( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Perkara Yang Membatalkan Puasa





Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri kali ini. Alhamdillah telah masuk 11 ramadhan harini. rasa sekejap je masa berlalu dan ramadhan telah sampai di pertengahannya. dan disini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai perkara yang membatalkan puasa . saya pasti diantara kita semua telah sedia maklum termasuk saya sendiri . Namun untuk lebih jelas mengenai kekhuatiran kita mengenai beberapa perkara membatalkan puasa yang kita sendiri tidak pasti mengenai hukumnya.

ketika saya melayari dan melihat sendiri blog-blog dan website yang berkongsikan mengenai ini. semuanya hanya memaparkan point-point asas  tanpa menjelaskan dan menghuraikan perkara-perka yang membatalkan puasa . dibawah ini saya kongsikan dengan anda soal jawab perkara membatalkan puasa yang saya perolehi dari PDF download mengenai bab perkara membatalkan puasa di laman web majlis ugama islam Singapura (MUIS)


Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani dengan perbuatan
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh , nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad , iaitu keluar dari agama Islam


Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.


Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)


Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah.Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.


Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan / aktiviti renang?

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.


Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.



Adakah suntikaninsulin membatalkan puasa

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.



Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.



Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa ?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.


p/s : diharapkan dengan perkongsian perkara-perkara membatalkan puasa yang saya  ambil dari laman web MUIS dalam bentuk soal jawab ini dapat menjelaskan segala persoalan yang berkait dengan topik ini terutama dari segi hukum supaya yang kita sendiri merasa was-was .

(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

1 ulasan:

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian