Asal-Usul kewujudan Bangsa Melayu
untuk kali ini saya nk kongsikan dengan anda semua mengenai 1 topik menarik tapi jarang kita ambik kisah iaitu mengenai ASAL-USUL BANGSA MELAYU. Mungkin ramai diantara kita sendiri langsung xmengetahui asal-usul bangsa melayu ni. saya kongsikan di sini dan entri ni mungkin perlu diupdate lagi.
Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
- Teori Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
- Teori Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
TEORI BANGSA MELAYU BERASAL DARI YUNAN
Teori ini merupakan teori yang popular dan telah diterima umum. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu ini datang dan berasal dari Yunnan dan telah bermigrasi ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang migrasi yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.:Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang.
Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
TEORI BANGSA MELAYU BERASAL DARI NUSANTARA
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti John Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
- Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
- K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
- Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
- Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Dalam teks Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ada disebut bahawa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Melaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.
Sejarah Melayu merupakan karya penulisan yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menyebut diri mereka berasal dari keturunan Melayu di daerah Palembang. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berlalunya waktu, definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.Definisi Melayu kini berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mula dianuti didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu.
Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam ertian ketaatannya terhadap agama Islam.
Sumber :
*Virginia Matheson, Encyclopaedia of Asian History: Prepared under auspices of the asia society,
*R.O. Winstedt, The Malays: A Cultural History,
*G. Benjamin, “In the long term: Three Themes in Malayan Cultural Ecology,” in Cultural Values and Tropical Ecology in Southeast Asia,
*Teks Sulalatus Salatin( Sejarah Melayu) hasil tulisan Tun Seri Lanang.
p/s : info yang sy dapat ni hasil dr pembacaan saya di dalam rujukan2 diatas dan searching sy di forum dan website . jika ada kekurangan dengan fakta yang dinyatakan anda boleh tambah di ruangan komen untuk perkongsian bersama dan entri ini akan diupdate :)
pergh bagusnye rajin search mende2 macam ni..hehe, nice sharing.. :)
BalasPadammasih menjadi tanda tanya pada saya mengenai ini....seprti fakta yg diberi masih kurang jelas pada saya.....
BalasPadam1}si Guntang berasal dari keturunan raja-raja melayu palembang...
persoalan>sudah wujud akan melayu sebelum si Guntang...?
disini saya masih belum dpt SIAPAKAH DIA BANGSA MELAYU PADA AWAL KEMUNCULAN?
ini pemahaman saya dan harp boleh kiter berkongsi....
baca artikel srikandi berkenaan alter rahsia melayu naa..komen disana kalo tak puas hati,but be knowledgeable and jgn cakap kosong2 yup!
BalasPadam