iklan baris

Tsunami di Jepun : Perkembangan Terkini Tsunami di Jepun

Perkembangan terkini Tsunami di Jepun :



>> memetik sumber yahoo news setakat ini pihak berkuasa Jepun  mengesahkan  hampir 4000 orang telah disahkan terkorban dan 7000 yang lain masih hilang dalam bencana tsunami. (update 2.30 p.m 16 Mac)


>>dianggarkan kos pembinaan semula bandar dan kawasan yang musnah ditimpa tsunami di Jepun berjumlah 10 trillion-16 trillion yen ( 125 billion-200 billion USD) .(update 2p.m waktu malaysia 16Mac )

>>keselurahan 6 reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima telah mengalami letupan hidrogen sejak jumaat lalu. 

>> 2 letupan dan 1 kebakaran baru di reaktor loji nuklear Dachii Fukushima telah berlaku dan menyebabkan kebocoran radiasi yang teruk. (15 Mac)
>>  satu daripada reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima meletup akibat tekanan hidrogen ( 14 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, laporan rasmi 763 orang menjadi korban tsunami di jepun setakat ini, 10000 orang dilaporkan telah hilang. (update 11.10 a.m waktu malaysia 13 Mac) 

>> memetik sumber AFP news , telah disahkan 574 orang menjadi korban tsunami di jepun. dan pihak berkuasa Jepun menganggarkan 1000 nyawa atau lebih mungkin terkorban. (update 12.30 a.m waktu malaysia 13 Mac)

>> memetik sumber AFP news, secara rasminya seramai 413 disahkan terkorban, 784 dipercayai hilang, 50000 tentera telah dikerahkan oleh kerajaan Tokyo untuk misi menyelamat ribuan mangsa mangsa tsunami.(update 4.20 p.m waktu malaysia 12 Mac )

>> memetik sumber  AFP dan yahoo news, secara rasminya kenyaatan dikeluarkan pihak berkuasa jepun . 236 telah terkorban 725 masih hilang, dan seramai 1028 mengalamai kecederaan ringan dan parah. (update 11.30 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber dari AFP ,Sistem penyejukan reaktor loji nuklear di Daiichi Fukusihima gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9. Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun. ( update 10 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber AFP, dan telegraph.co.uk, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter telah dikesan di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi waktu malaysia.

>> polis jepun mengesahkan telah menjumpai sejumlah 200 hingga 300 tubuh mangsa tsunami  yang terdampar disekitar Sendai, Jepun. disahkan 88 telah terkorban dan seramai 349 masih lagi hilang. ( update 10.30 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami telah melanda Hawaii, setakat ini tidak dapat dipastikan status terkini keadaan di Hawaii, amaran tsunami telah dikeluarkan di Hawaii. ( update 10.15 waktu malaysia 11 Mac)

>> jumlah korban tsunami meningkat kepada 60 orang update angka korban sehingga pukul (8.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, pihak berkuasa Jepun  menganggarkan sekurang2 nya 32 orang telah terkorban laporan tidak rasmi ( update 7.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami di Jepun  telah mengorbankan 26 orang angka tidak rasmi, memetik laporan dari berita BBC news. ( update 7.15 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> amaran tsunami telah dikeluarkan serta merta kepada seluruh negara di lautan Pasifik, Asia Tenggara agar bersedia untuk menghadapi ancaman gelombang Tsunami. dan dijangka tempias Tsunami ini akan  turut menerima tempias sehingga ke negara di Amerika Selatan .

>> 2.46 p.m waktu jepun (1.46 p.m waktu malaysia) timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi dasyat berukuran 8.9 skala ritcher. 1  gelombang tsunami telah terhasil dengan ketinggian 30 kaki ( 10 meter tinggi)  yang akhirnya telah menghentam timur laut perairan Jepun iaitu wilayah Sendai. (  11 Mac)




sedikit info mengenai gempa bumi dan tsunami yang saya petik dari BBC News,  yahoo news dan Telegraph.co.uk :

Kawasan timur laut perairan Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher pada 11 Mac 2.46 p.m waktu Jepun ( 1.46 p.m waktu malaysia). Gegaran gempa bumi bermula di luar pantai bandar pelabuhan Sendai telah menyebabkan gelinciran pelantar dasar laut. dan telah menghasilkan lambungan gelombang tsunami. Gempa bumi  yang dasyat ini telah disusuli dengan 19 gegaran gempa yang lain di Jepun selang beberapa minit kemudian disekitar Jepun dengan ada diantaranya mencatat kekuatan 6 skala ritcher.

menurut sumber  yang dikeluarkan oleh Jabatan meterologi Amerika Syarikat , gempa bumi yang terjadi di Jepun ini  yang paling dasyat pernah direkodkan di Jepun  sejak tahun 1800.  dianggarkan gempa bumi yang terjadi ini telah menghasilkan tsunami dengan ketinggian ombak berukuran lebih 23 kaki tinggi atau 7 meter tinggi. ( sumber dari Jabatan Geologi A.S menyebutkan tsunami berketinggian 10 meter tinggi.( 30 kaki )

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. pemantauan sedang giat dijalankan. ( sumber website jabatan Meteorologi Malaysia)


gambar diatas menunjukkan  pusat gempa bumi yang bermula di luar 
kawasan timur laut Jepun iaitu di perairan bandar pelabuhan Sendai. dan akhirnya 
telah mencetuskan tsunami.( kredit to yahoo.news ) 


untuk melihat gambar gambar kemusnahan bandar pelabuhan Sendai di Jepun sila KLIK SINI


dibawah ini saya sertakan video tsunami yang telah menghancurkan kawasan timur laut Jepun. bandar pelabuhan Sendai, antara bandar  yang  menerima kesan paling teruk







sumber : yahoo news, BBC news, telegraph.co.uk, AFP,  youtube,

5 ulasan:

  1. mari kita sama kembali pikir halatuju hidup kita...
    akhirat is coming..

    BalasPadam
  2. baru bape arie lps tgk psl tsunami dh harinie tsunami kat jepun..dn mmg diorg dh tau..sbb rata2 geologi menganggap jepun bandar yg menunggu kematian...perghhh...seram tue....

    BalasPadam
  3. sungguh menayat hati apabila melihat keadaan tersebut,saya telah sampai ditempat yang dilanda bencana.tak dapat nak bayangkan kemusnahan yang berlaku.memang menyayat hati........semuga ia berlaku buat kali terakhir....

    BalasPadam
  4. what a pity. japan is a very modern place. its technologies has a very remarkable achievements.

    BalasPadam
  5. Hi! my name is Jully. I would like to meemeet seemly attendant :)
    This is my homepage [url=]http://jskdh5jkd7djh4.com/[/url]l

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai