Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai subjek tokoh , rasanyer dah lama saya tak kongsikan subjek tokoh . tokoh kali ini yang ingin saya kongsikan mengenai seorang ilmuwan islam terkenal di Cordova yang juga pakar dalam bidang sains pada abad ke-8 . Beliau yang saya maksudkan adalah Ibn Firnas . Beliau lah manusia pertama yang terbang dalam sejarah manusia ..
Abbas Ibn Firnas atau nama sebenarnya 'Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam di Sepanyol yang meninggal pada tahun 888.
Dilahirkan dan dibesarkan di Sepanyol di mana pada abad ke sembilan Masehi, keseluruh kawasan selatan Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Empayar Islam Andalusia di bawah pemerintahan Khalifah Islam Cordova. Ketika itu Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia di mana ia adalah mercu kemuncak Kesenian dan Sains Islam.
Pada tahun 822 masehi, seorang Khalifah 'Abd al-Rahman II menaiki takta dan baginda mengumpul orang - orang yang berkebolehan di istananya. Diantaranya seorang ahli muzik Iraq bergelar Ziryab ataupun nama sebenarnya, Abu al-Hasan 'Ali ibn Nafi'.
Beliau dihalau dari Baghdad oleh seorang guru muzik yang cemburu dengan kebolehannya. Khalifah 'Abd al-Rahman II telah memanggilnya untuk berkhidmat di istana disamping menggajinya dengan gaji yang mewah. Beliau telah digelar "Ziryab" yang bererti Burung hitam di atas kebolehannya menyanyinya, dan perwatakan dramatiknya.
Semasa di Cordova, Ziryab mencipta membentuk pelbagai muzik baru. Dia turut memperkenalkan lute kepada Sepanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Beliau juga merupakan penaung bagi bidang sains di Cordova. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripada pengikutnya adalah seorang astronomi tempatan yang muda dan penyair bernama 'Abbas Ibn Firnas.
Pada tahun 852, di bawah pemerintahan Khalifah baru, seorang lelaki bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari sebuah menara di Cordova. Dia melayang ke bumi dengan menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan mengalami beberapa kecederaan ringan. Ibn Firnas yang masih muda ketika itu hadir dan menyaksikannya.
Seperti Ziryab, Ibn Firnas turut terbabit dalam pelbagai usaha di dalam mengembangkan ilmu. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia turut menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, serta menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia turut memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengimpot kuartz dari Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.
Diinspirasikan dari semangat Armen Firman, pada tahun 875, Ibn Firnas telah mencipta pelayangnya sendiri, dan menggunakannya melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Walaubagaimanapun, beliau gagal mendarat dengan baik. Beliau mengalami kecederaan di bahagian belakangnya dan pengkritiknya menyatakan bahawa ketika itu dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dimana Ibn Firnas tidak menyediakan ekor bagi pelayangnya, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Ibn Firnas meninggal dunia dua belas tahun selepas itu, di mana ia mungkin diakibatkan oleh kecederaan yang dialaminya.
Memetik kata - kata Philip K. Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab :
" Ibn Firnas adalah manusia pertama di dalam sejarah yang melakukan percubaan saintifik untuk terbang. "
Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam pula sepatutnya mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, di mana seribu tahun sebelum Wright menerbangkan kapal terbang mereka, Ibn Firnas telah terbang di udara.
Sebagai peringatan terhadap Ibn Firnas, negara Libya telah mengeluarkan stem sebagai memperingatinya. Negara Iraq telah membina patung peringatan di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya. Manakala sebuah kawah di permukaan bulan iaitu Kawah Ibn Firnas juga dinamakan sempena namanya.
Disalin dan disunting ke bahasa melayu dari :
http://www.grouporigin.com/clients/qatarfoundation/chapter2_7.htm
http://ms.wikipedia.org/wi
http://muslimheritage.com
Rujukan lain :
https://islambestreligion.
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Surah Al- Baqarah ayat 269)
baru tahu.. tq for the info sharing :)
BalasPadamIngatkan wright bersaudara yg terbang dulu..perkongsian yg hebat.tq
BalasPadam