iklan baris

Fadhilat dan Khasiat Surah Al Kautsar





Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz. dengan lafaz bismilah saya mulakan entri yang penuh bermanfaat ini .. Setiap ayat dan surah Al-Quran mempunyai khasiat dan fadhilat yang tertentu . kali ini saya ingin kongsikan khasiat surah Al-kausar .

Surah al-kausar merupakan surah paling pendek didalam Al-Quran selain  dari surah al-asr, yang juga mengandungi tiga ayat ; Surah Al-Kautsar ini tergolong dalam surah makkiyah kerana telah diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam bagi sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelaki bagnda iaitu Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib .

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan diantara khasiat surah ini :-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


p/s : sesuatu yang baik akan datang apabila kita mengamalkannya selalu.Justeru ,amalkanlah membaca surah ini atau surah-surah lain secara kerap agar apa yang diinginkan dalam hidup akan tercapai dan akan mendapat kebahagiaan dan kerahmatan di dunia mahupun di akhirat. Bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya ,tetapi semua itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah swt .

1 ulasan:

  1. As salam..sekadar bertanya utk mendapatkn kepastian...tahun kesedihan adalah tahun di mana baginda rasulullah berdukacita di atas kematian org yg di kasihinya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda Saidatina Khadijah...bagaimana pula dgn anak Baginfa iaitu Ibrahim?adakah dikira juga dlm tahun kesedihan kewafatanya?

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai