iklan baris

Asmaul Husna / 99 Nama Allah Dan Maksudnya

Asmaul Husna |  99 Nama Allah Dan Maksudnya

 
 
 


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati . Untuk kali ini saya rasa teringin kongsikan mengenai  99 nama Allah beserta maksudnya walaupun saya pasti ramai yang  telah menghafalnya .Dalam Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini.

Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama Allah swt , ada pendapat dan riwayat yang menyebut  sebanyak 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman iaitu berjumlah 99.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain.

 Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.


dibawah ini merupakan 99 nama Allah beserta maknanya

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Asmaul Husna dan Maknanya

No. Nama Arab Maksud

1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih

2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang

3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah

4 al-Quddus القدوس Maha Suci

5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan

6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan

7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara

8 al-Aziz العزيز Maha Gagah

9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa

10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta

12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)

13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)

14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun

15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa

16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia

17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki

18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat

19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)

20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)

21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)

22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)

23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)

24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)

25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)

26 al-Samik السميع Maha Mendengar

27 al-Basir البصير Maha Melihat

28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan

29 al-Adl العدل Maha Adil

30 al-Latif اللطيف Maha Lembut

31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia

32 al-Halim الحليم Maha Penyantun

33 al-Azim العظيم Maha Agung

34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun

35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)

36 al-Ali العلى Maha Tinggi

37 al-Kabir الكبير Maha Besar

38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga

39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan

40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan

41 al-Jalil الجليل Maha Mulia

42 al-Karim الكريم Maha Pemurah

43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi

44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan

45 al-Wasik الواسع Maha Luas

46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana

47 al-Wadud الودود Maha Pencinta

48 al-Majid المجيد Maha Mulia

49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan

50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan

51 al-Haq الحق Maha Benar

52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara

53 al-Qawi القوى Maha Kuat

54 al-Matin المتين Maha Teguh

55 al-Wali الولى Maha Melindungi

56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji

57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung

58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai

59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan

60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan

61 al-Mumit المميت Maha Mematikan

62 al-Hai الحي Maha Hidup

63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri

64 al-Wajid الواجد Maha Penemu

65 al-Majid الماجد Maha Mulia

66 al-Wahid الواحد Maha Esa

67 al-Ahad الاحد Maha Esa

68 al-Samad الصمد Tempat Meminta

69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan

70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa

71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan

72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan

73 al-Awwal الأول Maha Awal

74 al-Akhir الأخر Maha Akhir

75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata

76 al-Batin الباطن Maha Ghaib

77 al-Wali الوالي Maha Memerintah

78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi

79 al-Bar البر Maha Penderma

80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat

81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa

82 al-Afu العفو Maha Pemaaf

83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih

84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)

85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan

86 al-Muqsit المقسط Maha Adil 87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan

88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan

89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan

90 al-Manik المانع Maha Mencegah

91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita

92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat

93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)

94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk 95 al-Badik البديع Maha Pencipta

96 al-Baqi الباقي Maha Kekal

97 al-Waris الوارث Maha Pewaris

98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai

99 al-Sabur الصبور Maha Sabar


Menamakan Anak

Menurut tradisi Islam, seseorang Muslim tidak akan diberi nama menyerupai nama Allah dalam bentuk yang sama-contohnya Al Malik, tetapi boleh dipanggil Malik.

Bagaimanapun nama/sifat Allah boleh digabungkan dengan perkataan "Abdul -" yang bererti hamba (contohnya. - kepada Allah) dan biasa digunakan sebagai nama orang bagi orang Muslim. Sebagai contoh ‘Abdul ar-Rahman ("hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih").

dan sebagai contoh lain nama arwah ayah saya sendiri ialah Abdul Muluk . kerana Al-Mulk merupakan nama Allah yang bermakna yang memiliki kerajaan. kerana itu nama Allah tidak boleh berdiri sendiri jika digunakan kepada manusia .. kerana sifat Allah swt itu yang MAHA . wallahualam ..

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. selain yang ke - 87 juga no 95 belum dicantumkan/dicatat

      Padam
    2. ada beberapa nama yang sama

      Padam
  2. 87)AL-JAAMI'U=MAHA MENGUMPULKAN DAN 95)AL-BADII'U=MAHA MENCIPTAKAN INI YG X ADA LAGI..HARAP DI PERBETULKAN YA...

    BalasPadam
  3. 87)AL-JAAMI'U=MAHA MENGUMPULKAN DAN 95)AL-BADII'U=MAHA MENCIPTAKAN INI YG X ADA LAGI..HARAP DI PERBETULKAN YA...

    BalasPadam
  4. saya suka saya suaka 99 nama allah

    BalasPadam
  5. Bagus tapi tuan rumah kena perbetulkan segera apa yang tersilap seperti yang dihighlight kan oleh pengunjung blog ni..

    BalasPadam
  6. Bagus tapi tuan rumah kena perbetulkan segera apa yang tersilap seperti yang dihighlight kan oleh pengunjung blog ni..

    BalasPadam
  7. terima kasih diatas komen semua pngunjung .. saya akan perbetulkan balik mana nama Allah swt yang tertinggal

    BalasPadam
  8. mohon copy..mcm mana ye?

    BalasPadam
  9. apa perbedaan makna Al Wahid & Al Ahad , lalu makna laysa kamislihi ?

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. silakan tuan jika ingin copy .. sebarkanlah segala kebaikan yang ada :)

      Padam
  11. tq..mohon share
    http://metrobestmom.blogspot.com

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai