Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Dengan nama Allah dan lafaz bismillahirahmannirahim saya mulakan etri kali ini. Untuk pengisian entri hari ni . iaitu bersamaan 8 ramadhan. saya ingin kongsikan dengan anda mengenai subjek tokoh. Tokoh yang akan saya kongsikan dan kupas adalah mengenai Ibn Khaldun. Siapa diantara kita tidak mengenali Ibn Khaldun iaitu ilmuwan islam tersohor dikenali baik di dunia islam mahupun dunia barat berdasarkan sumbangan karyanya yang teragung Muqadimah dan juga sumbangan gagasan idea dan pemikirannya. Penulisan dibawah ini saya ambil sendiri dari 3 rujukan buah buku beserta nota dan slide presentation. lihat di akhir entri untuk rujukan buku dan sumber.
Latar Belakang Ibn Khaldun
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami . Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M) dan meninggal dunia pada tahun 808H (1406 M). Keluarganya berasal dari Hadramaut yang kemudiannya berpindah ke Seville (Sepanyol) dan akhirnya ke Tunis tempat beliau dilahirkan. Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi , selain sebagai tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah (kurun 14 Masihi).
Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegang jawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, dan dilantik menjadi hajib (menyamai taraf Perdana Menteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja. dan juga Setiausaha Raja Muda Abu Ishak ketika usia beliau baru 25 tahun.
Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan fardhu haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu-ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga diiktiraf sebagai bapa sejarah kebudayaan dan bapa sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis Sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Beliau juga telah menyertai orang-orang Mesir ( Kerajaan Fatimiyah ) dalam kempen mereka memerangi Tamerlane ( dalam sebahagian penulisan buku dieja sebagai Timurlank) , pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
“Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan.”
Ibn Khaldun dan Karya Agungnya Muqaddimah
Dalam bidang penulisan, satu-satunya karya teragung beliau dalam bidang persejarahan ialah Muqadimah iaitu pendahuluan kepada karyanya yang kedua al- 'Ibar wa Diwan al-Mubtada' wo al-Khabarfi Ayyam al- 'A rah wa al- 'Ajam wa al- Barbar. Menurut B. Lewis, Muqadimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh membantu ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah.
Tema utama dalam karya agung Muqaddimah ini adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu’b al-‘asabiyyah) dapat menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.Pandangan-pandangan revolusi Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana-sarjana Muslim dan juga ramai pemikir Barat .
Dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun adalah peneroka dalam mensubjekkan laporan-laporan sejarah kepada dua kategori asas iaitu akal, dan undang-undang sosial dan fizikal. Beliau mengetengahkan empat
perkara penting dalam kajian dan analisis laporan sejarah seperti berikut:
(1) mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat
(2) membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang
(3) mengambil kira kesan persekitaran
(4) mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi
Muqadimah telah membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Ibn Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu
bab pertama, mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia.
Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif.
Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja.
Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju.
Bab kelima, mengenai pekerjaan / kehidupan manusia seharian serta hal-hal berkaitan ekonomi secara umum.
Bab keenam, mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.
Kandungan Muqadimah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang asasi dan tidak asasi. Bahagian yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah. Bahagian kedua yang tidak asasi hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau ringkasan daripada berbagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibn Khaldun bagi menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkara-perkara yang berkenaan. Akan tetapi yang lebih penting dalam Muqadimah ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini, ketokohan dan kesarjanaan Ibn Khaldun hendaklah dilihat dari kedua-dua aspek ini.
Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains baru: sains kemajuan sosial atau sosiologi.
Ibn Khaldun menulis:
“Saya telah menulis sebuah buku mengenai sejarah yang dalamnya saya bincangkan sebab-sebab dan akibat-akibat kemajuan negara-negara dan tamadun-tamadun, dan saya mengikuti satu kaedah yang tidak lazim dalam menyusun material buku tersebut, dan saya mengikuti satu kaedah baru dan inovatif dalam menulisnya.”
Dengan memilih kaedah analisis tertentu beliau itu, beliau telah mencipta dua sains baru: historiologi dan sosiologi serentak.Ibn Khaldun berhujah bahawa sejarah tertakluk kepada undang-undang semesta dan menyatakan kriteria bagi fakta sejarah:
“Peraturan bagi membezakan apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau ketidak bolehjadiannya: iaitu saya katakan, kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan membezakan antara sifat-sifat yang penting dan semulajadi dalam tabiinya dan apa yang secara kebetulan dan tidak perlu dilaporkan, mengenal pasti dengan lebih lanjut apa yang tidak mungkin dimilikinya. Jika kita melakukan ini, kita mempunyai satu peraturan untuk memisahkan fakta sejarah dari kesilapan dengan menggunakan kaedah-kaedah demonstratif yang tiada keraguan. Ia adalah kayu ukur sejati yang dengannya para sejarawan dapat mengesahkan apa sahaja yang mereka riwayatkan.”
Ibn Khaldun Sebagai Ahli Sejarah dan Sosiologi
Berdasarkan latarbelakang dan karyanya Muqaddimah ini, ketokohan dan kesarjanaannya dilihat dari aspek ilmu sejarah dan sosiologi. Muqadimah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam bidang ilmu sejarah atau persejarahan kerana ia merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Dalam karyanya ini dijelaskan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah itu harus dikaji, diteliti dan difahami. Pendekatannya yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal serta terperinci menyebabkan karya ini menjadi suatu bahan kajian penting lagi menarik. la telah mengambil pendiriannya sendiri dengan mengetepikan persejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan ahli-ahli sejarah tradisi. la berusaha mencari suatu penyelesaian yang baru dan dengan itu mewujudkan suatu falsafah sejarah yang baru.
Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Ibn Khaldun lebih mirip kaedah sosiologi. Beliau menekankan dua aspek penting iaitu pertama, mengenai sifat-sifat semulajadi dan kedua, mengenai sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Jika dia hanya mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa memahami sifat-sifat semula Jadi atau latar belakang bagi sesuatu peristiwa itu maka sejarah yang ditulisnya itu hanya boleh dianggap sebagai sejarah yang umum sahaja. Tetapi jika sebaliknya, dia mengkaji dan memahami secara mendalam akan sifat-sifat semula jadi dan tindak-tanduk masyarakat yang melakukan sesuatu peristiwa tersebut maka sejarah yang ditulisnya boleh dianggap sebagai sejarah khas. Sejarah khas mempunyai dua kualiti iaitu zahir dan batin.
Pada zahirnya, sejarah itu tidak lebih daripada benta-benta perang, peristiwa yang telah lalu, maju atau mundurnya sesuatu masyarakat. Tetapi pada batinnya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa dan sebab-sebabnya.
Menurut Ibn Khaldun, manusia ialah makhluk sosial yang mempunyai roh, akal dan tubuh badan serta masing-masing mempunyai tugas dan keperluannya. Kesemua unsur ini seharusnya bekerjasama untuk memenuhl kebahagian dan kepuasan kehidupan. Menerusi perkembangan roh, akal dan tubuh badan manusia inilah yang akan melahirkan peradaban dan peradaban ini jugalah yang melahirkan sejarah sains. Sejarah mempunyai hubungan sangat rapat dengan latar belakang sesuatu masyarakat, maka itu Ibn Khaldun sangat menekankan aspek dalaman sesuatu peristiwa.Ahli sejarah Islam sebelum Ibn Khaldun dianggap kurang mengetahui sosiologi masyarakat. Mereka ini hanya menulis berdasarkan maklumat- maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa mengkaji asal usul, sifat semula jadi atau sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku.
Pandangan Orientalis / Sarjana Barat Mengenai Ibn Khaldun
Ketokohan Ibn Khaldun turut diperakui oleh ramai sarjana Barat yang menyifatkannya sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada nilai taranya , Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan sumbangan yang terbesar pernah dilahirkan oleh manusia di atas muka bumi ini.
R. Flint pula berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada bandingannya.
menurut P. K. Hitti , Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam, sejarawan Islam yang agung dan seorang daripada sarjana teragung sepanjang zaman.
Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman, bermula dari zaman ahh-ahli sejarah klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli , Bodin dan Vico. R. Nicholson berpendapat bahawa tidak ada seorang Muslim yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral dan spiritual yang mendasari permukaannya, atau untuk mentakdiskan (menyucikan) undang-undang mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa kecuali Ibn Khaldun .
Rumusan dan pandangan saya ( penulis blog redzuan-ridz) : sesungguhnya Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh ilmuwan islam terbilang yang pernah dilahirkan islam terutama dalam aspek sejarah dan ketamadunan dan juga sosiologi manusia. Keunggulan Ibn Khaldun dalam aspek teras gagasan pemikiran yang di ketengahkan melalui idea, kritikan , dan teori serta pendekataan terbaru dalam penulisan ilmu sejarah merupakan sumbangan yang sangat besar kepada peradaban manusia sejagat di dunia. Idea serta sumbangannya diiktiraf oleh sarjana dan para orientalis dari dunia Barat. Namun walaupun karya dan sumbangan Ibn Khaldun diiktiraf sepatutnya bagi saya dunia barat patut memberikan gelaran Bapa Sejarah Dunia kepada Ibn Khaldun. dan bukannya kepada Herodotus yang diangkat barat sebagai Bapa Sejarah Dunia.
p/s : saya tidak menghuraikan mengenai gagasan dan idea pensejarahan dan pendekatan konsep baru sejarah dan kritikan Ibn Khaldun melalui karya agung beliau iaitu muqaddimah. kerana terlalu panjang untuk dimuatkan di dalam entri ini. dan jika ada kelapangan dan saya rajin saya akan kongsikan bahagian 2 sambungan untuk isu ini sekian.
disclaimer : sumber mengenai tokoh ini saya ambil dari nota lecterur, slide presentation / rujukan buku daripada subjek elektif minor saya iaitu Pensejarahan Islam yang saya ambil ketika di Tahun 2 di Universiti Malaya.
antara rujukan buku : Ilmu Sejarah dan Pensejarahan tulisan lecterur saya sendiri Arba'iyah Mohd Nor . sila lihat m/s 190 hingga 195 untuk details mengenai Ibn Khaldun.
lihat juga 2 rujukan tulisan buku ini : " Ibn Khaldun : His Life and Work " tulisan Mohammad Abdullah Enan. buku ini sangat bagus untuk melihat sumbangan dan hasil kerja Ibn Khaldun. kronologi sejarah beliau
dan untuk melihat lebih analitikal dan details dari segi gagasan pemikiran idea Ibn Khaldun buku ini saya galakkan anda baca buku mengenai "Pemikiran Ibn Khaldun".
ketiga-tiga buku diatas ada dalam koleksi saya. di library U.M pun ada buku ini .so boleh la anda pinjam kalau yang study kat U.M ni.
yes Riz banyak perkara boleh kita dapat mengenai tamadun dalam karya Ibn Khaldun..... rujukan utama masa jeragang undergrad awal 1970an dulu
BalasPadamterimakasih. ianya amat membantu
BalasPadamAssalamualaikum saya perlukan maklumat ini bolh tak saudara mailkan ke alamat saya....sk7724@gmail.com ianya utk ulangkaji menghadapi exam hr esok ( sabtu )
BalasPadamSalam Sdr. Rezuan,
BalasPadamSaya pelajar USM, PP sedang membuat kertas kerja mengenai paradigma sosial menurut pemikiran Ibn Khaldun & mohon jasa baik sdr email ngan saya ramaira06@yahoo.com.my. Agak sukar mendptkan buku ini di Bintulu, Swk. Saya pelajar Pjj di USM tahun 2. Terima ksih atas bantuan..
salam saudara,
BalasPadamsaya amat berminat dengan topic ini.macam mana saya nak dptkan buku ni.tlg email saya. h_yusop@yahoo.com
tq
yati
salam. saya pelajar sekolah menengah sains muar. perlu mengkaji tentang ibnu khaldun. saya amat berminat dengan artikel anda. saya nak boleh ? saya amat2 perlukan. saya perfect artikel ini. ini email saya : wafasyamimi@yahoo.com .
BalasPadamsaya harap kerjasama anda terima kasih :)
AS Salam...sy sedang menyiapkan tugasan berkenaan tokoh pengurusan Islam, dan tokoh yang sy pilih ialah Ibnu Khaldun. Terdapat hampir 80% artikel yg berkaitan dlm internet adalah berbahasa Indonesia...ini amat mnyulitkan sy..saudara, bagaimanakah cara utk sy mndapatkan buku rujukan sperti yg saudara sebutkan diatas..??
BalasPadamemail sy bungacintalia@gmail.com
ASSALAM saudara..saya sedang membuat tugasan mngenai ibnu khadun..minta jasa baik saudara email kan info dlm elail sy..sgt menarik info ni.. email sy .. tulips_polaris@yahoo.com.. time kaseh sgt2..
BalasPadamsalam.
BalasPadamsaya berminat mengenai tajuk ini.
boleh tlg mail kpd saya dconanfuji@gmail.com
tq...
tajuknya amat menarik.saya amat memerlukan tajuk ini. bhgian penting tentang huraian 3 tahap sesebuah tamadun itu yg dinyatakan di dalam Muqaddimah. mohon jasa baik en,emailkan bahan tersebut ke hamrieka@yahoo.com
BalasPadamterima kasih kerana menolong.Moga Allah dapat membalasnye.
Assalamualaikum. saya sedang membuat kerja kursus saya. saya harap awak dapat membantu saya. banyak isi-isi yang di perlukan di dalam ini.
BalasPadamini email saya. iddan_0411@rocketmail.com
terima kasih kerana menolong.
terima kasih banyak
BalasPadam.yup. .tengs 4 ur info. .but i rase that note xmgikut skema stpm sy. .kene ad isi utama n bru huraian. .
BalasPadamaskum..
BalasPadamsaudara blh kah saudara hantar kan article ini ke email saya..
saya amat memerlukan....hilmigenius@gmail.com
assalamualaikum...terima kasih berkongsikan ilmu Allah. saya student architecture IIUM...boleh saudara emelkan kepada saya articles mengenai Ibnu Khaldun? saya perlukannya sebarang rujukan mengenai Ibnu khaldun...terima kasih...
BalasPadamemel: sitinorarza@gmail.com
salam, saya sangat suka dgn artikal ini.. tokoh islam yg sangat kagumi selain ibnu sinar... terima kasih kerana berkongsi..
BalasPadamsalam. artikal ini amat menarik. sy memerlukan artikal ini utk membuat assgment. bolhkah saudara emailkan artikal ini kepda sy farahghani92@yahoo.com
BalasPadamAssalamualaikum. Artikel yang bagus dan menyentuh sosok sebenar ibn khaldun. Boleh tuan email artikel tuan. Email saya mohdzakia83@yahoo.com.
BalasPadamAssalamu'alaikum, akh tolong kirimin artikel tersebut ke email : home_jannah@yahoo.co.id coz ane butuh untuk dijadikan refrensi penulisan akhir...
BalasPadamjazakumullah khairan katsiraan
Salam..saya amat memerlukan info ini utk kertas kerja saya..harap anda emailkan artikel ini, ummi_kalsum96@yahoo.com.
BalasPadamterimakasi mas
PadamSalam, saya memerlukan info ini untuk tugasan saya dan bgmana nak dptkan lg byk info ttg ibnu khaldun mengenai teori dan paradigma sosial. Mohon saudara emailkan artikel ini kepada saya. shahela.hanem@yahoo.com. T.kasih..
BalasPadamsalam I really need this for my exam. tq
BalasPadamboleh saya dptkan aetikel ini utk bahan nak exam. tq. my email anisalittleones@yahoo.com
BalasPadamsalam saudara, saya cukup berminat dengan artikel saudara,macamna saya nk dapatkan buku berkenaan...skiranya sedara ada kelapangan bulehlah emailkan artikel tersebut untuk sya di..mohdrizanr@yahoo.com..jasa baik sedara amat2lah diperlukan...tq
BalasPadamsalam saudara , saya amat berminat dengan artikel ini, jika tidak keberatan boleh e mail kepada saya shamsul_helmi84@yahoo.com, jasa saudara amat saya hargai
BalasPadamsalam saudara, sy Man, dan amat2 berminat dan amat memerlukan artikel ini..boleh ker saudara bkgsi ilmu.....mohon sgt2 pd saudara.
BalasPadamNiqqman@yahoo.com.my ....jasa baik saudara amat sy hargai.
salam saudara, sy man ...
BalasPadamboleh ker saudara berkgsi dgn sy mcm mana teori dan paradigma sosial iBN Khaldun ini....mohon sangat2 pada saudara =)
Niqqman@yahoo.com.my . Jasa baik saudara amat saya hargai. t. kasih
salam saudara redzuan..
BalasPadamsaya berminat dengan tajuk yang dukupaskan oleh saudara mengenai tokoh Ibn Khaldun ini. jika tidak keberatan, saya ingin meminta bantuan saudara untuk mengemelkan artikel ini kepada saya, sebagai bahan tambahan kepada tugasan saya..
aishahmdladi@gmail.com
terima kasih. semoga saudara dibalas dengan perkara - perkara yang baik. =)
salam saudara saya amat tertarik dengan artikel ini. boleh emailkan kepada saya?? rul_sept83@yahoo.com. terima kasih atas keprihatinan..;-)
BalasPadamslm saudara rezduan.. nk minta tlg tentang soal selidik ibnu khaldun nie...mtk tlg sgt2 ok...blh emailkan kpd sy at sitikhatty84@yahoo.com
BalasPadamSalam, minta jasa baik tuan emelkan artikel ini ke khairulfatah02@yahoo.com
BalasPadamAssalamualaikum Saudara Rezduan. Saya tengah mengakaji tentang tokoh ibnu khaldu ini. Boleh tak saudara hantarkan artikel penuh ini ke email saya di yodaime719@yahoo.com. Kerjasama saudara amat dihargai :)
BalasPadamAssalamualaikum saudara. Saya tengah mengkaji tentang tokoh ibn khaldun ini. Boleh tak saudara hantarkan artikel penuh ini ke email saya di yodaime719@yahoo.com. Trimas :)
BalasPadamassalamualaikum saudara.... saya pelajar tingkatan 5 smk sg layar, sg petani kedah, dikehendaki membuat perbentangan tentang ibnu khaldun pada waktu pembelajaran agama. saya berminat dengan enti saudara. boleh x kalau saudara email kan enti ini ke email sya haziemahmud@gmail.com
BalasPadamkerjasama saudara amat dihargai..
terima kasih :)
assalamualaikum saudara.
BalasPadamsaya Hazimah , pelajar tingkatan 5 smk sg layar, sg petani, kedah berminat dengan artikel saudara.
Sebenarnya saya sedang mencari maklumat tentang ibnu khaldun untuk presentation sya pada khamis minggu hadapan (kls agama). Sya berharap sgt saudara dapat emailkan artikel ini ke haziemahmud@gmail.com
kerjasama saudara amat dihargai.
terima kasih atas informasi
BalasPadamsalam saudara..trima kasih byk2 saudara atas perkongsian ilmu ni..sy sdg mencari maklumat utk esaimen..trima kasih yg x terhingga..hrp saudara blh emailkn artikel ni mizzmeow112@gmail.com
BalasPadamsalam saudara..minta jasa baik saudara utk emailkn artikel di email sy mizzmeow112@gmail.com
BalasPadamisi2 nya sgt membantu dlm esaimen yg sy sdg buat skrg..time kasih x terhingga utk saudara
wassalam
assalamualaikum saudara, boleh saya mintak jasa baik saudara utk emailkan artikel ini di email saya mirra_sosi@yahoo.com artikel ini utk assigment yg saya sedang buat sekarang.
BalasPadamsalam ..boleh emailkn saya artikel ini tak sbb saya sdng mmbuat kertas kerja mngenai tokoh islam ibnu khaldun .. nie email saya amieranatasha138@gmail.com
BalasPadamterima kasih
salam ..boleh emailkn saya artikel ini tak sbb saya sdng mmbuat kertas kerja mngenai tokoh islam ibnu khaldun .. nie email saya amieranatasha138@gmail.com
BalasPadamterima kasih
can you send me this? i will use this as my guide line for my project work.
BalasPadamcan u send me this article? i will use this as the guideline for my project word..
BalasPadamsy mo copy artcl ni,untuk rujukan tutoorial.tq
BalasPadamsila emailkan riwayat ibnu khaldun yg penuh,saya mahu membuatkan assigment ini dengan segara mohon email dzulhelmi_m@yahoo.com
BalasPadamassalamualaikum , i have an assignment on this topic . can you email me this article ? atikahazly@gmail.com thank yo :)
BalasPadamAssalamualikum. Saya perlu buat assignment pasal topic ni. Boleh email dekat saya article ni? nurulakmarlaili95@gmail.com. Terima Kasih :)
BalasPadamTuan, boleh tahu.. mereka ada yang mengeluarkan kata-kata pujangga @ kata-kata nasihat yang orang zaman kini menggunakan sebagai mutiara kata..bagaimana kata-kata inspirasi tu boleh terhasil
BalasPadam