Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas semua pembaca setia blog ini. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani saya mulakan entri kali ini. Dalam tak sedar ramadhan menghampiri fasa terakhirnya yakni 10 ramadhan terakhir . dan apabila hampir tibanya penghujung ramadhan maka ada satu malam yang sangat dinantikan dan berlumba-lumba dicari oleh umat islam iaitu malam lailatul qadar . yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan . Namun hanya mereka yang dipilih oleh Allah s.w.t akan berjumpa malam lailatul qadar tersebut yang malam penuh dengan kemuliaan itu . Di bawah ini dikongsikan antara tanda-tanda lailatul qadar seperti yang diriwiyatkan dalam hadis Rasullullah. Namun harus diingatkan semuanya atas kehendak Allah s.w.t jika antara kita merupakan hamba yang terpilih untuk bertemu dengan lailatulqadar insyallah.
Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda-tanda malam lailatul qadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin
> Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.
> Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.
> Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.
> Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.
> Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.
> Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
> Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa: “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”
> Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan .” (Hadis riwayat Bukhari)
> Gandakan ibadat pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
> Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib.
“Sesungguhnya Rasulullah membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)
> Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?”
Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘
Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).’” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).
dan bagi saya terasa cepat benar masa berlalu, dalam saya berkongsikan dengan semua pembaca blog saya ni ( blog redzuan-ridz), saya juga mengingatkan diri saya juga. yela sape tahu, adakah tahun depan kita semua masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk merasai ramadhan lagi ? mana tahu ini ramadhan terakhir kita, jadi rebutlah peluang ini untuk kita meningkatkan ibadah kita, melakukan amal jariah , membaca Al-Quran. bertasbih memuji kebesaran Allah s.w.t.
dan sebelum saya terlupa : saya ada membaca buku mengenai khutbah rasullullah s.a.w wasiat teragung umat islam ' saya ada membaca mengenai bab khutbah rasullulah menyambut ramadhan anatara salah satunya menyatakan bahawa jika kita memanjangkan sujud kita di dalam solat di bulan ramadhan ini maka dosa-dosa kecil kita akan gugur.
kongsikanlah entri ini di fb anda atau sebarkan link entri ini. mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah kerana menyebarkan seusuatu yang bermanfaat . :)
assalam..
BalasPadamtq ats info nie...
good info.. thanks~ =)
BalasPadamMengapa tidak diberitahu bila lailatul qadr..... hanya orang yang mahu berfikir saja yang boleh tahu.... pasti ada hubungan antara ilmu dan taqwa.. entry nie bole dibuat reference
BalasPadamtenkiu for sharing,,,
BalasPadam@jeragang
BalasPadamhanya insan terpilih oleh Allah s.w.t akan merasai dan mengetahui bila kehadiran lailatulqadar. kerana Allah telah memberi peluang kepada hamba tersebut untuk berjumpa dengan malam yang penuh kemuliaan itu.
amatlah beruntung bagi sesiapa yang berjumpa dengan malam tersebut dan melakukan amal ibadah sepanjang malam tersebut. mendapat pahala 1000 bulan ( 1000 bulan kalau dikira lebih kurang dalam 84 tahun. bermakna hamba tersebut akan mendapat pahala beribadah selama 84 tahun dari Allah taala.
assalammualaikum ..... adkah malam ketiga ramadhan... tepat jam 12 jam.... sekiranya kita terlihat cahaya putih yang bsr d lngit & lps tu lngit yg crh , bntng dan bln pdm mlm tu di tutupi oleh awm .. smntra tu. hjn dn angn ... tpi xlma cma 3 5 mnt ... sja nak kpastin.. adkh tu tnda2 yg dimksdkn atu syaitan?
BalasPadamkebanyakan apa yang saya baca ,teliti dan cuba fahamkan mengenai malam lailatul qadar, ia akan berlaku pada 10 malam terakhir.seandainya puasa itu jatuh pada hari sabtu,ia akan berlaku pada 23 hari bulan.tapi, apa-apa pun,saya amat berterima kasih kepada redzuan kerana sudi berkongsi tentang malam lailtul qadar..
BalasPadamAssalamualaikum,,
BalasPadamsyukran ala al-maklumat,,
uhibbu !
InsyaAllah,ana akn kngsikn di blog n fb ana..
assalamualaikum..
BalasPadamm0hon share :)
Assalamualaikum..
BalasPadamm0hon share :)
terima kasih atas ilmu ini.
BalasPadam