iklan baris

Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan

Luahan Hati Seorang Anak

29 ulasan:
salam semua, ntahla, arini aku terasa nak luahkan sesuatu yang sentiasa membuku dalam hati aku. arini tiada info , tiada tips,  mahu pun segmen akan aku kongsikan , entri ni  sekadar luahan rasa kesedihan diri ini yang telah lama aku biarkan tertanam rapi dalam hati..  mungkin dgn cara ni aku dapat ringankan rasa beban kesedihan. buat anda semua yang tidak ingin baca tidak mengapa. aku luah isi hati aku dgn harapan dapat kurangkan kesedihan yang sering membelenggu aku. mungkin smua teman2 rapat dan rakan bloger BCM dan yang sentiasa ikuti blog aku melihat aku ni orang yang ceria dan sentiasa gembira. tapi allah sahaja yang maha mengetahui betapa berat beban kesedihan yang aku tanggung. kesedihan yang aku tanggung ini akan terus menemani aku sehingga nafas terakhir aku. aku pun  manusia yang ada hati dan perasaan sedih, bukan hnya kaum wanita sahaja yang merasa kesedihan.


ketika aku menaip entri ini jam menunjukkan 4.50 pagi . aku tak tau kenapa aku terasa rindu sangat pada abah aku pagi ni. aku tak dapat melelapkan mata aku.  aku terbayang kenangan indah bersama abah aku, Abdul Mulok @Abdul Malek.  Abah da pergi mengahadap illahi 4 tahun yg lepas. 11.8.2007 merupakan tarikh kesedihan yang akan kekal terukir dlm benak fikiran aku. tarikh itu lah abah aku dijemput illahi. ckit pun aku xpernah melupakan abah aku. abah memang garang tapi disebaliknya abah seorang ayah yang penyanyang. cuma aku tak mengerti cara abah menunjukkan kasih sayang pada anak2 nya.  abah orang rndu nak berbual dan berckp dgn abah wlupun orang tau smua tu xkan berlaku



abah .. orang tak pernah jemu berdoa untuk abah agar roh abah tenang bersemadi kat sana. lpas solat orang xpernah lupa menadah tngan mendoakan abah kat sana. tiap2 minggu orang ziarah kubur abah. kalau orang xberkesempatan dalam sebulan  2 kali orang pergi  sedekahkan alfatihah dan baca yasin untuk abah. dulu masa mula-mula abah dijemput illahi orang susah nak terima hakikat abah da pergi selamanya. orang hidup sampai harini pun sebab mama. orang tak sanggup lihat mama menitiskan air mata setiap malam teringat kat abah. mama memang tak tunjuk depan anak-anak. tp  orang selalu nampak. bila orang ke bilik air tgh malam  orang nampak mama duduk sorang2  kat kerusi ruang tamu atas.  terdengar esakan kecil mama. orang tau mama teringatkan abah. orang  tak snggup tengok mama menderita mcm ni.. , kadang orang pernah terfikir dan tertnya-tnya kenapa Allah tak ambik orang dulu, kenapa abah yang pergi dulu. kenapa bukan orang .mama, dengan adik-adik lagi perlukan abah dr orang. orang terkilan sangat2 sbb abah tak sempat lihat keputusan UPSR aizat. aizat dapat 5A abah, abah pergi sehari sebelum keputusan UPSR keluar. orang sedih abah, tiada tngis kegembiraan dengan result cemerlang aizat. yg ada tngisan kesedihan. skg aizat da dpt MRSM abah. PMR aizat aritu 8A abah.  Alan plak mnnti keputusan SPM , kalau abah ada abah pasti bangga kami semua da bjaya abah. , orang tak tau nk luahkan kat saper ape yang orang rsakan abah.   orang terkilan dan sedih sgt sbb abah takkan brsama orang masa orang ambik sgulung ijazah.


buat mamaku wanita yg pling aku snjungi dan sayangi Norahen Binti Shahid, mmmuuuaaahhh untuk mama.  orang janji bila orang abis belajar nnti orang akan teman mama, mama tak payah kerja da, orang akan jaga mama, yang paling penting orang akan tunaikan hasrat mama nak ke Mekah. baru orang  fikir pasal kahwin dan orang akan bagi cucu banyak-banyak kat mama.. biar rumah xsunyi sepi lagi. dan untuk mama orang doakan mama dipanjangkan umor.


buat adik-adikku, aizat dan alan, abg iwan nk mntak maaf sgt2 kalau selama ni abg iwan pernah bertndak ktrlaluan, abg iwan nk kita semua berjaya dalam hidup ni, abang iwan tak de niat nk marah2 adik abg tanpa sebab. abang iwan mntak maaf sangat kalau adik adik abg ni terasa ati dgn abg.  abg iwan nk ijat, alan belajar rajin2, kita 3 beradik je dik, abg iwan harap ijat, alan, jangan  wat mama terasa hati, jga ati mama, smntara mama msih ada, nnti mama da xde, kat sper lagi kita nak mengadu nak bermanja dik.  abah da pergi mnghadap illahi. jaga mama baik2, abg iwan skg pun kat u, mama pun krja balik lewat, abg iwan tak sempat nak jumpa mama borak dengan mama lama2.  tu je abg iwan mntak dr korang, kalau korang nk duit belanja mintak kat abg iwan, abg iwan boleh bagi duit biasiswa abg iwan kat adik abg. . nnti abg iwan nk bila korang  ijat, alan da grad abis belajar. kita pergi kubur arwah abah bawak ijazah kita sama2 kat kubur arwah abah. kita pergi dgn mama sekali. xpela dik abah tak dapat menemani dan melihat kita mengmbil segulung ijazah. tp sekurang2 nya arwah abah melihat kita dengn snyuman dr alam yang sana. dan abg iwan nak korang tau yang abg iwan syg kat adik adik abg sgt2. smpai mati korang la adik-adik abg. susah snang abg iwan bersumpah dengan nama Allah s.w.t abg akan bantu korg dik.


aku tak sertakan  gmbar arwah ayah aku sbb aku rasa tak elok rasanya berkongsi gambar orang yang da tiada. aku merayu sgt2 kalau korang ada ayah , ibu hargaila mereka selagi mereka masih ada didunia ni. dan kerana allah taala aku mmg cemburu bila melihat orang semua ada ayah. aku xsmpat bhagiakan ayah aku. aku berdoa agar Allah panjangkan umor ibu aku dan sempat lihat aku dan adik2 aku brjaya dlm lapangan kerjaya kami dan hidup kami..