iklan baris

10 PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAIKAN


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz,  untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 10 peristiwa yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan misterinya. dan sehingga kini  peristiwa dibawah tergantung seperti itu sahaja kerana menemui jalan buntu untuk diselesaikan misterinya, dan menjadi tanda tanya. entri ini  telah saya publish di blog ini pada tahun lepas lagi. tetapi kerana link entri ini tidak berfungsi maka saya republished kembali draft entri ini yang saya sempat saved diruangan editing akaun blogspot saya. dibawah ini merupakan 10 peristiwa paling mendapat perhatian didunia yang sememangnya sehingga kini menjadi misteri kerana tidak dapat dibongkarkan disebalik apa yang berlaku.  

Photobucket
1. Kain Kafan dari Torino

Gambar diatas merupakan sepotong kain yang memiliki gambaran seorang lelaki yang kelihatan seperti diseksa secara fizikal dengan penyaliban. Kain ini disimpan  Gereja Saint Johanness di kota Torino, Itali. Kain ini dipercayai oleh  ramai penganut kristian khusunya sebagai kain kafan Jesus ketika dimakamkan.

Berbagai penelitian dan kajian telah dilakukan terhadap kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berterusan sehingga ke hari ini. Penanggalan radio-karbon pada tahun 1988 oleh tiga kelompok ilmuwan  yang telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature telah membawa kepada petunjuk bahawa kain kafan tersebut dibuat pada Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Jesus hidup atau beberapa orang lainnya. Walau demikian kebenaran serta kaitan kain kafan ini dengan penyaliban Jesus masih terus dikaji dan menjadi misteri sehingga kini.

Photobucket

2. Kapal Mary Celeste .

Kapal Mary Celeste telah ditemui terapung di Lautan Atlantik menuju ke arah Selat Gibraltar pada 1872.Nmaun  yang pelik di kapal tersebut sama sekali tiada orang, padahal hampir seluruh  ruang di dalam kapal itu jelas menunjukkan wujudnya manusia. Seperti botol minuman yang baru dibuka, piring-piring kotor, dan sebagainya. Sehingga kini seluruh krew dan penumpang kapal tidak diketahui dimana mereka. Seolah lenyap ditelan bumi. kerana kejadian aneh ini, kapal Mary Celeste mendapat julukan nama “Kapal Hantu”.


Photobucket

3. Jalan Bimini

Para penyelam dunia telah dikejutkan dengan penemuan sebuah lokasi yang mirip  jalan setapak di bawah laut Pulau Bimini di Kepulauan Bahamas. Ramai berpendapat jalan setapak itu terbentuk dari fenomena alam. Namun keraguan juga muncul kerana ‘jalan’ dibawah laut itu tampak terlalu rapi jika terjadi kerana fenomena alam. Beberapa ahli pengkaji berpendapat jalan tersebut adalah sebahagian dari Kota Atlantis seperti ditulis Plato yang lenyap. Tapi hingga hari ini belum ada bukti tambahan mengenai “kota atlantis yang hilang” itu.



Photobucket

3. Misteri Hilangnya Jimmy Hoffa

Jimmy Hoffa adalah Pimpinan kaum buruh Amerika yang paling berpengaruh di tahun 1950 – 1960 di Amerika. Pengaruhya telah mengubah wajah dunia perburuhan Amerika. Pada tanggal 30 Julai 1975, Hoffa hilang di sebuah tempat parkir Detroit dan tidak pernah ditemui sehingga sekarang. Polis dan badan penysiasat FBI tidak dapat merungkaikan misteri kehilangan Hoffa kerana tiada bukti dan penunjuk.

sebahagian orang berpendapat kehilangan Hoffa dikaitkan dengan Anthony Jack Giacalone, seorang pimpinan geng New Jersey yang tak mneyukai Hoffa. Mayat Hoffa disebutkan dikubur di bawah stadion The Giants, Detroit. Ketika dilakukan penggalian di fondasi stadion tersebut, mayat Hoffa tidak ditemukan.

Photobucket

5. Black Dahlia

Tahun 1947, tubuh wanita bernama  Elizabeth Short (22 tahun) ditemukan dalam keadaan ngeri dengan bahagian tubunya di potong dua di sebuah tempat letak kereta di Los Angeles. Menurut laporan akhbar setelah pembunuhan, Short menerima julukan "Black Dahlia" di Long Blue ketika filem “The Blue Dahlia” sedang ditayangkan ketika itu .  Kes Black Dahlia  termasuk dalam kes berprofil tinggi  di L.A (Los Angeles)  ketika itu, dan telah mendapat liputan penyiasatan yang meluas mengenai kes itu. Namun sehingga kini kes ini tidak dapat diselesaikan dan terus menjadi misteri.


Photobucket

6. Manuskrip Voynicht

Manuskrip Voynicht  adalah buku ilustrasi misteri dengan isi yang tidak dapat difahami. Manuskrip Voynich diandaikan  ditulis antara tahun 1450 sehingga tahun 1520 oleh pengarang yang tidak diketahui dalam bahasa dan sistem penulisan yang tidak diketahui. Manuskrip ini telah dipelajari oleh banyak kriptografer profesional dan amatur.


Photobucket

7. Jack the Ripper

Nama ini merupakan julukan untuk tokoh misteri yang melakukan serangkaian pembunuhan berantai dan mutilasi di England pada abad ke- 19. Pada 31 Ogos 1888 lewat tengah malam, di daerah East End di kota London, England yang terkenal dengan nama Whitechapel (daerah lampu merah di London) pernah dihebohkan dengan aksi pembunuhan berantai paling kejam terhadap sejumlah wanita. Namun sehingga hari ini identiti pelaku pembunuhan tidak berjaya  dirungkaikan. Polis hanya tahu bahawa si pembunuh memberi gelaran dirinya sebagai "Jack the Ripper".

Jack The Ripper tidak meninggalkan walau 1 pun bukti dalam tindakan jenayah kejamnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui, Satu-satunya persamaan antara mangsa korbannya ialah bahwa mereka adalah wanita teruna.

Photobucket

8. Zodiac killer

Zodiac Killer adalah julukan terhadap pembunuh yang melakukan pembunuhan di daerah Northern California di akhir tahun 1960-an. Dia membunuh telah membunuh seramai lima orang. Awalnya, polis tiak berjaya menjejaki identiti pembunuh ini. Sebulan setelah pembunuhan pertama, si pembunuh mengirimkan surat kepada polis dan mengakui dirinya bernama Zodiac Killer, dan mencabar polis untuk menangkapnya.

Setelah melakukan pembunuhan yang ke-7,  Zodiac Killer tiba-tiba lenyap. namun persoalan yang bermai ialah, Apakah dia telah terbunuh? Dan siapa dia sebenarnya? Tiada siapa yang boleh mengungkapkan misteri ini.

Surat Zodiac Killer  :

“I LIKE KILLING PEOPLE BECAUSE IT IS SO MUCH FUN IT IS MORE FUN THAN KILLING WILD GAME IN THE FORREST BECAUSE MAN IS THE MOST DANGEROUE ANAMAL OF ALL TO KILL SOMETHING GIVES ME THE MOST THRILLING EXPERENCE IT IS EVEN BETTER THAN GETTING YOUR ROCKS OFF WITH A GIRL THE BEST PART OF IT IS THAE WHEN I DIE I WILL BE REBORN IN PARADICE AND THEI HAVE KILLED WILL BECOME MY SLAVES I WILL NOT GIVE YOU MY NAME BECAUSE YOU WILL TRY TO SLOI DOWN OR ATOP MY COLLECTIOG OF SLAVES FOR MY AFTERLIFE EBEORIETEMETHHPITI”


Photobucket

9.  Babushka Lady

Nama ini merujuk pada susuk seorang wanita yang memakai babushka (selendang buatan Rusia) yang tampak berada di dekat lokasi pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas tahun 1963.
Pada gambar diatas jelas sekali menunjukkan yang wanita ini berada tidak jauh dari kawasan lokasi Kennedy ditembak. Wanita itu diyakini punya peranan penting dalam mengungkap kasus pembunuhan John F. Kennedy.  Dalam rakaman itu, terlihat wanita tersebut memegang kamera, dan merekam kejadian. Anehnya, wanita itu tidak pernah ditemui. Pihak FBI telah meminta wanita itu untuk menyerahkan rakaman tersebut bagi membantu FBI menemukan pembunuh Presiden Amerika. Namun wanita itu tidak pernah muncul.


Photobucket

10. Bola Cahaya Marfa

Disebut juga sebagai “Bola Cahaya Hantu”. Pertama kali terlihat tahun 1880 di sebelah barat kota Marfa, Texas. Cahaya itu dideskripsikan sebesar bola basket, melayang dengan ketinggian pundak manusia. Biasanya berwarna putih, kuning, orange, merah, dan kadang-kadang biru atau hijau. Bola-bola itu biasa terbang mengelilingi daerah tertentu, kemudian menghilang dengan sendirinya. Hingga hari ini, cahaya itu masih boleh dilihat. Tidak ada penjelasan, apa sebenarnya cahaya-cahaya itu.

p/s : inilah antara paparan peristiwa dan kejadian yang paling mendapat perhatian dan liputan didunia namun sehingga kini tidak dapat dirungkaikan, segala yang berlaku diatas ini sehingga kini masih lagi menjadi persoalan dna perdebatan hangat untuk memecahkan misteri yang menyelubungi kejadian yang terjadi seperti saya kongsikan diatas .

9 ulasan:

  1. yg no 10 tu maybe hantu penanggal kot

    BalasPadam
  2. Best info. Kes pembunuhan the black dahlia tu mmg gerun. Aku dulu pernah terbaca.

    Yang ke sepuluh tu orang panggil Tuju-tuju kan? ahaha..

    BalasPadam
  3. best bace nie...

    BalasPadam
  4. yg no 10 nmpk x mxm gmba org menari tgh pegang lampu, lampu 2 yg korg ckp bola api.

    BalasPadam
  5. pernah tgk muvi zodiac killer.. memg best and buat bulu roma berdiri..wlupun bukan cerita hantu.. tapi kes pembunuhannya yg x dpt dirungkai memg seram...makan tahun jgk kes ni..

    BalasPadam
  6. dah lama rupanya blog ni^^ simple je penerangan tak bosan

    BalasPadam
  7. Info2 yang menarik utk dikongsikan bersama...terima kasih

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai