Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.
Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!
Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.
Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.
Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.
Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.
Keluasannya 600 X 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya sahaja seramai 1.6 juta orang.Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.
Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan
lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.
Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.
Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.
Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.
Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.
Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.
Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.
Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.
Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!
Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!
Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?
Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!
Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.
Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.
Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.
Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.
semue manusie melakukan kesilapan .. bukan untuk menyesatkan , tapi nak bagi info , kalau ade salah , sila bagitahu betul2 oke .. even you penah terleka . oke ;)
BalasPadamAtlantis memang mitos dan menarik untuk dikaji... banyak cerita-cerita pelik mengenainya...
BalasPadamAtlantis bukanlah satu mitos.ia adalah sebahagian tempat bangsa Melayu tinggal sebelum ditenggelami banjir.dikatakan kota Atlantis terletak di Nusantara iaitu di pentas sunda yang tenggelam sekarang.sebab apa catatan barat cakap dekat Nusantara sebab di Nusantara lah terdapat banyak gunung berapi.pada masa itu zaman ais pleistosen sebab tu belum iklim khatulistiwa lagi.jd bila gunung berapi meletus ais akan cair dan mengakibatkan banjir selain punca kedua iaitu gempa bumi.d dikatakan banjir besar zaman nabi Nuh as,banjir berlaku di kota Atlantis.kenapa?macam yang penulis ceritakan,penduduk Atlantis sangat maju dan sebab kemajuan itulah mereka sombong.jd sekian hujah dr sy Assalamualaikum
PadamAtlantis ni dah macam cerita-cerita khayalan je. keh3.. tapi byk pihak yg menjalankan ekspidisi dan membuat kajian. Ade diantaranya hampir membongkar. tapi lelap entah kemana. Mungkin ade kuasa yg menutupi kisah sebenar kot. Tu yang berabad masih tak dapat di bongkar.
BalasPadamsemakin di baca dan di fahami.....cerita tentang atlantis ini sangat menarik untuk dirungkai...tetapi adakah ini benar??atau mitos semata...dalam quran diceritakan bagaimana masyarakat terdahulu di "hilangakan" dari muka bumi kenara dosa..tetapi semua cerita itu ada tertulis dalam quran..apakah atlantis sebenarnya salah satu negara yang dimusnahkan itu???
BalasPadamrr...thanks atas perkongsian ilmu ni...
ada artikel mengatakan bahawa kehebatan tuh kita akan capai tapi akan musnah dan di gantikan dengan dengan kumpulan hidupan baru yg serba kurang...ingat nenek moyang kita org pra-sejarah ka?..ingat dialog malaikat dengan allah swt nerkenaan penciptaan nabi adam?..malaikat memberi respon mengenai pembinaan manusia (nabi adam) dngan mengatakan mengenai kerisauan perkara berulang yg di lakukan oleh manusia..itu brmksud, sudah ada manusia yg menjahanamkan bumi..berkemungkinan kumpulan manusia itulah seperti atlantis ini..trimas..
BalasPadamDasat kota atlantis ni..canggih terlampau ya amat..
BalasPadamsaya rasakan mungkin kota atlantis nie dibine oleh orang yang datang dari masa hadapan.... mungkin dia membina kapal mesin masa . tgk je lah kemajuan sains kota atlantis neh. tk rase pelik ke...
BalasPadamemm..secanggih mana teknologi pon..masa xkn dpt direntas mahupun diulangi la..
BalasPadamdlm sejarah nabi nuh,ade tertulis baginda dapat mnyiapkan sbuah kapal yg sgt besar yg di bina x sampai 100 org dan ambil mase tak sampai sebulan..so,bukti kecnggihan zaman nabi nuh da jelas kat sini..11000 thun lampau.maybe lebih
BalasPadamPernah saya terbaca tentang dajjal dan kecanggihan zaman nye . Dalam blog tu ada tulis yang zaman dajjal tersangat lah canggih sehingga teknologinya hanya menggunakan cahaya . Terdapat persamaan dengan kota atlantis dmana ada satu hujah plato mengatakan bahawa atlantis tersangat lah canggih sehinggakan teknologinya hanya mggunakan cahaya. Wallahualam .. Pada saya , atlantis akan kekal jd misteri kalau Tuhan x izinkan ia dijumpai . Kalau djumpai , mgkin kita pn akan jadi macam mereka . Takburr ..
BalasPadamAtlantis bg pendapat aku ia tak wujud. Ia adalah rekaan semata mata
BalasPadamUntuk memesongkan akidah kelalaian pada manusia untk trus berfikir ttg mistery ini. Kerana tiada sebaris ayat pun dlm alquran yg menceritakan kota atlantis. Kecuali kaum luth. Nuh. Musa. Dan rasullullah..
Btl btl btl, makin banyak baca cerita macam ni makin jauh pulak rasanya dari jalan sebenar.
PadamBtl btl btl, makin banyak baca cerita macam ni makin jauh pulak rasanya dari jalan sebenar.
PadamBtl btl btl, makin banyak baca cerita macam ni makin jauh pulak rasanya dari jalan sebenar.
PadamSemua kejadian adalah kehendak Allah. Dlm Quran mmg tiada tertulis perkataan Atlantis tetapi kejadian2 aneh ada tertulis di dlmnya secara trang atau samar2 atau secara langsung atau tak langsung. Kejadian2 ini memerlukan kajian dan ada juga tak perlu kajian. ada yg boleh dibahaskan dan ada juga takboleh dibahaskan.Wallahu'alam.
BalasPadam