( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Situasi Terkini Pergolakan Politik di Libya

Salam sejahtera dan salam pembuka kata,sudah terlalu lama, blog ini tiada update entri berkaitan politik. untuk entri  kali ni RR ingin membawa anda semua mengenai situasi terkini pergolakan politik di Libya. .Selepas Tunisia dan Mesir  kini pergolakan politik di Libya seperti yang kita sedia maklum turut bergolak dan telah mencapai tahap kemuncaknya.Namun apa yang pasti pergolakan yang berlaku di Libya kurang mendapat liputan meluas media Malaysia  berbanding situasi yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Untuk entri kali ni , RR, ingin kongsikan update terkini situasi semasa dan senario politik di Libya.

Kejayaan revolusi di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menggulingkan kerajaan pemerintah telah memberi impak yang sangat dominan dan luar biasa di negara rantau Timur Tengah.dan turut tidak terkcuali adalah Libya. Rakyat Libya kini terus-menerus menggerakkan demonstrasi anti-pemerintahan Muammar Gadhafi dalam mengulingkan pemerintahan diktator beliau. Kemuncaknya lebih 200 rakyat Libya telah terkorban dan lebih 800 cedera akibat tekanan dari pihak tentera bagi menghentikan kebangkitan rakyat Libya.

dan sehingga entri ini ditulis senario di Libya terus meruncing. Keadaan dilihat semakin tidak memihak kepada pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi.Semua petunjuk memperlihatkan pemimpin itu sudah hilang kawalan ke atas beberapa wilayah di timur negara itu, setelah beberapa bandar jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan.Namun, Gaddafi enggan tunduk, sebaliknya berikrar akan terus mempertahankan pemerintahannya.


gambar diambil dari website AFP news
demonstrasi anti-pemerintahan Gaddafi yang diadakan oleh rakyat Libya 

Dalam ucapannya,di Tripoli pada 26 Februari, Gaddafi berikrar akan membuka gudang senjata Libya kepada penyokongnya, membayangkan Tripoli akan bermandi darah jika penentang rejim cuba menawan ibu negara ini. Dalam ucapan ringkasnya yang berapi-rapi dan penuh amaran di Dataran Hijau, Tripoli memberitahu ratusan penyokongnya supaya bersiap sedia untuk mempertahankan ibu negara ini.Sementara itu, Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Shalgham, rakan Gaddafi sejak kecil, menjadi pegawai terbaru berpaling tadah, menyusuli timbalannya, Ibrahim Dabbashi yang berbuat demikian, baru-baru ini.

Ketika berucap dari atas bumbung sebuah bangunan di Tripoli semalam, Gaddafi menggesa penyokong yang berhimpun di Dataran Hijau di bawah sana supaya ‘mempertahankan Libya dan jika perlu, kita akan membuka semua gudang senjata’.
“Kita akan memerangi mereka dan kita akan menewaskan mereka,” katanya sementara penyokong menjulang potret beliau dan mengibarkan bendera hijau negara ini.
Hampir seluruh bahagian timur negara di Afrika Utara ini sudah terlepas daripada cengkaman Gaddafi sejak pemberontakan rakyat bermula di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu.

Ucapan semalam adalah kenyataan terbuka ketiga yang dibuat oleh Gaddafi dalam minggu ini, selepas beliau menggesa pengikutnya supaya menumpaskan pemberontak dan kemudian menuduh rangkaian al-Qaeda menghasut golongan muda ‘yang khayal dengan dadah’ supaya bangkit untuk menumbangkan beliau.
p/s : dengan situasi yang semakin meruncing dan demonstrasi  anti-pemerintahan Muammar Gaddafi yang semakin memuncak di seluruh Libya. diharapkan kerajaan boleh memngambil langkah2 yang selanjutnya untuk memindahkan para pelajar dan rakyat kita yang berada di Libya. marilah kita sama-sama berdoa agar rakyat Malaysia yang berada di Libya akan berada dalam keadaan yang selamat.

sumber : dipetik dari IPF news, viva news.
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

14 ulasan:

  1. entry yang menarik.../me pun nak postkan entry pasal gadaffi nnti..

    BalasPadam
  2. redzuan...
    anda seorang pengulas yg terbaik...
    moga rusuhan di sana tidak lagi menjadi lebih parah lagi...doa ...doa dan terus berdoa agar mereka aman kembali...Allahuakbar!

    BalasPadam
  3. sudah sampai masa nya gaddafi berundur...harap2 benda2 macam ni tak berlaku kat malaysia

    BalasPadam
  4. bedil gaddafi laknatullah.. moga mereka yg teraniaya menang...amin

    BalasPadam
  5. @aried mudah2 an amin. kita doakan bersama2. bila matlamat menghalalkan cara. beginilah jadiya. sanggup buat apa shj unuk terus kekal berkuasa. snggup mnghapuskan rakyat sndri.
    sangat kejam

    BalasPadam
  6. scared for war

    follow me back dear
    www.yusrasuperstar.blogspot.com

    BalasPadam
  7. You blog is good.
    I follow you blog.
    www.vivendoteologia.blogspot.com

    BalasPadam
  8. permisi, boleh ga di copas buat tugas sekolah?

    BalasPadam
  9. salam: mintak pdapat sikit pada rakyat malaysia di libya. saya dpt tawaran kerja di libya sekarang. adakah keadaan disane sudah kembali seperti sedia kala & selamat?

    BalasPadam
  10. rasanya ada kot.lebih bik jangan pergi.

    BalasPadam
  11. Boleh tolong bagi banyak lagi x untuk keja?

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian