iklan baris

Bebasnya Anwar Dari Tuduhan Kes Liwat Satu Gimik Politik ?


Salam perjuangan dari saya  .. rasanyar dah terlalu lama saya tak kongsikan sesuatu yang related dengan politik . Actually saya rasa terpanggil ingin  meluahkan pandangan saya  mengenai isu kes liwat Anwar . dan actually saya dah share status saya ni di  pages fb saya . tapi saya rasa baik saya  kongsikan di blog saya  kerana semua boleh membacanya kerana saya rasa medium ni lebih viral . kerana orang boleh menjumpai entri saya dengan carian keyword berkaitan dan seterusnya menyebarkannya.  Saya pasti semalam , 9.01.2012 ,segenap lapisan masyarakat  menantikan apakah keputusan kes liwat Anwar . sama ada disabit bersalah atau terlepas .


Akhirnya kes tersebut memihak kepada Anwar dan Anwar dilepaskan dari tuduhan tersebut.  Setelah berita Anwar bebas dari tuduhan meliwat Saiful .  Namun ada sedikit saya rasa ralat sikit  sebab yang dikemukakan mahkamah ,  Anwar dibebaskan ==>

1) Mahkamah kata pihak mereka  TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI BEKAS DNA tu.

2) Mahkamah kata TAK BOLEH SABIT KESALAHAN PADA KETERANGAN SAKSI PERTAMA (SAIFUL BUKHARI) SAHAJA.

Dan yang PALING PENTING...

ANWAR TIDAK DILEPASKAN MAHKAMAH KERANA TIDAK MELIWAT SAIFUL..!!!

Dalam ertikata lain, MAHKAMAH TAK NAFIKAN PUN SAIFUL DILIWAT ANWAR sebab kes itu ditolak kerana INTERGRITI BEKAS DNA dan TAK BOLEH HANYA RELY ATAS KETERANGAN SAIFUL SAHAJA. so disini anda fahamkan apa yang ingin saya sampaikan . Anwar dibebaskan bukan kerana didapati tidak bersalah tetapi kerana faktor yang disebutkan diatas tadi .


Maka disini satu yang saya fikirkan , Adakah pembebasan Anwar ini untuk membuktikan mahkamah di malaysia telus seperti yang disuarakan pemimpin UMNO sejurus kemudian ? atau ianya satu dari strategi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem perundangan Malaysia ? Dulu ketika 1998 Anwar tak terlepas dari tuduhan meliwat dan dipenjarakan .

padahal track record Anwar dulu bersih , tiada masalah kes2 salah laku , Anwar juga bekas pemimpin Abim
( Angkatan belia Malaysia) ... Dulu UMNO pernah berpecah kepada 2 . Team A dan Team B . yang berpihak kepada tengku razaleigh dan berpihak kepada Tun   Mahathir . ketika itu pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah kuat . ketika itu Tun Mahathir yang merasakan tergugat telah melakukan percaturan politik paling bijak . Anwar telah dibawa masuk oleh Tun Mahathir ke dalam UMNO kerana pengaruh Anwar yang ketika itu sangat kuat dan dominan dalam menarik sokongan . Anwar dalam waktu yang singkat telah memegang jawatan penting dalam parti UMNO. dan memgang beberapa porftfolio penting antaranya menteri kewangan malaysia selama 7 tahun dalam kabinet sbelum dilantik menjadi TPM setelah berjaya menang dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO .

ketika selangkah lagi ingin memgang tampuk kekuasaan eksekutif menjadi Perdana Menteri , ketika itu tiba2 isu kes liwat beliau menggegar Malaysia . Adakah ianya satu konspirasi pihak-pihak tertentu yg tidak senang beliau naik memegang jawatan no.1 malaysia mungkin takut fail2-fail dan kesalahan yg dilakukan pemimpin dalam UMNO ketika itu akan didedahkan Anwar bila beliau berkuasa ? kita sendiri tahu kelantangan Anwar bila bersuara. itu yg sy fikirkan.

saya tidak menyebelahi atau ingin memenangkan Anwar tetapi dari isu ini nampak apa yang berlaku ke atas Anwar seperti telah dirancang. sejak dari 1998 setelah disabit kerana meliwat beliau dipenjara kerana dituduh meliwat Azizan . kemudian bila beliau dibebaskan ketika Pak Lah memerintah isu liwat saiful plak , kemudian isu video seksnya plak tersebar . apa yg sy nampak disini , mungkin ada pihak2 yg ingin melihat karier politik Anwar terus terkubur . selepas satu satu isu lain yg timbul .

walaubagaimanapun Allah lebih maha mengetahui .kebenaran itu adalah hakikat , dan bila sampai masanya kebenaran pasti akan terungkai .. yg penting adalah prinsip kita , walau apa yg kita sokong , janganlah gadai prinsip kita . janganlah kutuk hina2 caci maki , seperti segelintir rakyat kita , segelintir blog politik kita di malaysia , berbunyi lebih, memekak kutuk sana sini pemimpin , ibarat tin kosong tapi dalamnya nothing . puak2 seperti ini masih terpompong dalam pemikiran dogmatik yg hanya mampu berkata2 bila wujudnya isu dan sentimen bukannya kerana kematangan dalam politik , pengetahuan , pandangan telus mereka berdasarkan ilmu yg dimiliki dalam bidang tersebut.

apa yg saya kongsikan ini pandangan saya kerana saya juga belajar dlm bidang politik . tetapi ada masanya perlu juga saya luahkan dan memberi pandangan dari sudut seorang pelajar . cuma saya masih lagi belajar , dan saya tahu bagaimana AUKU 1971 menjadi barrier kepada para student utk meluahkan pandangan mereka mengenai politik . apa yang mungkin tidak terlalu keterlaluan akan sy kongsikan pandangan sy mengenai politik . nak kenal politik sesebuah negara , 3 aspek ini yg kena fahami dan study . sistem politik , budaya politik , sejarah politik . tiga perkara saya sebutkan ini adalah fillar politik if kita belajar sains politik. jika anda sudah study 3 aspek sy sebutkan td, anda akan nampak dengan jelasnya bagaimana politik sebuah negara itu bergerak . bagaimana sesuatu situasi politik , isu itu ini happen semuanya berkait ..

6 ulasan:

  1. huraian berdasarkan ilmu dan tak mengutuk....nice bro

    BalasPadam
  2. course sains politik memerlukan berapa sem untuk tamat dan syarat untuk memohon?

    BalasPadam
  3. setuju. . anwar mmg sengaja difitnah agar tidak menjadi seorang pemimpin di negara ini. .

    BalasPadam
  4. dunia akhir zaman penuh dgn fitnah.

    BalasPadam
  5. satu masa dulu anwar adalah kesayangan Tun mahadhir..

    BalasPadam
  6. dunia penuh dgn tipu muslihat..confius la kenapa anwar x nk bersumpah wlu dlm keadaan terdesak????

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai