iklan baris

Misteri Burung Cenderawasih | Burung dari Kayangan

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz ini. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri ini. untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan anda mengenai satu misteri yang sejak turun-temurun , zaman-berzaman menjadi satu persoalan yang masih lagi tidak dapat dirungkaikan. Saya pasti antara kita pernah mendengar mengenai nama burung cenderawasih. Pelbagai misteri telah dikaitkan mengenai burung ini. Pelbagai cerita mistik diceritakan dari generasi ke generasi, oleh orang terdahulu, termasuklah dari nenek moyang kita.

 Telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk , ada mengisahkan tentang seekor burung yang diberi nama burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali Allah. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘ariel‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih ini .




Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih . Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. .


Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama , sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejakkan kakinya ke bumi. Namun  yang memnambahkan lagi misterinya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain kerana bangkai burung cenderawasih ini tidak mereput.Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.



Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian yang dijalankan secara saintifik, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China . Bagi kalangan penduduk Eropah dan masyarakat Barat, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.





Secara faktanya dan jika dikira dari kajian mengenai burung ini, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), di wilayah Indonesia sahaja. Namun yang peliknya tentang suatu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang beruntung. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.




 
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Berdasarkan pendapat ramai orang yang telah ditemui yang menggunakan bulu burung cenderawasih sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung dan sebarangan burung. Penuh dengan keunikan, misteri, mistik, keajaiban ciptaan Allah s.w.t yang masih tidak dapat dirungkaikan.


P/S : persoalan yang kekal menjadi misteri, mengenai asal-usul kewujudan burung ini masih tidak dpt dibuktikan secara saintifik meskipun penyelidikan telah dijalankan.dan sesungguhnya, hanya Allah yg maha mengetahui, dan kepercayaan yang mengaitkan burung ini berasal dari kayangan, sesuatu yang tahyul dan sebagai seorang islam, kita tidak perlu mempercayainya terus menerus kerana boleh merosakkan akidah. cukuplah kita menyakini bahawa burung cenderawasih ini satu dari ciptaan Allah yang penuh dengan mistik dan misterinya. setiap misteri itu lambat laun akan dipecahkan dan dirungkaikan kebenarannya. cuma masa yang akan menentukannya. Wallahualam. jika anda ada sebarang info lain boleh kongsikan diruangan komen ye.
 
rujukan :  pelbagai sumber yang sahih

74 ulasan:

  1. boleh jmpa lagi ke burung ni kt msia, kt zoo ke?pnh dgr kecik2 dulu, skrg xpenah..baru tau sejarah dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ade kat malaysia ni atau zoo

      Padam
    2. ada..d zoo lokawi sabah.kota kinabalu..

      Padam
    3. ada kat zoo kota kinabalu sabah kat lokawi

      Padam
    4. Lokawi tu nenek kau

      Padam
  2. yeke burung ni xleh jejak bumi..tu gambor tu..hehe..kompius..

    BalasPadam
  3. @nursya'idawahina sa'aban

    bukan burung ni tak boleh jejak bumi, tapi habitat burung ni dan asal-usul burung ni bukan dari bumi. wallahualam. awak baca blik, burung ni hanya turun ke bumi dalam tempoh 7 tahun sekali je. mereka yang bernasib baik dan bertuah je dapat menjumpai dan melihat burung ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ade sehelai bulu brung cnderawasih nii...

      Padam
  4. burung ni ade ke dalam dunia nyata bro ??? huhuhu perasan x de la pulaktengok hehee

    BalasPadam
  5. owhhhh..untung la ea org yg dpt tgkp gmbo..baiklah..dah agk pham..ekeke

    BalasPadam
  6. assalamualaikum RR...huhu betol tu...kita takleyh caya sgt kan....huhu..BL pon ragu gak sbb kebnykn berdasarkan kitab Tajul Muluk[BL pnah dgr tp tatau kitab ni pasal apa]...=p..takde al-Quran @ sumber islam yg len....heheh...btw, burung ni unik sbb ade 4 sayap... ~.~

    BalasPadam
  7. Kata orang salam dulu dari yang empunya cerita..Cenderawasih terbang diawan..Ada lagunya tu.. berasal dan hidup diawan.. makan minumnya hanya air/embun/kabus awan dan hanya berzikir memuji kebesaran pencipta.. Bulunya sangat indah, cantik dan menarik, sehelai bulunya dilihat pelbagai warna jika dipandang diperbagai sudut.. Tubuhnya pepeh tidak bulat.. Mati tidak reput tidak membusuk.. Baunya umpama harum kasturi atau haruman mashitah. Jatuh kebumi tidak semestinya 7 tahun, biasanya bulan muharam, rejab, ramadhan atau tidak kira bulan apa asal terang mengambang.. ikut suka DIA bila cenderawasih turun jatuh. Jatuh kebumi menjadi rebutan mahluk manusia dan jin. Bertuah manusia yang berjiwa insan kamil. Bukan berada dikayangan malah bukan juga jatuh dari disyurga.. Tapi tetap ada yang memeliharanya. Malah bersalahan di Irian Jaya.. Cenderawasih Asli tidak turun, hidup dan mati di Irian Jaya. Dua mahluk burung yang berlainan...Tak sama burung cenderawasih yang diceritakan dalam tajul muluk.. Nama aje sama disebabkan keunikan dan keindahan.. Org Malaysia ramai tertipu dan terpedaya berjuta ringgit beli/seludup cenderawasih dari Irian Jaya.. khasiatnya... duit lebur burung dirampas margastua.. Tak de khasiatnya pun. Kekawan Saja aje nak mengarut.. Tambah dongengnya.. Jangan Terpedaya.. HEBAT CERITA BURUNG CENDERAWASIH. BAGAI MANA LAK CERITA BURUNG BUBUT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis yang org letak dalam cermin tu ?.. ada bunga skali wana kuning.. Tuan punya ckp, asal dari alam bunian/ghaib.. dia dpt dgn cermin tu skali.. apa cerita tu ??..

      Padam
  8. cerita burung ini memang menarik...pernah juga dengar pasal burung phoenix tu tapi tak sangka burung yang dimaksudkan tu burung cenderawasih...

    BalasPadam
  9. @Tanpa Nama terima kasih dengan pandnagan dan info tambahan dari saudara. nmpaknya saudara ni bukan calang2 orang. sy pun tidak berapa percaya dgn pelbagai cerita mistik. cuma yg pastinya bagkai burung cenderawasih ini mmg berbau wangi kerana arwah atuk saya dulu pernah menyimpan seekor bangkai burung cenderawasih ni. itu yg seingat sy masa sy kecil. pak cik sy pun ada menceritakan jgak pada sy yg arwah atuk sy ada memeliki bangkai burung cenderawasih ini seekor.

    BalasPadam
  10. teringin nk tgok burung ni.

    jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com kalau nk follow pun buleh! hehe ;D

    BalasPadam
  11. saya pernah tengok burung ni dulu dekat rumah peramal perubatan Islam. Memang walaupun mati burung neh tidak reput dan tetap berbau wangi. Saya juga ada tgk telur ia. Lutsinar.. sebesar telur burung puyuh.. Allahualam..

    BalasPadam
  12. rumah sy ad seekor cenderawasih sebijik mcm dlm gmbr tu.. memang x reput dan wangi dah bertahun tahun..org yg tau keluarga kami memiliki burung ni pernah tawarkan beribu ribu ringgit untuk dibeli.tapi kami tolak kerana burung ni pemberian kawan ayah dari indonesia. dan kalau anda tau ada banyak lagi spesis cenderawasih yang hanya ada di indonesia sahaja..

    BalasPadam
  13. kat zoo melaka adakan burung ni kan?

    BalasPadam
  14. saya memang percaya sejarah burung ini disebabkan rumah i pun ada gambar burung tersebut

    BalasPadam
  15. ...jangan pening2....kat zoo johor ada lah.....

    BalasPadam
  16. betul ke burung ni wujud? gambar2 tu bukan patung atau buatan manusia ke? sy percaya ALLAH maha berkuasa, Dia berhak buat apa2 yg Dia suka, tapi pasal citer burung ni mcm susah sket nak caya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau km x pcya burung ni wujud silahkan km pgi kr indonesia papua sana banyak burung cenderawasih karena burung ni boleh hidup di indonesia timur ja kalau malaysia adanya birung gagak sama anjing

      Padam
    2. Kurang ajar kau

      Padam
  17. Salam, tak payah susah2 kat zoo seorang pengusaha cina di Jitra Kedah ada dim pelihara burung ini. Pakat2 p tengok.

    BalasPadam
  18. sy baru goreng burung ni td..ad sikit kt dapur..

    BalasPadam
  19. kt zoo Melaka n Johor ade bnyk burung ne, ak tgk burung 2 jejak bumi tp still idop je lg.. Jgnla terpegun sgt..

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. boleh ia seperti rasa 1001 cili api, goreng pun sedap

      Padam
  21. zoo mlaka ade la.. siap snap dkat2 lg..sbijik mcm dlm gmbar tu...

    BalasPadam
  22. Salam buat penulis blog dan Saudara Tanpa Nama .. Saya hanya mampu memuji betapa indahnya burung ciptaan ALLAH ini .. Subhanallah , mesti ada rahsia tersembunyi .. Hanya mereka yang terpilih sahaja memahaminya.

    BalasPadam
  23. Salam buat penulis blog dan Saudara Tanpa Nama .. Hanya mereka yang terpilih sahaja memahaminya .. Amin

    BalasPadam
  24. dulu emak saudara saya beserta sepupu dia pernah terserempak dengan sejenis burung yang cantik umpama burung pheonix berwarna kekuningan dan bercahaya seperti api, menurut emak saudara saya ia tinggal dikawasan pasir putih yang tidak berpenghuni dan kawasan tersebut ada kelainan seperti ada yang "memjaganya" tak tahu apa yang di jaga, mereka terserempak binatang tersebut semasa mereka mencari buah-buahan di kawan samak-samun burung tersebut di jumpai dua kali dan kali keduanya burung tersebut terkejut dan terus terbang kelangit dan meninggal kan kelip-kelip cahaya dari seperti pasir yang bertaburan, kisah terjadi 25 tahun yang lalu di brunei darusalam. wallah hualam bi sawab,

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia memang benar dan wujud hanya orang yang tertentu sahaja dapat melihatnyA, tetapi bukan seperti burung cendrawasih ia berbeda,cumanya banyak yg berpendapat ia burung cendrawasih.

      Padam
  25. wahh baru tau burung cenderawasih itu burung pinix,tp ia juga sih ampir" mirip memang...

    BalasPadam
  26. slm semua yg menbaca jangan la kita telampau tabsup tentang cerita burung cenderawasih...semua yg hidup atau pun yg mati dtg nyg dari allah s.w.t. yg bercerita manusia bukannya dlm kitap al_quran.... waallahualam...

    BalasPadam
  27. hanya DIA yg Maha Mengetahui...kena taksub dgnNYA shj...itu semua ciptaanNYA...dpn mata saya smlm dalam sebelah ptg sya dpt melihat sendiri burung tersebut(dalam frame kaca)...dri empunya cerita tuan punyanya...burung itu dia dpt pd satu ptg dekat waktu maghrib semasa tgh mengaleh lembu ternakannya,ada satu benda dari atas terus menimpa bahu kanan dia,bende itu tak ber aleh2 dari bahunya,rupa2nya burung cenderawasih yg masih hidup brtenggek,tidak liar atau lari dari bahu badannya hingga d bawa balik ke rumah.dia membelanya hanya dpt hidup 4 bulan shj sbb takda jenis makann yg sesuai utk burung itu.burung itu tak blh mkn apa2 pun hingga mati,yg peliknya dia mati pun tak reput/jd bangkai spt binatang lain tp mati spt mana keadaan@gerakan dia semasa hidup,hingga boleh di simpan dlm akuarium kaca hingga ke hari ini(tak perlu d awet)...blh d saksikan atau d ambil gambo...benarlh burung ini hanya blh d dapti
    &d miliki kpd org2 yg trpilih shj...hebatnya ciptaan&anugerah DIA,cenderawasih dan chintawasih brbeza...yg byk di zoo tu burung chintawasih...skadar prkongsian mata&pngalaman!

    BalasPadam
  28. Salam......
    Sebenarnya Burung Cenderawasih ini adalah seperti burung lain juga..... kalau burung lain ada keistimewaan...burung ini pun sama juga. Tiada yang lebih tiada yang kurang.
    Kalau burung ini hebat orang melayu kata......orang barat dah lama mengkaji tentang burung ini.
    Cuma habitatnya unik sahaja.....Ia hidup hanya di atas pokok....makan ulat-ulat di atas pokok...minum air di celah dahan-dahan.
    Habitatnya ia jarang turun ke tanah...tapi ada dia turun ke tanah...
    Misteri tentang burung ini hanya pada orang yang tak tahu tentang kewujudannya.
    Sebenarnya badan burung ini reput.....tapi....disebabkan hampir 95 peratus badannya diliputi bulu....maka kita tak perasan.
    Burung sebenarnya ada di zoo Melaka....pergilah tengok.....real punya....biasa je....
    Jadi tiada yang misteri pun......setiap makhluk ciptaan tugasnya masing-masing Allahualam

    BalasPadam
  29. Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum semua, Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.

    BalasPadam
  31. Kt zoo melaka ade je burung ni...

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum.

    Saya ingin juga berkongsi cerita. Adik saya baru2 ni baru pulang bercuti dari Sabah berdekatan dengan Lok Kawi, bercuti bersama Mertuanya. Mertuanya ini seorang ahli perubatan islam.

    Adik saya seorang yang sangat suka bertanya. Sewaktu mengunjungi ke rumah sahabat bapa mertuanya ni, dia terlihat sesuatu yang disimpan dalam bekas lutsinar. Ia seperti burung. Adik saya seorang yang suka bertanya, so bapa mertuanya mengatakan ia adalah bangkai burung cenderawasih yang ditemui oleh sahabatnya. Diberikan sedikit info sama seperti yang tertulis diatas.

    Saya yang mendengar cerita adik ni pun rasa macam tak percaya juga sebab semasa kecil selalu dengar kisah dongeng dari hikayat lama. So memang terkejut bila dengar kisah dia.

    Yang lebih misteri, bangkai burung tu tak reput. Bapa mertua adik saya dan sahabatnya macam nak buat surprise pula bila dia tanya, "Nak cium tak bau dia?"

    Adik menciumnya dan kemudian berkata pada saya Ia sangat wangi!! SUBHANALLAHHHH. Allah Maha Besar!

    Ada lagi kisah mistik yang nak dikongsikan mengenai bulunya tapi biarlah ia menjadi rahsia.

    Mertua adik saya ni bukan calang2 orang. Dia pernah jumpa rasulallah dalam mimpinya, manakala sahabatnya itu adah bekas pesakit buatan orang yang pernah mendapatkan rawatan dari nya.

    Pada yang tak yakin akan kesahihan burung cenderawih mengangap kan ini sebagai gurauan. Kalau benarlah ia burung syurga, ia tidak mustahil. Kita pun selalu dengar kisah manusia yang terpilih yang mayatnya tidak reput dan berbau wangi.

    Semua kisah2 ini hanya akan dimengertikan oleh orang2 yang mahu berfikir sahaja. Berfikir tentang kehebatan, ke-esaan dan kebesaran allah SWT.

    BalasPadam
  33. --new edited!--

    Assalamualaikum.

    Saya ingin juga berkongsi cerita. Adik saya baru2 ni baru pulang bercuti dari Sabah berdekatan dengan Lok Kawi, bercuti bersama Mertuanya. Mertuanya ini seorang ahli perubatan islam.

    Sewaktu mengunjungi ke rumah sahabat bapa mertuanya ni, dia terlihat sesuatu yang disimpan dalam bekas lutsinar. Ia seperti burung. Adik saya seorang yang suka bertanya, so bapa mertuanya mengatakan ia adalah bangkai burung cenderawasih yang ditemui oleh sahabatnya. Diberikan sedikit info sama seperti yang tertulis diatas.

    Saya yang mendengar cerita adik ni pun rasa macam tak percaya juga sebab semasa kecil selalu dengar kisah dongeng dari hikayat lama. So memang terkejut bila dengar kisah dia.

    Yang lebih misteri, bangkai burung tu tak reput. Bapa mertua adik saya dan sahabatnya macam nak buat surprise pula bila dia tanya, "Nak cium tak bau dia?"

    Adik menciumnya dan kemudian berkata pada saya Ia sangat wangi!! SUBHANALLAHHHH. Allah Maha Besar!

    Mertuanya minta kebenaran untuk memiliki sehelai bulu cenderawasih dan mendapat kebenaran dari sahabatnya. Ada lagi kisah mistik yang nak dikongsikan mengenai bulunya tapi biarlah ia menjadi rahsia.

    Mertua adik saya ni bukan calang2 orang. Dia pernah jumpa rasulallah dalam mimpinya, manakala sahabatnya itu adah bekas pesakit buatan orang yang pernah mendapatkan rawatan dari nya.

    Pada yang tak yakin akan kesahihan burung cenderawih mengangap kan ini sebagai gurauan. Kalau benarlah ia burung syurga, ia tidak mustahil. Kita pun selalu dengar kisah manusia yang terpilih yang mayatnya tidak reput dan berbau wangi.

    Semua kisah2 ini hanya akan dimengertikan oleh orang2 yang mahu berfikir sahaja. Berfikir tentang kehebatan, ke-esaan dan kebesaran allah SWT.

    Wassalam :)

    BalasPadam
  34. Terpulang pd anda mau percaya@tidak ttg kisah n keajaiban burung cenderawasih,tp saya memiliki seekor tanda persahabatan saya dgn 7 org puteri dari alam yg satu lg.ianya diberikn selepas saya minta sesuatu yg aneh n lain kalau dia betul2 ada sebagai seorg teman yg selalu mndmpingi saya n bukan ilusi saya semata...sbgai bukti pershbtan kami,maka burung itu dberikn pd sya n ia adalah mainan si puteri...baunya wangi n tidak reput.cantik n sgt menarik....

    BalasPadam
  35. Wah. Bertuah nye siapa yg dapat tengok@cium bau haruman burung ini. Moga2 dapat lah merasa tengok@cium bau haruman nye.

    BalasPadam
  36. jangan terlalu taksub atau mudah percaya pada cerita2. apa pun misterinya tentang burung ni, hanya Allah S.W.T sahaja yg Maha Mengetahui. kita sebagai hambanya memerlukan usaha dan perlu memohon kepada Allah demi petunjuk dan mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yg jebih jelas supaya kita tidak runtuh akidah dan menyimpang ke arah syirik. jika kalian ingin melihat burung cenderawasih yg masih hidup...ada videonya. lihat dan nilaikan sendiri. sama ada seakan-akan, atau memang benar ini burungnya, Wallahu a'lam.. ini link dia saya share : http://www.youtube.com/watch?v=ndO-xNvvjuw

    BalasPadam
  37. selagi aq tidak dapat melihat di dpan mata selagi tu ak tidak percaya....ak pun ada dgar kisah2 burung nie...tpi ak tak terlalu taksub tkut itu buatan manuasia...semata mata untuk mencari duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ak pun same tak per caye sagat mende ni






      Padam
    2. jagai lah burung sendiri baik2 dari terus terbang

      Padam
    3. burung mesti dijga sebaik mungkin...kepala burung x punya mata

      Padam
  38. btl ka semua ni?

    BalasPadam
  39. aku penah smuggle burung ni,dari indon bwk ke siam..

    BalasPadam
  40. Jagalah burung sendiri jgn biarin terlepas

    BalasPadam
  41. aku selalu dgn kisah2 ni dan penat tgok kt t.v tentang burung cendrawasih ni. tp mcm nk pecya ke tak nak jer coz xtngok depan mata sendri dan lgi 1 hal ckap burung tu akan mati kalau pijak tanah tp ari tu aku tgok kat lokawi sabah dia dok atas tanah xmati pun. dan lg 1 cakap dia hanya minum air embun dan makan awan trus yng dok dlm zoo tu. mcm mana nk mkn awan dan minum air embun?

    BalasPadam
  42. subahanallah cantik betul burung cenderawasih ni.saya suka ngok ekor dia

    BalasPadam
  43. burung lok atau gentap lebih bahaya dr burung cenderawasih...

    BalasPadam
  44. aku memiliki seekor burung ni,diberikan oleh seorg ustaz yg mengatakan bahawa burung ini adalah hak aku dan diberi melaluinya...sgt cantik dan wangi..hasilnya aku diminati oleh semua org lelaki dan ppuan,dan mereka sgt taksub pd aku...tapi kerana ikhlas,aku tidak pernah mngambil kesempatan,malah..rimas bila sering lari dan mengelak dari mereka....

    BalasPadam
  45. tengoklah burung sendiri...jaga ia jgn terlepas pergi

    BalasPadam
  46. Salam,
    Saya ada burung ini,,, tetapi yang dah mati,,,memang tak reput,,,,dan berbau Wangi,,,,sesiapa yang nak beli sila hubungi saya di email- alangsedayu@gmail.com

    BalasPadam
  47. Karut! Tahyol! Di pasar hewan Jakarta Indonesia burung ini di jual 1 juta rupiah seekor, Di irian Jaya, orang2 aslinya menggunakan bulu ekor burung ini sebagai hiasan kepala. Mereka menangkap burung ini dengan mengumpannya buah betik.

    BalasPadam
  48. Burung ni bmyak je kat indon..x yah caya sngt sal hal karut tu

    BalasPadam
  49. Kat Papua New Guinea byak

    BalasPadam
  50. Bird of paradise terdiri dr 40+ jenis. Dan xde rupa yg sama antara 2 jenis. Kalau tgk kat natgeo, jejak jgk kaki nye kat tanah.. mmg kalo ikot logik, xde haiwan yg hidup di awan. Tp kalo ikot kajian habitat, cenderawasih hidup kat tmpt2 tggi. Contoh, kawasan banjaran. Sbb tu kita di tipu 'burung ni dok kat awan'. Yes.. smpai ke tua kita kne tipu.

    BalasPadam
  51. Nak kongsi sikit ..hamba pernah tengok burung bulu keemasan memancar..dan mnakjubkan..tapi takut nak tangkap ..tapi ia terbang turun laju ke ladang kerbau dalam hutan..tapi tak tahulah itu burung cendrawasih atau tidak..cahaya kuningnya emasnya menyilaukan mata..tapi itu kisah zaman kanak kanak dan hamba masih ingat lagi kejadian itu

    BalasPadam
  52. Hamba pernah tengok burung dengan cahaya keemasan mnakjubkan pada zaman kanak kanak dulu tapi hamba takut nak tengok dan tangkap..tapi tak tahulah itu burung cendrawasih atau tidak..tapi hamba pernah menyaksikannya.

    BalasPadam
  53. Salam. Saya ada seekor burung cenderawasih. Sangat cantik. Saya letakkan di dalam peti kaca. Saya mahu maharkannya dengan harga berpatutan. Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya no. Tel. 0197561746.

    BalasPadam
  54. Ya.... Burung Cenderawasih barung Sorga karena penciptanya di Sorga hanya saja karya agung tersebut ditempatkan di bumi untuk menjelaskan betapa Agungnya Pencipta Semesta Alam dan segala isi.

    BalasPadam
  55. Burung ni turun ke tanah setahun sekali. Nak bayar cukai tanah di pejabat tanah :)

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai