iklan baris

Sejarah Penyelidikan Arkeologi Di Malaysia

Sejarah Arkeologi di Malaysia





Penyelidikan arkeologi dimulakan oleh L. Wray , I.H.N. Evans dan H.D. Noone dengan bantuan dan kerjasama pakar arkeologi penjajah seperti P.V. Stein Callenfels, H.D. Collings dan M.W.F. Tweedie, dua orang pegawai arkeologi dari Muzium Raffles Singapura. G. De G. Sieveking dan isterinya, Ann Sieveking dan B.A.V. Peacock ialah pegawai-pegawai Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur yang giat menyumbang kepada penyelidikan arkeologi Negara selepas Perang Dunia Kedua dan sebelum kemerdekaan.

Sejak tahun 1960-an, Jabatan Muzium terus mengambil tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti penyelidikan arkeologi, pada peringkat awalnya dibantu oleh pakar dari university tempatan. Al-Rashid Ibrahim, Adi Haji Taha, Oswald Theseira, Kamaruddin Zakaria adalah antara Kurator Arkeologi Jabatan Muzium yang menjalankan penyelidikan arkeologi, manakala pada awal tahun 1970-an, ahli arkeologi tempatan dari university telah menyumbang secara serius kepada penyelidikan arkeologi dan pemahaman tentang tamadun awal Malaysia. Antara ahli arkeologi tersohor tersebut ialah Zuraina Majid (Universiti Sains Malaysia), Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Leong Sau Heng (Universiti Malaya).




Pada ketika itu, penyelidikan di Lembah Lenggong diterokai semula oleh Zuraina Majid yang membawa kepada lembaran baru dalam melihat ketamadunan penghuni awal Negara yakni Zaman Paleolitik. Apa yang menarik ialah penyelidik sebelum ini telah meletakkan asa kebudayaan Zaman Paleolitik pada kira-kira 35,000 tahun silam tetapi penyelidikan Zuraina Majid dan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia telah memberikan tarikh 300,000 tahun silam sebagai asas tamadun Negara malah mungkin lebih awal dari itu. Hasil penyelidikan mereka telah menghasilkan bukti tamadun yang berterusan hingga hari ini dan meletakkan tamadun Negara adalah antara yang tertua di rantau ini.

Sehubungan itu, penyelidikan arkeologi juga banyak dijalankan di beberapa pusat tamadun Negara seperti di Jenderam Hilir, Selangor, Lembah Bernam, (Perak/Selangor), dan Lembah Nenggiri, Kelantan telah menemukan bukti dan data tentang tamadun awal Malaysia khusus tentang Zaman Hoabinhian, Neolitik dan Logam. Banyak sekali bukti diperoleh bukan sahaja dari sudut artifak malah maklumat tentang kehidupan masyarakat pada ketika itu dan juga pentarikhan.




Kajian di Lembah Bujang, Kedah dan tapak persisiran pantai barat pula telah menghasilkan penemuan yang menunjukkan bahawa tamadun masyarakat Melayu pra-Islam yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan menjadi pelabuhan utama di rantau ini khusus pada Zaman Srivijaya dan membawa kepada zaman kedatangan Islam ke Malaysia.



Di Sabah dan Sarawak pula penyelidikan arkeologi mula diterokai oleh Tom dan Barbara Harrison. Mereka telah menyediakan asas pengetahuan kita tentang tamadun awal negeri-negeri tersebut. Kajian di Gua Niah telah menemukan bukti manusia terawal di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Penglibatan penyelidik tempatan seperti Zuraina Majid, Ipoi Datan, Stephen Chia, Mokhtar Saidin dan Yunus Sauman telah banyak menemukan bukti arkeologi dan tamadun masyarakat di Sabah dan Sarawak seperti perdagangan obsidian, taburan dan penggunaan tembikar warna, lukisan gua dan sebagainya. Antara kawasan utama tamadun Sabah dan Sarawak jelas terdapat di Lembah Kinabatangan, Ulu Segama, Tingkayu dan di daerah Lahad Datu.


sumber : Muzium Negara

2 ulasan:

  1. zaman nabi adam as..sampai zaman nabi noh as..manusia dan terlalu canggih..lebih moden dari zaman sekarang..akibat terlalu moden maksiat berluasa..maka allah hapuskan umat yg sombong ni..yang terselamat hanya org miskin yg beriman pada nabi noh as..selepas banjir besar semua teknologi pupus akibat banjir..dan org yg ada ilmu tapi sombong pun pupus..maka disini bermula penhijrahan manusia baru dari pengikut nabi noh kebanyakan dari kalangan yg miskin dan tak berilmu..

    di pendekkan cerita..kebanyakkan gua dimalaysia terutama diperak digunakan oleh orang melayu dari sumatera ,riau dan jambi..mereka lari kesini akibat revolusi dan ada yg berhijrah awal kesini..banyak fakta dan bukti yg ada pada sy tetapi tidak boleh sy jelaskan disini disebabkan hendak menjaga maruah bangsa melayu..klu sudi boleh kita buat kajian bersama dgn fakta dan bukti..

    BalasPadam
  2. saya adalah seorang yang minat sejarah adalah penting utk kita mempelajari sejarah kita dapat thu bagaimana wujudnya manusia dan binatang pada masa lalu....

    walaupun saya baru merumur 17 tahun saya sangat meminati sjarah sekiranya ada maklumat terbaru sila inform saya...

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai