entri kali ni special sikit coz sy ingin kongsikan dengan anda semua 1 kisah motivasi yg sekian lama menjadi pembakar dlm hidup sy dikala diri ini terasa ingin mngalah dengan ujian dan ketentuan-Nya. so arini sy ingin kongsikan kisah ini. anyway teruskan pembacaan anda semua sehingga habis. Saya pasti anda akan turut terkesan setelah membaca kisah dibawah ni :)
Bila mendengar nama Slyvester Stallone ramai yg tidak mengenalinya. tp kalau disebut filem lakonannya RAMBO, ROCKY, ROCKY BALBOA, mungkin anda semua mengenali hero Hollywood ni.
Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.
Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!!
Stallone berasal dari sebuah keluarga yang sgt daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh. Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.
Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.
Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.
Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.
Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.
Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.
Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”
Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya!
Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.
Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah filem First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.
p/s : kisah yg penuh liku dan ranjau sebelum berjaya dalam hidup, kadang2 bila rasa down or pressure, sellu baca kisah ni, really inspired me untuk terus berusaha + quote ini yg menjadi pegangan hidup utk terus berjuang ==>"seorang pemenang tidak pernah mengaku kalah "
kejayaan rocky kerana jiwa kental systall dalam memperjuangkan semangat bertarung..selagi masih boleh bangun tetap melawan.....
BalasPadamsemua filem sequel rocky dah tengok...termasuk filem2 lain.paling best assassins.
biskut : sy setuju bro. tgk je filem rocky mmg jelas showing smgt juang yg kental utk bngkit berjaya. filem Stallone trbaik bg sy ROCKY 2, ROCKY 3 dgn assasins :). byk kli tgk.kenaplak theme song filem rocky mmg wat kita inpired kaw2 punya :)
BalasPadamthanks for the info :)
BalasPadamlike!!rase termotivasi jugak..hehehe
BalasPadamterima kasih for the info.
BalasPadambestnya info ni...filem2 rocky saya dh ulang tonton beberapa kali...mmg best!!! sly mmg best!!like!like!like!
BalasPadamnice info! =)
BalasPadamwow ! hani mmg kenal dia tp xpernah tau background die. seriously, this story has inspired me ! :) thumbs up redzuan ! :) great entry.
BalasPadamye ke die cacat.. .tak perasan pulak..xsangka kan?
BalasPadambukan senang nak senang...kan...
BalasPadamsemua orang sanggup mengambil jalan mudah untok menjadi kaya last2....diri sendiri merana
dia dulu pelakon filem porno kan?
BalasPadammemang dia mula jd pelakon porno pon,so ape yg hebatnye?
BalasPadamTp jgn kita terleka, sbnrnya sylvester prnh berlakon dlm filem porno. Dan sylvester juga anti-islam, dgn mengatakan islam agama terrorist.mungkin ada yg terkejut dan tidak percaya, but this is the truth
BalasPadam