Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini berkaitan subjek misteri. tergerak hati untuk berkongsikan entri ini, dan entri ini wajib untuk anda baca sebagai info tambahan, luangkan masa untuk baca entri ini, Bila kita berada di Negeri Hang Tuah Melaka, Bandaraya Bersejarah, tidak lengkap kalau kita tidak melawat Banda Hilir, di Banda Hilir, saya sendri da 4 kali pernah pergi ke Melaka. rasanya semua mengetahui wujudnya replika kapal yang tersergam indah memukau mata sesiapa yang memandangnya. Namun mungkin ramai tidak mengetahui kisah disebalik kehebatan kapal perang yang pernah menguasai lautan Hindi, dan menghancurkan kerajaan Melayu Melaka yang tenggelam didasar laut bersama-sama khazanah yang tidak ternilai.
Saya pasti anda semua mengenali replika kapal yang diberi nama sebagai Kapal Samudera dan telah menjadi muzium yang memaparkan koleksi kapal. Namun tahukah anda semua bahawa, replika kapal ini sebenarnya dibina semula berasaskan kapal asal milik penjajah Portugis iaitu Kapal Flor De Lamar yang mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri
Replika Kapal Flor De La Mar milik Portugis yang diberi nama Kapal Samudera dibina semula oleh kerajaan Melaka pada 1994)
- Nama kapal ni ialah FLOR DE LA MAR.
- Sebuah kapal Portugis yang dibina di Lisbon.
- Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut.
- Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.
- Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon.
- Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap.
- dikatakan terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima abad yang lalu.
Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang utama bangsa Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun 1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, perak, intan berlian, mutiara, mahkota permaisuri, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Kesultanan Melayu Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu.
Namun yang paling penting dinyatakan dan dikatakan dalam rekod2 lama ada tercatat, didalam kapal ini Portugis juga telah menjarah sekali mahkota emas Sultan Melaka untuk dibawa pulang ke Portugal yang dianggarkan bernilai RM7 juta yang kini bersemadi didasar laut. dan apa yang menjadi misteri sehingga kini hampir 5 abad , tidak ditemui lagi bangkai kapal Flor De La Mar dan lokasi sebnarnya masih menjadi tanda tnya. Namun ada yang menyatakan bahawa tenggelamnya kapal ini kerana disebabkan mahkota emas kerajaan Melaka yang dirompak Portugis setelah menghancurkan kerajaan Melaka pada 1511 merupakan penyebab utama tenggelamnya kapal perang ini. inilah antara warisan negara yang lenyap dan masih menjadi misteri kehilangannya.
ilustrasi gambaran kapal flor de la mar
Dalam Novulle 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentng kegagahan kapal Flor De La Mar ini.
“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)
“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”( 1515:246)
Namun sayangnya sehingga kini masih sangat kurang ekspedisi yang dijalankan untuk mencari kapal perang yang mashyur dan terkenal dgn kehebatannya pada 1 ketika dahulu . rekod ekspedisi pencarian juga sgt kurang. dan mungkin 1 hari nanti mungkin misteri kapal ini yg tersemunyi khazanah warisan kesultanan melayu Melaka dan negara amnya akan lenyap dalam ingatan bangsa kita jika tiada usaha digerakkan untuk mencari kapal ini. Apa yang ada sekarang di Melaka hanya 1 replika kapal yang tidak lebih sebagai sebuah muzium kapal yang sebagai 1 tarikan pelancong.
p/s : saya pernah ambik paper Sejarah Kesultanan Melayu Melaka kat jabtan Sejarah U.M. so pernah bertanya kpd lecturer mengenai kapal ini. tak bnyk info sangat pasal kapal ni, dan setakat ni takde 1 pun kjian ilmiah yang lengkap, cuma yang ada rekod-rekod lama tentang kewujudan kapal ni dan rekod kapal ni tenggelam dalam catatan rekod portugis.
dalam Suma Oriental catatan pengembara Portugis Tom Pires
Sulalatus Salatin ( karya Tun Seri Lanang) ada memerihal mengenai kapal ini.
Kat Malaysia takde team penyelidik cam kat oversea. Mungkin belanja ekspedisi cam ni mahal. Dulu sekolah aunt T (tingkatan 1~3)di Banda Hilir pastu tingkatan 4 kat perkampungan Potugis. Selalunya, kalau duduk sane tak berjalan sebab ingat boleh pergi anytime, pastu smpai sekarang tak pergi. Anak aunt T selalu komplen,padahal ulang ale Melaka tak pergi pun tmpat2 sejarah, hik3
BalasPadamAunt T: pndpt sy la kalau berkenaan bajet tiada masalah . kerajaan boleh sediakan peruntukan untuk ni. kalau benar kita syg kan warisan dan khazanah negra, krjaan ptut brtndak usahakan sesuatu. projek mega besar kerajaan boleh peruntukan. mungkin peranan jabatan warisan negara or pihak muzium antikuiti dan kemnterian yg berkaitan boleh usulkan perkara ni dlm parlimen.
BalasPadamdah masuk dah kat kapal ni.. muzium r kan. hehe.. menarik tu..
BalasPadam*off topic : jom join contest http://www.izwanyusof.com/blog/pertandingan-template-tercantik-by-gayahspears/
sebenarnye saya nak tahu apa yang terdapat di dalamnya..apakah yang terdapat di dalam kapal ini....??????
BalasPadamselama nie aq naik kapal tue tapi x tahu apa sejarah tentang kapal tue.. terima kasih sbb share yew ridz
BalasPadamsy org melaka pun tak pernah tau tentang sejarah kapal itu , apatah lagi masuk dlm kapal tu :D
BalasPadamhuh..ke mana lah pegi mahkota emas tu ya...isk bestnya kalau ada ekspedisi yg pegi carik bangkai kapal tu..
BalasPadamKpal flor de la mar'tu kram di perairan selat malaka...
PadamMungkin khazanah kapal ini akan dijumpai oleh kerajaan Malaysia apabila tiba masanya, sebagai harta yang tidak ternilai untuk kepentingan rakyat dan negara.
BalasPadamhttp://lautan-biru.blogspot.com/
Setelah membaca Sejarah Melayu saya mendapati Kesultanan Melaka zaman dahulu luasnya meliputi tanah semenanjung antaranya Kelantan, Kedah, Pahang, Bruas dan Manjung (sekarang Perak), Jugra dan Kelang (sekarang selangor) Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi (sekarang Johor), Singapura, Bintan,Riau, Kampar dan Inderagiri (sebahagian Sumatera. Peta-peta lama yang dilukis orang barat merujuk semenanjung dengan nama Malaca atau Malacca. Dengan keluasan wilayah itulah maka Melaka zaman dulu memang kaya. Ditambah lagi dengan hubungan dengan kerajaan nusantara seperti Majapahit, Pasai dan Gowa serta Siam, China dan pedagang dari serata dunia emnjadikan Melaka kaya.
BalasPadamDuarte Barbosa menyatakan sesiapa memiliki Melaka "Whoever is Lord of Malacca has his hands on the throat of Venice". Alburqueque menyatakan khazanah Melaka sebagai "the richest treasure on earth that I have ever seen."
nak tanye. ade org cakap kesultanan melayu dulu kuat. sgt² kuat dan sgt² kaye dgn emas. ade org ckp kerajaan melayu semasa serangan portugis sudahpon menggunakan meriam dam senapang(pistol kot?) yang diperbuat dr emas jgk. smpai org portugis masuk istana terperanjat tgk emas yang sgt2 byk kat dalam istana. n sy rase sebab tu la kapal perang ni tenggelam sbb nak bawak balik emas.? ataupon emas da mmg dibawak ke portugis n kapal ni dilupuskan untuk mengubah sejarah.? sebab kalau nak ikutkan kerajaan melake empayar besar kot.? xkan macam tu sng boleh kalah.? n kisah pasal si kitol n pembesar yg jd pengkhianat maybe btl. ataupon ade konflik yg lain. ini cume satu ckp² kosong n rase ingin tahu sy tntg sejarah. kalau ade info2 sejarah lame2 email la kat email sy hoohibee@gmail.com
BalasPadamlupe nak cakap. ade org ckp meriam n senapang(pistol kot.?) dibuat kat belah indon. ntah ape name ntah dye ade sebut tpt tu. then dye ckp kalau mcm tu mmg kerajaan melayu melake sgt2 kuat n kaye.
BalasPadamgood ya
BalasPadamAnda patut cari iktiar..kita harus cari harta negara..buktikan kita bukn bgsa yg lemah.
BalasPadamBgu..kita iktiar sama2..
BalasPadamFlor de la mor penuh berisi emas dan permata ... yang dikumpul oleh Alfonso. Alfonso melarikan harta2 itu menggunakan kapal flor de la mor. Tapi di kesan oleh 3 pendekar, Panglima Kundur, Panglima Hitam dan Panglima Kundang. Mereka terdengar perbualan portugis lalu mengekori kapal itu dan meneggelamkannya. Tapi mereka terkorban manakala alfonso selamat.
BalasPadamBGU,1MALAYSIA...PISSS
BalasPadamkapal flor de la mor tu kapal samudera ke?
BalasPadamPatutnya letak la kapal melayu...bkn kapal penjajah...kenapa nk bangga dgn tinggalan penjajah??
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam