iklan baris

9 Jenis Syaitan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog redzuan-ridz. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani saya mulakan entri kali ini. Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai jenis-jenis syaitan . Sebelum ini saya pernah kongsikan entri mengenai siapa itu iblis/ syaitan . dan anda boleh membaca entri terdahulu iaitu kenali siapa iblis laknatullah disini

 


Berdasarkan riwayat terdapat 9 jenis syaitan, hal ini seperti yang dinyatakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata. antaranya :

1. Zalituun : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan : Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

6. Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.

7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sebarkanlah pada rakan-rakan kita sebagai peringatan setiap hari dimana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang selama ini menghasut kita tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. anda boleh copy entri ini dan jangan lupa berikan bsumber link entri blog ini kembali.  atau share di akaun fb anda.

5 ulasan:

  1. nak minta share kat belog.. nt ila backlink.. :)

    BalasPadam
  2. @iLa VaNiLLa silakan share , sebar2 kanlah mengenai ini :)

    BalasPadam
  3. maklumat yang berguna untuk dimenfaatkan... mungkin ramai yang dah tahu tapi yang belum tahu berlambak....

    BalasPadam
  4. Penting ni ketahui orang ramai. Entri yang bagus

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai