iklan baris

"Gloomy Sunday" : MISTERI MELODI MAUT

Mendengar  tajuk entri dari saya ini, pun membuat ramai diantara anda berteka-teki, BETUL KE NI? YEKE ? Namun inilah realitinya, Pelbagai kejadian aneh berhubungkait dengan melodi ini telah direkodkan dan ramai yang telah maut setelah mendengar lagu melodi "GLOOMY SUNDAY" . dibawah ada coretan kisah benar  mereka yang maut setelah mendengar melodi puaka ini.

Persoalannya adakah melodi ini mempunyai sumpahanya yang tersendiri atau cuma 1 kebetulan ? ikuti kisah mengenai melodi ini dibawah dan rentetan kisah kematian yang  berkaitan dengan melodi ini. 

Reszo Seress(Gambar) : Pencipta melodi  "Gloomy Sunday"


Keazamannya untuk menjadi seorang penggubah lagu terkenal dunia begitu kukuh untuk dipatahkan walaupun penerbit muzik menerima lagu gubahannya. Bagaimanapun, tekad Seress itu kerap mengundang masalah dalam perhubungannya dengan tunangnya yang mahukan Seress mendapatkan pekerjaan tetap.

PADA sekitar 1932, Reszo Seress yang berketurunan Hungary mengimpikan kemasyhuran dengan menjadi penggubah lagu di Paris tetapi impiannya gagal kerana semua lagu gubahannya tidak berjaya menarik minat penerbit muzik di negara itu. Kegagalan itu, bagaimanapun tidak menghalang Seress yang terus mengejar cita-citanya.

Pada satu petang, segala-galanya berakhir selepas pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kejayaannya sebagai komposer dan perpisahan mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain.

Pada hari sama selepas pertengkaran itu - yang berlaku pada Ahad - Seress duduk di depan piano di kediamannya sambil merenung langit menerusi tingkap. Di luar, awan yang sarat akhirnya menumpahkan hujan lebat.

“Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri ketika memetik piano dan secara tiba-tiba, jarinya mula memainkan melodi melankolik aneh yang seolah-olah menterjemahkan kekecewaan yang dirasakan berikutan putusnya perhubungan dengan tunangannya.

“Ya, Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel dan menulis nota dalam satu poskad lama. Dia selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Seress menghantar karyanya itu kepada seorang penerbit muzik dan menanti persetujuan dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, gubahan itu dikembalikan dengan nota penolakan yang berbunyi: “Melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan kami meminta maaf tidak dapat menerimanya.”
Lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress.

Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday diedarkan, berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.

Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan selepas itu dia kembali ke rumah dan menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang tidak dapat dilupakan.

Seminggu kemudian di bandar sama, seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Kejadian seram berkaitan Gloomy Sunday tidak berakhir di situ kerana dua hari kemudian, seorang setiausaha muda di New York juga membunuh diri. Pada nota yang ditemui, dia meminta lagi Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Beberapa minggu kemudian, seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan ‘lagu maut’ itu dengan piano. Sekitar masa sama, seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Akhbar segera melaporkan beberapa lagi kematian yang dikaitkan dengan lagu gubahan Seress itu. Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya yang membaca kisah kematian yang dikaitkan dengan irama itu.

Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada jawapan. Mereka akhirnya merempuh masuk ke rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress.

Dia menulis surat kepada bekas tunangnya, merayu mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu wanita itu membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya, salinan Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler , lagu berkenaan dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui ‘sumpahannya’


p/s : kalau anda berani, dan merasakan ini 1 kebetulan ,anda cuba search google atau Youtube taip "Gloomy Sunday" dan dengarla melodi yang paling menyeramkan serta menyedihkan didunia ini dimana ramai yang telah maut dan membunuh diri selepas mendengar melodi puaka ini.

rujukan : berita harian, dan wikianswer

25 ulasan:

  1. Aku pernah buat research pasal lagu ni.

    dari segi psychology, sebenar lagu ni bawa maut kalo lagu ni penuhi citarasa kita.
    ya kalo dah minat sgt lagu ni, kita akan terbwak2.

    sama mcm main game bg kanak2. 8D

    BalasPadam
  2. ya setuju dengan ko tu satu dr reasonnya.. tp persaolannya most of mereka selepas dgr lagu ni membunuh diri. tu yang mendatangkan misteri aku pun teringin nk dgr tp rsau jgak.

    BalasPadam
  3. bace entri ni pon dah meremang bulu roma...

    BalasPadam
  4. nak dgr ke tak ha...? tertnya2...

    BalasPadam
  5. dah dgr dan taida apa apa berlaku.

    BalasPadam
  6. mcm na dengar .. tpy da mlm pulak =.="

    BalasPadam
  7. Sekadar menyatakan pendapat. Kemungkinan orang yg dgr lagu tu terlalu menghayati lagu tu. Kesemua rekod yg tercatat adalah orang yg bkn ISLAM. Nyata IMAN tu penting dlm kehidupan seseorang.

    Bekas tunang penulis lirik tu bunuh diri mungkin sbb menyesal dgn apa yg berlaku, atau terlalu sedih dgn lagu tu sbb ade kaitan ngn diri dia. Neway yg lain2 tu terlalu taksub dgn lagu tu.

    Sifat manusia ialah terikut-ikut. Mgkn org pertama yg bunuh diri selepas mendgr lagu tu sbb dia ada kisah silam yg xdpt dia lupakn n buatkn dia stress lalu bunuh diri. Lepas tu, mula la tersebar berita tntg lagu yg membunuh, then sumer org taksub n teringin nk dgr. then diorg PERCAYA plak lagu tu berhantu yg blh membunuh, so dorg pn amik keputusan bunuh diri... So xde IMAN mcm tu la akhirnya.

    Samala mcm kes histeria, dlm bnyk2 tu kdg2 ade 2 3 je yg btl nyer, yg lain tu skdr terikut2 kn perasaan je...

    BalasPadam
  8. hmm..tak de comment lah..

    tapi kalau nak dengar jugak lagu tu just dengar biasa2 dah le..


    Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
    & JariPlastik

    BalasPadam
  9. sudah dengar...di youtube tadi..

    BalasPadam
  10. da dengar.. bosannnnnnn je lagu 2..

    BalasPadam
  11. artikel pasal nih baru je dimasukkan dalam Mastika Julai 2011..
    saya dah dengar lagu ni..xde ape2 pun..ni translation dalam bahasa inggeris..
    http://www.phespirit.info/gloomysunday/lyrics_seress.htm

    BalasPadam
  12. tak faham langsung lagu ni. lagu justin bieber lagi best !! :D

    BalasPadam
  13. saya da dengar.. petikan yang mendayu-dayu.. seolah menggambarkan betapa sedih, kecewa dan kelam dunianya pencipta melodi tersebut... mmg dengar pun agak misteri... ada dlm mastika ehh? nk beli laa kalo mcm tu

    BalasPadam
  14. ini semua bergantung pada pendengar...iman mesti kuat...tp dgr lagu nih boleh meremang bulu roma nih...seram gak nih

    BalasPadam
  15. ala bagi je org kg dengar conferm tak ade effect . why? mereka bukan paham pun..

    BalasPadam
  16. hidup mati di tgn allah , gloomy sunday . sunday kan hari owg pergi gereja

    BalasPadam
  17. Sdh le aku dgr .. x jadi pa2 pon lpas 2 ..

    BalasPadam
  18. kemungkinan diorang nak memesongkan akidah islam.. jika kita sentiasa ingat tuhan..kita x akan trbawa2 smpai nk bunuh diri!

    BalasPadam
  19. ace kalau tak de ghoje, nyanyi2 lagu rihanna - unfaithful plak..:P saje je..tak jadik apapun..tapi..tapi..tapi..jangan percaya..kita ada agama..punya iman dan yakin padaNya..insya Allah..

    BalasPadam
  20. x seram mane lah... seram lagi lagu kematian jibril( nasyid) :P

    BalasPadam
  21. best jugak lagu dia tapi 2 lagu abad bila ntah ?
    x masuk dngan citarasa

    BalasPadam
  22. Menarik...sy curious td n da dgr kat utube... agak creepy tp cm lgu kat muvi horror je... btol la..IMAN dan kpercayaan pd tuhan tu klu rapuh memg mudah nk hbiskn riwayt ngan commit suicide... yakin ngan qada qadar Allah...

    BalasPadam
  23. takut gile aq
    bahayasial

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai