iklan baris

Khasiat dan Keistimewaan Buah Kurma






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Dengan nama Allah yang maha pengasihani saya mulakan perkongsian kali ini. Seperti yang kita semua maklum , apabila setiap kali  tiba bulan ramadhan, buah kurma pasti akan menjadi pilihan bagi setiap umat islam di pelusuk dunia.Untuk entri kali ini saya kongsikan dengan anda khasiat dan keistimewaan buah kurma ini. Buah kurma juga disebut sebagai buah tamar.

Tahukah anda semua bahawa Allah SWT telah melebihkan kurma dari buah-buahan yang lain. Allah menyebutkannya dalam Al-Qur’an dalam 20 tempat yang berbeza dengan menggunakan lafaz pohon kurma; an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah. Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini:“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)

Ibnu Katsir berkata, ”Allah menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat yang dimilikinya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”

Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du: 4)

Buah kurma mengandungi banyak manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga  Malah Allah memerintahkan Maryam binti ‘Imran  yakni ibu Nabi Isa a.s  untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.

”Keajaiban buah kurma dari Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum solat dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


Kurma mengandungi semua unsur makanan pokok yang diperlukan tubuh, iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin. Nabi SAW dalam beberapa hadis, menganjurkan kita untuk menggunakan tujuh biji kurma. Dan ternyata, tujuh buah kurma ini bila ditimbang ada kira-kira 100 gram yang mengandungi:


- Gula = 75,00 gram
- Serat selulosa = 4,00 gram
- Air = 22,50 gram
- Protein = 2,50 gram
- Lemak = 2,50 gram,
- Vitamin A = 60 IU
- Vitamin B-1 = 0, 08 miligram,
- Vitamin B-2 = 0, 05 miligram,

Didalam buah kurma juga terdapat garam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh, berupa:


-

Dalam kurma juga, ditemui beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu mempercepatkan kelahiran, serta dapat mengurangkan risiko pendarahan setelah melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menahan aktiviti hormon kelenjar gondok (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu hormon pemangkin kelenjar susu, sehingga dapat melancarkan ASI (Air Susu Ibu).

Serat selulosa berguna untuk menggiatkan kerja usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dicerna oleh alat pencernaan kita, sehingga dapat menjaga tubuh supaya terhindar dari kekurangan makanan dalam perut.

Vitamin A diperlukan untuk pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata, dan pencegahan terjadinya infeksi . Oleh kerana ini lah orang-orang di gurun selalu menggunakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan penglihatan.

Fosforus bersama kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfor berguna untuk membina aktivii kelenjar dan mengembalikan fungsi kelenjar tubuh. Fosfor juga berperanan penting sebagai nutrisi otak, sehingga bila digunakan teratur, dalam jangka panjang berkesan mencerdaskan otak.

Besi sangat penting untuk aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sumsum tulang. Oleh kerana itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari kekurangan darah.

Zink, diperlukan untuk mengubati penyakit sensitif tubuh.

Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangi rasa sakit (analgesic).

Kalium (potassium) sangat penting untuk mengatasi keletihan, menjadikan organ jantung bekerja lebih optimal, mengaktifkan penguncupan otot, dan berperanan dalam pengaturan tekanan darah.
 

Fakta Mengenai Buah Kurma


- Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia


- Ada satu jenis pokok kurma yang pohonnya mati seiring dengan kematian pemiliknya

- Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia
   
- Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, niscaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui penghujungnya kecuali oleh Allah


 - Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu


- Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit


- Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di Daerah Sahara kerana dapat disimpan dalam waktu yang lama tanpa ditimpa kerosakan


- Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser, kerana mereka biasa menggunakan kurma sebagai makanan asasi


 
Pohon Kurma 




 Khasiat Buah Kurma 
 
- Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih


- Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita


- Kurma barhi dianggap sebagai eliksir (zat cair) bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat mengaktifkan kelenjar dan menguatkan saraf

- Makanan paling baik yang digunakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma mempunyai kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang berani yang tidak takut akan kematian


- Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi yang tinggi


- Kurma dapat menguatkan rahim semasa bersalin kerana mengandungi hormonepitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan anak


- Kurma dapat mencegah radang kerana mengandung antiseptic dan antirematik


- Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat (fiber) yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit


- Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser dan juga dapat  mengurangkan nafsu makan


- Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah


- Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori

- Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin adalah rabi’ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi

- Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan 
tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan

- Kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas

- Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa

- Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah sembelit

- Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal

- Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf

- Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi para perempuan memgandung dan menormalkannya selepas bersalin


- Kurma dinamakan dengan manjam (lombong) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin


- Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging


- Kurma dapat memelihara kelembapan dan ketepatan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari


- Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi


- Kurma memberikan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir


- Kurma dapat membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga dicadangkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bersemangat tinggi


- Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing
  


Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :


“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” (kurma nabi) sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah S.W.T sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.


Pada pertengahan kedua abad ke-20, para pengkaji menyatakan adanya asid amino yang lain pada kurma. terpenting dalam asid ini adalah glutathione sebagai antioksidan. Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) dapat memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki berangkai yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia..Inilah kelebihan dan keistimewaan yang tiada pada buah-buahan lain dan buah kurma dirakamkan dalam Al-Quran. .
 

1 ulasan:

  1. banyak ney fakta..bgus tuk dikongsi//hurmm 7 biji byk gak tu...mkan 3 biji pon dah kenyang..khasiat byk tul

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai