya

Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika .Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.

Malahan  untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan agustus 1942.

Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus , waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.



dibawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :

1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman

1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.

1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.

1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.

1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.

1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.

1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan. dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman .


p/s : klik disebelah untuk baca ==> MISTERI KAPAL FLOR DE LA MAR

14 ulasan:

  1. betul ke niee????macam susah nak percaya..tapi tetap menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul citer nie.saya 100% percaya.

      Padam
  2. BEBERAPA ORANG NELAYAN PERNAH MELIHAT SEBUAH KAPAL LAYAR BERSAMA KABUS HIJAU DAN AWAN GELAP YANG DISINARI LAMPU MINYAK TANAH BERSAMA LAYAR YANG KOYAK RABAK DI LAUTAN CHINA SELATAN..DIPERCAYAI IA ADALAH KAPAL FLYING DUTCHMAN....KEJADIAN ITU BERLAKU 3OTAHUN DAHULU..

    BalasPadam
  3. Anehnya ! Dalam Satu Tahun cuma satu kasus aja ya yang terjadi

    BalasPadam
  4. Dalam cerita kartun sponge Bob squarepant selalu memasukkan sedikit watak cerita flying Dutchman. Huh....

    BalasPadam
  5. Saya suka baca things yang misteri... legenda... bersejarah macam tu... tu yang saya suka baca mastika. tapi dalammastika pun ada cerita yang tiga orang nelayan melayu ternampak the flying dutchman. seram.... meremang bulu roma

    BalasPadam
  6. nampak macam seram tapi kalau tengok waktu malam nak tidur pun rasa berkembang bulu roma

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai