iklan baris

Tips Pemilihan Template Blog

Tips Pemilihan Template Blog


Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua readers dan visitors blog RR. Untuk entri kali ini still lagi  tips berkaitan blogging. entri sebelum ini saya ada berkongsikan tips seo iaitu mengenai cara mencari keyword popular bagi meledakkan traffik blog yang telah saya applied sendiri untuk menarik traffik dari search engine.


orait back to the topic, tahukah anda semua, pemilihan template blog sangat penting dan sebenarnya mampu mempengaruhi bukan sahaja dari aspek tahap loading blog anda, malahan juga memberi impak pada kemunculan blog anda di enjin carian. dan kerana inilah jika kita perasan bila kita melawati blog-blog para otai. mereka hanya menggunakan template yang simple dan mesra SEO. dan kerana inilah entri-entri mereka cepat terindex, bagi para newbie yang belum faham makna terindex.  terindex meants blog entri kita akan cepat dicrawl oleh  robot search engine sekaligus akan muncul dihalaman search engine dengan masa yang singkat.


dibawah ini saya senaraikan secara ringkas dan padat  pemilihan template yang dicadangkan  bagi mereka yang masih  kurang memahami dan jelas tentang ini.


1.  Template yang terbaik yang disyorkan  adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah pantas.


2. Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post. kerana para visitors tetap akan dapat membaca entri anda. kerana para visitors yang melawat ke blog anda  terutamanya pelayar  internet bagi mendapatkan info yang mereka inginkan.


3. Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.


4. Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. selain dari putih gunakan warna yang ceria kerana hal ini akan mempengaruhi mood para pembaca untuk membaca entri di blog anda. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.jika blog anda berkaitan informasi agama, sangat tidak sesuai jika menggunakan hitam sebagai background warna template anda. maka aspek warna ini sangat penting dan perlu dititikberatkan.

5. Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png dan ini pastinya memberi kesan kepada tahap loading page blog anda.jika anda ingin memilih image background bagi untuk template blog anda terutama bg mereka yang menggunakan template yang sdia ada di blogspot, pastikan background tersebut simple dan tidak memakan masa untuk loading. cuba preview dahulu sebelum anda save image tersebut.


6. dan yang terakhir sekali, Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut. ini bagi mereka yang menggunakan hosting selain dari platform blogspot dan wordpress.


Sebelum saya terlupa bagi yang menggunakan template yang sedia ada dalam blogspot. saya sarankan anda menambah 'title metatag'  pada bahagian edit html blog anda agar blog anda akan lebih mesra  SEO. sebenarnya hasil dari penelitian saya terdapat 3 script coding title metatag yang anda boleh gunakan. dan di entri akan datang saya akan kongsikan ketiga-tiga script coding  title metatag ini, dan cara memasangnya di edit html anda.


sumber rujukan : basictips.com , forum syoknyerberblogging

17 ulasan:

  1. NICE ENTRY..:)
    ▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    BalasPadam
  2. metatag? mende tu selalu kuar time nk edit template...agak2 blog kale pink mesra pembace tak? ^_^

    BalasPadam
  3. boleh jadi panduan kepada aku yang baru ni..takiu2

    BalasPadam
  4. cmtu blog aku ok ker? bro? huhu

    BalasPadam
  5. Assalam...hehehe, patutlaa sidebar aku dok belah kanan jer...kih3.ade tujuan rupanya

    BalasPadam
  6. As salam. Bgusnye.. Tak tahu pun mende2 gini boleh mempengaruhi loading. Patut la slalu lambat jek nak loading. (^.^)

    BalasPadam
  7. thanx 4 sharing...

    salam kenai...(",)
    i'm ur follower right now...

    BalasPadam
  8. blog ss langsung putih..ade kaler hijau sikit2..;p haa nak tunggu entri pasal metatag tu..


    psstt : Kahwin semasa belajar : Pendapat korang?

    BalasPadam
  9. wah tips yang sangat bagus..thanks..

    BalasPadam
  10. terbaik bro..satu panduan buat mereka yg baru berblog..teruskan usaha..

    BalasPadam
  11. terbaik tuan .. thnks atas saran .. jumput ke blog sye ye http://wanmohdsalim.blogspot.com/2011/03/aku-hannya-sebaris-puisi.html

    BalasPadam
  12. ridz, template blog aq skang aq guna dari template designer.. template dari situ mesra SEO x?? npe dia lmbt loading ekh?

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai