( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

MISTERI KOTA ATLANTIS PART 1

Entri kali ini saya ingin berkongsikan misteri mengenai sebuah kota Misteri yang hilang dan lenyap dari peradaban manusia. Mungkin kebanyakan dari anada pernah mendengar mengenai KOTA ATLANTIS, yang sehingga kini masih menjadi misteri tentang kesahihan kewujudannya.

Kisah tentang kota-raya lagenda ini yang dikatakan mempunyai peradaban moden dan canggih puluhan ribuan tahun sebelum masihi dahulu masih menjadi misteri hingga kini. Para peminat Kota Atlantis dan Kota Lemuria masih tidak berputus asa menjejak kota misteri yang dikatakan masih wujud setelah Kotaraya kosmopolitan itu tenggelam kedasar lautan ribuan tahun lampau.

ILUSTRASI GAMBARAN KOTA ATLANTIS


Persolannya Dimanakah terletaknya lokasi sebenar Atlantis ? Banyak spekulasi dan teori yang kita boleh temui mengenai dimanakah lokasi sebenarnya.Ada yang mengatakan bahwa Kota Atlantis berada di bawah ais Antartika, di Segitiga Bermuda, di Laut Karibia, di kepulauan Cyprus, ada juga yang mengatakan kalau Atlantis adalah Celtic Shelfs yang ada di Samudera Atlantik, dan ada juga yang berkesimpulan bahawa Atlantis itu adalah kepulauan Indonesia.

KOTA MISTERI INI mula menjadi perdebatan diseluruh dunia tetang kewujudannya selepas Plato ahli falsafah terkemuka Yunani ( murid kepada Bapa Falsafah Dunia iaitu Socrates) telah menulis mengenai kemasyuran, kecanggihan dan kehebatan peradaban kota ini.

Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani kuno Plato dalam dialognya Timaeus and Critias.Menurut Plato, pulau Atlantis  " pulau yang terletak  melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang  telah menakluk sebahagian besar Eropah barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.

Kemungkinan kewujudan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden iaitu ketika  era zaman renaisannce(di sebut zaman kelahiran semula atau zaman permulaan barat keluar dari kepompong zaman gelap). Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja Utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada careka sains kepada buku komik dan filem wayang.


Atlantis sebuah pulau bertamaddun wujud sebelum Cina dan Mesir. Wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana. Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. Bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua.



Klik disebelah untuk sambungan ==> Misteri Kota Atlantis Part 2 


RUJUKAN : artikel, wikianswer, http://www.dailymail.co.uk/
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

5 ulasan:

  1. Atlantis ni kisah yang terbaik. Sebab menceritakan kota yang penuh dgn teknologi melangkau zaman. Kalau ikut islam. Tak yah percaya la. Tapi mesti ade sesuatu di sebalik cerita Atlantis yg di gembar gembur dunia kan? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang.

    BalasPadam
  2. kota atlantis...tahniah rr...rr dah bagi ct satu gambaran hebat tentang kota canggih itu..yang menjadi persoalannya sekarang...adakah kota pulau ini mitos semata-mata atau memang wujudnya satu kota metro yang sangat maju menjagkaui negara lain yang seabad dengan atlantis???

    BalasPadam
  3. tak mustahil kota ni wujud..rujuk entry2 kat blog alter terahsia bangsa melayu..

    BalasPadam
  4. salam,,,kota atlantis,,menarik,,,sblim ni saye pn pernh dgr jgak,,,dan kaotan dgn islam,...erm...rasenye lmgkinan ade,,,dan sye rase kota ini juga kmgkinan wujud jgak,,,prnh dgr kisah kota ini bangsabye adalh bgsa yg pling pandai sekali,,,dan kisah bangsa ini dgn pertanyaan malaikat kpd mereka....

    BalasPadam
  5. wan ..lama x jmpa ko weii ..mana ko skang ??

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian