Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Sebulan, Harian dan Doa Berbuka Puasa

ramadhan

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan perkongsian untuk kali ini. sedar tak sedar kurang dari seminggu lagi bulan yang penuh dengan rahmat , bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan pengampunan , bulan rahmat  akan tiba dan  sangat dinantikan oleh seluruh umat islam di pelusuk dunia iaitu bulan ramadhan . Apabila menjelangnya bulan ramadhan pasti ramai antara kita mencari lafaz niat puasa ramadhan. untuk itu saya kongsikan dengan anda lafaz niat bulan puasa ramadhan untuk sebulan puasa , sehari puasa dan doa berbuka puasa bersama dalam rumi dan terjemahannya sekali untuk panduan kita bersama .


Niat Puasa Bulan Ramadhan


Lafaz niat puasa sebulan puasa  :

niat puasa sebulan ramadhan


nawaitu sauma shahri ramadhana kullihi lillahi taala .

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala



Lafaz niat puasa harian



nawaitu saumaghadin an ada-i fardhi shahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala


sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala




Doa Berbuka Puasa



Allah humma lakasumtuu  wabika amantu wa'ala rizqika aftortu birahmatika yaa arhamar rohimin


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman  dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



tambahan info dari penulis ( penulis blog redzuan-ridz )   :

Waktu berniat puasa



Waktu berniat bermula daripada terbenamnya matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka. ini untuk niat puasa harian


Untuk niat puasa sebulan perlulah membaca niat puasa tersebut sebelum puasa yang pertama yakni dibaca selepas maghrib  hinggalah sebelum masuknya waktu subuh. niat puasa sebulan ini hanya perlu dibaca sekali sahaja. dan jika anda tidak membaca atau terlupa membaca niat puasa harian puasa anda tetap sah kerana anda telah berniat puasa untuk sebulan.


Semoga bulan puasa tahun ini yang bakal kita lalui lebih baik dari yang sebelumnya. sesungguhnya bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. mudah-mudahan kita tidak mensia-siakan ketibaan bulan ramadhan al-mubarak kali ini. Marilah kita tingkatkan bersama amal ibadat kita. mudah-mudahan segala dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini akan diampuni allah s.w.t dengan amal ibadat yang kita lakukan dibulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Mudah-mudahan amin  Kongsikanlah link entri ini 

9 ulasan:

  1. salam bro.. good info. nnt ada masa blh la saya copy-n-paste kat blog saya. tqvm..

    BalasPadam
  2. askom dan salam kenalan dari blog shah...waa blog pown bley tahan...shah newbie lg..so nak harapkan blogger2 support shah la...
    nyh blog shah...http://shahzone.blogspot.com blog shah nyh x sehebat blog blogger lain...sedey..hak3
    kalau sudi follow sekali...

    Entri Terbaru:Jom Kongsi Entri Anda!

    BalasPadam
  3. done folo u. jom singgah blog sy.=)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, satu panduan yang sangat bagus, padat dan tepat.inilah blog yang menerangkan mengenai niat puasa dan berbuka secara jelas beserta terjemahan bacaan bahasa melayunya.Secara tidak langsung telah memudahkan saya untuk mengamalkannya esok.terima kasih encik redzuan dan selamat menjalankan amalan ibadah berpuasa.

    BalasPadam
  5. info bermanfaat...stk

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, selamat berpuasa ya. :)

    BalasPadam
  7. Good info.. Thanks a lot.. (^_^)

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum saudara tq atas info yg diberikan sungguh bermanfaat.

    BalasPadam
  9. Terima kasih banyak mas untuk lafaz niat puasanya

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai