iklan baris

Misteri Tiang Besi Kuno


Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya akan kongsikan lagi mengenai entri misteri yang masih belum terungkai. entri kali ini mengenai sebuah tiang besi kuno yang wujud beribu tahun lampau dan sehingga kini masih utuh binaan besi ini.

inilah tiang besi kuno yang menjadi misteri buat para arkeologis


Tiang besi kuno berdiri megah di New Delhi, India yang dijangka berusia lebih kurang 1600 tahun. terletak di pusat Masjid Quwwat Ul-Islam pada kawasan bersejarah Mehrauli, New Delhi.
Besi yang kukuh ini berukuran panjang 23 kaki 8 inci serta berdiameter 12,5 inci pada bagian atas dan 16,4 inci pada bahagian bawahnya. Perkara yang membingungkan para pakar pengkaji sejarah adalah mereka tidak dapat memastikan usia sebenar tiang kuno tersebut begitu juga di kalangan masyarakat India sendiri yang masih belum mendapat jawapan tentang misteri kewujudan tiang kuno itu.


Catatan pada tiang besi kuno.

Pada tahun 1897, seorang pakar sejarah Inggeris, Vincent A. Smith telah mengkaji tiang besi ini, dan hasilnya Vincent memberitahu terdapat dua catatan pada tiang tersebut. Pada bahagian atas tiang tersebut tercatat kemenangan Raja Chandra II ( Dinasti Gupta) namun pada bahagian bawah tiang tersebut terdapat satu lagi catatan mengenai Raja Anang Pal II ( Dinasti Chauhan) yang memerintah India utara pada akhir abad ke-11. Hal ini menambah kemusykilan para pengkaji kerana kedua-dua peristiwa itu berlaku pada satu tempoh yang berlainan dan apa motif catatan peristiwa tersebut tercatat pada tiang itu masih menjadi misteri, adakah ia sebagai satu monumen bersejarah?. Jika ya, kenapa tiada tarikh wujudnya tiang kuno tersebut.

Selain itu seorang arkeologi tempatan, Dr. Munish Chandra berpendapat bahawa tiang besi tersebut adalah peninggalan Bima dari keluarga dewa (mitologi Mahabharata). Ada yang menyokong pendapat Dr. Munish berdasarkan bangunan-bangunan misteri yang terdapat di seluruh dunia yang dikatakan di cipta oleh makhluk asing atau dewa-dewa.




Satu fenomena menarik tentang tiang besi kuno tersebut adalah ia mampu tahan karat walaupun telah wujud sekian lama. Sir Alexander Cunningham, Arkeologi Inggeris membuat kajian serta analisis kimia dan beliau terkejut terhadap penemuannya. Sir Alexander Cunningham mengesahkan tiang besi tersebut telah dibuat dari bahan besi yang berjisim 99.9 peratus dan di anggap ‘murni’, teknologi metalurgi moden belum ada yang sanggup menghasilkan karya besi dengan kadar setinggi itu.

Dibawah ini merupakan  inskripsi yang terkandung pada tiang kuno tersebut yang telah diterjemahkan ke bahasa inggeris :



Dalam peradaban kuno hanya Bangsa Dacian (Albania, Romania) yang mampu mengolah besi dengan kadar tersebut. Tetapi masih tiada fakta yang mengatakan tiang besi kuno tersebut berasal dari Bangsa Dacian. Para pengkaji masih tidak berputus asa dan cuba merungkai misteri kewujudan tiang besi kuno itu. dan tiang kuno ini tetap menjadi misteri sehingga kini siapa yang membinanya dan bagaimana tiang kuno ini langsung tidak berkarat walaupun setelah 1600 tahun kewujudan tiang kuno ini.

3 ulasan:

  1. salam kenal.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara ke 46 buah negara.. :)

    BalasPadam
  2. sekali pandang memang macam misteri juga...tiba2 ada tiang kat situ. Teknologi dulu sudah maju dalam pembinaan bertahan hingga ribuan tahun.

    Jemput tuan rumah ke Contest Aku Berpuisi =)

    BalasPadam
  3. Fantastik... jeragang bukan terpesona dengan tiang besi tu kerana banyak lagi peninggalan lain yang pernah jeragang jumpa yang mempunyai nilai yang teramat tinggi. Jeragang kagum dengan ridz yang mencatat fakta2 sejarah disini... memanglah ramai orang lain boleh buat tapi tidak ada yang buat reseach sebegitu termasuk jeragang yang main tenyeh jer ikut pengalaman... tahniah ridz...jeragang banyak belajar disini bukan sekadar yang ditulis tetapi disebaik posting tu....

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai