iklan baris

PENDUDUK KAMPUNG CHINA BERKETURUNAN TENTERA EMPAYAR ROM?

Salam, harini terasa tertarik nak kongsikan anda mengenai info ni,  mengenai penduduk disebuah perkampugan di China yang mempunyai pertalian keturunan dari tentera Rom pada zaman kuno yang dulu. kat bawah ni ada gambar perbandingan penduduk kampung dengan sebuah patung ukiran panglima jeneral Crassus dari zaman Rom purba.



Hasil dari penyelidikan, pakar-pakar sejarah dan ahli antropologi percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan.

Penduduk kampung itu telah menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.

Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.

Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.

Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China.

sumber : dipetik dan diolah dr Agensi

2 ulasan:

  1. Klau tgk kedudukan iran dan utara china tak la jauh mana tuk askar2 Crassus ni lari. Logik la dorang boleh menetap kat situ.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai