( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Ramadhan






Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog ini. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih saya mulakan entri kali ini. moga kita semua dilimpahi rahmat dan diberikan rezeki dan barakah di bulan yang mulia ini. Untuk pengisian kali ini saya kongsikan dengan anda mengenai kelebihan dan keistimewaan bulan ramadhan berbanding bulan-bulan islam yang lain.  

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal ', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat. Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut. 



Kelebihan / Keistimewaan bulan Ramadhan:


Antara kelebihan atau keistimewaan Bulan Ramadhan  berbanding  bulan lain islam antaranya  seperti dibawah :


1. Bulan disyariatkan untuk berpuasa

Bulan dimana disyariatkan agar berpuasa . ini jelas  termaktub dalam firman Allah s.w.t seperti dibawah ini



2. Bulan Kemenangan Bagi Umat Islam

Pada bulan ramadhan juga berlakunya kemenangan terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Satu lagi peristiwa agung yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H. 


3. Bulan Yang Penuh dengan Keberkatan 

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan. 


4. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali 

Bagi sesiapa yang menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu dan bagi mereka yang melaksnakan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.


“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. 

" Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajibamalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu dan sesiapa yang melakukan suatu .”.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i) 


5. Tawaran Pengampunan dosa-dosa yang lalu 

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Barangsiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang '


 6. Pintu Rahmat Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.
 


7. Pintu Langit Terbuka Luas


ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
 


8. Pintu Syurga Terbuka Luas


Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898. 




9. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat


Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

" Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899. 

Seksaan azab kubur juga dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang meninggal dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.


10. Dikurniakan Malam Lailatul Qadar 

Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah. iaitu malam lailatul qadar.


11. Syaitan dan Jin Dibelenggu / Dirantai 

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

" Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." -


Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.


Namun menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. ini berdasarkan hadis dibawah

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.


Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini  

dan akhir kata dari saya (penulis blog redzuan-ridz) kerana keistimewaan bulan ramadhan ini dan banyak peristiwa besar dalam sejarah islam yang terjadi dalam bulan ini maka bulan ini juga mendapat gelaran sebagai penghulu bagi segala bulan. semoga perkongsian entri kali ini akan memberi kita lagi info yang bermanfaat dan sekaligus kita akan memuliakan bulan ramadhan ini dengan melakukan amal jariah, ibadah , sedekah , memperbanyakkan berwirid, bertasbih dengan sentiasa memuji kebesaran Allah. mudah2 an bukan sekadar kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t  bahkan ditinggikan lagi darjat kita di akhirat kelak insyallah. :) jika entri ini bermanfaat kongsikanlah link entri ini untuk renungan kita bersama .


sumber :   diambil berdasarkan rujukan buku dan juga dari hasil tazkirah ramadhan mengenai keistimewaan bulan ramadhan.  dan bagi ayat firman Allah yang mensyariatkan puasa . saya mengambilnya dari website JAKIM

sumber bacaan saya ( penulis blog redzuan-ridz) :" Panduan ibadah puasa dan solat terawih "  buku terbitan Jabatan Pengurusan Dakwah Agama Islam Selangor. 
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. entri sungguh bagus lah

      Padam
    2. sungguh menarik .... Bulan Ramadan selalu ditunggu umat islam yang ingin mendekati diri kepada Allah swt.

      Padam
  2. minta kongsi,:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    mohon izin utk d kongsi, terima kasih :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    mohon izin utk d kongsi , terima kasih :)

    BalasPadam
  5. mohon share...

    BalasPadam
  6. Mohon izin untuk dikongsi. Artikel yang sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah...Terima Kasih kongsikan...Nak tanya ?,Boleh ke tidur dari sahur..sampai berbuka baru bangun?,adakah itu dikira puasa??.sampai sekarang saya masih bingung..Harap Anda dapat menjelaskan ini..Terima kasih...asalamualaikum..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian