iklan baris

Memaparkan catatan dengan label penemuan lokasi kota atlantis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penemuan lokasi kota atlantis. Papar semua catatan

Lokasi Kota Atlantis telah ditemui setelah Tsunami di Jepun

24 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata, orait untuk entri kali ini sangat menarik untuk saya kongsikan. ketika saya membaca updated news di website reuters dan AFP, terbaca petikan berita  penemuan lokasi Kota atlantis.most of us pasti pernah mendengar  mengenai Kota Atlantis yang merupakan kota masyur yang telah lenyap dan lokasinya masih kekal misteri sehingga hari ini. Kota metropolis  ini sejak dr ratusan tahun dahulu telah menjadi 1 subjek perdebatan hangat dikalangan para pengkaji purba, para sejarawan, para arkeologist, para geologist dan pencari harta karun diseluruh dunia.



Setelah mega tsunami yang membadai timur laut Jepun dan menjadi topik hangat. kini Kota Atlantis telah kembali disebut oleh para pengkaji kerana terdapat tanda-tanda bahawa lokasi  Kota lagenda agung ini telah dijumpai. memetik dr sumber reuters . team ekspedisi pengkaji  A.U.S leds research  , telah berjaya mengenal pasti lokasi kota purba lagenda yang masyur ini. dipercayai para pengkaji A.U.S yakin kota metropolis yang telah lenyap beratus-ratus tahun dahulu ini terbenam di bawah lumpur banjir  di dasar lautan selatan Sepanyol.

team ekspedisi ini diketuai oleh  Richard Freund.  gempa dan tsunami yang membadai Jepun baru-baru kemungkinan telah memberi impak pada permukaan dasar lautan. dan ini telah memberi petunjuk baru, terdapat isyarat penemuan-penemuan  objek dan tinggalan baru yang selama ini terbenam didasar laut tanpa dapat dikesan.

mereka yakin berdasarkan image satelit yang dirakamkan oleh team ekspedisi, dipercayai, lokasi Atlantis ini berada di Utara Cadiz, iaitu terletak dikawasan selatan  Sepanyol.  terbenam didasar lautan akibat Tsunami yang melanda kawasan eropah ratusan tahun dahulu.

Untuk memecahkan misteri di manakah lokasi sebenar Atlantis ini, team ekspdisi ini telah menggunakan pelbagai kombinasi teknologi canggih. dalam penggunaan radar laut dalam, peta digital, image satelit dan teknologi bawah laut yang canggih untuk mengesan lokasi kota lagenda metropolis ini.

Namun persoalannya sekarang adakah lokasi dasar laut dalam di selatan Sepanyol yang menunjukkan tanda kewujudan peninggalan sebuah tamadun yang lenyap benar-benar merupakan sebuah lokasi Kota Lagenda Atlantis yang masyur itu  seperti yang dinyatakan oleh team ekspedisi ini? kita nantikan bersama pembongkaran misteri ini. sebab terlampau banyak sangat teori mengenai lokasi kota lagenda ini.

Namun apa yang menarik untuk saya kongsikan memetik dari pernyataan
Plato (  philosopher terkenal Yunani Kuno )  dlm catatan  dialognye "Timaues and Criteaus" beliau pernah memberi hint lokasi peradaban Atlantis. Beliau ada menyebut bahawa Atlantis  " pulau yang terletak dihadapan selat gilbratar yang menghala Pillars Hercules".
tidak


Untuk info dan details mengenai kisah Kota Lagenda Atlantis yang masyur ini. saya ada mengupas dan kongsikan info yang details mengenai kota Atlantis di  dua entri yang  terdahulu

Klik SINI UNTUK BACA ==> Misteri Kota Atlantis Part 1

sumber : reuters