iklan baris

Misteri Ukiran Huruf V di Baitulmaqdis





BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia ribuan tahun lalu telah dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini yang menyebabkan ahli-ahli arkeologi menjadi keliru.

Kumpulan penggali Israel telah menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar tersebut.

Pada masa yang sama mereka menemui tiga tanda bentuk V yang diukir sebaris di atas lantai pada sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang telah membuat ukiran tersebut atau untuk tujuan apakah ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi yang terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori akibat kurangnya berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran bentuk V itu ditemui di kawasan penggalian yang dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai oleh sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini iaitu mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dipercayai dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuk yang sedemikian mungkin untuk dijadikan sebagai tempat pasak struktur kayu atau ia digunakan bagi tujuan lain

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upacara keagamaan atau ia sekadar ukiran sahaja.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui adalah di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan sekitar 3,000 tahun lampau.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut sebagai pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi

Sumber: wangolds.com/Thread-misteri-huruf-V-d-baitulmuqaddis

5 ulasan:

  1. most interesting dear..

    salam maulidurrasul.
    dtg follow sinie

    BalasPadam
  2. V tu untuk lambang freemason yang dikaitkan kan dengan symbol pyramid atau pun bentuk jangka skala.bilik bawah tanah tu adalah tempat simpanya segala ilmu sihir yang dikaitkan dengan pemujaan dajjal (sihir untuk berkomunikasi dengan dajjal) yang telah dirampas nabi daud dahulu.semasa baitulmagdis berjaya ditawan oleh tentera salib (crusader) beberapa tentera tersebut menemui bilik rahsia itu dan mengamal ilmu sihir tersebut.. jadi la mereka freemason..panjang la cerita dia.. saye sempat tonton vedio ni kat brofat.net. skrng tu blog kena block dah tu.(serba sedikit untuk dikongsi)

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai