iklan baris

Fakta Misteri Otak Manusia



otak manusia


Setelah ribuan tahun dipelajari dari berbagai sudut dan tempat, beberapa fakta misteri otak manusia mulai terungkap.Terdapat beberapa fakta yang sebelum ini mungkin tidak pernah terpikir oleh manusia.Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal.

Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa.

Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia. Berikut beberapa fakta menarik  tentang otak manusia yang belum banyak diketahui :


1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.

Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal.

Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot.

Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini.



2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar.

Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut.

Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.



3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.

Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak.

Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal

Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku seorang penagih ubat tersebut.



4. Otak manusia berwarna kelabu.

Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain.

Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebagai jasad kelabu.

Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.

Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia.



5.Otak manusia merupakan otak yang paling besar.

Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia.

Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun.

Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.


p/s: kepada budak sains yang mengambil biology , mungkin boleh menambah lagi info ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai