Assalamualaikum dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas , entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai latar belakang dan biografi Osama bin Laden. Saya pasti ramai yang ingin mengetahui latar belakang Osama Bin Laden dan siapa Osama bin Laden sebenarnya.
Ramai juga yang beranggapan bahawa Osama bin Laden ini tidak wujud dan tidak lebih sebagai 1 watak yang sengaja di wujudkan Amerika dan sekutu laknatullahnya sebagai 1 agenda perancangan jahat mereka. Sebelum kita semua membuat andaian, Untuk perkongsian kali ini saya pasti ramai yang mencari dan ingin mengetahu siapa sebenarnya insan yang bernama Osama bin Laden ini .
Osama Bin Laden atau nama sebenarnya Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Arab Saudi.Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadramaut (Yaman selatan), dan Ibunya Hamida Al-Attas (atau dikenali sebagai Alia Ghanem) merupakan isteri hasil perkahwinan kesepuluh bapanya. Ketika Bapa Osama datang ke Arab Saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Ayah Osama mula berjaya dalam perniagaan selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk membina istana Raja Saud.
Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantung duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya Arab Saudi.
Bapa Osama meninggal dunia pada 1969 ketika Osama berumur 13 tahun, akibat nahas kapal terbang. begitu juga abang sulung Osama, Salem bin Laden yang merupakan pewaris Ben Laden Group terkorban pada 1988 kerana nahas kapal terbang akibat daripada kegagalan enjin pesawat.
Dari segi latar belakang agama , Osama berfahaman Wahhabi, Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah elit sekular Al-Thager Model School .(1968-1976) Beliau mengambil jurusan Ekonomi dan Pentadbiran Awam di Universiti King Abdul Aziz , Arab Saudi. Beliau akhirnya telah mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981. Ada yang melaporkan bahawa Osama endapat ijazah dalam kejuruteraan awam.
Osama amat terpengaruh dengan pemikiran pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia mara dan menawan Afghanistan, Osama terus ke Pakistan dan telah bertemu dengan pemimpin Jemaah islami di Karachi, selepas itu Osama telah ke Penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, Beliau telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke Afghanistan .
Pada tahun 1986 Osama mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syria,Mesir dan Arab Saudi. cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang saya nyatakan diatas yang sebenarnya telah dipengaruhi oleh Amerika, kerana Osama turut dipengaruhi dan mendapat sokongan Amerika juga ketika itu dalam usaha menghapuskan pengaruh Soviet Union dari tersebar.
Peperangan pertama Osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera Russia pada 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.Dalam tahun 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke Arab saudi untuk mengumpul dan merekrut tentera dan senjata.
Pada 1989 Osama Bin Laden telah mendirikan kelompok organisasi yang dinamakan Al Qaeda, yang dalam bahasa Arab bermaksud "dasar-dasar" atau kaedah-kaedah.dari sini rangkaian Al-Qaeda berkembang
Namun pada tahun 1989, Osama telah dihalang untuk campur tangan dalam urusan negara Afghanistan. Taliban mula mencurigai tindak tanduk Osama, Osama kemudian telah berpindah ke Yaman dan disana beliau telah menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab Saudi. Osama telah kembali ke Arab Saudi untuk bekerja dalam perusahaan keluarganya, Bin Laden Group.
Selepas itu , dari Arab Saudi beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau telah lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan beliau berbaik dengan John Garang iaitu KETUA PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN. siapa John Garang ni tuan-tuan??? cari lah info mengenainya.
Tahun 1992 Arab Saudi telah mengisyhtihar Osama sebagai musuh negara mereka dan kerajaan Arab Saudi telah merampas harta beliau dan sehingga 1994 harta dan aset milik Osama telah dibekukan. Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi. Ini kemungkinan untuk menekan Osama yang menjadi ejen Amerika/CIA !. Selepas itu Osama telah melakukan penentangan terhadap Arab Saudi dan menubuhkan ARC (Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan pemerintahan monarki negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak berjaya.
Selepas itu beliau telah kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.
Dalam tempoh 10 tahun, untuk pengetahuan anda semua , risikan terkenal didunia United States Central Intelligence Agency (CIA) telah terlibat membantu menyalurkan kepakaran, bantuan logistik, dan senjata ke Afghanistan dan agen-agen mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia. ini adalah satu fakta yang tidak diketahui umum. Namun seperti biasa risikan Amerika membidas mengenai ini.
Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di Asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin. Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!
Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi Asia Barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh risikan terkenal dunia(CIA) sebelum Osama melangkahkan kaki ke Afghanistan.
berdasarkan pembacaan saya lagi , Osama terlibat sama dalam satu operasi yang dipanggil sebagai Operation Cyclone. Sedikit info mengenai Operation Cyclone ini, ianya merupakan kod nama yang diwujudkan oleh CIA untuk satu program rahsia untuk merekrut ,melatih, dan menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Mujahideen di Afhganistan ketika Perang Soviet di Afghanistan ( 1979-1989). Operasi ini merupakan operasi paling lama dan paling mahal pernah dibiayai oleh CIA. kos penyaluran biaya mencecah 20-30 juta USD setahun pada 1980 sebelum mencecah 680 juta USD pada 1987 !.
Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk Osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialisis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!
Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji konspirasi dunia.
Namun pada Ahad 11.30 pagi waktu Amerika 2 Mei secara mengejut Amerika Syarikat mengumumkan kejayaan membunuh Osama Laden di Attabotad, Pakistan.
dan sebelum saya terlupa dibawah ini saya senaraikan 5 peperangan/petempuran yang pernah disertai Osama sendiri, anda search la untuk mencari info mengenai perang-perang dibawah ini.Kalau saya rajin saya akan buat entri untuk setiap perang yang saya nyatakan dibawah ini.
- War in Afghanistan
- Soviet War (1979-1989)
- Battle of Tora Bora
- War in North-West Pakistan
- Operation Geronimo
Ini sedikit dari latar belakang Osama, dan rentetan biografinya hasil pembacaan saya.
sumber : rujukan bacaan buku Growing Up Bin Laden: Osama's Wife and Son Take Us Inside Their Secret World tulisan Najwa dan Omar bin Laden
The cult of Osama : psychoanalyzing Bin Laden and his magnetism for Muslim youths tulisan Peter Alan Olsson
rujukan diatas ini ada di library U.M . di pustaka Utama dengan Perpustakaan Peringatan Zaa'ba UM. Mereka-mereka yang study kat U.M tu boleh anda pinjam dan baca, sangat bagus untuk mendapatkan perspektif sebenar siapa Osama laden sebenarnya
p/s : sebelum saya akhiri entri kali ini, 1 persoalan yang ingin saya tinggalkan benarkah Osama telah mati atau pun sebenarnya Osama mungkin telah lama mati dalam petempuran dahulu atau mungkin disebabkan penyakitnya ? Kemungkinan Amerika sendiri telah lama mengetahuinya dan hanya menunggu detik yang sesuai untuk mengumumkan kematiannya ? itu yang saya fikirkan.
good info..btw, thanxz! =)
BalasPadamem...tahniah...ini lah yang ct dengar dari salah seorang kenalan ct yang amat disegani golongan elit malaysia....
BalasPadamyang die mati tu...ade sedikit perbezaan...mengikut perkiraan kenalan ct tu..osama mati pada 1 atau 2 mei..kerana pihak pakistan membocorkan rahsia tempat pesembunyian osama..osama terlalu percaya dengan pakistan..walhal bumi pakistan lah tempat dimana sihir terkuat didunia(sukar mempercayai masyarakat bumi pakistan)
allahu' alam...tak sabar nak tunggu entry seterusnya dari rr
salam..
Padamtumpang tanyak.. betul ka bumi pakistan tempat sihir terkuat...??
salam.. thanks.. perkongsian menarik saudara..
BalasPadamsaya pernah terbaca.. osama ini hanyalah satu watak yang dibuat oleh america.. dan sekarang watak osama sudah tidak diperlukan.. dgn itu america mengistiharkan osama mati.. jika dahulu america membunuh saddam.. kini america ingin membunuh gaddafi pulak.. ini semua konspirasi america nak melemahkan umat islam... tak sabar nak tunggu entry saudara.. ALLAHU'ALAM..
dah update nanti blogwalking ke blog sy er..
@adan
BalasPadamthanx dgn pandnagn saudara. actually dari bukti dan futher reading saya dari 3 buah buku , Osama really exist dan bukannya sekadar 1 watak yang sngja diwujudkan Amerika. sebelum daripada peristiwa serangan 11 September WTC pernah diterbitkan
sebuah buku mengenai Osama.
di dalam buku tersebut ada tercatat peranan Osama dan pembabitan beliau dalam perang soviet Afhganistan. saya lupa tajuk buku tersebut. nanti saya akan update tajuk buku tersebut. dan dalam buku tersebut tercatat juga mengenai permulaan beliau dalam kegiatan bercorak militan.
cuma serangan WTC jelas satu konspirasi Amerika, dan Osama telah diangkat sebagai dalang utama perancang serangan WTC oleh Washington. Kenapa beliau ? spt yg sy terangkan dientri diatas Osama sendiri pernah dilatih oleh risikan CIA , so Osama kemungkinan besar mengetahui dengan lebih tersusun dan terperinci organisasi risikan CIA tersebut.
yang keduanya hujah saya, dalam tempoh 10 tahun dari tarikh sebelum berlakunya kejadian serangan WTC , penerimaan islam sangat pesat dan ramai masyarakat Amerika dan Eropah telah memeluk Islam. Islam telah berkembang dgn pesat dan saya pernah terbaca statistik tersebut. kita kena fikirkan juga Amerika merupakan negara yang mengamalkan liberal democracy dan setiap rakyatnya mempunyai hak dalam memilih kebebasan beragama.
so bagi membendung kepesatan peningkatan jumlah penganut Islam. dengan merancang 1 serangan di WTC. dan mengaitkannya dengan Osama, merupakan 1 cara yang paling tepat dan bijak pada masa tersebut. kerana Osama sendiri mempunyai sejarah terlibat dalam gerakan radikal dan militan. ditambah pula Osama seorang islam.
maka dengan cara ini juga mampu mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap Islam terutama penganut agama lain Sekaligus melahirkan satu stigma bahawa Islam itu agama keganasan, agama yang menghalalkan kekejaman. dan konspirasi ini mastermindnya didalangi yahudi laknatullah itu. kalau saudara lihat ternyata konspirasi ini berjaya dan berkesan membuatkan masyarakat Eropah dan Amerika yang yang beragama lain membenci dan memusuhi saudara-saudar kita yang bergama islam.
ini sekadar pandangan dan pengamatan saya dari apa yang terjadi. lihat betapa hebatnya konspirasi Amerika yang didalangi yahudi laknatullah dalam usaha menhancurkan dan menjahanamkan islam.
terima kasih saudara... banyak ilmu saya dapat dari penulisan saudara...
BalasPadamsemoga saudara dirahmati ALLAH..
well done. info yang baik. saya kagum dengan pandangan yang berdasarkan penyelidikan seperti yang redzuan buat.
BalasPadamhai.. nice blog.. good info.. i love it..
BalasPadamif you have time come to visit my blog http://shidee08.blogspot.com/
do not forget to follow me..
thank you..
hehee..=)
Serius, aku suka entry nih.. tahniah bro..
BalasPadamBoleh pinjam tak entry nih..??
BalasPadambaru ku tahu ,.,... follow saya jom .. saya dah follow awak ..
BalasPadamfollow saya ? ada chance nak menang hadiah bernilai rm600 tak caya tgk blog saya
http://aarrghitsme.blogspot.com/
omg..tapi nama islam dh calar sebab konspirasi ni..teruk betul!
BalasPadamSAYA iNGIN PENJELASAN ALIRAN DAN MAZHAB APA YANG DI ANUT OSAMAH BIN LADEN,,,,,
BalasPadamentry yg tersangat laaaa best.. tahniah brooo...
BalasPadam@Tanpa Nama
BalasPadamdari pembacaan saya , Osama dari aliran sunah wal-jamaah, dan bermazhab Hanbali. cuma fahaman dan pegangan beliau adalah wahabi. hope jawapan ini membantu saudara.
untuk info lanjut sila search apa itu fahaman wahabi, ada sedikit perbezaan dari segi kepercayaan golongan ini dalam beberapa perkara yang berkait dalam islam. sy tak bincangkan sebab terlampau panjang utk saya taip mengenai wahabi. saudara boleh search untuk info lanjut mengenai wahabi. sekian . golongan wahabi ni lebih ekstrem.
tq coz sharing!!
BalasPadamso you wanna know how to play a conspiracy ? just play CHESS.........and bin Laden he's only PEON !
BalasPadamsaya ada terbaca nama sebenar osama ialah Tim Osman iaitu ejen risikan CIA. Sy rasalah osama ni mmg watak ciptaan Amerika. Amerika yg didalangi yahudi setan menggunakan osama utk memburukkan Islam di mata dunia. kenapa la masyarakat barat di negara maju seprti amerika dan eropah bodoh n buta sampai xtau hakiakt sebenar. pdhal mereka ni bijak pandai...
BalasPadam@borhan
BalasPadamsaudara borhan, sbenarnya bukan nama Osama Tim Osman. tetapi 'Tim Osman' itu adalah nama kod rahsia diberikan agen CIA kepada Osama utk menyembunyikan identiti sebenarnya ketika Osama Osama mnjadi agen CIA dlm usaha menyekat pengaruh Russia (Soviet) iaitu komunis dari tersebar . Osama mendapat latiahn sendiri spt sy nyatakan diatas dlm operasi rahsia , Operation Cyclone.
sy x fhm...US backup Osama utk sekat Rusia mase time dulu.N now US hentam Osama..errr..camne tu??boleh jelaskn..If kita cakap semua pengeboman adlh konspirasi US,then y Osama keluar video yang mngakui itu tindakan dia sdiri??komen plis..
BalasPadamthx share,baru je bincang topik ni kat sekolah td..hiks (:
BalasPadamgood info..mula2 mmg xpercaya osama ni wujud. kalo betul wujud, mungkin dia masih bersembunyi atau belum dibunuh. konspirasi Amerika jadi dalang pada keganasan yang berlaku.
BalasPadamSalam Redzuan..
BalasPadamAkak pun baru tahu...Bagus info tersebut...
Osama ni Islam ke apa?...Allahualam..
Jahat betul Amerika ya...Negaranya besar...tapi tamak lagi..nak jajah negara orang....huhuhu
Dunia nak kiamat kot...dah ada tanda sikit2....
complete info..thank..
BalasPadamamerica tu sbnarnya dajjal..
knpa negara tunduk ngn dia,.
sbb dia dajjal..yg tak tunduk dgn dia,
negara tu akan hancur contoh iraq, palestine, afganistan..
ksian negara islam,,kna jajah dgn kafir laknat..
kdng2 yg islam cuma tgok ja..
apa kta orng islam smua, lpas smyang kita berdoa untuk negara islam, sbb doa tu snjata paling mujrab,,,
di manakah OSama..
BalasPadammungkin sedar bersenang lenang, bercuti bersama BUsh
great info...kalau boleh teruskan cerita pasal dunia yg penuh propaganda ini
BalasPadamgreat info....
BalasPadamperbanyakkan info sebegini...bg mendedahkan aktiviti sebenar barat ...
ceritanya masih simpang siur..
BalasPadam